{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: MukaDepan

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: MukaDepan


Datuk kes NFC didakwa

Posted: 30 Dec 2011 01:31 PM PST

MukaDepan

Ahli perniagaan, Datuk Shamsubahrin Ismail

Ahli perniagaan, Datuk Shamsubahrin Ismail

Ahli perniagaan dituduh tipu suami Shahrizat RM1.755j

KUALA LUMPUR: Ahli perniagaan, Datuk Shamsubahrin Ismail, dituduh di Mahkamah Sesyen di sini semalam, atas dua tuduhan menipu Pengarah National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC), Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail, membabitkan RM1.755 juta, antara November dan awal Disember lalu.

Bagi tuduhan pertama, Shamsubahrin, 45, yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Syarikat Resources Sdn Bhd, dituduh menipu Dr Mohamad Salleh dengan menjanjikan suatu perkhidmatan rundingan dan nasihat yang tidak benar bagi tujuan memperdayakan mangsa supaya setuju membayar wang berkenaan.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah restoran di Bukit Tunku di sini, jam 6.30 petang, 20 November lalu. Shamsubahrin juga menghadapi tuduhan kedua, menipu dengan memperdayakan dan mendorong Mohamad Salleh yang juga Pengerusi Eksekutif NFC supaya menyerahkan cek berjumlah RM1.755 juta kepadanya di kawasan Solaris, Mont Kiara di sini, antara 25 November dan 6 Disember 2011.

Mohamad Salleh adalah suami Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Bagi setiap tuduhan itu, Shamsubahrin dari Bukit Jelutong, Shah Alam di sini, didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebatan dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Shamsubahrin yang memakai blazer hitam dan jeans biru, mengaku tidak bersalah atas kedua-dua tuduhan itu.
Hakim Ahmad Zamzani Mohd Zain menetapkan 31 Januari ini untuk sebutan kes dan membenarkan Shamsubahrin dijamin RM300,000 dengan seorang penjamin serta mengenakan syarat tambahan supaya pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah.

Shamsubahrin yang diwakili peguam J Rao, tidak membayar jaminan dan dibawa ke Penjara Sungai Buloh. Difahamkan tertuduh akan dituduh lagi di mahkamah dalam tempoh terdekat bagi beberapa kes lain.

Terdahulu, Ketua Unit Pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Abdul Razak Musa menawarkan jaminan RM300,000 dengan syarat tambahan supaya tertuduh menyerahkan pasportnya kepada mahkamah.

Abdul Razak berkata, jumlah jaminan yang ditawarkan adalah munasabah kerana kes membabitkan wang berjumlah RM1.755 juta.

Rao bagaimanapun memohon jumlah jaminan itu dikurangkan kerana segala aset anak guamnya sudah dibekukan sejak 23 Disember lalu.

"Tertuduh sudah berkahwin dan mempunyai empat anak, yang sulung berusia 18 tahun manakala bongsu tiga tahun," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Keputusan guna bahasa Melayu tepat

Posted: 30 Dec 2011 01:24 PM PST

MukaDepan

PETALING JAYA: Sebanyak 89 peratus pelajar Tingkatan Satu yang akan memulakan persekolahan 3 Januari depan memilih bahasa Melayu atau dwibahasa bagi mempelajari mata pelajaran Sains dan Matematik.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata ini menunjukkan keputusan kerajaan untuk melaksanakan dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) bagi menggantikan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) adalah tepat.

Beliau berkata, berdasarkan rekod Kementerian Pelajaran, hanya 11 peratus pelajar memilih belajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. "Angka yang diperoleh membuktikan dengan jelas kenapa kerajaan menetapkan untuk meminda PPSMI kepada MBMMBI," katanya ketika mengadakan lawatan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Tun Dr Ismail, di sini, bagi melihat persiapan pihak sekolah menghadapi sesi persekolahan 2012, bermula minggu depan.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, dasar yang diputuskan itu sesuai dengan tahap keupayaan pelajar yang akan mengikuti proses Pembelajaran dan Pengajaran (P&P) bagi Sains dan Matematik.

Beliau berkata, pekeliling sudah diedarkan supaya Pegawai Pelajaran Daerah diberi tanggungjawab menangani sebarang masalah sepanjang pelaksanaan MBMMBI.

Katanya, Jawatankuasa Khas MBMMBI merumuskan 164,324 pelajar menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya untuk mempelajari Sains dan 161,123 dalam Matematik, berbanding 56,025 pelajar menggunakan bahasa Inggeris untuk belajar Sains dan Matematik pula seramai 56,248 pelajar.
"Selebihnya pelajar yang mempelajari subjek berkenaan menggunakan dwibahasa, seramai 258,622 untuk Sains, manakala 261,600 bagi Matematik," katanya.

Muhyiddin juga berkata, Majlis Bahasa Inggeris akan ditubuhkan tahun depan bagi menentukan penanda aras dan tahap pencapaian BI pelajar dalam sistem persekolahan negara.

Katanya, majlis yang berkelayakan sebagai tempat rujukan dan menentukan tanda aras bahasa itu akan menggunakan pakar dalam dan luar negara serta mengadakan kerjasama dengan Universiti Cambridge.

"Bila kata pelajar itu pandai dalam BI, itu apa maknanya, apa ukurannya, jadi kita sedang memikirkan pembentukan majlis ini untuk menanda aras standard BI yang digunakan di Malaysia.

"Kerajaan tidak mahu syok sendiri untuk menyatakan tahap BI di sekolah mencapai piawaian antarabangsa kerana ada orang kata mutu BI pelajar dan rakyat negara ini masih rendah dan ada yang kata sebaliknya," katanya.

Beliau berkata, pihaknya sedang merangka struktur, format, komposisi organisasi majlis itu termasuk berbincang dengan Kementerian Pengajian Tinggi bagi merealisasikan penubuhannya.

Ditanya sama ada penubuhan majlis itu sebagai langkah kerajaan menetapkan supaya pelajar lulus BI untuk Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Muhyiddin berkata: "Kita akan lihat kemudian."

Muhyiddin juga berkata, mulai tahun depan beberapa sekolah dipilih menyertai projek rintis apabila ibu bapa boleh mengikuti perkembangan pelajaran anak mereka menerusi konsep maya.

Beliau berkata, konsep dijangka diperkenalkan dua tahun lagi antara lain membolehkan ibu bapa berinteraksi dengan pihak sekolah menerusi persidangan video dan mendapatkan nasihat guru bagi meningkatkan prestasi anak mereka.

"Projek rintis yang dikenali sebagai 'Virtual Learning atau Pembelajaran Maya mengambil contoh konsep di negara maju seperti Korea Selatan," katanya.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

Qirraf Dayidzi Ahsiraf Almi

Keputusan MBMMBI adalah wajar..demi untuk memertabatkan BM sepenuhnya di mata dunia.

saya

hanya pandangan,,,,dirasakan kita seperti lalang,,yang ditiup ke kiri dan ke kanan,,,,

pemerhati

Saya sebenarnya memilih penggunaan bahasa inggeris sebagai bahasa untuk subjek sains & matematik sebab buku2 sains & matematik yang bagus adalah dalam bahasa inggeris. Jadi ini dapat memberi asas yang kuat pada pelajar supaya mereka boleh menggunakan konsep asas untuk mencipta sesuatu yang baru. Ini adalah penting untuk pembangunan negara kita pada masa hadapan. Namun begitu apa yang saya perhatikan ramai pula yang jadi tak mahu berbahasa melayu seperti bahasa melayu ni bukan bahasa kebangsaan kita.

Selain itu bantahan juga berlaku daripada beberapa pihak yang mendakwa sebagai pencinta bahasa sehinggakan program ini nampak seperti sangat tidak bagus.

Disebabkan program ini telah ditukar kembali pada bahasa Melayu jadi apa kata mereka yang mendakwa pencinta bahasa ini, pihak dewan bahasa & pustaka serta ahli2 sains & matematik bekersama untuk melakukan alih bahasa daripada buku2 advance bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu. Sepatutnya mereka yang mendakwa sebagai pencinta bahasa ini telah lama melakukan proses "transalating" ini untuk membantu anak bangsa. Seperti mana negara Jepun mereka telah membuat translating buku secara besar-besaran daripada buku2 advance English kepada bahasa mereka. Jadi pada pihak2 ini sila jangan jadi tin kosong, sila sumbangkan usaha anda selain daripada memberi komen.

Roti Planta

Memang keputusan MBMMBI adalah tepat. Namun kerajaan tidak perlu terlalu bertolak ansur dengan golongan yang masih berjuang untuk PPSMI dan dikhuatiri juga selepas ini ada extremis yang menuntut untuk diberi pilihan belajar Sains dan Matematik dalam bahasa ibunda masing-masing. Jika terlalu diberi muka maka kacau-bilau sistem pendidikan negara

Harris

Saya harap jika benar-benar ingin memartabatkan bahasa Melayu bukan terhenti di waktu persekolahan tetapi harus di tingkatkan ke universiti-universiti tempatan supaya kesinambungan pembelajaran dapat diteruskan.


Full content generated by Get Full RSS.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat