Berita Harian: MukaDepan
Posted by Tanpa Nama
Berita Harian: MukaDepan |
Posted: 20 Dec 2011 02:18 PM PST MukaDepan DATUK Dr Hassan Ali ketika mengadakan sidang media di rumahnya, di sini, semalam. KUALA LUMPUR: EXCO Kerajaan Selangor, Datuk Dr Hassan Ali mendedahkan, pakatan PAS dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP antara punca perubahan prinsip perjuangan PAS yang tidak lagi menegakkan negara Islam hingga menyebabkan kemerosotan sokongan ahli. Beliau berkata, penyokong mula mempersoal dan mahu menarik diri daripada menyokong PAS berikutan perubahan dasar daripada negara Islam kepada kerajaan perpaduan yang kemudian diganti negara berkebajikan. "Saya minta PAS kembali ke perjuangan asal, ini bukan saya saja yang minta, orang lain pun minta... cuba kita buat undian, tetapi undian terbaik adalah Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti," katanya.Hassan menyifatkan pemimpin tertinggi DAP, terutama pengerusinya, Karpal Singh sebagai 'stumbling block' (penghalang) untuk PAS mempertahankan prinsip perjuangan. "Pengerusi DAP kata langkah mayat dia dulu, ini jelas menandakan pintu rundingan mengenainya tertutup dan terkunci buat selama-lamanya selagi dia hidup," katanya. Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor itu tidak yakin parti itu mampu mengekalkan dasar perjuangan asal jika pembangkang berjaya menawan Putrajaya disebabkan kegagalannya mempertahankan prinsip itu ketika ini. Beliau mengadakan sidang media di rumahnya, di sini, semalam, sebagai reaksi kepada kenyataan Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dan Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali baru-baru ini selain menggesa pucuk pimpinan mengambil tindakan disiplin terhadap Ketua Penerangan PAS Selangor, Saari Sungip yang didakwa menyemai bibit perpecahan di kalangan ahli dan penyokong parti. Pengerusi Jawatankuasa Hal-Ehwal Agama Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor itu turut mempersoalkan konsep negara berkebajikan yang diperincikan Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menerusi 10 agenda baru-baru ini yang katanya tidak wajar dilaksanakan PAS. Katanya, matlamat memartabatkan Islam, bangsa Melayu dan institusi Raja-Raja Melayu perlu dimasukkan kembali dalam konteks perjuangan parti. Sementara itu, Hassan menyerahkan kepada pucuk pimpinan sama ada wajar Mahfuz dan Mustafa dihadapkan ke Jawatankuasa Disiplin kerana kenyataan negatif dan berniat jahat, berbeza dengan kenyataan beberapa pemimpin tinggi parti termasuk Mursyidul Am, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Abdul Hadi. Dalam kenyataan tiga muka surat, beliau menyifatkan Mustafa sebagai pemimpin yang bongkak dan sombong kerana menggunakan jawatan untuk membidas beliau hingga sanggup memfitnahnya. Beliau turut menempelak Mahfuz yang disifatkan bankrap pemikiran dan tidak mengikuti perkembangan semasa kerana mengalu-alukannya untuk keluar parti dan menyertai UMNO. Ditanya mengenai dakwaan Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Rani Osman pada sidang media semalam bahawa tindakan beliau memberi kenyataan kepada media merosakkan imej parti itu, Hassan mempersoalkan kenyataan itu dengan membandingkan tindakan Saari yang membuat pengumuman pra-matang mengenai pencalonannya. "Mana yang merosakkan imej parti, tindakan Saari atau tindakan saya? Bahkan apa yang timbul sekarang adalah hasil daripada tindakannya dan sehingga hari ini, saya tidak nampak sebarang tindakan PAS Pusat... Saari menikus jatuh di labu mana pun saya tidak tahu. "Jadi pada saya, Rani kena tengok sekeliling, kena bijak dan 'multi linear'," katanya yang turut menegaskan tiada masalah untuk berbincang dengan PAS Selangor. Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komenmohd zamri zamri drpd naib psresiden sampai ke presiden PAS datuk lebih konsisten dalam perjuangan islam, yg lain hanya menjadi penghujah kpd rakan pakatan shj... ct sakinah Inilah keberanian...demi matlamat memartabatkan Islam, Bangsa Melayu dan institusi Raja-Raja Melayu..... bangsa asing memang tunggu nak berkuasa untuk memusnahkan segalanya itu.. dengan mempergunakan orang melayu.... brosan alhamdulillah terbuka juga hati dato' hassan ali menerangkan yg puak2 pas nih dah terlebih lajak dan terlebih sudu dari kuah, pejuangkanlah islam cara nabi muhammad. MSNZAM saya bersetuju dan sependapat dgn Datuk. Saya sokong dan berdiri tgh di belakang datuk... Anak jati Johor Syabas Dato' Dr Hassan Ali. Saya sangat sokong tindakan berani Dato'. Agama Islam, Bangsa dan Raja sangat penting kerana ini menjamin memmayungi bangsa-bangsa lain di Malaaysia. Sedarlah mereka yang telah lupa daratan untuk kepentingan diri sendiri. Saya percaya akhirnay mereka akan makan diri mereka sendiri. Saya doakan Dato' terus berjuang atas prinsip yang ada. Anak jati Johor Syabas Dato' Dr Hassan Ali. Saya sangat sokong tindakan berani Dato'. Agama Islam, Bangsa dan Raja sangat penting kerana ini menjamin memmayungi bangsa-bangsa lain di Malaaysia. Sedarlah mereka yang telah lupa daratan untuk kepentingan diri sendiri. Saya percaya akhirnay mereka akan makan diri mereka sendiri. Saya doakan Dato' terus berjuang atas prinsip yang ada. Hairan saya bagaimana PAS bersikap demikian. Semoga Allah beri petunjuk kepada mereka ke jalan yang betul. zack Dalam Islam kalau kita tak boleh buat semua tuntutan Islam tak perlulah kita tinggal semua, so kalau skrg pas tak perjuang negara Islam tetapi berusaha untuk melaksanakan sesuatu yang membawa rahmat kepada seluruh malaysia. Kenapa perlu berpisah......jika kita ikhlas berjuang demi agama.....so ada jawatan ke tak de jawatan asalkan awak muslim buatlah kerja yang Islam suruh......Jangan semasa kita jadi ketua suruh orang lain taat dengan ketua selagi ketua tak langgar hukum Allah, so bila kita dah tak berkuasa dan orang lain berkuasa maka kita ikut sahajalah. Mmg senang cakap tetapi susah nak buat jika batang hidung kita sendiri yang kena. Buat apa yang kita boleh buat, Allah akan buat apa yang kita tak boleh buat. Sebab tulah ada rukun Iman yang ke-6: Percaya Khodo dan Khadar. Dan itulah khado dan khadar yang Allah letakkan kepada pejuang........Terima dan bersyukur Insya' Allah akan beri yang lebih baik....Wassalam. Pengikut Setia Parti bukan pemimpin. suda politik memporak-perandakan umat.. aiyuhai muslimun.. ayuh bangkitkan institusi masjid... lahirkan generasi yg bertakwa.. bukan generasi yg berpolitik.. ingat matimu.. Abdul Hamid Maon Syabas YB Dr Hassan. PAS keluar lah dari PR. mikail kp 'anak' anda lebey mengutamakan parti politik dr kepentingan islam..anda sggup menganggap perjuangan hassan ali sbg satu kesilpan kerana bercanggah pndngn dr nik aziz..nik aziz pn hamba Allah..dia pn mgkin melakukn kesilpn dlm berpolitik...mgkin dia xsanggup kehilangn kuasa klu mahu menegakkn islam tp alhamdulillah kte maseh ada pemimpin sprt hassan ali yg gigih memperjuangkn islam.. syabas Dato! ini lah yg dikatakan berjuang utk agama bangsa dan negara, jgn jadi pak turut, kesucian islam perlu dipelihara Dato!saya percaya Dato bukan org yg mudah kecewa dan gila kuasa sebaliknya adalah mereka. sokong ketegasan Dato jade Sebenarnya ramai yg kecewa dalam PAS terutama golongan agama..cuma mereka masih menganggap PAS tetap relevan berbanding dengan UMNO kerana UMNO sah-sah sekular. Kekecewaan ini selepas pemilihan PAS baru2 ini bila mana golongan bukan agama diangkat menjadi pemimpin tertinggi sedangkan masih ramai Ulama yg muktabar dalam PAS. Byk golongan agama yg tawar hati dengan perjuangan PAS sekarang mereka cuma sekadar menyokong dalam bentuk undi kerana mereka masih tak percaya pada UMNO. m.zaiha krisis dalaman yg agak serius di saat pru makin dekat. perlu ditangani secara bijak. pas tidak mampu lagi utk berpecah. Pak_Jul keluar saja lah Datuk jangan buang masa dlm PAS, saya dari bujang sampai tua ni dah puas, PAS tak pernah berjaya pun, yg berjaya pecah belah dan membuang masa org Melayu Islam. mungkin sebab Parti tak diberkati Allah orang lama memang PAS sudah mula banyak perubahan setelah bersama Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh Anwar Ibrahim. Ketika di dalam BA yang dipimpin oleh Al Marhum Ust Fadhil Nor....PAS tetap berada di landasan yang asal walau apa strategi/pendekatan yang telah diambil.
ayah long pakcik setuju dengan Azra,
abg b lebih baik bincang secara dlmn dlu.maklumlah byk pihak yg melaga2 kn dn hasan ali kena ikutlah ape kehendak parti bukan ikut penilaian sdiri.
Khairul Tahniah Datuk, teruskan usaha anda. Marilah kita memperbetul kan ape yang tidak betul. PAS skrg sudah tidak mcm dulu. Kita memerlukan orang mcm Datuk Hassan tuk menegur Ahli2 yang lain. Insyaallah. Khairuddin A.Rahim dato perlu turun padang.jumpa ahli bawahan.apa mereka kata.dato tak boleh cakap dari dalam bilik hawa dingin.dato duduk di bilik itu di atas pengorbanan ahli. Salahuddin Ayubi Hadis Nabi ada terangkan akhir zaman nanti akan ada orang yang menjual agama untuk kepentingan duniawi. pasrah Setuju dgn Hasan Ali, saya sendiri dah tarik diri dari mengundi PAS, dan juga parti-parti lain. Lebih tenang tanpa politik. Kecewa dalam parti Islam pun - berebut2 pangkat, ulama di pandang rendah... tunggu je bila jatuh balik PAS... mungkin baru bole bersatu balik azizi PAS banyak tersasar dari perjuangan asal....terlalu hendak menjaga hati rakan-rakan parti lain, mungkin?..terlalu berlembut dalam konflik yang melibatkan agama lain...kenapa?.. amranomar Dato'adalah pemimpin masa depan.kalau dpt tawan ng wajar jadiMB.kalau dpt tawan PJ wajar jadi PM. anak Seorang pejuang yang mudah kecewa dan buat keputusan utk kepentingan diri.Pas berjuang atas dasar jamaah dan pakatan.Jika parti dah arah buat macam tu ikut sajala...jika tak setuju guna saluran betul...Ini dah masuk perangkap guna TV1,3 utusan malaysia utk hentam dasar parti utk menunjuk aku ni bijak dan pejuang sebenar.Kamu baru dlm politik .Banyak lagi kena belajar.Belajarlah dgn TGNik Aziz yg lebih tinggi Ilmunya.Insaflah...balikla kepangkal jaln belum terlambat jadilah orang islam yang menegakkan islam, bukan islam yang memecah belahkan umat islam. Ba Dar makin ramai pmimpin yg tegas ngan prinsip islam disingkirkan..apa salah Hassan Ali? cegah murtad, cegah arak tak islam ke? lps ni ustaz nasarudin pulak yg menyusul. siap sedialah hairi34 Allhamdulillah... terbuka juga hatinya salampb Allah Maha Besar....Inilah ciri-ciri pejuang islam yang selari dengan tuntutan ajaran suci itu. Beliau sanggup meninggalkan kepentingan dunia semata-mata untuk meletakkan perjuangan dan kedudukan islam diperingkat yang paling tinggi. Alhamdulillah...Dato' Dr. Hassan tau tak....ramai yang menitiskan air mata kesyukuran dengan perkembangan ini....Saya mohon keikhlasan dato' dr hassan supaya berusahalah sepenuh hati dengan penuh kesabaran DENGAN MENYATUKAN SEMUA UMAT ISLAM (TAK KIRA APA BANGSA DAN PAHAM POLITIK) DI DALAM NEGARA INI...YAKINLAH ALLAH AKAN BERSAMA-SAMA ORANG YANG MENGANJURKAN KE ARAH KEBAIKAN..BERPEGANGLAH DENGAN TALI ALLAH DAN JANGAN KAMU BERPECAH BELAH....AMINNN. Ismail Sani Biasalah yang kita nampak dan dengar masalah semua dari org atas-atas yg dibawah ni...tak tahu apa pun...main ikut je lagi pulak tu orang lain buat semua tak islam...yang ikut islam aku aje...itulah perangai orang-orang yang disanjung sekarang. mohar syeikh kita sokong penuh kenyataan tok hassan ali. kita dah matang dalam politik. Harimau Jadian Saya Mengundi Datuk di Parit Buntar dulu. Saya tak pernah menyesal. Undi saya untuk Islam, bukan parti. mat rahim syabas datuk hassan ali ini lah perjuangan sebenar..sokong sokong k.united Alhamdulillah... Tuhan telah bukakan hati kepada ahli-ahli PAS untuk berubah dan kembali kepada perjuangan terdahulu untuk memperjuangkan agama Islam dan orang melayu serta institusi raja-raja melayu.. Syabas Datuk Hassan Ali.. Hidup orang melayu.. Otai Wahai semua penyokong PAS bukalah minda anda semua. Ambil lah konflik sekarang sebagai satu iktibar. Janganlah kerana gila kuasa agama, bangsa dan negara di gadaikan. SHAWALUDDIN SAIDON syukur kepada allah.....kebenaran terbukti jua....pihak mana yang benar dan pihak mana yang gila kuasa.....hingga sanggup melupuskan pejuang islam yang sejati.. Famie Shafie Sebenarnya dah ramai ahli-ahli PAS dan barisan pemimpin mereka menarik diri dalam senyap. kandar selamat Syabas Datuk Hassan Ali. Kalau Datuk bertanding sebagai calon bebas sekali pun saya tetap mengundi Datuk. Kami mengalu-alukan Datuk bertanding di kemPAS, johor bahru. azra "Musibah yang datang menimpa, banyak disebabkan oleh ucapan."(HR.Ibnu Abi Syaibah) Full content generated by Get Full RSS. |
Enam pelancong Brunei maut bas terbalik Posted: 20 Dec 2011 02:14 PM PST MukaDepan ANGGOTA Bomba dan Penyelamat serta orang ramai membantu mangsa yang cedera apabila sebuah bas pelancong dari Brunei hilang kawalan lalu terbalik sebelum merempuh pokok di Kilometer 8.9 Jalan Ranau-Tamparuli, berhampiran Kampung Kaporingan, Tamparuli, semalam. Bas yang membawa rombongan 31 pelancong kumpulan muslimah Kampong Mulaut itu dalam perjalanan dari Semporna ke Kota Kinabalu sebelum dijadual pulang ke Brunei, Jumaat ini. Dalam kejadian jam 3.05 petang itu, mangsa yang meninggal dikenal pasti sebagai Abd Manan Ishak, 50; Pengiran Zahamah Pengiran Zainal, 61; Dayang Norhayati Abd Hadi, 61; Faridah, 60; dan Sapawi, 60. Identiti seorang lagi mangsa wanita yang maut belum dapat dipastikan setakat jam 9 malam tadi.Dua mangsa meninggal di tempat kejadian, seorang dalam perjalanan ke Hospital Tuaran manakala tiga lagi di hospital. Mereka yang cedera parah termasuk pemandu bas dihantar ke Hospital Queen Elizabeth (QEH) dan Hospital Tuaran untuk rawatan lanjut. Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Tan Kok Liang, berkata siasatan awal mendapati kemalangan berpunca daripada masalah brek yang menyebabkan pemandu gagal mengawal kenderaan. "Rombongan 31 pelancong yang turut disertai beberapa kanak-kanak itu merangkumi sembilan lelaki dan 22 wanita serta dua pemandu, semuanya warga Brunei," katanya kepada pemberita selepas melawat mangsa di QEH di sini, malam tadi. Hadir sama Konsul Jeneral Brunei di Sabah, Daud Tahir. Tan berkata, Polis Sabah akan membantu urusan penghantaran pulang jenazah ke Brunei selepas selesai bedah siasat. Terdahulu, Ketua Polis Daerah Tuaran, Deputi Superintendan Zaharudin Rasip, ketika mengesahkan kejadian berkata, pemandu bas dipercayai gagal mengawal kenderaan ketika menuruni bukit, menyebabkan ia jatuh mengiring lalu terseret sejauh kira-kira 30 meter sebelum merempuh pokok. "Rempuhan kuat menyebabkan sebahagian bumbung bas itu tercabut," katanya ketika dihubungi Berita Harian, semalam. Tinjauan Berita Harian di lokasi antara lain menyaksikan penumpang bergelimpangan terbaring sambil meraung kesakitan di atas jalan dan dibantu orang ramai yang melalui jalan berkenaan. Selain anggota polis, seramai 20 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Tuaran, Lintas serta Kota Kinabalu menjalankan operasi mengeluarkan mangsa yang tersepit, di samping memberi bantuan kecemasan. Artikel lain: Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komenYed Takziah kepada keluarga yang terlibat, banyak bersabar semoga roh mereka yang telah kembali ke rahmatullah dicucuri rahmat dan terima kasih kepada warga Sabah yang membantu terutama PDRM, Bomba dan Penyelamat. DANISHDANIALDAFI Takziah & Al-Fatihah...... Fauziah Takziah ..kepada kelurga mangsa semuanya kehendaknya jua.amin .
lyna lina bel takziah kpada semua mangsa yg terlibat, smoga roh mereka di cucuri rahmat,amin..... terima kasih juga kpda keatas pdrm sabah, dan angota bomba dan penyelamat keatas bantuan itu.al-fatihah..... Mabaloh Im.Tokoh Terima PDRM,Bomba,JPAM serta org awam yg lalu atas bantuan kepada mangsa kemalangan.Biasanya kecuaian pemandu dikatakan menjadi penyebabnya berlaku kemalangan jlnraya.Tetapi sedarkah kita bahawa keadaan jalanraya di Bawah Bayu sebenarnya masih memerlukan perhatian yg serius dari pihak berwajib. aliaa ucapan terima kasih jg kpda ATM sabah y sama2 menghulurkan bantuan...takziah jg kpda slruh keluarga mangsa.. sharifah mazina salam takziah buat keluarga mangsa yang terlibat, al-fatihah Cyank Dayang Nina Takziah kepada semua keluarga mangsa...semoga mereka d tempatkan d kalangan org2 beriman. (amin).... sk Ucapan takziah kepada semua keluarga mangsa.
azman salamun sedekahkn al-Fatihah kpd mereka, smoga roh mereka dicucuri rahmat dan di trgolong dgn orang2 yang beriman.... amin. masrabella takziah buat keluarga yang terlibat. semoga allah memberi rahmat diatas segala galanya. zulzira al fatihah....semoga semua dalm lindungan allah....takziah buat kluarga mangsa.... Bruneian Ucapan ribuan terima kasih khas kepada PDRM,Angota Bomba dan Penyelamat serta Orang Awam Rakyat Malaysia (Sabah)memberi bantuan keatas rakyat Brunei yg mendapat kemalangan......Ucapan Takziah juga kepada ahli keluarga yg terkorban dan Semoga Roh dicucuri rahmat Amin.... Ucapan ribuan terima kasih khas kepada PDRM,Angota Bomba dan Penyelamat serta Orang Awam Rakyat Malaysia(Sabah)memberi bantuan keatas rakyat Brunei yg mendapat kemalangan......Ucapan Takziah juga kepada ahli keluarga yg terkorban dan Semoga Roh dicucuri rahmat Amin.... clarra clare Takziah buat semua keluaraga mangsa yang terlibat dalam kemalangan....semoga Roh mereka di cucuri rahmat...amin..... feenady takziah di ucapkan pada keluarga mangsa..semoga roh mereka di tempatkan dalam golongan yang beriman... RUKIAH BINTI AHMAD salam takziah kepada semua keluarga mangsa yang terlibat, amin....amin.... zee Fauziah Takziah ..kepada kelurga mangsa semuanya kehendaknya jua.amin .
Ucapan takziah kepada pihak keluarga yang terlibat. EDINCHU S UCAPAN TAKZIAH KEPADA SEMUA KELUARGA YANG TERLIBAT,SEMOGA SEMUA ROH DICUCURI RAHMAT DAN DITEMPATKAN DI TEMPAT ORANG2 YG. BERIMAN.AMIN...AL-FATIHAH.... Hjh Rabehah Alias serta keluarga Takziah semoga roh mereka dicucuri rahmat, amin3x. Selain nama2 yang disenarai didalam berita telah meninggal dunia, kami ingin tahu penumpang yang bernama Hj Abdul Ghani dan isterinya, adakah mereka berdua terselamat? Nurrawiee Salam takziah kepada semua mangsa. al-fatihah. :'( & terima kasih diucapkan kepada mereka yang terlibat atas bantuannya. kita sebagai manusia hanya tahu merancang tetapi Allah yang menentukanNya. yatie takziah untk mereka amanbru KITA HANYA MERANCANG TAPI ALLAH YG MENENTUKAN.SUBHANALLAH. UCAPAN TAKZIAH SEMOGA ROH2 MEREKA DIRAHMATI ALLAH DAN DIAMPUNI SGALA DOSA.ALFETAHAH... dee abadi assalam, malang tidak berbau, secermat manapun pemandu kalu dah nak jadi akan terjadi, yg pergi dah temui ajal qada dan qadar Allah, TAKZIAH BUAT WARGA BRUNEI juba omar takziah buat keluarga yg telah kembali kerahmatullah... الفاتحة... to Polis DiRaja Malaysia Sabah Syukhran Jazilan atas bantuannya... BRUNEI UCAPAN TERIMA KASIH KEATAS PDRM SABAH, DAN ANGOTA BOMBA DAN PENYELAMAT ATAS BANTUAN RAKYAT BRUNEI YG MENDAPAT KEMALANGAN DI SABAH dinie Takziah semga roh mereka di cucuri rahmat Amin, amin, amin.......... Effa A. Tapi kalau pemandu sentiasa berhati-hati dan ingat nyawa penumpang ianya tidak akan berlaku seperti ini.. Jueza Salam takziah kepada semua keluarga mangsa yang terlibat. rasidah sulaiman Ya Allah, kesian melihat. Warga Emas lagi yang meninggal. Subahanallah. andykhairul Takziah buat keluarga yg terlibat dan Al-Fatihah... Nuhaneyka Azza Takziah kepada keluarga mangsa. MyJunior Salam Takziah buat keluarga mangsa yg terlibat dlm kemalangan.. Sherry_junior@yahoo.com Sungguh ngeri .. NIK HANIS SYAERAH KEHENDAK TUHAN, TIADA SIAPA BOLEH ELAK Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: MukaDepan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |