{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: MukaDepan

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: MukaDepan


Mesej UMNO menjalar

Posted: 04 Dec 2011 01:21 PM PST

MukaDepan

Perwakilan pastikan harapan Presiden untuk menang besar sampai ke akar umbi

KUALA LUMPUR: Mesej Presiden UMNO bagi memastikan kemenangan besar pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) mula dirasakan di setiap bahagian parti dengan pewakilan berikrar untuk menghentikan persengketaan sesama sendiri seperti dinasihati Datuk Seri Najib Razak, kelmarin.

Perwakilan yang menghadiri Perhimpunan Agung UMNO ke-62 yang berakhir kelmarin berjanji menerima siapa juga calon yang dipilih dan membantu mencapai kemenangan dengan strategi yang dirangka. Mereka semalam pulang ke bahagian masing-masing bagi memastikan mesej dan harapan Presiden parti bukan saja sampai, malah dirasai di kalangan akar umbi.

Semua kepemimpinan UMNO akur bahawa ahli parti dan rakyat keseluruhannya adalah sasaran utama kerana mereka adalah pengundi yang akan menentukan kelangsungan UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada PRU-13.

Sambil menyatakan komitmen untuk mengadakan pertemuan dalam masa terdekat dengan jawatankuasa bahagian dan cawangan, termasuk pergerakan sayap parti, kepemimpinan terbabit juga tidak berganjak dengan ikrar taat setia yang dimeterai kelmarin.

Ketua UMNO Bahagian Merbok, Datuk Tajul Urus Md Zain yang menyifatkan ucapan Najib sebagai aura baru kepada perwakilan berkata, jentera parti perlu faham peranan mereka yang akan menentukan hidup atau mati UMNO.
"Semangat, kesedaran dan keinsafan dirasai perwakilan akan disampaikan ke akar umbi kerana dalam apa juga hal, PRU-13 bergantung kepada UMNO dan tidak ada sesiapa boleh memandang remeh harapan Presiden kerana matlamat utama kita adalah memenangi pilihan raya umum," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Bagi bahagian UMNO di negeri yang diperintah pembangkang itu, Tajul Urus merancang mendapatkan kerjasama tokoh UMNO disegani untuk turut sama turun padang bagi memastikan mesej yang ingin disampaikan lebih jelas.

Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Nordin Kassim pula berpendapat, kerusi calon Parlimen Batu Kawan yang kuotanya untuk parti komponen BN, iaitu GERAKAN tidak menghalang jentera UMNO bergerak untuk membantu merampas semula kerusi itu.

"Walaupun kita mengutamakan ahli UMNO pada peringkat akar umbi untuk jelas dengan mesej Presiden parti, pada masa sama harapan yang disampaikan Perdana Menteri juga penting disalurkan kepada keseluruhan kepemimpinan dan ahli parti komponen BN," katanya.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Gombak, Datuk Megat Zulkarnain Omardin, berkata perjumpaan pasca Perhimpunan Agung UMNO menjadi rutin tahunan pergerakan bahagian itu bagi memastikan kepemimpinan pada semua peringkat seiring dalam membawa aspirasi parti.

"Jika saya sebagai perwakilan terasa sampai ke tulang apa diucapkan Presiden, saya dan pemimpin bahagian lain juga mahu hal sama dirasai ahli akar umbi kerana ia benar-benar membakar semangat juang kami untuk bekerja keras bagi mempertahankan kepentingan parti dan menolak jauh kepentingan diri," katanya juga Penyelaras Parlimen Gombak merangkap Exco Pemuda UMNO.

Ketua Wanita UMNO Bahagian Hulu Selangor, Datuk Rosni Sohar, berkata pilihan raya umum kali ini bukan sesuatu yang boleh dibuat 'main-main', malah persiapan mental juga penting untuk menjamin tidak berlaku sebarang kejadian yang merugikan parti.

"Tidak dinafikan, gerak kerja semua peringkat perlu lebih kukuh dan bersiap sedia menerima sebarang kemungkinan kerana ini jihad kita untuk mengelak Melayu merempat di tanah air sendiri," katanya yang juga Setiausaha Wanita UMNO Pusat.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

myal maramin

Jangan kita mudah lupa. Teruskan perjuangan yg belum selesai. Bersatu, Bersetia, Berkhidmat. Rakyat didahulukan. Pencapaian diutamakan. 1Malaysia, Malaysia Boleh.....

musain tanjil

Ucapan penggulungan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak amat tepat dan releven dengan pergolakan politik dan pemikiran orang melayu dan warga tempatan negeri Sabah dan Sarawak sekarang. Ucapan penggulungan yang memperlihatkan visi dan misi perjuangan Datuk Seri Presiden dan orang-orang Umno untuk mengapai Wawasan 2020. Pendekatan turun ke peringkat akar umbi untuk menyelami permasalahan dan membantu sedaya upaya amat baik dan seharusnya berterusan bukan hanya untuk musim pilihan raya sahaja.

Sedikit kecacatan yang boleh menjejaskan perjuangan murni ini adalah pemimpin bawahan akar umbi yang tidak profesional bila berdepan dengan masyarakat setempat. Pemimpin bawahan akar umbi ini adalah emij parti. Kesilapan mereka akan menjejaskan parti. Dari dapatan saya, persepsi masyarakat mengatakan bahawa pemimpin peringkat tinggi dan pertengahan melaksanakan tanggungjawab mereka dengan cemerlang tetapi bila sampai di peringkat pemimpin akar umbi macam-macam yang terjadi. Mengapa ini terjadi??? Tentu banyak sebabnya. No komen. Mari sama-sama kita mengatasi masalah ini demi kelangsungan agama islam, bangsa melayu,raja dan negara yang tercinta ini. Hidup Umno... hidup Umno...hidup Umno...

amamiza

Baguslah kalau macam tu/ harap-harap bukan sekadar semasa YAB Datuk Seri Najib buat saranan. Ia perlu duteruskan turun temurun supaya UMNO dan orang Melayu terus releven dari dulu kini dan selamanya

Masbak Rumashid K

Setelah Presiden sampaikan mesej untuk ahli ahli UMNO. Maka sebahagian Pemimpin bawahan memberikan respon tentang amanat Presiden Parti. Ketua UMNO Merbok dan Ketua UMNO Batu Kawan sudah tampil ke hadapan dengan rela memberikan respon kepada saranan Presiden Parti. Selain itu ketua Pemuda dan ketua Wanita bahagian dengan rela turut menyahut hasrat Presiden. Tatkala MKT belum ada lagi tampil ke hadapan untuk memberikan sokongan kepada Presiden.

Naib Presiden Dr Ahmad Zahid semalam turut menyumbang saranan bahawa dia sendiri sanggup terima keputusan jika tidak dicalonkan dalam pru ke-13. Dia berikrar tidak akan menikam parti dari belakang.

Rakyat masih menunggu apa cerita tentang MKT yang lain setakat ini belum ada suara suara untuk bersetuju tentang saranan Presiden Parti. Rakyat berharap banyak lagi MKT akan datang turut memberikan sahutan terhadap kehendak Presiden.


Full content generated by Get Full RSS.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat