{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: MukaDepan

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: MukaDepan


JPA utama orang dalam

Posted: 07 Dec 2011 02:52 PM PST

Saya tidak bersetuju dengan langkah JPA mengutamakan orang dalam dalam mengisi
jawatan tertinggi dalam kerajaan @ JUSA.

(1) Kita kena terima hakikat kebanyakan orang yang berkemahiran dan berkebolehan tinggi
berada di sektor swasta dan terlibat aktif dalam industri dan perniagaan.
Walaupun mereka tidak dinilai seperti penjawat awam, tetapi kredibiliti dan pencapaian
mereka cukup membuktikan yang mereka boleh memajukan dan memimpin ke arah sebuah organisasi
yang lebih produktif.

Siapa yang boleh beri jawapan, kenapa DS Idris Jala, bekas CEO Shell, dilantik menerajui
MAS dan skrg dilantik sebagai Menteri di dalam Jbtn Perdana Menteri. Soalan saya mudah,
kenapa tidak lantik sahaja orang-orang yang senior dalam jbtan kerajaan?
Ini disebabkan beliau memang berkebolehan bukan?

(2) Kesemua kementerian dan jbtan di bawah sektor awam menerima bajet setiap tahun dari kerajaan
pusat. Maka, kesemua penjawat awam, secara logiknya tidak aktif dan kurang mahir dalam menjana
pendapatan untuk kerajaan. Mereka cuma melaksana dasar.
Untuk memajukan sesebuah organisasi perlu innovatif, kreatif, dan berdaya saing.

Kebanyakan kursus yang dianjurkan oleh sektor awam, dibuat di hotel2 mewah, tetapi kesannya
sangatlah mendukacitakan. Selalunya kursus2 ini digunakan oleh mereka untuk bercuti @ melepaskan
tekanan sewaktu di pejabat.

(3) Penjawat tertinggi sektor awam, bukan sahaja berfungsi untuk melaksana dasar dan memimpin organisasi
tetapi juga membawa organisasi serta anak buah @ subordinates ke arah lebih efektif.

Selalunya sesebuah organisasi akan melantik penasihat, jururunding @ jwtankuasa penasihat yang terdiri
daripada mereka yang bukan dari sektor awam untuk membantu mereka memimpin dan menyelesai sesetengah pihak.

Tak kurang juga sektor awam yang membuka tender-tender yang tidak sepatutnya kepada agensi-agensi swasta
untuk melakukan kerja yang sepatutnya kerja mereka.

Contoh: Jambatan A retak. Kenapa Kementerian J (KJ) perlu lantik konsultan luar untuk menganalisa. Kosnya mahal. Kenapa
tidak (KJ) sendiri yang lakukan analisa tersebut. Apakah engineer (KJ) tidak cukup pandai @ tidak
cukup kemahiran? Kalau mereka tidak ckp kemahiran kenapa mereka dilantik menjadi engineer (KJ)?
Kalau mereka sudah pergi kursus dan latihan, kenapa masih kuat bergantung pada engineer dari
sektor swasta? Adakah kerana pengarah (KJ) dan CEO Tabah Construction adalah rakan niaga?

Anda boleh menilai sendiri situasi di atas yang memang berlaku di Malaysia.

(4) Kebanyakan proses kenaikan pangkat dalam JPA adalah berdasarkan senioriti dan pengalaman.

Ini fakta yang cukup menarik. Anda perlu sedar, sama ada anda rajin @ malas, produktif @
tidak, anda tetap akan jadi senior kerana umur akan meningkat dengan sendirinya.
Jadi, senioriti tidak bermakna mahir @ pengalaman, senioriti maksudnya "lama".

Pengalaman juga tidak berkadar langsung dengan umur. Mereka yang bekerja dgn suasana yang
penuh daya saing di Jepun contohnya selama 5 tahun, hampir menyamai pengalaman 30 tahun
berkhidmat di Malaysia. Kita kena terima hakikat ini.

Saya pernah jumpa pekerja muda, sekitar 30an, seorang engineer sangat berkemahiran dan
punyai daya kepimpinan yang baik,berpengalaman 8 tahun bekerja di Jerman,tetapi gagal
berkhidmat dengan sektor kerajaan.

(5) Proses penilaian sektor awam.

Penilaian sektor awam, dijalankan oleh sektor awam juga. Mengapa tidak sektor swasta
@ konsultan asing menilai sektor awam juga.

Kalau penilaian dibuat oleh orang dalam juga, mestilah keputusannya baik-baik belaka.
Kita perlu satu indicator dan evaluation process yang lebih teliti oleh pihak yang
berkecuali @ betul-betul jujur.
Ingat, wang rakyat digunakan untuk membayar gaji dan insentif sektor awam.

Di Jepun, mereka yang berkhidmat dalam sektor awam, bekerja bermati-matian dan sanggup
meletak jawatan sekiranya mereka gagal memberikan yang terbaik.
Mereka sangat efisyen kerana sektor swasta bergantung kpd mereka untuk melancarkan
aktiviti ekonomi.
Di Malaysia, sektor awam bekerja lebih kurang, dan penting dapat gaji bulanan, dan bonus
tahunan, tetapi buat kerja lambat. Mesyuarat tidak efisyen, cakap sahaja banyak, output
tidak ada. Bila ditegur, wujud suasana dengki-mendengki.
Dalam masyarakat yang hampir semua beragama Islam, suasana dalam sektor awam memang
kurang nilai-nilai Islam.

Walaupun saya bukan bekerja sebagai penjawat awam, tetapi saya berkhidmat untuk badan berkanun
dan skim gaji mengikut sisten JPA dan sistem saraannya sekali, saya cukup sedih melihat
situasi ini.
Kurangkanlah kroni dan 'kabel' dalam sektor awam.Kalau mereka betul2 layak & berkebolehan,
lantiklah mereka, kenapa perlu prejudis. Kita sendiri boleh majukan diri dan dapat
pengiktirafan dalam sektor awam kalau kita betul-betul ada kebolehan

Sekian.Terima Kasih.

Full content generated by Get Full RSS.

Malaysia pilihan pelabur dunia

Posted: 07 Dec 2011 02:48 PM PST

MukaDepan

KUALA LUMPUR: Malaysia disenaraikan sebagai destinasi pelaburan langsung asing (FDI) ke-10 paling menarik di dunia kepada eksekutif korporat antarabangsa pada tahun ini, melonjak daripada tempat ke-21 tahun lalu.

Laporan Indeks Keyakinan FDI yang dikeluarkan firma penyelidikan global, AT Kearney menunjukkan Malaysia meningkat 11 anak tangga bagi meletakkannya pada kedudukan tertinggi dalam sejarah dan menjadikan Malaysia sebaris beberapa negara maju dan sedang membangun utama lain sebagai destinasi pilihan pelabur.

Tiga negara ekonomi sedang membangun utama dunia, iaitu China, India dan Brazil menguasai tiga kedudukan tertinggi dalam sejarah dan menjadikan Malaysia sebaris beberapa negara maju dan sedang membangun utama lain sebagai destinasi pilihan pelabur. Tiga negara ekonomi sedang membangun utama dunia, iaitu China, India dan Brazil menguasai tiga kedudukan teratas sebagai lokasi pilihan pelabur, diikuti Amerika Syarikat (AS), Jerman, Australia, Singapura, United Kingdom dan Indonesia.

Indeks Keyakinan FDI diperoleh menggunakan data utama kaji selidik di kalangan eksekutif kanan syarikat utama dunia yang mewakili 27 negara dan merangkumi 17 sektor industri di semua enam benua dengan jualan tahunan global terkumpul kira-kira AS$1 trilion (RM3.1 trilion). Responden terdiri daripada eksekutif peringkat teratas selain ketua serantau dan perniagaan firma masing-masing.

Kaji selidik itu mendapati 15 peratus daripada responden memberikan pandangan positif terhadap Malaysia sebagai destinasi pelaburan berbanding tujuh peratus memberikan pandangan negatif.

Laporan itu juga mendapati aliran masuk pelaburan ke negara ini meningkat 537 peratus pada 2010 berbanding tahun sebelumnya kepada AS$9 bilion (RM28.1 bilion). Angka itu akan diatasi tahun ini dan dijangka meneruskan arah aliran positif berdasarkan sentimen positif oleh indeks berkenaan.
AT Kearney juga mendapati ekonomi utama di rantau Asia Tenggara menikmati lonjakan besar FDI tahun ini dengan meraih manfaat daripada kos tenaga kerja rendah yang sebelum ini menjadi kelebihan kepada China. Negara di rantau ini juga mampu menarik pelabur dengan saiz pasaran pengguna mewah yang besar dan semakin berkembang.

Pengarah Urusan Asia Tenggara AT Kearney, Joon Leong Ooi, berkata 10 destinasi pelaburan paling menarik di dunia secara konsisten menerima 50 peratus atau lebih daripada aliran masuk FDI setahun selepas kaji selidik dilakukan.

"Kami menjangkakan kenaikan berterusan FDI ke Asia Tenggara memandangkan sentimen memberangsangkan seperti yang dicerminkan kaji selidik itu terhadap ekonomi rantau ini," katanya.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen


Full content generated by Get Full RSS.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat