Berita Harian: MukaDepan
Posted by Tanpa Nama
Berita Harian: MukaDepan |
Posted: 09 Dec 2011 09:00 AM PST MukaDepan NAJIB bersama Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan Ketua Pengarah MSN, Datuk Zolkples Embong bergambar bersama penerima Anugerah Skim Hadiah Kemenangan Sukan di Bukit Kiara, semalam. KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak semalam mencadangkan bayaran Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) kepada atlit negara yang memenangi pingat emas pertama peribadi pada Sukan SEA akan datang dinaikkan kepada RM20,000 berbanding RM10,000 yang diberikan kepada pemenang pada Sukan SEA ke-26 di Indonesia baru-baru ini. Perdana Menteri yang sebelum itu mengumumkan ganjaran tambahan RM3,000 untuk menjadikan jumlah keseluruhan RM5,000 bagi setiap pemenang pingat emas berpasukan melebihi lima atlit pada Sukan SEA 2011 di Indonesia itu juga turut mencadangkan penambahan sekali ganda untuk pingat emas seterusnya yang dimenangi seseorang atlit pada Sukan SEA akan datang menjadi RM10,000 berbanding RM5,000. Najib yang melahir perasaan gembira dan bangga di atas pencapaian atlit negara pada Sukan SEA berkata, insentif yang diberikan adalah bagi menghargai segala pengorbanan dan kecemerlangan ditunjukkan semua atlit. Saya berharap insentif sebegini akan dapat menjadi pendorong untuk setiap atlit mempertingkatkan usaha mereka mencapai prestasi lebih tinggi, katanya ketika berucap pada majlis meraikan kejayaan kontinjen Sukan SEA Indonesia 2011.Hadir sama Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek; Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Gan Ping Siew; Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Mohid Mohamed; Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Datuk Zolkples Embong; dan Ketua Kontingen Negara ke Sukan SEA Indonesia, Datuk Naim Muhamad. Kontinjen negara merangkul 59 pingat emas, 50 perak dan 82 gangsa untuk menduduki tempat keempat keseluruhan daripada 11 negara yang bertanding pada Sukan SEA ke-26, pencapaian kedua terbaik untuk kontinjen negara pada temasya di luar Kuala Lumpur ketika negara menjadi tuan rumah pada 2001. Pada majlis semalam, seramai 91 atlit daripada 13 jenis sukan yang memenangi pingat emas menerima hadiah kemenangan SHAKAM masing-masing, membabitkan nilai keseluruhan RM629,996. Jumlah itu bagaimanapun tidak termasuk tambahan RM3,000 yang diumumkan Perdana Menteri bagi setiap emas berpasukan melebihi lima atlit. Sementara itu, Najib berkata, atlit negara tidak harus cepat berpuas hati dengan kejayaan dicapai di peringkat Asia Tenggara, sebaliknya menjadikan ia sebagai batu loncatan untuk mencapai kejayaan di peringkat Asia dan dunia. Kita mesti melihat bagaimana kita boleh melakukan usaha lebih baik dan berkesan termasuk mendedahkan atlit melalui satu sistem latihan yang tersusun dari peringkat usia semuda mungkin, katanya. Selain itu, beliau menggesa syarikat korporat untuk tampil menghulurkan dana lebih besar kepada bidang sukan negara kerana ia adalah pelaburan kepada penjenamaan syarikat dan mendatangkan keuntungan jangka panjang. Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komenfifi tahniah pd atlet2 negara yg mendapat imbuhan dan jutaan trima kasih juga diucapkn pd perdana menteri pak najib kerana telah menambahkn lagi SHAKAM utk atlet2 negara yg menang pd seagame yg akan dtg...ini akan lebih menambahkn motivasi mereka semasa bertanding nnt... Maramin Abd. Labin Cadangan PM ni memanglah sangat baik tapi saya rasa skim hadiah SHAKAM sekarang ni sudah memadai dan perlu dikekalkan. Jika hadiah terlalu lumayan pun kita bimbang para atlet/ahli sukan kita akan hilang tumpuan sehingga menjadi manja dan terlalu selesa dgn kemewahan wang ringgit. Kesannya menyebabkan semangat dan prestasi mereka merosot seperti mana yg berlaku kepada sesetengah atlet/ahli sukan kita yg lain tu. Kata orang kalau nak bagi imbuhan tu biarlah berpada2. Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: MukaDepan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |