{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Kosmo Online - Hiburan

Posted by Tanpa Nama

Kosmo Online - Hiburan


Beri RM100,000 kepada keluarga

Posted:

Beri RM100,000 kepada keluarga

Beri RM100,000 kepada keluarga

TIDAK keterlaluan, pemilihan Mohd. Faizul Sani atau Faizul menjuarai pertandingan realiti Akademi Fantasia 2013 (AF2013) adalah keputusan yang tepat.

Tidak perlu dimomokkan dengan kesempitan hidup yang dilalui oleh peserta berasal dari Tawau, Sabah itu, Faizul membuktikan dia sememangnya layak menjuarai pertandingan itu berkat suara hebat yang dimiliki. Sementelah, dia juga berhabis tenaga memerah keringat berjuang sehingga ke peringkat final.

Mungkin juga ia satu rezeki industri bakal menerima satu lagi kehadiran penyanyi pelapis baharu yang bakal menyinar selepas penyanyi Hafiz, Adira dan Stacy yang juga lahir daripada platform yang sama iaitu Akademi Fantasia.

Faizul yang asalnya cuma pekebun di Sabah mengakui tidak pernah terfikir langsung untuk menyertai uji bakat program tersebut.

"Saya tidak pernah terfikir langsung untuk menyertai pertandingan ini. Bukan apa, saya seorang yang sangat pemalu, tetapi kawan-kawan saya dan adik beradik kata saya ada bakat menyanyi dan paksa saya pergi uji bakat AF2013.

"Daripada situ saya mula terfikir ibu bapa saya makin tua. Ibu saya, Shallena Langkab, 56, ada masalah jangkitan paru-paru dan dia juga tidak boleh berjalan.

"Bapa iaitu Sany Salun, 61, pula baru sahaja lepas buat pembedahan pintasan jantung (bypass) dan tidak begitu kuat untuk bekerja. Jadi saya mula terfikir untuk bantu mereka mengubah nasib," luahnya yang berjaya memperoleh wang tunai RM100,000, kontrak rakaman bernilai RM100,000 dan trofi sumbangan Astro di atas kemenangannya.


BERKAT vokal mantapnya, Faizul dijulang sebagai juara Akademi Fantasia 2013. Kemenangannya dianggap memang layak dan berbaloi dengan bakat yang ada pada dirinya.


Jadi diri sendiri

Tidak terfikir langsung untuk mengejar status glamor, anak kedua daripada lima beradik itu menegaskan, dia ingin menghadiahkan keseluruhan wang kemenangannya kepada kedua ibu bapanya.

Jujur bicara Faizul lagi, dia juga tidak mahu satu sen pun duit RM100,000 yang dimenanginya.

"Saya pegang pada niat mula-mula masuk AF2013 iaitu ingin membantu keluarga. Jadi, wang kemenangan itu memang akan diberikan semuanya pada kedua ibu bapa saya. Tetapi kalau mereka mahu beri sedikit wang itu saya akan terima," jelasnya sambil ketawa.

Mengulas mengenai hala tujunya selepas memenangi program tersebut, Faizul yang mengagumi bakat penyanyi Faizal Tahir berhasrat untuk menjadi penyanyi bukan tipikal untuk industri muzik.

Bagaimanapun, dia berjanji akan sentiasa menjadi diri sendiri dan tidak akan sesekali menjadi seperti kaduk naik junjung (menjadi lupa diri dan asal usul).

"Mudah-mudahan saya sentiasa jadi diri sendiri. Dari segi muzik yang akan dibawa saya sukakan sesuatu yang eksperimental. Mungkin ada risiko untuk peminat menerimanya, tetapi saya yakin dengan hala tuju selepas ini di bawah pengurusan pihak Astro," ulasnya yang berjaya mengikis perasaan malu selama 10 minggu berada dalam AF2013.

Pada pertandingan tersebut, Faizul menyanyikan lagu baharunya berjudul Sepasang Sayap dan Hanyut yang dipopularkan oleh Faizal Tahir.

Faizul berjaya menewaskan calon kegemaran iaitu Azheal (Mohd. Azhar Osman dan Hal Husaini Razmi) yang diundi masuk lima hari menjelang final AF2013.

Selain Azheal yang mengungguli tempat kedua dengan membawa pulang wang tunai bernilai RM30,000 beserta trofi sumbangan Astro, tempat ketiga AF2013 pula dimenangi oleh Nadia Amira Othman atau Amira.

Amira berjaya membawa pulang wang tunai bernilai RM20,000 dan trofi sumbangan Astro manakala tempat keempat, kelima dan keenam masing-masing dimenangi oleh Siti Ruhailah Hussein atau Indah, Nur Nabila Mohd. Razali atau Nabila dan Nur Aishah Aziz atau Aishah.


GIMIK Aishah bersama pelakon Adi Putra sewaktu menyanyikan lagu Mimpi mendapat sambutan hangat.


Kerap dikritik

Sementara itu, Azheal memberitahu, tidak berasa kecewa dengan kemenangan tempat kedua yang dimenangi mereka.

Menganggap semuanya rezeki, ujar salah seorang anggota duo itu iaitu Azhar, sudah berjaya ke peringkat final AF2013 juga sudah berbaloi buat mereka.

"Ramai yang buat andaian jika peserta yang diserap masuk ke Akademi Fantasia akan dinobatkan sebagai juara. Kami tidak fikir begitu. Azheal dinobatkan tempat kedua adalah kerana rezeki. Kami tidak rasa kecewa malah berbangga kemenangan itu diberikan buat Faizul yang kami anggap abang dalam AF2013," ungkap Azhar.

Harapan Hal Husaini pula, agar lagu baharu Azheal iaitu Hentian Terakhir yang dicipta oleh Damian Mikhail daripada kumpulan VE itu berjaya diterima oleh peminat.

Sebaliknya, bagi Amira pula, dia tidak menyangka menjadi pemenang tempat ketiga kerana berasakan kerap dikritik oleh juri-juri AF2013 iaitu Roslan Aziz, Shahrifah Amani dan Edry Abdul Halim.

"Berada di final pun saya tidak sangka langsung. Sebabnya, saya antara yang kerap dikritik juri. Bagaimanapun, saya anggap komen-komen juri sebagai pembakar semangat untuk terus berjuang. Alhamdulillah rezeki tempat ketiga berpihak kepada saya," ulas peserta berusia 20 tahun, berasal dari Johor itu.

Lega

Dalam pada itu, pengilham (Inspirer) Datuk Siti Nurhaliza pula menganggap keputusan kemenangan AF2013 adalah tepat.

Kata Siti: "Keputusan bagi pemenang juara, tempat kedua dan ketiga adalah tepat berpandukan pada prestasi yang ditunjukkan mereka pada konsert final AF2013".

Keseluruhan konsert final AF2013 yang berlangsung di Stadium Negara, Kuala Lumpur, Ahad lalu, mempamerkan persembahan bertenaga daripada keenam-enam pelajar.

Rata-rata ramai yang menarik nafas lega tatkala Nabila, peserta yang sering menerima kritikan pedas daripada juri kerana vokalnya yang disifat terlalu lemah diumumkan berada di tempat kelima.


DIJANGKA menjadi juara, duo Azheal bagaimanapun hanya diundi sebagai naib juara.


Biarpun persembahan bertenaga ditunjukkan setiap peserta di konsert final AF2013, namun persembahan mereka dicacatkan dengan beberapa prop yang dianggap seperti berada dalam tahun 80-an. Ada yang beranggapan penggunaan prop lilin dan lampu-lampu yang bergantungan tidak lagi relevan kerana ia seolah-olah seperti melihat persembahan pada era 80-an.

Padahal ia adalah konsert final AF2013 bukannya konsert final AF80-an.

Semua senarai pemenang diumumkan oleh pengacara Zizan Razak dan disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria (saluran 104).

Istimewanya Konsert Akhir Akademi Fantasia 2013 itu turut dimeriahkan dengan persembahan istimewa oleh pengilham terakhir iaitu Datuk Siti Nurhaliza.

AF2013 memperkenalkan konsep baharu dengan menampilkan tiga pengilham terkenal iaitu Faizal Tahir, Melly Goslow dan Datuk Siti Nurhaliza.

Tiga pengilham tersebut menyalurkan pengalaman mereka kepada pelajar-pelajar AF2013.

Rabecca minta duit, henti buat fitnah

Posted:

Rabecca minta duit, henti buat fitnah

Rabecca minta duit, henti buat fitnah

Oleh KHAIRUL AMRI HASSAN

RABECCA mengaku masih banyak menerima tawaran berlakon walaupun didakwa tidak berdisplin.


KEMELUT yang melanda sutradara Erma Fatima dan pelakon Rabecca Nur Al Islam kian berlarutan biarpun mahkamah telah mengemukakan keputusan pada 8 November lalu.

Baik Rabecca, 27, mahupun Erma, 45, sindiran menerusi laman sosial Twitter dan Instagram semakin kencang dan berbalas serangan, biarpun kemenangan telah berpihak pada Rabecca.

Perbalahan mula tercetus apabila Erma enggan menjelaskan baki bayaran sebanyak RM11,200 kepada pelakon berkenaan setelah dimatikan wataknya dalam drama bersiri Dejavu di Kinabalu pada episod ke 17 daripada 28 tanpa pengetahuan.

Selepas perbicaraan kes, Erma telah memuat naik beberapa keping foto di Instagramnya dengan menyindir Rabecca. Keadaan bertambah tegang apabila adik Erma, Betty Rahmat masuk campur dalam perbalahan itu.

Sehubungan itu, Rabecca telah mengadakan sidang akhbar khas di Harrods, KLCC pada hari Khamis lalu untuk menjelaskan keadaan dan meminta agar menghentikan provokasi terhadapnya.

Ikuti temu bual Rabecca bersama Kosmo!.

Kosmo!: Semua sudah sedia maklum bahawa kemenangan sudah berpihak pada anda, tapi kenapa perlu adakan sidang akhbar lagi?

RABECCA: Sidang akhbar ini diadakan supaya tidak akan ada lagi perkara berbangkit selepas ini dan saya tidak akan melayan pertanyaan berhubung isu ini lagi. Saya anggap perkara ini telah selesai dan saya mendesak agar menghentikan fitnah serta tuduhan palsu terhadap saya. Jangan tabur pasir dalam periuk nasi saya. Saya harap segalanya berakhir di sini.

Apakah komen anda mengenai tindakan Betty Rahmat masuk campur dalam kemelut yang melanda anda dan kakaknya, Erma Fatima?

Dia mahu dikenali sebenarnya, sebab itu dia melebih-lebih di Instagram.

Adakah situasi kini menjejaskan tawaran lakonan anda?

Tawaran ada, cuma saya yang terpaksa menolak kerana mahu memberikan tumpuan terhadap anak-anak saya. Lagipun, kedua-dua anak saya, Nor Anggun Riverra dan Nor Anggerik Renesmee masih kecil dan memerlukan penjagaan daripada saya sendiri.


ANTARA luahan perasaan Erma Fatima di laman Instagram tentang kes mahkamahnya dengan Rabecca yang telah dipadam oleh pengarah tersebut.


Sebelum membawa kes ini ke mahkamah, apakah tindakan awal anda?

Saya pernah menghantar SMS, BBM dan cuba menghubungi menerusi panggilan telefon tapi dia larikan diri. Saya tidak akan membawa kes ini ke mahkamah sekiranya boleh dibawa berbincang. Pernah juga saya mengadu kepada Persatuan Seniman tapi tiada tindakan daripada pihak berkenaan.

Adakah benar dakwaan Erma bahawa anda mempunyai masalah disiplin sebelum ini dan atas faktor itu anda digugurkan daripada produksi Dejavu di Kinabalu?

Selama 10 tahun dalam dunia seni saya tidak pernah mempunyai masalah disiplin, saya undur diri pun kerana mahu memberikan fokus kepada keluarga. Dakwaan itu tidak berasas dan dia gagal membuktikan tuduhan itu. Saya tidak pernah lambat datang ke set penggambaran dan mungkin pada ketika itu saya kurang bercampur dengan krew dan pelakon lain kerana sedang mengandung.

Apakah impak terbesar kepada kehidupan anda apabila berlakunya perkara ini sampai mengheret ke mahkamah?

Sebenarnya tidak perlu sampai bergaduh kerana tiada sesiapa pun yang gemar bergaduh. Saya harap pihak sana profesional dan matang, jangan aibkan sesiapa lagi di laman sosial atau internet.

Bagaimanakah proses pembayaran wang kemenangan kes anda selepas perbicaraan?

Saya masih belum mendapat bayaran tersebut daripada pihak berkenaan dan masih menunggu untuk menuntut hak saya.

Sekiranya berlarutan, apakah tindakan anda selepas ini?

Saya tidak akan teragak-agak untuk berbincang dengan pihak peguam saya yang diwakili oleh Azam, Idzham, Azman & Partners sekiranya perkara ini masih berlarutan selepas ini. Cukuplah setakat ini, sekiranya pihak berkenaan mahu mengambil tindakan atau membuat rayuan kepada Mahkamah Tinggi kerana tidak berpuas hati terhadap kemenangan kes ini, saya terima seadanya.

Yusof nafi tahu

Posted:

Yusof nafi tahu

Yusof nafi tahu

Oleh FATEN SAPHILLA MOHAMED ISA

YUSOF (dirakam bersama anaknya, Syamsul) bakal ambil tindakan susulan sekiranya dalang di sebalik filem KL Gangster 2 bocor di internet sudah dikenalpasti.


ISU filem KL Gangster 2 yang bocor di internet meraih perhatian sekali lagi apabila dalang di sebalik perbuatan tidak bermoral itu dikatakan sudah dikenalpasti.

Hal itu disebut menerusi ruangan gosip sebuah akhbar tempatan. Bagaimanapun, dakwa penulis gosip itu, tiada sebarang tindakan yang dibuat ke atas dalang tersebut.

Gosip itu juga menegaskan, sebelum ini Datuk Yusof Haslam sendiri beria-ia mahu mengambil tindakan saman ke atas dalang yang menyebarkan filem arahan anaknya, Syamsul Yusof itu.

Malangnya, setelah dalang terbabit dikenalpasti, Yusof sekadar mengambil pendekatan mendiamkan diri.

Kosmo! menghubungi Yusof sendiri untuk mendapat maklum balas sebenar berhubung perkara tersebut. Ternyata, penerbit filem terkenal itu terkejut mengenai perkara itu.

Tegasnya, sehingga kini dia masih belum menerima sebarang maklumat mengenai dalang yang menyebarkan filem tersebut.

"Saya tidak tahu-menahu langsung mengenai sudah ada tangkapan dibuat atau tidak.

"Saya masih menunggu hasil siasatan dan masih belum menerima sebarang jawapan daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKKM) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) berhubung penyebaran filem berkenaan," ulasnya ketika dihubungi Kosmo!.

Tidak mahu mencampuri urusan siasatan tersebut, jelas Yusof, bila sudah ada dakwaan ke atas individu terbabit pihaknya pasti ke hadapan untuk mengambil tindakan.

Mengulas mengenai tindakan yang bakal diambilnya, kata Yusof, kemungkinan dia akan melantik peguam.

"Kalau dalang itu sudah ditangkap, pihak saya akan ambil tindakan susulan. Mungkin pihak kami akan melantik peguam," ujarnya yang nyata masih kecewa kerana KL Gangster 2 mengalami kerugian.

Ditanya adakah dia terkilan kerana dalang tersebut masih belum ditangkap sehingga kini, luah Yusof, dia tidak terkilan asalkan ada tindakan untuk mengenalpasti dan menangkap dalang terbabit.

"Saya tidak pertikaikan berapa lama masa diambil untuk tangkap dalang tersebut. Harap pihak berwajib tidak diamkan perkara ini. Ada tindakan lanjut dan terperinci kerana ia bukan membabitkan seorang tetapi pelbagai pihak.

"Sesiapa yang berada di tempat saya sekarang pasti kecewa. Biarpun KL Gangster 2 berjaya kutip RM5 juta tetapi masih menanggung kerugian," ujarnya mengenai filem yang menelan belanja RM4.5 juta itu.

Mengulas lanjut, ungkap Yusof, filemnya itu bukan sahaja dimuat naik secara haram dalam internet tetapi juga dijual secara cetak rompak di seluruh Malaysia.

Jelas Yusof lagi, dia juga tidak mahu memanjangkan isu tersebut kerana tidak mahu menganggu siasatan pihak berwajib.

KL Gangster 2 menampilkan barisan pelakon seperti Datuk Rosyam Nor, Aaron Aziz, Zizan Razak, Sofi Jikan, Sheera Iskandar, Adi Putra dan Syamsul Yusof. Filem tersebut mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada 3 Oktober lalu.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat