{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

felda serting hilir - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

felda serting hilir - Google Blog Search


Laman Rasmi: <b>FELDA SERTING</b>, N. SEMBILAN PULA DIGEMPUR, WARGA <b>FELDA</b> <b>...</b>

Posted: 31 May 2011 08:41 PM PDT

Malam tadi (31 Mei 11) bertempat di Felda Serting Hilir, Jempol, N. Sembilan satu program ceramah telah diadakan oleh beberapa pimpinan Pakatan Rakyat dari Negeri Sembilan dan Pahang.


Ceramah tersebut lebih khusus kepada sesi penerangan berkaitan saman peneroka terhadap Felda serta berbagai isu berkaitan permasalahan felda dan penerangan Buku Jingga. Kehadiran rata-rata dari warga felda setempat lebih kurang 200 orang memenuhi ruang halaman rumah seorang penduduk felda yang dijadikan tempat ceramah. Walaupun program ini tidak dihebahkan melalui poster, tetapi golongan sasaran yang hadir amat memuaskan hati pihak penganjur.

Penceramah terdiri dari Pengerusi PKR N. Sembilan YB Datuk Kamarul Bahrain, Pengerusi PKR Pahang Dato' Fauzi Abd Rahman, Pimpinan PAS dan PKR Jempul dan Ketua Biro Felda dan Masyarakat Orang Asal PKR Pusat Tuan Hj Hj Suhiaimi Said. Ketua AMK N. Sembilan Sdr Nazri Yunus dan pimpinan AMK tempatan juga turut hadir. Turut memberi ucapan adalah seorang Peguam yang mengendalikan beberapa kes berkaitan saman Peneroka terhadap Felda.


Ketua PKR Cabang Jempol, YDP PAS Jempol dan Peguam mewakili Felda

Berbagai isu disentuh di dalam isu felda, Peguam yang mewikili peneroka di dalam kes saman terhadap felda menerangkan secara terperinci berkaitan hak dan perlindungan kepada peneroka di sisi undang-undang (GSA). Pendedahan juga dibuat oleh YDP PAS Jempol tentang bagaimana felda kini kehabisan wang sehingga terpaksa meminjam wang dari KWSP sebanyak RM 6 Bilion. Beliau telah menunjukkan satu salinan Minit Mesyuarat yang membuktikan dakwaannya itu.

Tuan Hj Suhaimi Said - Ketua Biro Felda dan Masyarakat Orang Asal PKR Pusat
Isu felda terus menjadi hangat apabila Tuan Hj Suhaimi Said mengambil giliran berucap. Beliau lebih lanjut menerangkan darihal undang-undang (GSA) yang kebanyakan tidak difahami oleh para peneroka sehinggakan mereka takut untuk mempertahankan hak mereka sendiri. Beliau mendedahkan bagaimana seseorang peneroka mengalami kerugian sehingga mencapai RM 200 ribu seorang akibat penipuan dan penyelewengan yang dilakukan oleh felda terhadap mereka. Tuan Hj Suhaimi menerangkan tentang Buku Jingga yang mana para peneroka dijanjikan tentang penghapusan Felda Plantation seterusnya akan menjadi hak milik warisan Peneroka, pengurusan felda peringkat bawahan, bekas-bekas anggota keselamatan dan mereka yang layak memohon.

Pengerusi PKR Negeri, YB Datuk Kamarul Bahrain memberi keyakinan bahawa nasib warga felda dan jenerasi mereka akan terbela sekiranya Pakatan Rakyat ke Putrajaya. Peneroka mesti berani berubah demi masa depan jenerasi mereka. Beberapa kes yang dimenangi oleh peneroka di dalam saman terhadap felda menunjukkan golongan peneroka berada di pihak yang benar, justeru itu tidak menghairankan terdapat ugutan dari pihak pengurusan felda untuk menakut-nakutkan mereka.


Majlis di akhiri dengan ceramah yang disampaikan oleh Pengerusi PKR N. Pahang, Dato' Fauzi Abd Rahman. Beliau banyak menyentuh isu di luar topik felda yang tidak kurang pentingnya sebagai maklumat kepada warga felda yang hadir. Di selang-selikan dengan ucapan berjenaka yang menggamatkan suasana, Dato' Fauzi menyentuh serba sedikit tentang isu Dato' Seri Anwar Ibrahim yang semakin ditakuti oleh Umno/Bn. Beliau sebagai bekas pimpinan Umno yang pernah berada di beberapa Kementerian di bawah Kerajaan Bn, memberi beberapa sebab mengapa Umno begitu takut dengan Ketua Umum PKR itu.


Umno kini hilang punca, parti sekular tersebut yang mulanya ingin mengadakan kerjasama dengan PAS tetapi setelah PAS menolaknya dengan tegas, kini mula merengek merayu agar DAP menyertai Bn pula. Setelah mereka melabel PAS dengan berbagai tohmahan termasuk parti ajaran sesat, melabel DAP sebagai pelampau kaum Cina dan komunis, kini Umno ingin menyantuni kedua-dua parti di dalam Pakatan Rakyat tersebut. Ini membuktikan Umno kini tiada lagi teman dan berseorangan untuk berdepan dengan hukuman dari rakyat di dalam Pilihanraya Umum akan datang.

Kesimpulannya, program malam tadi amat berjaya kerana dapat mengumpulkan penduduk setempat di dalam satu jumlah yang besar. Bukan mudah untuk mengumpulkan warga felda seramai itu kerana mereka sering ditekan diugut agar tidak mendekati sebarang program dari Pembangkang.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Felda palong - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

Felda palong - Google Blog Search


LAMAN KL-TODAY.COM » Blog Archive » Aidilfitri suram di <b>Felda Palong</b>

Posted: 25 Sep 2010 08:52 PM PDT

LAPORAN KHAS GEMAS: Aidilfitri menjelma lagi. Bagi umat Islam yang merayakan kemenangan setelah 30 hari menunaikan ibadah puasa, bahang kemeriahannya begitu terasa, terutamanya kanak-kanak, malah ianya turut dikongsi masyarakat lain di Malaysia.

Pelbagai juadah disediakan, begitu juga pelita dihidupkan dihadapan rumah, yang dicat dan dihias serba baru, tidak lupa juga persalinan pakaian baru tradisional pada awal pagi raya.

Semua ini disediakan bagi menyambut kunjungan keluarga, sanak-saudara dan tetamu yang akan bertandang ke rumah sambil bermaafan sempena 1 Syawal.

Namun disebalik keghairahan meraikan bulan Syawal, masih terdapat golongan masyarakat yang tidak mampu menikmati semua keistimewaan itu.

Terletak di daerah Gemas, Negeri Sembilan dan bersempadan Pahang, Felda Palong mempunyai banyak 'rahsia tersembuyi' mengenai nasib peneroka dan pekerja ladang getah milik Felda Plantations yang tidak terbela.

Pelbagai masalah membelenggu kehidupan masyarakat disitu. Daripada hal pemberian hak milik geran tanah kepada peneroka sehingga ada yang tersingkir daripada tanah rancangan, masih wujud lagi pekerja ladang tempatan Felda yang memiliki pendapatan dibawah paras kemiskinan.

Kais pagi makan pagi

Tatkala Felda mengumumkan asetnya meningkat kepada RM6.2 bilion dalam tempoh lima tahun 2004 hingga 2009 hasil keuntungan harga komoditi sawit dan getah dan manakala pegawai eksekutifnya menikmati pendapatan bulanan yang mewah, nasib yang berbeza dialami golongan pekerja bawahan yang bekerja sebagai buruh Felda.

Bagi kira-kira 50 pekerja tempatan ladang getah milik Felda Plantations di Palong 18, hidup mereka diibaratkan kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Antara aktiviti kerja ladang yang dilakukan termasuklah menebas lalang, menoreh getah, meracun, membaja, dan sebagainya.

Berhempas pulas membanting tulang empat kerat enam hari seminggu (Sabtu hingga Khamis) daripada seawal 6.30 pagi hingga 7 petang, namun mereka hanya memperoleh purata upah kira-kira RM19 sehari.

"Walaupun elaun minyak dan pengangkutan disediakan, namun pendapatan kami tidak pernah mencapai sehingga RM1,000 sebulan.

"Hendak cari duit lebih dengan kerja lebih masa (overtime) pun kadangkala disekat oleh pengurusan ladang".

"Lebih malang lagi ada pekerja biasa yang hanya dapat RM400 sebulan. Kami tidak mendapat gaji asas yang tetap. Semuanya bergantung pada upah seharian," kata seorang pekerja Sulaiman Birham ketika ditemui FMT.

Sulaiman, 32, yang juga berperanan sebagai mandur di ladang tersebut sejak tiga tahun lalu berkata perkara ini telah pun diadu kepada Pejabat Buruh namun jawapan yang diterima amat mengecewakan.

"Pegawai di Pejabat Buruh menolak aduan kami kerana menurut mereka kuasa untuk menentukan tangga gaji terletak di tangan Felda Plantation," katanya.

Jumat Sariman, 40, berkata bukan setakat gaji yang diberikan terlalu rendah, malah kebajikan pekerja juga tidak dijaga dengan baik.

"Walaupun Felda menyediakan tempat tinggal bagi pekerja tetapi tiada kemudahan prasarana disediakan, malah rumah kami juga tidak dibaiki sejak pengurusan baru tahun lalu.

"Buktinya, terdapat bumbung rumah bocor dan sistem kumbahan tersumbat sejak sekian lama tetapi sehingga kini dibiarkan sahaja tanpa dibaiki walaupun sudah beberapa kali perkara ini diadukan," katanya.

Anak kera disusukan…

Jumat yang turut bekerja sebagai mandur sejak tahun 1996 berkata, keadaan ini berbeza dengan kemudahan dinikmati pekerja warga asing yang bekerja diladang yang sama.

Seperti anak kera di hutan disusukan, anak sendiri mati kelaparan, pekerja asing warga Indonesia dan Bangladesh diberikan kemudahan kawasan asrama yang selesa di Palong 18.

"Sebarang aduan kami selama ini tidak pernah di beri perhatian yang sewajarnya.

"Pekerja berbangsa asing diberi segala kemudahan, manakala kami pekerja tempatan tiada hak keistimewaan seperti pekerja di sektor yang lain.

"Ada antara mereka yang 'buat kacau' di kawasan Felda dan menganggu penduduk tempatan kerana terdapat kes pecah rumah, gaduh, malah ada yang tidak menghormati pekerja tempatan," katanya.

Beliau berkata masalah ini pernah dibangkitkan kepada wakil rakyat semasa tibanya musim pilihanraya, tetapi dibiarkan sepi begitu sahaja tanpa sebarang perubahan.

"Kami sudah buntu nak mengadu pada siapa. YB (wakil rakyat) sudah, Badan Khairat pun sudah.

"Masa depan kami kelam kerana pekerja tidak dibenarkan tinggal disini selepas umur mencecah 55 tahun, jadi kami dan keluarga tidak tahu kemana nak pergi.

"Sudah dua kali semasa kempen pilihanraya (tahun 2008 dan 2004) mereka janji nak bagi kami status peneroka tapi sampai sekarang tak ada apa.

"Bila ditanya wakil rakyat, beliau hanya kata perkara ini akan dibawa ke Sidang Rakyat," katanya.

Ditanya mengenai persiapan raya pada tahun ini, Sulaiman berkata tiada apa yang istimewa namun masih mengutamakan persiapan terhadap tiga anaknya yang berusia antara tujuh hingga dua tahun.

"Kami sambut hari raya secara sederhana. Selain memasak sendiri kuih raya, hanya baju baru yang mampu dibelikan kepada anak-anak.

"Tak boleh belanja lebih dari itu kerana pendapatan saya yang tidak seberapa," katanya.

-Free Malaysia Today

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

felda pemanis - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

felda pemanis - Google Blog Search


Persatuan Belia G2 <b>Felda Pemanis</b>: Belia Kritis, Produktif Acuan <b>...</b>

Posted: 18 Mar 2011 03:08 AM PDT

BELIA aset penting untuk negara. Golongan ini amat penting kerana mereka pelapis dan pewaris kepemimpinan negara masa depan. Mereka penyumbang besar tenaga kerja negara.

Siapakah belia? Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mentakrifkan belia ialah mereka yang berumur 15 hingga 25 tahun, manakala pertubuhan Komanwel pula meletakkan umur 15 hingga 29 tahun sebagai belia. Di negara kita, definisi belia ialah mereka yang berumur 15 hingga 40 tahun.

Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 (Akta 668) mentakrifkan belia sebagai individu yang berumur tidak kurang daripada 15 tahun dan tidak lebih 40 tahun. Husain Mohamed (1977) mentakrifkan belia sebagai 'orang muda' yang bertenaga dan lebih produktif serta menguntungkan dari segi tenaga kerja (modal insan).

Menurut Husain, belia mempunyai beberapa sifat seperti sifat mencabar, resah gelisah serta memiliki kecenderungan menentang 'establishment' dan 'status quo' masyarakat. Implikasi buruk boleh tercetus mereka bersifat antisosial dan radikal. Justeru, belia adalah golongan yang boleh digunakan sama ada untuk tujuan kebaikan atau sebaliknya.

Di negara kita, belia membentuk lebih daripada 40 peratus daripada populasi penduduk. Justeru, dasar pembangunan belia secara holistik mesti diberi fokus supaya mereka dapat memainkan peranan dalam proses pembangunan negara terutama menjadikan negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Pengabaian terhadap golongan ini boleh membawa kepada pelbagai implikasi negatif kepada aspek pembangunan sosioekonomi negara. Amnya belia di negara ini dibangunkan melalui sistem pendidikan. Namun, secara khususnya, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mempunyai tanggungjawab besar dalam soal pembangunan mereka.

Selain itu, peranan badan bukan kerajaan (NGO) juga sentiasa didambakan membantu membangun dan memajukan belia. Ada pihak membuat komentar bahawa KBS kini lebih banyak memberi tumpuan kepada pembangunan belia dalam bidang sukan sedangkan pembangunan aspek lain kurang diberi perhatian. Sejauh mana benarnya komentar itu harus dijawab KBS secara berfakta dan tuntas.

Umumnya, belia masa kini harus diberi peranan lebih dalam proses membuat keputusan. Ini harus ditekankan dalam usaha mengisi ruang peranan belia secara dinamik dalam proses pembangunan negara. Soalnya, bagaimana proses membuat keputusan beliau ini boleh dimainkan secara berkesan? Pada hemat saya, cara terbaik ialah menerusi persatuan belia di mana tenaga dan idea mereka boleh digarap serta dilaksanakan melalui pelbagai aktiviti.

Persatuan belia harus diberi kebebasan membuat keputusan dalam melaksanakan aktiviti bermula peringkat perancangan sehingga kepada pelaksanaan projek atau program. KBS mungkin boleh berperanan sebagai fasilitator, penasihat, pembimbing dan membantu dari segi kewangan. Mereka juga mesti diberi ruang dan peluang dalam proses pembuatan keputusan dalam Dasar Belia Negara.

Persatuan belia yang diterajui kepemimpinan yang dinamik penting dalam menggerakkan penyertaan aktif belia dalam pembangunan dan kesejahteraan masyarakat. Persatuan belia juga mesti mempunyai komitmen memperjuangkan perkara berkaitan hak asasi dan demokrasi. Tidak ada maknanya jika negara mempunyai banyak persatuan belia tetapi pasif dan hanya bergantung pada kerajaan untuk menggerakkan aktiviti. Pada 2005, terdapat 8,000 persatuan belia dengan 2.8 juta ahli.

Saya yakin jika persatuan belia dapat memainkan peranan aktif maka belia akan melalui sosialisasi politik yang bermakna dalam kehidupan mereka. Ia sekali gus membina potensi kepemimpinan sebagai pewaris negara pada masa depan. Kajian Indeks Belia 2006 menunjukkan sosialisasi politik belia di negara ini pada tahap sederhana dan perlu dipertingkatkan.

Jika diambil kira kelayakan umur mengundi di negara ini, belia mempunyai pengaruh besar dalam kejayaan sesebuah parti politik bertanding dalam pilihan raya. Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) pernah mengeluarkan statistik menunjukkan sehingga Disember 2007, terdapat 15.1 juta rakyat Malaysia berusia 21 tahun layak mendaftar sebagai pemilih. Namun, lebih 4.6 juta belum berbuat demikian.

Dalam konteks perhubungan kaum, belia yang hidup dalam kepelbagaian sama ada dari segi etnik, bahasa, budaya dan agama harus memiliki kemampuan berkomunikasi secara efektif serta bersifat persuasif dengan rakan pelbagai keturunan. Dalam berinteraksi, belia harus memiliki 'moral reasoning' dengan pegangan prinsip dan etika jelas supaya gagasan 1Malaysia yang bermatlamat mengukuhkan perpaduan, dapat dicapai sepenuhnya.

Persatuan belia harus mampu melihat sesuatu dari perspektif sendiri supaya sikap dan pemikiran dapat dibentuk secara terarah serta dimanfaatkan untuk proses pembangunan negara. Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) yang diwakili pelbagai pertubuhan belia juga harus digembleng.

MPBN boleh diibaratkan sebagai 'Parlimen Belia' dan mempunyai peranan penting membantu kerajaan membangun dan memajukan beliau. Justeru, persatuan belia bernaung di bawah MPBN wajar mengambil peluang memperjuangkan dasar, idea serta hasrat belia pada hari ini.

Belia dan kerajaan mesti membina komunikasi efektif supaya segala dasar, perancangan dan aktiviti belia dilaksanakan dengan baik dan berkesan demi kepentingan bangsa serta negara. Persatuan belia harus membantu kerajaan dalam menangani isu berkaitan belia.

Setakat ini, belum terserlah persatuan belia mengambil inisiatif menganjur seminar bagi membahaskan isu belia serta menyediakan perancangan tuntas bagi membantu kerajaan menanganinya. Dalam konteks ini, persatuan itu harus mengenal pasti dan mendefinisikan masalah dengan jelas supaya dapat mengemukakan sebanyak mungkin penyelesaian dengan pelbagai metodologi. Ia memerlukan belia berfikir secara kritikal menggunakan 'inferens' dan 'reasoning' yang baik supaya mampu memilih alternatif yang tepat dan berkesan.

Penulis adalah Ketua Unit Penerbitan di Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan. Dipetik dari Berita Harian.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

felda ulu - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

felda ulu - Google Blog Search


CT Cake: Sponge cake ~ Kak Zizie, <b>Felda Ulu</b> Tebrau

Posted: 09 Mar 2011 05:58 AM PST

Sila hubungi saya...

Tempahan...

Tempahan hendaklah dibuat sekurang-kurangnya 1- 2 minggu sebelum dikehendaki. 1 bulan sebelum untuk tempahan yg banyak.

Maaf, tempahan 'Last Minute' tak diterima.

Caj penghantaran yang berpatutan bergantung pd kawasan..caj minima RM10 aje...@ ambil sendiri di rumah saya.

Penghantaran percuma ke Tmn Bestari Indah,Tmn Bukit Tiram, Tmn Puteri Wangsa, Felda Ulu Tebrau, Tmn Bukit Jaya, Kg Oren, pick up point kat McD Tmn Pelangi Indah...

50% deposit..cash @ bank-in to my Maybank account.

** I'll email @ sms my account no **

Pengesahan tempahan dibuat apabila saya terima 50% deposit.

Sila SMS saya sekiranya membuat tempahan melalui email.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

felda sungai koyan - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

felda sungai koyan - Google Blog Search


omarkoyan: NOSTALGIA DI <b>SUNGAI KOYAN</b>

Posted: 24 Apr 2011 01:02 AM PDT

Mula mengajar di SK Felda Sg Koyan pada tahun 1980 hingga 1982 Tahun 4 Hijau dan Tahun 1 setelah tamat latihan di Maktab Perguruan Sri Pinang Pulau Pinang. Peneroka terdiri dari bekas tentera dan orang awam. Pada masa itu tiada bekalan eletrik (guna ganerator 12 jam saja), jalan tanah merah, air paip tepi jalan sedut dari sungai.






Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

felda tembangau - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

felda tembangau - Google Blog Search


Senarai Telecenter (Medan Info Desa, KKLW) » Pusat Kajian E-Komuniti

Posted: 04 May 2011 09:19 PM PDT

Ini adalah senarai Telecenter – Medan Info Desa (MID) di bawah tanggungjawab KKLW (Kementerian Keluarga Luar Bandar & Wilayah).  Sebahagian MID mempunyai laman/blog sendiri; sila klik pada pautan yang MID untuk maklumat lanjut.

Perlis

  1. Kg. Kok Klang
  2. Kg. Bungor Kudong,
  3. FB Lubuk Sireh

Kedah

  1. Kg. Bujang
  2. Kg. Seberang Kota,
  3. Kg. Teluk Teduri,
  4. Kg. Jelutong,
  5. Kg. Tukang Jusoh,
  6. Kg. Bukit,
  7. Kg. Ulu Bakai,
  8. Kg. Gulau,
  9. Kg. Sg.Itau,
  10. Kg. Pekan Naka,
  11. Kg. Pasir Putih,
  12. Kg. Paya Semambu,
  13. Kg. Sg. Tengas,
  14. Kg. Singkir Laut,
  15. Kg. Nagalilit,
  16. Kg. Tanjung Setol,
  17. Kg. Bemban
  18. Kg. Padang Gelanggang
  19. Desa KEDA Bagan Sena
  20. Desa KEDA Sg. Semiar
  21. Kg. Sg. Limau
  22. Desa KEDA Ulu Legong
  23. Desa KEDA Kledang
  24. Desa KEDA Bukit Kura
  25. Desa KEDA Bendang Man
  26. Kg. Padang Dan
  27. FB Weng
  28. Desa KEDA Sungai Salleh
  29. Desa KEDA Dingin
  30. Desa KEDA Sg. Tiang
  31. Desa KEDA Batu 13

Pulau Pinang

  1. Kg. Padang Menora
  2. Kg. Selamat
  3. Kg. Sungai Chenaam
  4. Kg. Mengkuang Titi

Perak

  1. Kg. Sg. Hj Muhammad
  2. Kg. Bagan Tiang
  3. Kg. Sg. Seputih
  4. Kg. FELCRA Lekir
  5. Kg. Jelintoh
  6. Kg. Batu 3, Temoh
  7. Kg. Perlop 3
  8. Kg. Temelong
  9. Kg. Pasir Salak
  10. Kg. Setia, Sg. Siput
  11. Kg. Sg. Tiram Lekir
  12. Kg. Changkat Banjar
  13. FB Nasaruddin (B)
  14. FB Seri Gala

Selangor

  1. Kg. Sg. Gulang-Gulang
  2. Kg. Sg. Apong
  3. Kg. Sg. Lang Tengah
  4. Kg. Jawa
  5. Kg. Paya Jaras
  6. Kg. Bukit Kapar
  7. Kg. Pulau Meranti
  8. Kg. Sg. Gumut
  9. Kg. Melayu Batu 16
  10. Kg. Setia Kuang
  11. Kg. Kuala Pajam
  12. Kg. Seri Jugra
  13. Kg. Bukit Bangkong

Pahang

  1. Kg. Pamah Kulat
  2. Kg. Paya Bungor
  3. Kg. Sg. Panching Utara
  4. Kg. Shafie
  5. Kg. Baru
  6. Kg. Kuala Mai
  7. Kg. Paya Luas
  8. Kg. Kerdau
  9. Kg. Janglau
  10. Kg. Paya Serai
  11. Kg. Ulu Cheka
  12. Kg. Kuala Medang
  13. Kg. Sanggang
  14. Kg. Bolok Hilir
  15. Kg. Tanjung Besar
  16. Kg. Ubai
  17. FB Sri Makmur
  18. FB Sg Temau
  19. Kg. Bukit Sekilau
  20. FB Jerkoh Melayu
  21. FELDA Tembangau
  22. Terengganu
  23. Kg. Jerangau
  24. Kg. Tok Has
  25. Kg. Alor Limbat
  26. Kg. Tanjung Baru
  27. Kg. Cheneh Baharu
  28. Kg. Guntung Luar
  29. Kg. Kuala Ping
  30. Kg. Sungai Las
  31. FELDA Jerangau
  32. Kg. Jerangau Barat
  33. Kg. Dendang
  34. Kg. Kuala Jengal
  35. Kg. Betong
  36. Kg. Serdang
  37. Kg. Bukit Besi
  38. Bandar AlMukhtafi Billah Shah
  39. Kg. Pasir Raja
  40. FELDA Kerteh 1
  41. FELDA Kerteh 2
  42. FELDA Kerteh 3
  43. FELDA Kerteh 6
  44. Kg. Durian Mentagau
  45. Kg. KETENGAH Jaya
  46. Kg. Basong
  47. Kg. Pela
  48. FELDA Bukit Bading
  49. Kg. Landas
  50. Kg. Ibok
  51. Kg. Seri Bandi
  52. Kg. Air Putih
  53. Kg. Batu 14
  54. Kg. Seberang Tayor
  55. Kg. Lubuk Lesong
  56. FELDA Neram 1
  57. Kg. Pasir Gajah
  58. Kelantan
  59. Kg. Renok Baru
  60. Kg. Teratak Batu
  61. Kg. Sg. Sam
  62. Kg. Bukit Jering
  63. Kg. Alor Jeringau
  64. Kg. Batu Papan
  65. Kg. Paloh 2
  66. Kg. Jelawang
  67. Kg. Mengkebang
  68. Kg. Kok Pasir
  69. Kg. Bukit Tandak
  70. Kg. Gual Ipoh
  71. Kg. Blok Ulu Kursial
  72. Kg. Kandis
  73. Kg. Ayer Chanal
  74. RKT Meranto
  75. N. Sembilan
  76. Kg. Jimah Baru
  77. Kg.Tengah
  78. Kg. FELCRA Lakai
  79. Kg. Jijan
  80. Kg. Serting Hilir
  81. Kg. FELCRA Air Itam
  82. Kg.  FELCRA Rompin
  83. Kg. Terachi
  84. Kg. Seri Gemas
  85. Kg. Gagu
  86. Kg. Pedas Gaing
  87. Melaka
  88. Kg. Tehel
  89. Kg. Gadek
  90. Kg. Ramuan Cina
  91. Kg. Paya Rumput Jaya
  92. Kg. Padang Sebang
  93. Kg. Sungai Buloh
  94. Kg. Bukit Sedanan
  95. Kg. Pengkalan Rama Pantai
  96. Kg.Balai Raya Asahan
  97. Kg. Masjid Durian Daun
  98. Balai Raya Seri Bestari
  99. Kg. Paya Ikan
  100. Kg. Masjid Bukit Katil

Johor

  1. Kg. Parit Tengah
  2. Kg. Melayu Raya
  3. Kg. Sg. Kapal
  4. Kg. Sri Gading
  5. Kg. Melayu Nyior
  6. Kg. Paya
  7. Kg. Bukit Raja
  8. Kg. Air Merah
  9. Kg. Pok
  10. Kg. Murni Jaya
  11. Kg. Parit Bugis
  12. Kg. Desa Temu Jodoh
  13. FB Sg. Ara
  14. Kg. Melayu Bt. 28
  15. Kg. Bt 18
  16. Kg. Melayu Panchor
  17. FB Sri Mahkota
  18. FB Bukit Kepong
  19. FB Batu 3 1/2 Paloh
  20. Kg. Parit Sapran
  21. Kompleks Penghulu Bukit Kepong
  22. Kg. Perpat Timbul, Kaw.(3)
  23. Kg. Mawai Baru
  24. Kg. Contoh Batu 22

Sabah

  1. Kg. Bayangan
  2. Kg. Merotai Besar
  3. Kg. Seberang Benoni
  4. Kg. Telisai
  5. Kg. Tagudon Baru
  6. Kg. Usaha Jaya
  7. Kg. Batangan Baru
  8. Kg. Pasir Putih Ulu Sipitang
  9. Kg. Tomani
  10. Kg. Ulu Sapi
  11. Kg. Kunak Jaya
  12. Kg. Gum-Gum
  13. Kg. Pintas Kubu
  14. Kg. Darau Laut
  15. Kg. Babagon Baru
  16. Kg. Pinatau
  17. Kg. Chocos

Sarawak

  1. Kg. Buntal
  2. Kg. Selanyau
  3. Kg. Stass
  4. Kg. Telian Tengah
  5. Rh. Jarup Changkul
  6. Kg. Pangkat Stumbin
  7. Kg. Long Tuan
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

felda palong timur - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

felda palong timur - Google Blog Search


Liga <b>Felda</b> 2011 : Sedia Untuk Sepak Mula - MBFM Wilayah Segamat

Posted: 19 May 2011 08:43 PM PDT

By admin

Posted on 20 May 2011 at 3:43am

Sepak mula untuk Liga Felda 2011 Peringkat Wilayah Segamat akan diadakan di Felda Palong Timur 1. Kumpulan 5 yang terdiri daripada Palong Timur 1, Palong Timur 2, Palong Timur 3 dan Felda Pemanis itu akan diadakan secara liga bagi mencari johan kumpulan untuk bertanding di peringkat Suku Akhir yang dijangkakan akan diadakan di Kluang. Liga Felda Wilayah Segamat yang akan melibatkan 33 buah pasukan daripada seluruh WIlayah Segamat akan dianjurkan diperingkat Liga Zon di 8 lokasi. Juara setiap zon akan bermain di peringkat suku akhir dan seterusnya pasukan yang menjuarai Liga Felda Wilayah Segamat akan mewakili Segamat ke peringkat Kebangsaan.

Read also
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

felda chini timur - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

felda chini timur - Google Blog Search


Gaya Peneroka: AKKF JALAN MASUK <b>CHINI TIMUR</b>

Posted: 05 May 2011 10:13 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]JAWATAN KOSONG POLIS BANTUAN FELDA. Kekosongan jawatan konstabel polis bantuan felda untuk lelaki dan wanita di kawasan felda amat diperlukan memandangkan kawasan Keratong dan... INI GAMBAR AMAH TU KE ? Memang lawoo... dia ni. ...

felda chini - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

felda chini - Google Blog Search


Perkahwinan Mubin & Intan, <b>Felda Chini</b> 3 Pekan Pahang

Posted: 12 May 2011 11:32 AM PDT

Ingin MERAKAMKAN saat-saat manis dalam hidup anda?

Ingin mendapatkan khidmat JURUGAMBAR dengan kadar berpatutan?

Tercari-cari JURUGAMBAR untuk Majlis Perkahwinan anda?

Jika jawapannya YA... hubungi kami untuk tujuan tersebut

Gambar kita pukul KAW-KAW. Harga Kita kira KAWAN-KAWAN

Dapatkan PAKEJ JURUGAMBAR serendah RM300

aREa Kuantan dan sekitar spt Pekan/Rompin/Maran/Temerloh dll

Tel : 019 9595243
email : namzahs@yahoo.com

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Felda sungai lui - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

Felda sungai lui - Google Blog Search


<b>Felda sungai lui</b> - Google Blog Search

Posted: 25 Mar 2011 09:05 PM PDT

'Kebun kami sudah semak-samun'

'Kebun kami sudah semak-samun'

Oleh SAJIDA ASARULAH KHAN
utusanN9@utusan.com.my


Sebahagian peneroka menunjukkan kawasan kebun mereka yang kini dipenuhi semak-samun di Lui Barat, Jempol, baru-baru ini.


JEMPOL 22 Mac – Peneroka Felda di Sungai Lui, dekat sini mahu pihak pengurusan itu segera melaksanakan tanam semula getah dan kelapa sawit selepas mendapati kawasan kebun berkenaan kini dipenuh semak-samun.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Lui, Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata, ramai peneroka mula merungut dan mendakwa selepas setahun pokok getah ditebang, tiada anak pokok baru yang ditanam di situ.

''Kasihan peneroka. Kebun yang dahulunya terang kini dipenuhi semak. Pokok lama sudah ditebang, yang baru pula entah bila hendak ditanam," katanya kepada Utusan Malaysia di Lui Barat, dekat sini hari ini.

Katanya, pihak pengurusan Felda diminta percepatkan kerja penanaman semula itu supaya peneroka dapat meraih hasil yang baik pada masa hadapan.

''Entah bilalah hasil pokok getah dan kelapa sawit ini dapat dikeluarkan," ujar Zainal Abidin.

Dalam pada itu, peneroka dari Blok 2, Felda Lui Barat, Ismail Riduan, 49, kecewa apabila kebun semakin terbiar.

"Datang dan lihat kebun di sini, ini bukan cakap kosong. Kebun sudah berubah wajah menjadi hutan.

"Tanyalah penduduk, bermacam-macam binatang termasuk ular dan khinzir boleh ditemui di sini," katanya.

Ismail memberitahu, dia tidak dapat menahan sabar untuk menunggu lagi kerana sudah setahun mengharapkan pengurusan Felda dapat menanam semula getah dan kelapa sawit.

Bagi peneroka dari Blok 6, Felda yang sama, Zakaria Maarop, 58, memberitahu, peneroka berhak mengetahui mengapa sistem penanaman semula tidak dimulakan.

"Sikap berdiam diri bukanlah jalan penyelesaian bagi masalah ini. Kami masih bersama Felda, jadi kami seharusnya diberi penjelasan mengenai masalah yang terjadi.

"Diharap pihak terbabit segera tampil memberi penjelasan dan seterusnya mempercepatkan penanaman semula," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

felda serting hilir - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

felda serting hilir - Google Blog Search


PUTRAJAYA BERMULA DI <b>FELDA</b>

Posted: 01 Jun 2011 11:49 PM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

SYABAS, Pakatan Rakyat (PR) kini semakin agresif menyerang kubu kuat dan aset penting Umno iaitu kawasan felda. PR menyedari tanpa sokongan dari masyarakat felda yang tertekan dan sering tertipu dengan felda adalah mustahil cita-cita PR ke Putrajaya akan tercapai.

Warga Felda Serting Hilir

Alhamdulillah, kaum Cina samada mereka berparti atau tidak kini mula `mengenali' Umno yang dahulunya mereka anggap sebuah parti tunjang kerajaan yang boleh menguruskan negara dengan baik. Malangnya, Umno bukan sahaja gagal menguruskan ekonomi negara tetapi parti ini semakin galak memainkan isu perkauman di sebalik pertubuhan Perkasa dan akhbar milik parti tersebut iaitu Utusan Malaysia. Lebih parah lagi, parti ini gagal menangani dengan baik isu keagamaan yang cuba ditiupkan oleh beberapa pihak.

Program Kawasan Felda di Purun

Kini, felda satu-satunya aset yang Umno harapkan untuk menyambung hayat mereka di dalam PRU ke 13 akan datang. Di dalam keadaan felda yang kini di bawah Isa Samad, Adun Bagan Pinang dan bekas MB N.Sembilan yang pernah disabitkan atas kes rasuah politik, felda semakin hilang hala tuju untuk membela nasib warganya. Persoalan adakah benar felda telah meminjam wang dari KWSP sebanyak RM 6 Bilion sehingga kini tidak terjawab. Sekali lagi KWSP dijadikan mangsa untuk menampung permasalahan pihak lain. Mustahilkah nanti wang Petronas dan LTAT juga bakal digunakan oleh mereka yang berkepentingan?

Di Kerdau


Satu pendekatan yang bijak apabila PR mula menyerang felda. Segala tenaga dicurahkan semaksima mungkin untuk menyelamatkan felda serta jenerasi akan datang. Pimpinan utama PR kini tidak kering peluh menjelajah dari satu kawasan ke kawasan lain di seluruh negara menemui warga felda dengan hanya satu tawaran iaitu `Buku Jingga'. Program kelompok diikuti dengan program perdana sentiasa mendapat sambutan warga felda. Malam tadi, saya sempat ke kawasan felda Serting Hilir, N. Sembilan. Gambaran di sana, boleh baca di sini.

Sepanjang saya sempat menghadiri beberapa program ini, terlihat oleh saya betapa bersemangatnya warga felda untuk melakukan perubahan. Suasana ini amat menakutkan Umno khususnya. Kelewatan Najib untuk mengumumkan tarikh Pilihanraya Umum Ke 13 sebenarnya lebih menguntungkan PR kerana kita masih mempunyai masa untuk memasuki kawasan penduduk yang masih tertipu dengan propaganda Umno/Bn. Teruskan gempur felda./wfauzdin.blogspot.com

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

felda kerteh - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

felda kerteh - Google Blog Search


The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah: Perjumpaan yang <b>...</b>

Posted: 16 May 2011 05:51 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]Saya ceritakan tentang apa yang dilakukan oleh Kerajaan PAS Negeri Terengganu dulu di Felda Kerteh 1 dimana Felda menentang pemberian geran kepada peneroka-peneroka disana. Tetapi Kerajaan Negeri sebagai pihak yang ...

felda kahang - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

felda kahang - Google Blog Search


SEMAKAN RALAT GAJI TIDAK UPDATE | PEJABAT PELAJARAN DAERAH KLUANG

Posted: 10 May 2011 07:29 PM PDT

Berhubung perkara diatas, mohon  jasa baik Guru Data mengemaskinikan maklumat gaji di dalam emis online dengan segera. Senarai nama sekolah yang terlibat  adalah sepertimana dibawah. Senarai nama guru yang terlibat akan diemailkan kepada tuan/puan , setelah unit ICT menerima email sekolah sekolah tuan. Jika timbul sebarang masalah sila hubungi Talib bin Jemu ditalian 019-7534678 atau email ke : talib.jemu@moe.gov.my. Sekian terima kasih.

  1. SK. KAHANG
  2. SK PEREMPUAN BANDAR
  3. SK. SERI LALANG
  4. SK. PEKAN LAYANG
  5. SK. LADANG BUKIT BENUT
  6. SK. LADANG TUN DR. ISMAIL
  7. SK. BANDAR PALOH
  8. SK. FELDA KAHANG TIMUR
  9. SK. BANDAR PALOH
  10. SK. LADANG TEREH
  11. SK. DATO IBRAHIM MAJID
  12. SK. SERI INTAN
  13. SK. DATO' ONN JAAFAR
  14. SK. SERI SEDOHOK
  15. SK. KLUANG BARAT
  16. SK. ABDUL RAHMAN YASSIN
  17. SK. BANDAR T6
  18. SK. SERI TAMAN KLUANG BARAT
  19. SK. TUNKU MAHMOOD 1
  20. SK CANOSSIAN CONVENT (M)
  21. SJKC CHONG ENG
  22. SJKC CHONG HWA 3
  23. SJKC KAMPUNG GAJAH
  24. SJKC LIT TERK
  25. SJKC MACHAP
  26. SJKC SOUTH MALAY
  27. SJKC YU MING
  28. SJKT LADNG SEMBRONG
  29. SJKT LADANG SOUTHERN MALAY
  30. SJKT LADANG ELIAS
  31. SJKT LADANG MENGKIBOL
  32. SJKT LADANG PAMOL
  33. SJKT LADANG NIYOR
  34. SMK LAYANG-LAYANG
  35. SMK JALAN MENGKIBOL
  36. SMK TUN HUSSEIN ONN
  37. SMK KAHANG
  38. SMK SULTAN ABDUL JALIL
  39. SMK SIMPANG RENGAM
  40. SMK SERI INTAN
  41. SMK BANDAR T6
  42. SMK SERI LALANG
  43. SMK SERI KOTA PALOH
  44. SMK TINGGI KLUANG
  45. SMK TENGKU ARIS BENDAHARA
  46. SMK DATO' ABDUL RAHMAN ANDAK
  47. SMV KLUANG

Filed under: ICT · Tags:

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

felda mempaga - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

felda mempaga - Google Blog Search


Penonton: Karnival MTB <b>Felda</b> Ride 2011

Posted: 01 Jun 2011 06:51 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]Venue: Komplek Sukan Komuniti Felda Jaya, Mempaga Bentong Pahang Registration Fees: RM50 Contact: 017-673 9630. Closing date: 25 Jun 2011. Details here. Posted by tonton at 9:51 AM. Labels: Karnival MTB Felda Ride ...

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat