Felda sungai lui - Google Blog Search
Posted by Tanpa Nama
Felda sungai lui - Google Blog Search |
Kebun kami sudah semak-samun - Utusan Malaysia Online - Selatan Posted: 23 Mar 2011 07:49 AM PDT 'Kebun kami sudah semak-samun'Oleh SAJIDA ASARULAH KHAN
JEMPOL 22 Mac – Peneroka Felda di Sungai Lui, dekat sini mahu pihak pengurusan itu segera melaksanakan tanam semula getah dan kelapa sawit selepas mendapati kawasan kebun berkenaan kini dipenuh semak-samun. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Lui, Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata, ramai peneroka mula merungut dan mendakwa selepas setahun pokok getah ditebang, tiada anak pokok baru yang ditanam di situ. ''Kasihan peneroka. Kebun yang dahulunya terang kini dipenuhi semak. Pokok lama sudah ditebang, yang baru pula entah bila hendak ditanam," katanya kepada Utusan Malaysia di Lui Barat, dekat sini hari ini. Katanya, pihak pengurusan Felda diminta percepatkan kerja penanaman semula itu supaya peneroka dapat meraih hasil yang baik pada masa hadapan. ''Entah bilalah hasil pokok getah dan kelapa sawit ini dapat dikeluarkan," ujar Zainal Abidin. Dalam pada itu, peneroka dari Blok 2, Felda Lui Barat, Ismail Riduan, 49, kecewa apabila kebun semakin terbiar. "Datang dan lihat kebun di sini, ini bukan cakap kosong. Kebun sudah berubah wajah menjadi hutan. "Tanyalah penduduk, bermacam-macam binatang termasuk ular dan khinzir boleh ditemui di sini," katanya. Ismail memberitahu, dia tidak dapat menahan sabar untuk menunggu lagi kerana sudah setahun mengharapkan pengurusan Felda dapat menanam semula getah dan kelapa sawit. Bagi peneroka dari Blok 6, Felda yang sama, Zakaria Maarop, 58, memberitahu, peneroka berhak mengetahui mengapa sistem penanaman semula tidak dimulakan. "Sikap berdiam diri bukanlah jalan penyelesaian bagi masalah ini. Kami masih bersama Felda, jadi kami seharusnya diberi penjelasan mengenai masalah yang terjadi. "Diharap pihak terbabit segera tampil memberi penjelasan dan seterusnya mempercepatkan penanaman semula," ujarnya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | ||
Jajahan: <b>Felda Sungai Lui</b> Posted: 28 Feb 2011 11:59 PM PST semua sejarah, kenangan, peristiwa, pahit dan manis sudah menjangkau 21 tahun. semua tercatit dalam ingatan, ingatkan tidak dapat tinggal disini lagi. mana tidaknya,sejak aku dilahirkan,rumah Felda Sungai Lui lah tempat aku dibesarkan. daripada zaman tadika, sekolah rendah, semua nya di Felda Sungai Lui. kecuali sekolah menengah di Felda Lui Barat.(gugusan lui,diketuai Sungai Lui) aku dibesarkan dalam Felda, sebab ayah saya bekerja dalam Felda. perkhidmatannya sudah tamat sebenarnya, kerana umurnya sudah 56 tahun.(tahun ini) umur ini sudah sampai waktunya untuk bersara. beliau berkhidmat di Felda Sungai Lui ini selama 24 tahun. tempat yang paling lama beliau berkhidmat. tapi disebabkan ia memikirkan masa depan anak-anaknya. beliau menyambung perkhidmatan selama 3 tahun lagi.(2013) apabila dia dah tamat perkhidmatan nanti, saya pon mungkin dah habis degree. --->moga apa yang dia inginkan tercapai |
You are subscribed to email updates from Felda sungai lui - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |