felda palong timur - Google Blog Search
Posted by Tanpa Nama
felda palong timur - Google Blog Search |
| H.Z.Z: <b>Felda Palong</b> 7 & 8, Gemas, Negeri Sembilan Posted: 31 Jan 2011 07:24 PM PST ![]() Penunjuk: 1. Sekolah Menengah Kebangsaan Palong 7 2.Sekolah Kebangsaan Palong 7 3. Masjid Felda Palong 7 4. Masjid Felda Palong 8 5.Sekolah Kebangsaan Palong 8 6.Kawasan tanah perkuburan Palong 8 7.Sekolah Agama Rakyat Felda Palong 7/8 Felda Palong 7 & 8 dari pandangan udara pada ketinggian kira 9,000 kaki Felda Palong 7 & 8 dari pandangan udara pada ketinggian kira 835,000 kaki Felda Palong 7 & 8 Kedudukan geografi -GMT +8 (Kuala Lumpur) -terletak pada latitud 2 49 31.58N dan longitud 102 40 16.05E -terletak pada altitud kira-kira 45 ke 78 meter dari aras laut (nilai yg rasmi hendaklah dirujuk pada JUPEM) -terletak kira-kira 312km dari Garisan Khatulistiwa di Selatan -terletak kira-kira 2,292km dari Garisan Sartan ( -terletak kira-kira 2,921km dari Garisan Jadi (Tropic of Capricorn) di Selatan. -terletak kira-kira 11,400km dari Garisan Meridian Pangkal (GMT) di Barat. -terletak kira-kira 8,586km dari Garisan Tarikh Antarabangsa di Timur -keluasan kira-kira 3.8km2 -terletak kira-kira 120km dari Bandar Seremban -terletak kira-kira 200km dari Bandaraya Kuala Lumpur -terletak kira-kira 52km dari pekan Bahau, 45km dari pekan Gemas dan 36km dari Bandar Baru Serting -terletak kira-kira 92km dari Bandar Segamat (ikut arah Muadzam Shah dan keluar di simpang Kampung Rasau, Segamat) -terletak kira-kira 70km dari Pekan Kuala Pilah -terletak kira-kira 84km dari Taman Rekreasi Ulu Bendul -terletak kira-kira 47km dari Felda Lui Barat -terletak kira-kira 35km dari Pusat Latihan Polis (PULAPAH) -terletak kira-kira 35km dari Pekan Rompin -terletak kira-kira 36km dari Felda Jelai -terletak kira-kira 36km dari Kampung Londah, Gemas -terletak kira-kira 52km dari Felda Bukit Rokan Utara -terletak kira-kira 49km dari Felda Bukit Rokan Selatan -terletak kira-kira 28km dari Felda Pasir Besar -terletak kira-kira 52km dari Pekan Batu Kikir -terletak kira-kira 22km dari Felda Palong 1 -terletak kira-kira 18km dari Felda Palong 2 dan 3 -terletak kira-kira 10km dari Felda Palong 4,5 dan 6 -terletak kira-kira 12km dari Felda Palong 9,10,11 -terletak kira-kira 15km dari Felda Palong 12 dan 13 -terletak kira-kira 22km (jalan jauh), 13km (jalan dekat) dari Felda Palong 14,15 dan 16 -terletak kira-kira 4km dari sempadan Negeri Sembilan/Johor di sebelah timur dan 7km dari sempadan N9/Pahang di sebelah utara. -terletak kira-kira 4km timur laut titik sempadan 3 negeri, pahang , johor dan n9 -terletak kira-kira 340m dari jalan utama -Sungai terhampir ialah sungai Muar pada jarak 3.5km ke arah timur -Pantai yang terdekat berada 90km di sebelah timur dan 147km disebelah barat. -Felda yang berhampiran ialah Felda Palong 4,5,6 (di selatan) ,9,10,11,12,13,14,15 dan 16 (dibarat) -Stesen minyak terhampir- BHP, Felda Pasir Besar (28km), Petronas,Palong 16 (13km), Petronas Palong 4 (13km) dan Shell Palong 1 (22km) - Gunung terhampir ialah Gunung Ledang (1,276m),terletak di selatan - Pulau yang terhampir ialah Pulau Tioman yg terletak kira-kira 167km di Timur, Pulau Seri Buat (140km) -Boleh dimasukki dari arah Bandar Baru Serting dan Rompin Pahang di utara dan dari Felda Pasir Besar/Gemas dari selatan Penduduk -Jumlah keluarga dianggarkan sekitar 1200 keluarga. -Pejabat pengurusan felda-2 Politik Kegiatan Ekonomi Arah Kiblat Pelancongan Kemajuan terkini Rumah Asal dan Sekarang ![]() Rumah asal peneroka felda
Peta Jalan Felda Palong 7 dan 8 Gambar di bawah adalah peta (garisan merah) yang menunjukkan jalan-jalan utama di Felda Palong 7 dan 8 pada ketinggian 9,000 kaki dari udara. Jarak keseluruhan adalah kira-kira 26km atau 16 batu(anggaran sahaja). Keluasan jalan dianggarkan 91,000 m2 ![]() Nota : semua angka yg dinyatakan adalah anggaran dan sebagai panduan sahaja. Pembaca hendaklah merujuk kepada pihak berkaitan untuk mengetahui nilai yang sebenar atau angka rasmi yg telah dikeluarkan atau membuat pencarian/kajian sendiri. Penulis tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang risiko yang timbul kesan akibat dari penggunaan apa-apa maklumat yang diambil dari laman web ini. |
| Posted: 21 Apr 2011 11:00 PM PDT Ha, kau jangan jeles wokey. Even atok ni orang kata "rumah kata pergi, kubur kata mari", tapi masih ado lagi orang nak spedo atok tau. Kau ado?? *matiler riak! Ceritanya bermula apabila Pengurus felda ni singgah rumah ke rumah kat kampung atok tu. Pengurus ni orang baru then dia nak beramas-tamaslah dengan penduduk kan. So, dia buat lawatan. Atok lupo nak bagitahu, atok ni anak peneroka felda. Lahir dan membesar kat felda. Zaman kanak-kanak sampai remaja kat felda. Sekolah pun kat felda. Kalau sakit domam pergi klinik kat felda. Nama kampung atok tu Felda Palong 5. Dulu atok susah. Nak beli buku rujukan pun susah nak dapat. Apatah lagi nak poie sekolah tadika. Atok terus masuk darjah satu tau. Sodih tengok kawan-kawan masuk tadika. Baju sekolah, kasut sekolah setahun sekali baru berganti. Tapi atok sentiaso sematkan kat kepalo atok ni, ado yang lagi susah kat luar sana. Langsung tak mampu bersekolah. Budak-budak sekarang makan mewah-mewah. Spagethi, pizza, chicken chop, secret recepi, makanan-makanan orang puteh. Atok dulu makan nasi lauk telur kicap ngan ikan masin yo. Kadang-kadang kutip sayur kangkung, pucuk ubi, yang tumbuh melata di tepi jalan. Masa sekolah rendah bawak duit belanja 30 sen dah cukup. Beli mee 20 sen. Air 10 sen. Kadang-kadang atok bawak bekal. Duit tu boleh simpan. Tapi alhamdulillah, kesusahan tulah yang telah menjadikan diri atok seadanya sekarang. Atok bersyukur dilahirkan begitu. :'-) Haa, senyum balik...Tak moo sedih2. Itu cerita lama. Sekarang ni, atok dan adik-beradik yang lain ada usahakan tanaman cendawan tiram. Kalau nak ikutkan, kami dah mula dekat 2 tahun secara suka-suka. Tapi mula serius since bulan Julai tahun lepas. Alhamdulillah, nak kata hasil tu berlambak tak jugak. Cukuplah untuk kami beli barang dapur dan lepas lah duit petrol. Sobab tu tiap-tiap minggu atok balik kampung walaupun jarak dekat 100 km sehala! So, sebaik sajok si Pengurus felda ni tadi datang rumah atok, dia tertarik dengan bangsal kat belakang rumah tu. Dio koba camni
Pengurus to koba kat ayah atok lagi, nanti buat kertas kerja permohonan peruntukan tambahan kat felda. Senaraikan barang-barang yang nak beli. Nak besarkan projek pun boleh. Dia tak boleh bagi tunai Itulah, sama seperti perumpamaan ibu singa yang mengajar anaknya memburu. Si ibu hanya menunjukkan sekali saja then pandai-pandailah anak tu memburu sendiri lepas tu. Tapi "singa" sekarang ni manja. Tak payah memburu. Dah terhidang daging depan mata. Mewah. Sebab tu takda "skill memburu". Susah-susah dulu tulah yang banyak mengajar kami sentiasa berusaha untuk dapatkan sesuatu. Kami dah dididik sejak kecil lagi. Kalau kau nak, kau usaha sendiri! Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Ingat! Kalau nak impian tercapai, usahalah sendiri....kita tak semestinya sentiasa berada di atas....dan tak semestinya selamanya berada di bawah.... |
| You are subscribed to email updates from felda palong timur - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |










askum nak tanya sikit dan nak minta tolong kenal tak budak palong nama azira yanti umur 23 tahun kalau kenal tong call saya 0129132325