felda bukit goh - Google Blog Search
Posted by Tanpa Nama
felda bukit goh - Google Blog Search |
| ::.shaHeRa's sToRy.::: essay sejarah - integrasi nasional melalui <b>...</b> Posted: 23 Apr 2011 03:30 AM PDT Dewasa kini, terdapat banyak institusi-institusi yang berupaya untuk memantapkan perpaduan dalam negara kita. Institusi pentadbiran tempatan juga ialah salah satu antara institusi yang dapat memperkukuh integrasi nasional di negara kita . Pertama sekali, kita dapat menerapkan nilai berbangga sebagai rakyat Malaysia. Masyarakat akan lebih menghormati lambang-lambang negara. Contohnya seperti pihak JKKK Kg. Bukit Goh yang mengambil inisiatif mengibarkan bendera Jalur Gemilang di dewan rakyat, balai raya , klinik desa dan rumah penduduk. Terdapat juga penduduk yang melekatkan pelekat jata negara pada kenderaan mereka. Masyarakat juga dapat mengaargai jasa dan perjuangan tokoh-tokoh negara terdahulu dalam memperjuangkan kebebasan negara. Contohnya, JKKK ini dipengerusikan oleh FELDA, jadi penduduk akan sentiasa mengenang jasa pemimpin yang telah mengasas pertubuhan FELDA iaitu Tun Abdul Razak. Selain itu, masayarakat akan menjaga dan mempertahankan maruah bangsa. Ini kerana agensi ini telah menubuhkan Angkatan Pasukan RELA untuk mengawal keselamatan kampung. Dengan bantuan yang diusahakan oleh agensi pentadbiran ini , masyarakat kampung akan lebih maju dan tidak akan dipandang rendah. Selain itu, tradisi dan budaya bangssa juga turut dihargai. Cara masayarakat menghargainya adalah dengan mengamalkannya. Contohnya seperti mengadakan kenduri perkahwinan dan cukur jambul. Seterusnya, sikap bersemangat setia kepada negara dapat dipupuk. Dengan pertubuhan pasukan RELA melalui JKKK , masyarakat dapat menyumbang tenaga. Anggota terlibat akan lebih bersedia berkorban demi melindungi keselamatan penduduk bahkan juga bangsa dan negara. Agensi ini juga akan melatih masayarakat menjadi seorang yang bertanggungjawab. Seawal umur 18 tahun, masyarakat dapat menyertai Kelab Belia Kg. Bukit Goh yang dianjurkan oleh pihak JKKK untuk melatih penduduk melibatkan diri dengan aktif dan menyertai aktiviti kemasyarakatan. Ini dapat menjadikan seseorang sedar betapa pentingnya sifat bertanggungjawab bagi melaksanakan sesuatu. Dengan adanya semua pertubuhan yang dianjurkan oleh pihak JKKK, masyarakat akan menjadi lebih peka kepada masalah dan isu semasa yang berlaku terhadap bangsa dan negara. Mereka akan cuba menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan inisiatif sendiri. Contohnya pasukan RELA mengawal kampung Felda Bukit Goh di pintu gerbang masuk ke perkampungan bagi mengatasi masalah pecah rumah. Masyarakat juga akan menjadi seorang yang bersyukur sebagai warganegara Malaysia yang saling bekerjasama dan hidup dengan aman. Justeru semangat kekitaan dapat diserapkan dalam diri setiap lapisan masyarakat dengan aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Aktiviti dilakukan tanpa had umur. Dengan adanya aktiviti kemasyarakatan, masyarakat akan saling bekerjasama dan tolong menolong. Selain itu, masyarakat juga akan menjadi seorang yang bertoleransi dan saling bertolak ansur. Pihak JKKK mengadakan gotong-royong di surau dua minggu sekali dan dewan rakyat sebulan sekali. Masyarakat akan saling hormat-menghormati akan keputusan atau hal peribadi masing-masing. Dari semua aktiviti ini, masyarakat akan saling bersefahaman dan bermuafakat. Bak kata pepatah, bulat air kerana pembentung, bulat masyarakat kerana muafakat. Tambahan pula, agensi ini dapat melatih masyarakat supaya menjadi seorang yang berdisiplin. Insan yang berakhlak dan pekerti mulia dapat dibentuk. Ketepatan masa amatlah dititik beratkan kerana masa itu ibarat emas bagi orang yang berdisiplin. Seorang yang berdisiplin akan mematuhi peraturan dan undang-undang yang ditetapkan. Jika tiada jenayah yang dilakukan , negara akan menjadi aman. Tetapi dalam setandan pisang pasti ada satu yang rosak. Ini akan membuatkan masyarakat akan berfikir dahulu sebelum bertindak. Seterusnya, masyarakat kan lebih amanah dan jujur. Contohnya seperti ahli Kelab Belia yang menganjurkan program dan memegang amanah bagi menjayakan program dengan sebaik mungkin. Akhir sekali, agensi ini dapat melahirkan masyarakat yang kuat berusaha dan produktif. Masyarakat menjadi rajin dan gigih berusaha untuk mencapai apa yang dikehendaki. Walaupun tahap pendidikan mereka kurang memuaskan, tetapi dengan bakat dan kebolehan yang diperolehi dapat menjadikan mereka seorang yang produktif dengan bantuan yang dihulurkan oleh pihak JKKK seperti memasarkan produk ataupun menyediakan tapak perniagaan. Contohnya seperti individu yang berminat untuk membaiki kereta, mereka akan belajar dengan lebih terperinci. Mereka dapat membuka sebuah bengkel membaiki kereta apabila agensi ini menyediakan tapak bagi mereka memulakan kerjaya. Jika permohonan mereka tidak diluluskan oleh agensi, mereka akan belajar berdikari untuk berdiri di atas kaki sendiri dan tabah menghadapi cabaran. Masyarakat tidak akan kenal erti putus asa bagi menjayakan misi mereka. Para pelajar akan menjadi lebih cenderung untuk belajar kerana agensi ini menjemput beberapa penuntut daripada IPTA dan IPTS untuk menjadi tenaga pengajar. dengan cara ini juga, para pelajar di ajar cara untuk menampilkan diri dengan kemas. Ini dapat melahirkan individu yang berketrampilan. Kesimpulannya, institusi pentadbiran juga banyak memberi sumbangan dalam memperkukuhkan integrasi nasional dalam negara kita, Malaysia. Cara institusi ini mengukuhkan perpaduan ini telahpun saya huraikan beserta contohnya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
| You are subscribed to email updates from felda bukit goh - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |


