{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Felda pasoh - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

Felda pasoh - Google Blog Search


<b>Felda pasoh</b> - Google Blog Search

Posted: 13 Apr 2011 11:31 PM PDT


Bakal raja sehari ditahan terlibat dadah - Utusan Malaysia Online <b>...</b>

Posted: 13 Apr 2011 03:49 PM PDT

Bakal raja sehari ditahan terlibat dadah

Bakal raja sehari ditahan terlibat dadah


Anggota polis berpakaian preman memeriksa sebahagian motosikal suspek yang ditahan dalam Ops Tapis Khas di ladang kelapa sawit Felda Pasoh Tiga, kelmarin.


JEMPOL 13 April - Sepasang bakal raja sehari yang akan melangsungkan perkahwinan bulan depan antara 41 suspek yang ditahan dalam Ops Tapis Khas di sekitar daerah ini semalam.

Suspek lelaki berusia 20-an itu ditahan di bawah Seksyen 3 (1) Akta Penagih Dadah (APD) 1987 kerana disyaki positif dadah jenis heroin manakala tunangnya yang berusia 18 tahun ditahan di bawah Seksyen 15 (1) ADB 1952 kerana dipercayai memasukkan dadah ke dalam badan.

Ketua Polis Daerah, Supritendan Mohd. Sabri Muhamad berkata, operasi selama 12 jam yang dijalankan itu turut menahan dua suspek kerana memiliki dadah.

"Kedua suspek lelaki itu ditahan di bawah Seksyen 12 (2) ADB 1952 kerana memiliki syabu seberat dua gram dan Seksyen 39 (a) akta sama kerana memiliki heroin seberat 5.2 gram. Mereka juga dipercayai pengedar.

"Daripada 41 orang, empat suspek ditahan di bawah Seksyen 15 (1) ADB 1952 iaitu dua lelaki dan dua wanita manakala 35 suspek ditahan di bawah Seksyen 3 (1) APD kerana disyaki positif dadah jenis heroin," katanya di sini hari ini.

Menurutnya, semua suspek berusia antara 18 dan 56 tahun itu menjadikan ladang kelapa sawit di Felda Pasoh Tiga, dekat sini sebagai lokasi untuk mendapatkan bekalan.

Katanya, kesemua suspek memiliki pelbagai rekod jenayah dan ada di antara mereka yang datang dari Kuala Pilah untuk mendapatkan bekalan.

Beliau turut melahirkan rasa kecewa apabila terdapat menantu dan bapa mentua serta adik beradik yang bersama mendapatkan barangan larangan itu.

Mohd. Sabri memberitahu, sepanjang Januari sehingga Mac tahun ini, seramai 238 suspek berkaitan dadah berjaya ditahan.

Daripada jumlah itu, katanya, 27 orang adalah pengedar manakala 211 lagi penagih dan lain-lain kes.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Leave a Reply

Raja Alias

G. Musang

J. Bahru

Terengganu

A. Setar