{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Felda pasoh - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

Felda pasoh - Google Blog Search


PERANAN KPKK AMAT PENTING (1)

Posted: 28 Apr 2011 08:52 PM PDT

Oleh Ibrahim Yahaya

Apabila Perdana Menteri, Dato' Sri Najib Tun Abul Razak, mengambilalih tampuk kepemimpinan negara, beliau telah merombak Kabinet termasuk memperkenalkan kementerian baru yang lahir daripada gabungan beberapa kementerian. Salah satu ialah Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK). Ia adalah kementerian kedua terbesar selepas Jabatan Perdana Menteri. KPKK adalah gabungan Kementerian Penerangan, KEKWA dan sebahagian daripada Kementerian Telekomunikasi yang merangkumi penerangan, komunikasi dan kebudayaan. Ia mempunyai 15 jabatan dan perbadanan, satu suruhanjaya iaitu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia serta dua syarikat berkaitan kerajaan (GLC) iaitu Pos Malaysia Berhad dan Telekom Malaysia. Jabatan di bawahnya termasuk RTM, Jabatan Penerangan, JASA, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian (JKKN), Jabatan Arkib dan Istana Budaya. Tidak hairanlah PM meletakkan seorang Menteri yang berpengalaman untuk menerajuinya iaitu Dato' Seri Utama Dr Rais Yatim.

Oleh kerana KPKK adalah sebuah kementerian yang besar, tidak hairanlah ia mempunyai pelbagai program yang meliputi kegiatan penerangan dan penyiaran sehingga membabitkan Program Merakyatkan Seni (PMS) yang diterajui oleh JKKN. Program yang dijalankan hampir setiap minggu itu bertujuan untuk memastikan rakyat mendapat pelbagai faedah dan manfaat termasuk perkhidmatan penghantaran surat, mendapat maklumat dan penyediaan jalur lebar. Sebagai Menteri bertanggungjawab, DSU Dr Rais bersama dengan dua timbalannya iaitu Datuk Joseph Salang dan Datuk Maglin D Cruz akan sentiasa turun padang untuk melihat, merasmikan dan mendapat pelbagai maklumat daripada kakitangan agensi terbabit. Beliau juga akan melawat projek-projek yang sedang dibina ataupun menerima taklimat dari semasa ke semasa mengenai program untuk rakyat. DSU Dr Rais juga turut merasmikan pelbagai program SKMM seperti pelancaran Kampung Tanpa Wayar dan penyerahan netbook 1Malaysia kepada kumpulan yang memerlukan termasuk pelajar. Yang terbaru ialah pelancaran Kampung Tanpa Wayar di Felda Pasoh 3, Jelebu pada 26 April lalu.

...bersambung.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

One Response so far.

  1. Tanpa Nama says:

    Very descriptive article, I enjoyed that a lot. Will there be a part 2?


    Feel free to visit my blog; d'nest Condo

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat