{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

felda jenderak - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

felda jenderak - Google Blog Search


KEADILAN Kuala Krau agih borang peneroka baru - KeadilanDaily.com <b>...</b>

Posted: 24 Apr 2011 12:45 AM PDT

KUALA KRAU: KEADILAN akan mengagihkan borang permohonan menjadi peneroka kepada kalangan anak peneroka, orang asal dan kaum India yang layak bermula 27 April ini, kata Pengerusi Biro Felda dan Orang Asal KEADILAN, Suhaimi Said.

Katanya, perkara itu selaras dengan komitmen Pakatan Rakyat merealisasikan janji yang termuat dalam Buku Jingga, satu dokumen rasmi Pakatan Rakyat yang antara lain membatalkan Felda Plantations dalam tempoh 100 hari mentadbir Putrajaya.

"Borang-Borang yang diedarkan tersebut adalah terbuka kepada semua Generasi Ke-2 dan Ke-3 serta lain-lain kaum yang layak tanpa mengira affliasi parti politik mereka.

"Borang-Borang ini akan diproses sebaik sahaja Pakatan Rakyat memenangi Putrajaya," ujarnya dalam satu tulisan di blog beliau hari ini.

"Peneroka-peneroka dan Generasi Ke-2 dan Ke-3 yang menghadiri Himpunan Warga Felda pada 1hb Mei 2011 di Felda Jenderak Selatan akan dibekalkan Borang ini  untuk diisi penuh dan dikembalikan ke Pejabat Parti Keadilan Rakyat Cabang Kuala Krau," tambah beliau.

Menurut beliau, borang itu juga akan dibekalkan kepada semua Cabang-Cabang Parti Keadilan Rakyat Negeri Pahang di dalam mesyuarat yang akan diadakan pada jam 4.00 petang,  1hb Mei 2011 di Felda Jenderak Selatan.

"Peneroka-Peneroka dan Generasi Baru mereka boleh mendapatkan Borang ini semasa diadakan Majlis Ceramah di Felda Jenderak Selatan pada 1hb Mei 2011 jam 9.00 malam," katanya.

Pada 1 Mei ini, KEADILAN Cabang Kuala Krau akan menganjurkan Himpunan Peneroka dan Generasi Kedua Felda di Felda Jenderak Selatan, Kuala Krau, Pahang.

Himpunan bermula jam 8 pagi itu, yang bakal dirasmikan Pengerusi KEADILAN Pahang, Datuk Fauzi Abdul Rahman turut menyaksikan pembentangan satu kertas kerja yang dipadankan dari kertas kerja peguam, Surina Suhaimi di Konvensyen Warga Felda dan Orang Asal di Kuala Kubu Bharu, baru-baru ini.

Pada sebelah malam pula, KEADILAN akan menganjurkan satu ceramah yang menampilkan Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution,  Pengarah Biro Komunikasi, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Dato Fauzi Abdul Rahman.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=12082

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat