felda sahabat lahad datu - Google Blog Search
Posted by Tanpa Nama
felda sahabat lahad datu - Google Blog Search |
<b>Felda</b> Sabah Wujudkan Aktiviti Ekonomi Baru | MyNewsHub (BM) Posted: 19 Apr 2011 09:59 PM PDT Oleh Newmond Tibin KOTA KINABALU – Felda Sahabat di Lahad Datu, bahagian timur Sabah, sedang mempertimbang untuk mewujudkan aktiviti ekonomi baru kepada anak peneroka susulan kejayaan yang membanggakan dalam sektor perladangan minyak sawit. Ramai anak peneroka Felda di Sabah, terutama lepasan sekolah, tidak mempunyai pekerjaan tetap dan bergantung sepenuhnya hasil daripada pendapatan minyak sawit. Masa depan mereka yang tidak menentu dan kesusahan yang dihadapi itu telah mendapat perhatian daripada kerajaan. Menyedari masalah tersebut, Felda, dengan sokongan daripada program transformasi Kerajaan Persekutuan yang dipelopori oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, telah membuat keputusan untuk mempelbagaikan asas ekonominya dengan melancarkan projek penangkapan ikan tuna di laut dalam perairan timur Sabah. Kawasan ini dikatakan kaya dengan sumber marin. PROGRAM MODAL INSAN Bagi mencapai matlamat itu, Felda dengan kerjasama sebuah syarikat tempatan, Pembangunan Samudera Sabah Sdn Bhd (PSSSB), akan bersama-sama membangunkan modal insan dengan menyediakan pendidikan dan program latihan dalam bidang marin dan hospitaliti. "Ini akan pasti membuka peluang kepada generasi muda peneroka Felda untuk memperbaiki kemahiran dan meningkatkan pendapatan mereka, dan tidak lagi hanya bergantung kepada sektor perladangan. "Perdana Menteri tidak mahu ada anak peneroka Felda di Sabah dinafikan peluang mereka untuk berjaya dalam kehidupan. Itulah sebabnya Perdana Menteri begitu memberi sokongan kepada idea itu (penangkapan ikan tuna) dan program pembangunan modal insan," kata Penasihat Khas kepada Perdana Menteri dalam perkara berhubung Felda, yang juga Pengerusi Yayasan Felda, Tan Sri Yusof Noor, kepada Bernama di sini Selasa. Mengenai inisiatif awal terhadap potensi penerokaan penangkapan ikan tuna, beliau berkata pada 2007, Perbadanan WTC, anak syarikat Pembangunan Samudera Sabah Sdn Bhd, telah menemui Najib, yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri, untuk membincangkan peluang perniagaan terutama dalam penangkapan ikan tuna. "Datuk Najib memberi sokongan terdahap idea itu dan awal 2008, Felda telah menandatangani satu MoU dengan WTC Marine Ventures Sdn Bhd untuk memulakan satu kerjasama strategik bagi menggerakkan perlaksanaan projek yang menumpukan perhatian kepada sektor penangkapan ikan di Sabah, dengan Lahad Datu dijadikan pangkalan utama manakala Sandakan dan Tawau bertindak sebagai pangkalan kecil. Projek ini diletakkan di bawah Koridor Pembangunan Sabah. KURSUS MARIN DAN HOSPITALITI Pada awalnya terdapat persoalan sama ada Sabah mempunyai gunatenaga yang mahir untuk melaksanakan penangkapan ikan tuna. Terdapat juga kebimbangan kemungkinan syarikat berkenaan akan hanya mengambil pekerja dari luar. Oleh itu, sebelum usahasama penangkapan tuna itu dimulakan, Felda dan PSSSB membuat keputusan untuk memberi keutamaan terhadap pembangunan modal insan. Sejak itu, PSSSB mendapatkan kakitangan yang kompeten serta bertauliah dalam teknikal dan akademik untuk menyediakan kemahiran khas. PSSSB juga mengadakan perjanjian kerjasama dengan syarikat Belanda, De Ruyter Maritime Institute, untuk kursus-kursus marin dan ROC Zeeland, untuk latihan hospitaliti dan pelancongan. Samudera, menerusi anak syarikat pendidikannya, BEST International College, yang beroperasi di Kolej Integrasi Ilmu di Felda, Sahabat, telah memulakan kursus marin dan hospitaliti. Kumpulan pertama terdiri daripada 689 graduan telah memperoleh sijil Peringkat 1 baru-baru ini. Yusof berkata, beliau berharap lebih ramai anak peneroka Felda akan mendapat manafaat daripada program latihan berkenaan terutama dalam pengajian marin, yang akan merealisasikan matlamat Felda dalam industri penangkapan ikan tuna. YANG MUSTAHIL JADI TIDAK MUSTAHIL Beliau berkata, "yang mustahil sudah menjadi tidak mustahil", dalam melatih anak peneroka Felda yang telah menamatkan alam persekolahan. Felda juga akan memanfaatkan sumber marin yang begitu banyak terdapat di perairan Sabah, katanya. "Sudah semestinya, kami akan merebut peluang ini untuk mewujudkan peluang baru dalam industri perikanan. Jika dilihat akan permintaan untuk ikan, memang terdapat potensi. "Kita akan dianggap mengabaikan tanggungjawab sekiranya tidak memberi mereka peluang terutama apabila kita mempunyai komuniti yang bersedia untuk merebut peluang berkenaan dan komited untuk membangunkan industri ini," katanya. "Aktiviti laut adalah sesuatu yang baru bagi mereka dan Felda. Semuanya berjalan lancar dan kumpulan pertama pelajar dalam program ini telahpun menamatkan pengajian baru-baru ini. "Menakjubkan, kumpulan pertama pelajar berkenaan telah dapat memperbaiki diri mereka dalam tempoh masa yang singkat dan telahpun mendapat tawaran daripada Netherlands untuk bekerja dalam industri perikanan dan marin," katanya. Yusof berkata, "Jika dilihat kepada latar belakang pelajar berkenaan, tidak akan ada sesiapa yang percaya bahawa mereka akan berjaya memandangkan mereka tidak mempunyai kelulusan akademi yang tinggi. Namun, oleh kerana sifat dedikasi pasukan yang melatih mereka dan komitmen daripada pelajar itu sendiri, kita dapat melihat pelajar berkenaan mendapat tawaran daripada sebuah negara luar". FELDA BANTU KERAJAAN NEGERI "Program ini adalah unik kerana, jika tidak, kumpulan anak muda ini tidak akan dapat melakukan apa-apa… mereka akan kekal di sana (di kawasan Felda) sebagai 'budak kampung' dan mereka mungkin menghabiskan masa tanpa sebarang pendapatan dan tidak memberi apa-apa sumbangan kepada keluarga. "Ini menunjukkan bahawa pasukan yang kami libatkan iaitu PSSSB, adalah pasukan yang tepat, dan program berkenaan telah terbukti mencapai kejayaan. Kami dapat mengubah sikap pelajar berkenaan dan pada masa yang sama, mereka juga kini boleh berkomunikasi dalam bahasa Inggeris," tambah beliau. Yusof berkata, Felda memperkenalkan kursus hospitaliti untuk membantu kumpulan remaja perempuan di Felda dan lebih-lebih lagi memandangkan permintaan terhadap lepasan graduan kursus ini baru-baru ini yang amat menggalakkan. Felda juga merancang untuk memperluaskan peluang mengikuti kursus berkenaan kepada anak penduduk kampung berhampiran pada masa akan datang. Mengenai pembangunan Felda di Sabah, Yusof berkata, jelas sekali Felda telah dapat membantu kerajaan negeri dalam program pembangunan tanah dan pembasmian kemiskinan. "Sejak lima tahun lepas, hampir setiap tahun, kami menyumbang sekurang-kurangnya 30 peratus daripada keuntungan Felda kepada kerajaan negeri Sabah untuk tujuan pembangunan. Ini menunjukkan bahawa kami tidak pernah gagal dalam misi kami di Sabah," katanya. – BERNAMA Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from felda sahabat lahad datu - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |