felda chiku - Google Blog Search
Posted by Tanpa Nama
felda chiku - Google Blog Search |
Pusat jangan politikkan isu air | :: cina islam | 2011 :: Posted: 28 Apr 2011 01:20 AM PDT 24 Jamadilawal 1432H. [MOD] - GUA MUSANG, 28 April: Kerajaan Pusat diingat tidak bertindak seumpama 'lontar batu sembunyi tangan' terhadap isu air di negeri Kelantan. Ingatan itu diberikan Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa pada majlis penerimaan permohonan milik tanah peneroka Felda Chiku, Aring dan Perasu, di sini. Katanya, sudahlah bantuan tidak diberikan kepada kerajaan negeri bagi menyelesaikan masaalah itu, pada masa yang sama memburukkan kerajaan negeri kerana tidak mampu menyelesaikan isu air. "Cara ini amat tidak adil, sudahlah kita (kerajaan Pusat) tidak mahu membantu kerajaan negeri, pada masa yang sama memburukkannya pula kononnya kita (kerajaan negeri) gagal menangani masaalah air. "Kalau negeri lain kerajaan Pusat boleh membantu secara percuma melalui peruntukan 'geran' dengan nilaian ribuan juta, kenapa pada Kelantan tidak boleh dilayan cara yang sama?"soalnya lagi. Tambah Husam, kerajaan Pusat membantupun tidak sampai RM600 juta dalam tempoh 11 tahun, itupun dalam bentuk pinjaman dan bukannya berupa geran. Sehubungan itu, beliau mengharapkan Kerajaan Pusat menghentikan permainan politik terhadap isu air, kerana sumber itu amat penting pada kehidupan manusia. Jelasnya, sejarah Islam pernah menceritakan bagaimana seorang wanita dijamin masuk syurga apabila membantu seekor anjing yang kehausan di padang pasir. Menurutnya lagi, masaalah air berlaku hampir di setiap negeri termasuk Pahang sebagaimana yang dilaporkan media baru-baru ini. "Namun kerana dendam politik yang tidak pernah berkesudahan Kelantan sentiasa ditekan dan diperbesarkan dalam segenap isu dan masaalah, walaupun negeri lain menghadapi isu yang lebih besar,"ujarnya. Hanya RM10 untuk miliki tanah Terdahulu Husam menerima 142 borang permohonan milik tanah peneroka bagi membolehkan mereka mempunyai geran tanah sendiri. Mereka bukan sahaja bakal mempunyai geran tanah, sebaliknya kerajaan negeri telah mengistiharkan keputusan yang mengejutkan peneroka terbabit apabila mereka hanya perlu melunaskan RM10 daripada RM3,523 premium yang perlu dibayar. Langkah ini dbuat kerajaan negeri untuk membolehkan semua peneroka memiliki tanah yang mereka terokai itu. Harakahdaily/- Oleh : Rizal Tahir Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from felda chiku - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |