felda kota gelanggi - Google Blog Search
Posted by Tanpa Nama
felda kota gelanggi - Google Blog Search |
Selesaikan penempatan generasi baru <b>Felda</b> Posted: 03 Apr 2011 04:04 PM PDT JERANTUT 3 April – Seramai 600 generasi baru di Felda Kota Gelanggi 1 dan 3 dekat sini menggesa kerajaan serta Felda menangani masalah pemilikan tanah termasuk perumahan yang gagal diselesaikan sehingga kini. Anak peneroka Felda Kota Gelanggi 1, Satiriah Manaf berkata, kebanyakan generasi baru sudah berkeluarga dan tinggal bersama ibu bapa masing-masing yang merupakan peneroka awal di situ. Menurutnya, kebanyakan mereka menetap dan bekerja di tanah rancangan serta memerlukan kediaman sendiri bagi menjalani kehidupan sempurna. "Kerajaan dan Felda boleh memajukan tanah kosong seluas 16 hektar di sini dengan menjadikan kawasan tersebut sebagai penempatan generasi baru," katanya kepada Utusan Malaysia selepas menandatangani memorandum berkaitan perkara itu di sini hari ini. Rakannya, Shahrul Nizam Ahmad Basjuni berkata, penyelesaian isu itu perlu disegerakan secara situasi 'menang-menang' membabitkan kerajaan negeri, Felda dan anak peneroka. Bagi Ketua Gerakan Generasi Kedua (GGK) Felda Kota Gelanggi 1 dan 3, Solihin Omar, program memiliki rumah menerusi skim jaminan kredit hanya bermanfaat kepada segelintir anak peneroka yang mempunyai pekerjaan tetap. "Bagaimana pula nasib kami yang berusia lebih 40-an, tanpa kerja tetap dan tiada penyata gaji sah berbanding mereka yang ada kerjaya," katanya. Dipetik dari Utusan Malaysia Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from felda kota gelanggi - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |