felda tun ghafar - Google Blog Search
Posted by Tanpa Nama
felda tun ghafar - Google Blog Search |
<b>felda tun ghafar</b> - Google Blog Search Posted: 09 Apr 2011 07:58 PM PDT
Allahyarham Abdul Ghafar adalah anak yang keenam daripada sembilan orang adik-beradik. Beliau menjadi anak yatim piatu ketika berumur lapan tahun. Sejak itu, Allahyarham Tun Abdul Ghafar tinggal bersama bapa saudaranya. Beliau menjaja ubi kayu di Melaka untuk menambah pendapatan keluarga.
Politik
Peranan Ghafar sebagai orang tengah sewaktu parti MCA menghadapi krisis kepimpinan pada tahun 1984 menjadikannya seorang yang tersayang kepada parti tersebut. Setiap tahun, pemimpin MCA akan pergi ke rumah Ghafar untuk meraikan hari jadinya dan berseloroh untuk mengatakan bahawa beliau pernah menjadi "presiden sementara" mereka. Allahyarham turut dilihat sebagai 'faktor penstabil' (stabilising factor) kepada parti komponen Barisan Nasional berdasarkan sifat rasional dan pemikiran matang Allahyarham, terutama apabila berhadapan dengan isu-isu sensitif berkaitan agama, kaum, budaya dan bahasa.
Menolak jawatan Menteri
Pada 1993, Tun Ghafar berundur daripada jawatan Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri apabila kedudukannya sebagai Timbalan Presiden UMNO dicabar oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Tujuannya bagi mengelak perpecahan dalam parti dan mempertahankan kestabilan negara. Surat perletakan jawatan ditulis pada kertas Penerbangan Malaysia di bilik VIP Lapangan Terbang Antarabangsa Subang untuk berlepas ke Korea Selatan bagi tugas rasmi. Pada tahun tersebut, 95% ahli UMNO menyokong Anwar. 137 daripada 145 mencalonkan Anwar. Ghafar hanya 7 bahagian sahaja. Pasukan yang menentang Tun Ghafar digelar 'Team Wawasan'. Pasukan ini terbentuk daripada satu kumpulan atau pakatan politik dalaman yang diketuai oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim dalam Pemilihan UMNO 1993 yang memenangi jawatan Timbalan Presiden UMNO tanpa bertanding oleh sebab Tun Ghafar Baba menarik diri. Ia juga terdiri daripada individu seperti Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tan Sri Muhammad Haji Muhd Taib yang mana mereka telah memenangi jawatan Naib Presiden UMNO. Team Wawasan dikaitkan dengan Wawasan 2020 yang diperkenalkan oleh Tun Mahathir Mohamad yang ketika itu sebagai Presiden UMNO.
Sekolah Menengah Kebangsaan Ghafar Baba di Masjid Tanah, Melaka juga dinamakan sempena nama beliau. Nama asal sekolah ini ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Masjid Tanah. Encik Abdul Ghafar bin Baba selaku Ketua Menteri Melaka telah meletakkan batu asas pada 24 September 1962. MRSM Jasin ditukar nama kepada MRSM Tun Ghafar Baba pada 27 Julai 2006 selepas beliau meninggal dunia bagi mengenang jasa beliau. Majlis penjenamaan semula itu dilakukan oleh Menteri Pembangunan Usahawan & Koperasi, Y.B Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin. Muzium Tun Abdul Ghafar merupakan rumah asal beliau di Jasin, Melaka. Enam Felda di Melaka dinamakan semula sempena nama Tun Abdul ghafar iaitu Felda Tun Ghafar Machap, Felda Tun Ghafar Hutan Percha, Felda Tun Ghafar Menggong, Felda Tun Ghafar Kemendor, Felda Tun Ghafar Air Kangkong dan Felda Tun Ghafar Bukit Senggeh. Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan perkara itu pada 7 April 2007.
Tun Abdul Ghafar merupakan Negarawan ke-4 disemadikan di bawah kubah Makam Pahlawan selepas Tun Dr Ismail Abdul Rahman, Tun Abdul Razak dan Tun Hussein Onn. Jenazah lain ialah Tan Sri Syed Jaafar Albar, Allahyarham Tun Syed Nasir Syed Ismail, Allahyarham Tun Sardon Jubir, Allahyarham Tan Sri Mohd Noah Omar dan Allahyarham Tan Sri Abdul Kadir Yusof. Sungguhpun pepatah lama ada mengatakan 'patah tumbuh hilang berganti', namun pemergian Allahyarham Tun Abd Ghafar Baba awal pagi semalam bagaikan kehilangan sebutir permata yang tidak mungkin akan dapat dicari ganti. Pemergian buat selama-lamanya Allahyarham Tun Abd Ghafar Baba bukan saja ditangisi ahli keluarganya, malahan jutaan rakyat Malaysia turut merasakan satu kehilangan yang tidak akan ada pengganti. Semoga roh Allahyarham akan dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan para solehin.
Al-Fatihah! Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from felda tun ghafar - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |