{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

felda nitar - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

felda nitar - Google Blog Search


Kecekapan SPRM elak negara rugi RM890 juta

Posted: 28 Apr 2011 07:54 PM PDT

KUALA LUMPUR 28 April - Kecekapan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membanteras gejala rasuah berjaya mengelakkan negara mengalami kerugian kira-kira RM890 juta setahun melalui empat tumpuan kesalahan rasuah.

Menurut Laporan Tahunan 2010 SPRM, kerugian terbesar adalah menerusi perlombongan haram pasir melibatkan anggaran kerugian berjumlah RM745 juta setahun.

Ia diikuti tumpuan kesalahan rasuah melibatkan kebocoran pintu masuk negara yang mana kerajaan dianggarkan boleh mengalami kerugian RM86.4 juta setahun.

Laporan sama menyebut, kerugian bagi kes melibatkan penyelewengan subsidi diesel pula adalah sebanyak purata RM50 juta setahun manakala pembalakan haram (RM8.95 juta).

"Dalam isu pasir, nilai suapan terlibat berjumlah RM321,528.40 selain enam orang ditangkap kerana rasuah seks.

"Berdasarkan anggaran 3,000 lori mengangkut pasir selama setahun, kerugian boleh mencecah sehingga hampir RM600 juta. Kerugian ditanggung akibat penyeludupan ke negara jiran pula sekitar RM145 juta setahun.

"Anggaran ini hanya mengambil kira pasir yang diangkut menggunakan kapal berkapasiti 4,000 tan hingga 5,000 tan sebanyak dua kali sehari," kata laporan itu.

Laporan tersebut diserahkan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Abu Kassim Mohamed kepada Pengerusi Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR), Datuk Seri Mohd. Radzi Sheikh Ahmad di bangunan Parlimen, di sini hari ini.

Mengenai kebocoran pintu masuk negara, risikan SPRM di Selangor mendapati kira-kira 35 peratus daripada 1,000 hingga 1,500 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang masuk ke Malaysia setiap hari, membayar antara RM70 dan RM100 bagi mengelak prosedur pemeriksaan Imigresen.

"Sogokan kepada penguat kuasa di Jeti Penumpang Pulau Ketam pula mencecah RM60,000 sebulan.

"Perkara ini membawa kesan buruk kerana Kementerian Dalam Negeri menganggarkan perbelanjaan kira-kira RM171 juta untuk pengurusan tahanan dan pengusiran PATI pada 2009," ujarnya.

Sementara itu, bagi mengatasi kerugian ekoran penyelewengan diesel, SPRM kini menjalankan kajian menyeluruh bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

"Penggunaan teknologi nanotag dalam pengurusan subsidi diesel mula dipersoalkan. Begitu juga keberkesanan sistem fleet card e-diesel bagi mengatasi penyelewengan dan ketirisan," katanya.

Mengenai pembalakan haram, laporan itu menyebut sebanyak 10 siasatan terbuka dijalankan daripada 46 maklumat diterima SPRM membawa kepada sitaan balak berjumlah RM8.95 juta.

"Antara lokasi dijalankan operasi balak adalah Felda Nitar Timur berdekatan Hutan Simpan Mersing di Johor, Hutan Simpan Hijau Lenggong di Perak, Daerah Hulu Selangor serta operasi di Kedah yang membawa kepada penahanan Pengarah dan Pegawai Perhutanan Daerah Kedah Selatan," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Leave a Reply

Raja Alias

G. Musang

J. Bahru

Terengganu

A. Setar