{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Felda pasoh - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

Felda pasoh - Google Blog Search


Resepi Rendang Ayam Kampung | Tertunailah Hasrat Di Hati

Posted: 23 Apr 2011 09:08 PM PDT

Memang tak ada masa nak buka blog semalam.  Malam Sabtu (tengah layan Maharaja Lawak masa tu) ,dapat panggilan dari adik ipar yang duk kat Pulau Langkawi bagitau mak mertua dia meninggal dunia di Hospital Seremban.  Oleh sebab dah pukul 10.00 lebih, feri dah tak ada dan kalau nak naik flight Air Asia pun dah tak ada, kenalah beliau tunggu sampai pagi esoknya baru dapat balik ke sini.  Tulah yang tak best kalau duk kat pulau ni, bila ada kematian payah nak balik.

Beliau minta tolong kami booking tiket penerbang paling awal di sana kat umah mereka tak ada internet, kalau nak gi ke cc pun dah tutup.  Oleh sebab akak ni tak pernah buat tempahan online jadi kelam kabut gak dibuatnya.  Selalunya anak yang buat.  Alhamdulliah dalam pukul 12.00 tgh malam dapat gak tiket flight nak balik ke sini.

Pepagi akak dah bertolak dari rumah nak ke rumah arwah di Felda Pasoh di NS, sampai kat sana jenazah belum dapat di bawa balik ke rumah sebab menunggu ketibaan doktor nak buat post mortem.  Lupa pulak, arwah meninggal sebab kemalangan masa naik motosikal.  Arwah membonceng motosikal yang di bawa oleh rakan sekampung, tak tau nak ke mana masa tu..tiba-tiba tayar moto pancit.  Mungkin dah ajal arwah terjatuh dan kepala terhentak di atas jalanraya, dari situ ke Pusat Kesihatan di situ...pastu ke Hospital Jelebu dan akhirnya ke Hospital Seremban dan beliau menghembuskan nafas terakhir di situ.  Al fatihah buat arwah dan semuga rohnya di tempatkan bersama-sama orang-orang beriman.

Adik ipar yang tinggal di Nilai ambil mereka di LCCT dan terus ke Hospital Seremban.  Adik beradik suami yang tinggal di Segamat, Bahau, Melaka berkumpul di rumah arwah sehingga jenazah sampai pukul 4.00 lebih.  Apabila jenazah hendak di bawa ke perkuburan , kami bergegas pulak ke rumah kakak ipar di Kelang sebab ada kenduri tahlil di rumah beliau.

Sampai di situ dah maghrib dan selepas ishak majlis di mulakan.  Selama majlis tamat, borak-borak dalam pukul 12.00 lebih balik ke rumah semula.  Balik memang rasa penat sungguh.

Buat rendang ayam ni minggu lepas masa masak nasi minyak citarasawan tempuh hari.  Resepi ni  di ambil dari blog Mat Gebu
BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ayam kampung, dikerat sederhana besar, cuci dan toskan
Santan kelapa secukupnya-akak guna 1/2 kg santan pekat
Air panas, jika perlu
2 helai daun kunyit, hiris halus
3 helai daun limau purut
1/2 camca besar gula melaka
2 keping asam gelugor
2 camca besar penuh kerisik
2 camca besar cili kisar
1 1/2 camca besar penuh rempah kari daging (mat guna rempah "Baba's")
Garam secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
13 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 1/2 inci halia
1 inci lengkuas
3 biji buah keras-tak letak
15 biji cili padi (optional)
1/2 inci belacan- tak letak
1/2 inci kunyit hidup
5 batang serai, hiris halus

BAHAN TUMIS :-)
4 biji bawang merah, hiris halus
2 ulas bawang putih, hiris halus
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Rempah kari dan cili kisar, disatukan bersama bahan2 kisar halus, kacau sebati dan ketepikan. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum. Masukkan bahan kisar + rempah kari dan cili kisar tadi. Tumis hingga terbit minyak dan garing.
  2. Masukkan ayam, kacau rata dan masak hingga ayam kecut. Tuang santan sehingga ayam tenggelam, masukkan garam secukup rasa. Masak dengan api besar hingga mendidih. Perlahankan api dan renih hingga hampir pekat dan mula empuk.
  3. Masukkan kerisik, daun limua purut, asam gelugor dan gula melaka, kacau rata. Jika ayam masih keras, boleh tambah air panas. Kacau dan terus memasak hingga kering dan ayam lembut.
  4. Bila rendang kelihatan pekat dan kering, masukkan hirisan daun kunyit, kacau rata. Biar masak sekejap, rasa dan jika perlu tambah garam. Boleh matikan api. Alih dalam bekas sesuai. Pastikan rendang anda betul-betul  sejuk sebelum menutupnya.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat