{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

felda bukit goh - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

felda bukit goh - Google Blog Search


Pasangan peneroka disamun RM55,000 : N9 Kini

Posted: 15 Apr 2011 05:15 PM PDT

KUANTAN: 16 April – Impian pasangan peneroka untuk mengubah suai rumah menggunakan wang simpanan RM55,000 yang baru dikeluarkan di bank, musnah apabila disamun dua lelaki di persimpangan lampu isyarat Jalan Bukit Ubi di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 11.30 pagi, peneroka terbabit, Ismail Wan Jaafar dan Ramlah Ab Rahman dari FELDA Bukit Goh, dekat sini, yang menaiki kereta Proton Iswara dipandu menantunya, Sharifah Nazatul Shima Syed Mohd Sidek, 32, dalam perjalanan pulang ke rumah apabila dihimpit sebuah motosikal ketika di berhenti di persimpangan lampu isyarat.

Menceritakan kejadian, Sharifah Nazatul berkata, ibu dan bapa mentuanya yang masing-masing berusia 60 tahun dan 56 tahun, baru selesai mengeluarkan wang itu di sebuah bank di Jalan Bukit Ubi, di sini.

"Sebaik tiba di persimpangan lampu isyarat di lokasi itu, kereta kami dihampiri sebuah motosikal jenis Yamaha 125Z yang ditunggangi dua lelaki yang berhenti di sebelah kereta kerana lampu isyarat merah.

"Tiba-tiba pembonceng motosikal terbabit melompat turun dan menghentak cermin tingkap di bahagian penumpang hadapan yang diduduki ibu mentua menggunakan batu hingga pecah," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Sharifah Nazatul berkata, lelaki terbabit kemudian menghulurkan tangan dan mencapai tas tangan milik ibu mentua berisi wang tunai berjumlah RM55,000 yang diletakkan di antara kakinya.

"Tas tangan itu akhirnya dilarikan lelaki terbabit apabila talinya putus. Usaha bapa mentua yang keluar daripada kenderaan untuk mengejar dua lelaki itu juga tidak berjaya," katanya.
Sharifah Nazatul berkata, mereka membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), di sini sejurus kejadian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohd Jasmani Yusoff, ketika ditemui, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

"Seorang daripada suspek berusia lingkungan 20-an sudah dikenal pasti selepas mangsa dapat mengecam mukanya biarpun memakai topi keledar ketika kejadian.

"Polis sudah mendapat lakaran wajah suspek dan gerakan memburunya sedang dilakukan. Kes itu disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan," katanya di sini, semalam.

- berita harian

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat