{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Archive for Disember 2011

Berita Harian: MukaDepan

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: MukaDepan


Datuk kes NFC didakwa

Posted: 30 Dec 2011 01:31 PM PST

MukaDepan

Ahli perniagaan, Datuk Shamsubahrin Ismail

Ahli perniagaan, Datuk Shamsubahrin Ismail

Ahli perniagaan dituduh tipu suami Shahrizat RM1.755j

KUALA LUMPUR: Ahli perniagaan, Datuk Shamsubahrin Ismail, dituduh di Mahkamah Sesyen di sini semalam, atas dua tuduhan menipu Pengarah National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC), Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail, membabitkan RM1.755 juta, antara November dan awal Disember lalu.

Bagi tuduhan pertama, Shamsubahrin, 45, yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Syarikat Resources Sdn Bhd, dituduh menipu Dr Mohamad Salleh dengan menjanjikan suatu perkhidmatan rundingan dan nasihat yang tidak benar bagi tujuan memperdayakan mangsa supaya setuju membayar wang berkenaan.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah restoran di Bukit Tunku di sini, jam 6.30 petang, 20 November lalu. Shamsubahrin juga menghadapi tuduhan kedua, menipu dengan memperdayakan dan mendorong Mohamad Salleh yang juga Pengerusi Eksekutif NFC supaya menyerahkan cek berjumlah RM1.755 juta kepadanya di kawasan Solaris, Mont Kiara di sini, antara 25 November dan 6 Disember 2011.

Mohamad Salleh adalah suami Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Bagi setiap tuduhan itu, Shamsubahrin dari Bukit Jelutong, Shah Alam di sini, didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebatan dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Shamsubahrin yang memakai blazer hitam dan jeans biru, mengaku tidak bersalah atas kedua-dua tuduhan itu.
Hakim Ahmad Zamzani Mohd Zain menetapkan 31 Januari ini untuk sebutan kes dan membenarkan Shamsubahrin dijamin RM300,000 dengan seorang penjamin serta mengenakan syarat tambahan supaya pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah.

Shamsubahrin yang diwakili peguam J Rao, tidak membayar jaminan dan dibawa ke Penjara Sungai Buloh. Difahamkan tertuduh akan dituduh lagi di mahkamah dalam tempoh terdekat bagi beberapa kes lain.

Terdahulu, Ketua Unit Pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Abdul Razak Musa menawarkan jaminan RM300,000 dengan syarat tambahan supaya tertuduh menyerahkan pasportnya kepada mahkamah.

Abdul Razak berkata, jumlah jaminan yang ditawarkan adalah munasabah kerana kes membabitkan wang berjumlah RM1.755 juta.

Rao bagaimanapun memohon jumlah jaminan itu dikurangkan kerana segala aset anak guamnya sudah dibekukan sejak 23 Disember lalu.

"Tertuduh sudah berkahwin dan mempunyai empat anak, yang sulung berusia 18 tahun manakala bongsu tiga tahun," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Keputusan guna bahasa Melayu tepat

Posted: 30 Dec 2011 01:24 PM PST

MukaDepan

PETALING JAYA: Sebanyak 89 peratus pelajar Tingkatan Satu yang akan memulakan persekolahan 3 Januari depan memilih bahasa Melayu atau dwibahasa bagi mempelajari mata pelajaran Sains dan Matematik.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata ini menunjukkan keputusan kerajaan untuk melaksanakan dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) bagi menggantikan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) adalah tepat.

Beliau berkata, berdasarkan rekod Kementerian Pelajaran, hanya 11 peratus pelajar memilih belajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. "Angka yang diperoleh membuktikan dengan jelas kenapa kerajaan menetapkan untuk meminda PPSMI kepada MBMMBI," katanya ketika mengadakan lawatan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Tun Dr Ismail, di sini, bagi melihat persiapan pihak sekolah menghadapi sesi persekolahan 2012, bermula minggu depan.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, dasar yang diputuskan itu sesuai dengan tahap keupayaan pelajar yang akan mengikuti proses Pembelajaran dan Pengajaran (P&P) bagi Sains dan Matematik.

Beliau berkata, pekeliling sudah diedarkan supaya Pegawai Pelajaran Daerah diberi tanggungjawab menangani sebarang masalah sepanjang pelaksanaan MBMMBI.

Katanya, Jawatankuasa Khas MBMMBI merumuskan 164,324 pelajar menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya untuk mempelajari Sains dan 161,123 dalam Matematik, berbanding 56,025 pelajar menggunakan bahasa Inggeris untuk belajar Sains dan Matematik pula seramai 56,248 pelajar.
"Selebihnya pelajar yang mempelajari subjek berkenaan menggunakan dwibahasa, seramai 258,622 untuk Sains, manakala 261,600 bagi Matematik," katanya.

Muhyiddin juga berkata, Majlis Bahasa Inggeris akan ditubuhkan tahun depan bagi menentukan penanda aras dan tahap pencapaian BI pelajar dalam sistem persekolahan negara.

Katanya, majlis yang berkelayakan sebagai tempat rujukan dan menentukan tanda aras bahasa itu akan menggunakan pakar dalam dan luar negara serta mengadakan kerjasama dengan Universiti Cambridge.

"Bila kata pelajar itu pandai dalam BI, itu apa maknanya, apa ukurannya, jadi kita sedang memikirkan pembentukan majlis ini untuk menanda aras standard BI yang digunakan di Malaysia.

"Kerajaan tidak mahu syok sendiri untuk menyatakan tahap BI di sekolah mencapai piawaian antarabangsa kerana ada orang kata mutu BI pelajar dan rakyat negara ini masih rendah dan ada yang kata sebaliknya," katanya.

Beliau berkata, pihaknya sedang merangka struktur, format, komposisi organisasi majlis itu termasuk berbincang dengan Kementerian Pengajian Tinggi bagi merealisasikan penubuhannya.

Ditanya sama ada penubuhan majlis itu sebagai langkah kerajaan menetapkan supaya pelajar lulus BI untuk Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Muhyiddin berkata: "Kita akan lihat kemudian."

Muhyiddin juga berkata, mulai tahun depan beberapa sekolah dipilih menyertai projek rintis apabila ibu bapa boleh mengikuti perkembangan pelajaran anak mereka menerusi konsep maya.

Beliau berkata, konsep dijangka diperkenalkan dua tahun lagi antara lain membolehkan ibu bapa berinteraksi dengan pihak sekolah menerusi persidangan video dan mendapatkan nasihat guru bagi meningkatkan prestasi anak mereka.

"Projek rintis yang dikenali sebagai 'Virtual Learning atau Pembelajaran Maya mengambil contoh konsep di negara maju seperti Korea Selatan," katanya.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

Qirraf Dayidzi Ahsiraf Almi

Keputusan MBMMBI adalah wajar..demi untuk memertabatkan BM sepenuhnya di mata dunia.

saya

hanya pandangan,,,,dirasakan kita seperti lalang,,yang ditiup ke kiri dan ke kanan,,,,

pemerhati

Saya sebenarnya memilih penggunaan bahasa inggeris sebagai bahasa untuk subjek sains & matematik sebab buku2 sains & matematik yang bagus adalah dalam bahasa inggeris. Jadi ini dapat memberi asas yang kuat pada pelajar supaya mereka boleh menggunakan konsep asas untuk mencipta sesuatu yang baru. Ini adalah penting untuk pembangunan negara kita pada masa hadapan. Namun begitu apa yang saya perhatikan ramai pula yang jadi tak mahu berbahasa melayu seperti bahasa melayu ni bukan bahasa kebangsaan kita.

Selain itu bantahan juga berlaku daripada beberapa pihak yang mendakwa sebagai pencinta bahasa sehinggakan program ini nampak seperti sangat tidak bagus.

Disebabkan program ini telah ditukar kembali pada bahasa Melayu jadi apa kata mereka yang mendakwa pencinta bahasa ini, pihak dewan bahasa & pustaka serta ahli2 sains & matematik bekersama untuk melakukan alih bahasa daripada buku2 advance bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu. Sepatutnya mereka yang mendakwa sebagai pencinta bahasa ini telah lama melakukan proses "transalating" ini untuk membantu anak bangsa. Seperti mana negara Jepun mereka telah membuat translating buku secara besar-besaran daripada buku2 advance English kepada bahasa mereka. Jadi pada pihak2 ini sila jangan jadi tin kosong, sila sumbangkan usaha anda selain daripada memberi komen.

Roti Planta

Memang keputusan MBMMBI adalah tepat. Namun kerajaan tidak perlu terlalu bertolak ansur dengan golongan yang masih berjuang untuk PPSMI dan dikhuatiri juga selepas ini ada extremis yang menuntut untuk diberi pilihan belajar Sains dan Matematik dalam bahasa ibunda masing-masing. Jika terlalu diberi muka maka kacau-bilau sistem pendidikan negara

Harris

Saya harap jika benar-benar ingin memartabatkan bahasa Melayu bukan terhenti di waktu persekolahan tetapi harus di tingkatkan ke universiti-universiti tempatan supaya kesinambungan pembelajaran dapat diteruskan.


Full content generated by Get Full RSS.

Berita Harian: MukaDepan

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: MukaDepan


Ejen asing kaut habuan 30 peratus

Posted: 28 Dec 2011 11:33 AM PST

KUALA LUMPUR: Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung penipuan perolehan kontrak Iskandar Investment Berhad (IIB) yang mencecah berbilion ringgit membongkar wujudnya pembabitan ejen asing sebagai orang tengah yang 'dilantik' orang dalam syarikat berkenaan.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

odu

hasil duit yg tidak sah, akan dapat balasan juga. nak lari ke mana? walau bertahun tapi akhirnya akan kedapatan juga..padan muka!

Pemerhati

Kesian rakyat yang dipaksa membayar pelbagai cukai bermula dari pendapatan hinggalah perbelanjaan harian yang kini rata2 2-3 kali ganda lebih tinggi berbanding 5-6 tahun lepas, wang mereka yg sepatutnya digunakan untuk membangunkan negara tetapi dijadikan transit mudah bagi pihak atasan dan tertentu menyeleweng dan bersenang-senang dengan duit haram.. Makan hasil haram bila mati ada pula keinginan dan cita2 nak masuk syurga.. siap tunjuk baik bersedekah pula dari sumber tersebut.. astaqfirullah.. manusia munafik makin lama makin ramai kat atas muka dunia ne.. "sesungguhnya di akhir zaman pemimpin dan ulama kebanyakannya adalah dari kalangan org2 munafik" (hadiths sahih)
Jadi tak usahlah bertalkin 44 hari dan malam bila hidup sebagai munafik kerana munafik itu lebih hina kedudukannya di sisi Allah berbanding golongan kafir.. Kedua2nya adalah kekal sebaghai ahli neraka jahanam. Nauzubillah...
Pastikan keluarga anda tidak sesekali memakan hasil orang lain dengan cara yang tidak sah di sisi agama jika anda adalah seorang Islam

hudud

pengkhianat negara. harus dihukum mati

shah

syabas SPRM...x-CEO IIB tiada tindakan ker?

MILSALI

TAUBAT LAH KAMU...

AB.HARIS BIN SAUFI

Ni baru betul,sekarang Pengawai lebih kaya dari orang berniaga.Kuatkan lagi usaha benteras rasuah lebih2 lagi orang yang berkuasa (jerung)

Full content generated by Get Full RSS.

Hijjaz dilanda kontroversi umrah

Posted: 28 Dec 2011 11:24 AM PST

MukaDepan

JOHOR BAHRU: Kumpulan nasyid terkenal, Hijjaz berdepan tuntutan daripada 300 peserta umrah selepas gagal membawa mereka menunaikan ibadat umrah walaupun sudah membayar kepada syarikat milik kumpulan itu, HijjazLegend Travel and Tours.

Dapatkan naskhah Berita Harian hari ini untuk berita lanjut

Kami pernah meminjam daripada bank sebanyak RM2 juta bagi membayar hutang peserta, tetapi tidak dapat berikutan beberapa laporan yang disiarkan dalam akhbar serta dirujuk kepada Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM). - Mohd Faizal Osman, Anggota kumpulan Hijjaz


Full content generated by Get Full RSS.

Berita Harian: MukaDepan

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: MukaDepan


2 pindaan baru SBPA

Posted: 27 Dec 2011 11:40 AM PST

PUTRAJAYA: Kemelut antara Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) berhubung pelaksanaan Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) tahun depan berjaya diselesaikan semalam apabila kedua-dua pihak bersetuju membuat dua pindaan baru.

Omar berkata, pada pertemuan yang ada kalanya 'panas' itu, JPA turut bersetuju mengkaji semula beberapa peruntukan mengikut SBPA yang dianggap berbeza dengan apa yang dirundingkan sebelum ini

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

bob

terima kasih kepada CUEPACS kerana terus berusaha membantu penjawat awam terutama di peringkat pelaksanaan. Semoga usaha begini akan diteruskan

Waniee Syah

Pihak CUEPACS tolong bincangkan dgn JPA berkaitan dengan sistem 'bracket' didalam penetapan gaji yg dilihat tidak adil dengan kakitangan senior.

Ayah ja

semua rezeki masing2 diberikan allah... cuma harap Qpek jengok2lah nasib 41 (selain guru) yang selalu terpinggir dalam perhatian Qpek. Budaya belajar akan terhakis jika PA yang rendah dinaikan gred tanpa melihat peringkat pendidikan.

C come

Apapun kita harus bersyukur.Segala yang baik datang dari Allah yang kurang adalah kelemahan diri sendiri.Yang penting kerja sehabis baik ganjaran tidak semestinya wang ringgit dan pangkat yang penting bahagia dunia dan akhirat

pegawai sistem maklumat (PTM)

Sebagai PTM saya rasa kecewa yang amat sangat pada JPA kerana tidak mempedulikan kami PTM seluruh Malaysia yang mana tiada tahap kenaikan pangkat untuk kami dan satu lagi teknologi Maklumat diletakkan di bawah Khidmat Pengurusan sepatutnya teknologi maklumat di asingkan sebagai sebuah jabatan barulah sahut akan gesaan Perdana Menteri dan KSN ke arah Perkhidmatan Awam yang berteknologi maklumat dan sistem penyampaian kepada orang ramai lebih cepat dan berkesan. Saya sangat berharap agar CUEPACS dapat membawa perkara ini kepada JPA secepat mungkin. TK.

pesara

Bagaimana pesara dapat ke seperti mana orang lain dapat. hargai lah jasa kami

Rakyat biasa

Setuju dgn rakyat berwawasan. Kakitgn kjaan jgn asyik x puas hati dgn gaji aje.. Kualiti perkhidmatan kpd rakyat perlu diutamakan. Jgn kerja sambil lewa, gaji nk tinggi, pangkat nak naik, kerja patut 8 jam tp byk masa ponteng pg minum n buat kerja luar.. Jgn lah asyik merintih minta kjaan bela nasib hangpa aja, rakyat lain susah gak..

Jasni Bin Hassan

kami kakitangan kerajaan dibawahan harap pihak Jpa dapat berlaku adil berkenaan markah nalai perstasi dan juga kenaikan gaji,kami juga tidak bersetuju tentang kenaikan gaji kumpulan atasan yang terlalu besar kenaikannya sedangkan mereka sudah diberikan oleh keraajan banyak kemudahan harap pihak jpa & keraajan dapat memfahaminya,kami bersetuju apa yng dikatakan oleh Persdient Cuepacs

intan shaheera

tahniah kepada semua pihak yang bertungkus lumus perjuangkan nasib kakitangan awam..sy bangga jadi rakyat malaysia..=)

jiran

Setuju;
selain itu apa cadangan CUEPACS kpd JPA terhadap PA kategori PELAKSANA yg memilik diploma dan Ijazah serta berpengalaman dlm kerja tp jawatan masih ditakuk lama? kenapa GURU boleh mendapat kelebihan itu tp PA tidak?..manusia yg buat semua tu juga kan? kalau ada skim khas pun jd lah sekurang-kurangnya tidak sia-sailah membuang masa belajar..

bie_1987

yer...saya setuju...kalau nak naikkan gaji...bg lah semua dapat merasa...ni ada yg naik dan ada yg tak naik...tidak ada keadilan mcm itu...

rkyat mlysia

sy skong CUEPACS..
hidup CUEPACS..

ROZLAN AHMAD

yang penting struktur gaji bukannya exit policy kalau malas kerja buang ajelah.

ED1

Q-pek minta kaji elaun sabah sarawak & KOLA... SELARAS KAN PADA KADAR YG BERPATUTAN MEMANDANGKAN HARGA BARANGAN KEPERLUAN MENINGKAT

warga FT

Cuepacs kena pastikan golongan yang ada sijil/diploma tidak beri taraf gaji SPM. Apa lah salah JPA dapat upgred macam skim J. Kelulusan adalah sama.

warga 1m'sia

setuju dgn rakyat berwawasan.....kita asyik nk gaji tinggi mcm swasta...tp bila kerajaan tuntun komitment lebih skit dr kita....knp harus kita menggelabah????...tepuk dada tanya...apa sumbangan kita pd kerajaan...dan....setimbal xsumbangan kita dgn gaji/upanh yang kita dpt....terus terang...rata2 kakitgn awam terlalu di manjakan tapi bkn semua...ikhlas dari saya yang dulunya kakitgn swasta tapi sekarang Alhamdulillah rezeki di dgn gomen....jurang cara bekerja terlalu jauhhhhhhhhhh...

hamir

sbpa bagus..tapi gaji saya yang tidak masuk dg32 dipintas oleh junior walaupun dah masuk dg44 dan senior lebih lapan tahun bergraduat..bengangbetul.

transGS

Contohi swasta terutama bank yang mana mengamalkan siapa bagus dan berkualiti akan naik pangkat dan gaji tidak kira peringkat apa pun jawatannya,bukti telah pun ada dimana kerani jadi pengurus cawangan bank...

Harun bin Yaakob

Tahniah JPA dan CUEPACS kerana berjaya mencapai kata sepakat dalam isu SBPA, pahit-pahit tapi manis...itulah lumrah alam

maska mat lazin maska

kami pembantu pembedahan pergigian U17 n U22 sudah lama menunggu kenaikan gred yang dijanjikan ke gred U19 n U26 atau u27 n U32 perjawatan kami adalah pengambilan spm dan kursus kecekapan selama dua tahun d kolej latihan pergigian pulau pinang. apasalahnya datuk Qpek tolong perjuangkan kenaikan gred kami ini yang sekian lama menanggung penderitaan untuk makluman datuk gred u17 n u22 sungguh mengecewakan kami sebagai PA. 1Malaysia harap maklum datuk Qpek.wassalam.TQ.

mabh

CUEPACS perlu pastikan bahawa kenaikan gaji SBPA adalah antara 7-13 peratus seperti diumunkan PM dalam belanjawan 2011. terima kasih.

adham isuki mal

saya mohon supaya perenggan 33 dan 34 dikaji kerana terdapatnya kekeliruan mengenai gaji. dalam penggan ini dikatakan peagawi diberi satu pergerakan gaji pada tahun ini tapi bila dapat borang opsyen berlainan dengan apa yang diperkatakan.

mabh

CUEPACS perlu pastikan bahawa kenaikan gaji SBPA adalah antara 7-13 peratus seperti diumunkan PM dalam belanjawan 2011. terima kasih.

Rakyat Berwawasan

Kita semua perlu ingat bahawa sbpa adalah transformasi perkhidmatan awam dan bukan pelarasan gaji. Masalah senior-junior sepatutnya tidak timbul kerana ukuran adalah berdasarkan prestasi (performance-based) dan bukan senioriti (time-based).
Prestasi perkhidmatan awam ("prestasi diutamakan") adalah penting untuk memberikan perkhidmatan yg baik kpd rakyat ("rakyat didahulukan"). Exit policy sangat diperlukan utk membersarakan kakitangan yg selalu ponteng dan melayan rakyat sambil lewa.

shaiful

Salam, terima kasih kepada Q-pek kerana masih berjuang untuk golongan pelaksana. sekurang-kurangnya masih ada yang memahami betapa peranan pegawai pelaksana sangat besar berbanding jumlah saraan yang diberikan. kami golongan pelaksana bukanlah mahu kemudahan, elaun dan bonus yang banyak. cukupla sekadar mampu menangani kemelut hidup dan kerjaya.biarpun upah yang tak seberapa, kami mampu mengawal secukup yang ada. yang terbabas da terlanjur tu adat dunia. SBPA ada pro dan kontranya. kami ni ikut saja, walau bertahun keje sama dengan junior, kami tak kisah, sebab kami hnya kumpulan pelaksana. pegawai gred N17 yang tak kemana-mana.asal itu rezeki kami, alhamdulillah, anak isteri kami bahagia.

Sikanamana

sepanjang 35 tahun saya berkhidmat dgn kerajaan banyak jasa CUEPACS dlm memperjuangkan PA bagi mendapat kejayaan yang lebih baik,gaji bonus, kenaikan pangkat,kadar kerja lebih masa,bonus tahunan, faedah bersara dan lain lagi. Tak terfikir bagaimana kerajaan mampu utk memberikan terbaik bagi PA semua.Memliki Ijazah dan Diploma memamg ramai dimiliki oleh PA.JPA mungkin tak dapat memenuhi semuanya. Sumber SPA ada menyatakan ada 10,000 orang yang telah lulus utk masuk Skim 41 tetapi masih belum dapat ditawarkan kerja.

hasdiyan60

tukang masak yang jawatanya dijumudkan kecewa
kerana sudah 20 tahun menyandang tak dapat menimat gered seperti sekarang ni

mohamad haimey

Tranformasi kerajaan 2020 semestinya akan memberi kesan terhadap pembangunan kerjaya, ini lah yang saya anggap antara cabaran yang akan dilalui untuk menjadi M'sia negara maju, kita harus bertanya kepada kita sendiri, kehidupan yang mana nak kita lalui. Semoga Cuepacs terus maju ke hadapan dalam membela nasib semua.

rosridwan

Sbpa tidak adil kepada yang senior; yang dah capai gaji maksimum 5 tahun dan ke atas sama tangga gaji dengan yang baru maksimum.

Afiz

Tahniah cuepacs menjalankan peranan sbg pembela hak kakitangan awam.Walaupun masih banyak isu-isu lain yg perlu diberi perhatian juga.Jangan jadi pak turut.

Zaidis1

Saya puji Dato Omar untuk menjaga kebajikan Pekerja Awam....namun ada yang mencaci.Sekiranya untuk kebaikan , kita sokong...siapa yang akan dapat nikmatnya.....kita juga.

SBPA 2

Terima kasih CUEPACS. Diharap hasil rundingan betul2 membawa kebaikan kpd warga kerja golongan pelaksana. Golongan Pelaksana lah yang turun padang dan lebih memahami perihal kerja berbanding golongan atasan tapi idea mereka selalunya dipandang rendah oleh golongan atasan.Siapa golongan atasan sekiranya tiada pelaksana? Fikir2kan lah.

ariayie

aku sokong omar osman satu2nya org yg berani memperjuangkan nasib kakitangan bawahan...hidup omar hidup q-pex....hidup staf sokongan

uba

CUEPACS masih byk kerja yg kena buat bukan setakat buat pindaan apa yg telah dibuat..bukan setakat nak tambah umur persaraan tp tak memberi manafaat kpd PA tak guna juga..bukan setakat gaji tp bg motivasi sama supaya PA berdaya saing dan maju dlm kerjaya supaya kerajaan tidak ragu-ragu naikkan gaji..selain itu apa cadangan CUEPACS kpd JPA terhadap PA kategori PELAKSANA yg memilik diploma dan Ijazah serta berpengalaman dlm kerja tp jawatan masih ditakuk lama? kenapa GURU boleh mendapat kelebihan itu tp PA tidak?..manusia yg buat semua tu juga kan? kalau ada skim khas pun jd lah sekurang-kurangnya tidak sia-sailah membuang masa belajar..

Full content generated by Get Full RSS.

Berita Harian: MukaDepan

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: MukaDepan


35,000 putus hubungan

Posted: 26 Dec 2011 10:37 AM PST

[unable to retrieve full-text content]KUCHING: Lebih 35,000 penduduk kawasan sekitar Asajaya dan Sadong Jaya terputus hubungan darat ke Kuching apabila kawasan itu dinaiki air antara 0.5 hingga 1.5 meter sejak petang kelmarin.

Berita Harian: MukaDepan

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: MukaDepan


SPRM siasat Salleh

Posted: 24 Dec 2011 09:07 AM PST

KUALA LUMPUR: Pasukan khas yang ditubuhkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menyiasat kes berkaitan National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) di sini, kelmarin memanggil Pengerusi NFC, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail untuk diambil keterangan.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

ina

kalau ketua pkr buat,semua betul.masa jadi tpm dulu.jln kt kl semua jadi bas je.

PAK ZAM

BN ke, PKR ke, PAS ke, sama aja bangsa Melayu. Melayu nak gadai Malaysia pd DAP...Satu hari, lingkup semua bangsa MELAYU.
Mereka dah tepok tangan dlm hal poitik MELAYU.DAP Umpan duit, umpan segalaxnya.Tangan MELAYU BANYAK DAH MENADAH...NAK DUIT KONON NAK KAYA.BAWALAH DUIT KE KUBUR DAN TANAM BERSAMAX....TERGADAI NYA MALAYSIA

west

saya setuju dengan SPRM,aysik2 ikan bilis ja kena siasat...ikan jerung seharusnya diwajibkan kena sisasat habis-habisan..Tahniah SPRM...PERANGI RASUAH HABIS-HABISAN

man

aku dah tau keputusanya, tidak ada cukup bukti.

janggutsemanggol

Tanda Khiamat.Apabila harta negara berlegar didalam golongan pemerintah sahaja.

Jeo

Betulx2 membazir duit rakyat 1 Malaysia

Kak jat

Betul kata acap..dah sebulan satu demi satu dibongkarkan, barulah SPRM dtg 'melawat' NFC.
Cepat la sikit buat tindakan, nanti rakyat tak percaya lagi kamu.

ahmad sabri

kalau semua orang kerja ikhlas kerana ALLAH SWT perkara2 macam ni x akan berlaku.

MOHD RANI

Dah terdesak baru nak siasat,lambatlah.....

shahnizat

Ada juga kena siasat dan kena dakwa.. Kita Jadi Judge berdasarkan persepsi dan bising-bising PKR..kemudian terus nak hukum BN.. Kalau Anwar punya salah, ada bukti jelas pun kau kata fitnah. Itulah penyokong PR totok.

combat

bak apa nak ambik tindakan, biar je la keluarga pak menteri kaya raya, abiskan je duit rakyat. malaysia bankrup mereka boleh lari luar negara, pedulikan rakyat biasa....

mirak

setuju dengan apa yang Acap kata tu.kalau orang PR cepat dia orang bertindak.granti tak ada kes ini. ho ho ho......

Faqir Miskin

Rakyat semakin peka dan matang dalam setiap sudut, jangan lah senang-senang nak diperkotak-katikkan dengan alasan-alasan yang cetek dan tidak masuk akal. Walaupun kuasa rakyat cuma ada 4 - 5 tahun sekali, tapi impaknya amat ketara pada Putrajaya, lihatlah pengadilan Rakyat Kelantan, Kedah, Selangor, Penang!!! Siapa yang patut dipertanggungjawabkan??? Slogan demi slogan tidak membawa apa-apa maknanya.

Shamelin2u

lain kali jangan cakap lebih sangat depan perwakilan yang macam kena histeria bila ketua kamu naik minyak.

pohon

acap....kalau dah takda duit jagan guna internet...pas tu beli daging beku.....ko tak nak undi BN ko punya fasal lah.....tak payah nak g tau orang....baru semalam aku beli daging baru rm 20 je....yang 4 ringgit tu ko makap lah tu...

acap

Sebulan lebih pkr bising baru sprm nk betindak...by the time nk siasat segala bukti dh kena cover rasa...ptuii!!kalo kata tkdak kes dan 250 juta duit rakyat digunakan dgn telus...mmg aku tkkan undi BN...setakat ni harga daging tempatan rm 24 sekilo...apa sumbangan NFC nk kasi turun harga???kami rakyat berpendapatan rendah!!

jahariadhli

isu ini sedang dinantikan jutaan rakyat malaysia ,semua pihak berwajid perlu fokus supaya tiada pihak yg akan teraniaya atau diperlakukan untuk melindungi kesilapan orang seharusnya dipertanggujawabkan.

indera devi

Pengerusi NFC Ada gelaran" Datuk Seri".Negeri mana Yang memberi gelaran Dan apakah kriteria Yang membolehkan Pengerusi NFC mendapat gelaran it? Talk kenal dia pun dalam mana 2 ruangan business.habok pun tarak!!

moharuddin

jawaplah atas perbuatan kita tu.

OrangBukit

Berani kerana Benar, Takut kerana Salah.

Full content generated by Get Full RSS.

Pelajar negara berisiko disaring

Posted: 24 Dec 2011 09:04 AM PST

[unable to retrieve full-text content]KUALA LUMPUR: Mulai tahun depan, kemasukan rakyat asing, khususnya pelajar antarabangsa akan dikawal menggunakan beberapa indikator atau pembolehubah termasuk negara berisiko tinggi dan rekod jenayah pelajar berkenaan.

Berita Harian: MukaDepan

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: MukaDepan


Bersalah

Posted: 23 Dec 2011 03:14 PM PST

MukaDepan

Dr Khir Toyo dipenjara setahun, dua lot tanah dan sebuah banglo diarah serah kepada kerajaan

SHAH ALAM: Bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo dihukum penjara setahun oleh Mahkamah Tinggi di sini, semalam, selepas didapati bersalah mendapatkan untuk dirinya dan isteri dua lot tanah dan sebuah banglo bernilai RM6.5 juta dengan harga RM3.5 juta, empat tahun lalu.

Hakim Datuk Mohtarudin Baki dalam keputusannya di akhir kes pembelaan, turut mengarahkan dua lot tanah dan rumah Nombor 8 dan 10 di Jalan Suasa, Seksyen 7, di sini dilucut hak dan diserahkan kepada kerajaan. Beliau bagaimanapun membenarkan permohonan peguam bela, M Athimulan untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman dan pelucutan hak harta terhadap Dr Mohamad Khir sehingga rayuan diputuskan mahkamah.

Ketika menjatuhkan hukuman, Mohtarudin berkata, keterangan menunjukkan Dr Mohamad Khir merancang memiliki hartanah itu dari 2004 hingga 2007. Sehubungan itu, hukuman berbentuk pencegahan perlu dikenakan bagi memberikan pesanan jelas kepada orang awam bahawa mahkamah tidak akan bertolak ansur dengan kesalahan itu.

"Denda tidak sesuai dijatuhkan. Penjara terhadap seseorang yang memegang jawatan eksekutif tertinggi perlu diberikan," katanya.

Mohtarudin berkata, mahkamah mengarahkan hartanah itu dilucut hak kerana Seksyen 36(1) Akta Pencegahan Rasuah 1997 memperuntukkan perintah pelucutan apa-apa harta oleh mahkamah dalam kesalahan yang sudah dibuktikan terhadap tertuduh.
Dr Mohamad Khir, 45, didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan, menerima barangan berharga tanpa balasan iaitu mendapatkan bagi dirinya dan isterinya, Zahrah Kechik, 45, dua lot tanah dan sebuah rumah di Nombor 8 dan 10, Jalan Suasa 7/1L, Shah Alam, daripada Ditamas Sdn Bhd melalui pengarah syarikat berkenaan, Shamsuddin Hayroni, 52, dengan harga RM3.5 juta sedangkan hartanah berkenaan dibeli syarikat terbabit dengan harga RM6.5 juta pada 23 Disember 2004.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada 29 Mei 2007, di kediaman rasminya ketika itu, di Jalan permata 7/1, Seksyen 7, Shah Alam, sedangkan dia mengetahui hartanah dibelinya tidak setimpal harga dibayar manakala Shamsuddin pula mempunyai hubungan dengan kerja rasminya.

Terdahulu dalam penghakimannya, Mohtarudin berkata, selepas menimbangkan semua keterangan bukti dan hujah pendakwaan serta pembelaan, mahkamah mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap kes berkenaan.

Mohtarudin berkata, ada tiga perkara dalam kes itu, iaitu tertuduh seorang penjawat awam pada tarikh pertuduhan; tertuduh membeli hartanah yang menjadi hal pertuduhan daripada saksi kedua pendakwaan iaitu Shamsuddin dengan balasan yang diketahui tertuduh tidak mencukupi; dan tertuduh juga mengetahui Shamsuddin mempunyai kepentingan perniagaan dengan tertuduh sebagai penjawat awam.

Beliau berkata, pemilik asal hartanah, Saiful Aznir Shabudin dalam keterangannya memberitahu mahkamah, Datuk Sumadi membawa Dr Mohamad Khir dan isteri selaku 'potential buyer' melawat hartanah itu pada 2004 dan Saiful Aznir juga memaklumkan beliau mahu menjual hartanah berkenaan dengan harga RM7 juta.

Katanya, keterangan menunjukkan dua bulan kemudian, Sumadi membawa Shamsuddin melawat hartanah sama dan selepas perbincangan, mereka bersetuju dengan harga RM6.5 juta.

Mohtarudin berkata, terdapat keterangan bahawa Dr Mohamad Khir menunjukkan minat dengan hartanah itu dan mengarahkan Sumadi membelinya tetapi Sumadi berkata, beliau ada komitmen lain, sehubungan itu tertuduh mengarahkan Shamsuddin membeli hartanah berkenaan.

Beliau berkata, pereka landskap, Nasir Ismail dalam keterangannya pula menyebut mengenai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Sepat, Datuk Dr Karim Mansor yang menyuruhnya ke rumah tertuduh di Nombor 8, Jalan Suasa di Shah Alam dan diperkenalkan dengan tertuduh yang mahukannya mengubah suai hartanah berkenaan mengikut konsep Bali.

Katanya, dalam keterangan itu, pertemuan pada tahun 2006 turut dihadiri Zahrah dan tertuduh dan isterinya yang paling banyak bercakap mengenai rumah berkenaan.

"Saya tidak ada sebab untuk menolak keterangan Nasir walaupun dikatakan tertuduh ada perselisihan faham dengannya yang mana beliau (Nasir) membawa keluar barangan berharga (dari rumah itu) kerana tertuduh enggan membayarnya.

"Saksi itu ditanya dengan panjang lebar (tetapi) hanya satu soalan ditanya mengenai perselisihan faham berhubung bayaran itu," katanya.

Mohtarudin berkata, mahkamah juga mendapati Shamsudin bukan rakan sepenjenayah kerana daripada keterangannya, jelas beliau beranggapan akan mendapat semula wang (dari hasil penjualan hartanah) dan RM1.5 juta iaitu sebahagian kos ubah suai.

Beliau berkata, ada beberapa percanggahan keterangan yang diberikan Shamsudin kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan keterangannya di mahkamah, bagaimanapun peguam bela tidak mengemukakan permohonan mencabar kebolehpercayaan saksi itu.

Sementara itu, dalam rayuan bagi meringankan hukuman, Athimulan memohon mahkamah menggunakan budi bicaranya untuk hanya mengenakan hukuman denda terhadap Dr Mohamad Khir.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Masri Mohd Daud dalam hujahnya berkata, jika tertuduh dikenakan denda dan dia senang hati untuk membayarnya, maka ia tidak mencapai tujuan hukuman berkenaan.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

jiji

mmmm....undang2 apa tu...1 tahun saja.....

ali celik

elok le tu buat pengajaran semua terutamanya ahli-ahli politik yang ada kepentingan sendiri. penjara tak cukup lama tu.. kalau denda dan sebat sekali kan bagus..

zikri

akhirat mukin maseh jauh lagi tapi maseh hidup didunia lagi ALLAH dah beri hukuman sebagai peringatan ingatlah semua penjawat awam jangan berlagak,setiap perbuatan ada penbalasan mukin didunia atau diakhirat perjalanan hidup didunia hanyalah sesingkat 2jam 45minit.

shida

sewajarnya pesalah rasuah hendaklah dilucuthak hartanya mengikut jumlah terimaan nilai rasuah barulah dapat mengurangkan rasuah dari berleluasa

ML.Manivannan

satu keadilan diatas kehakiman yang cukup kebijaksanaan , jadi pemimpin lain harus insaf...Jangan berebut untuk menerima foc..


Full content generated by Get Full RSS.

SPRM serbu pejabat NFC

Posted: 23 Dec 2011 03:04 PM PST

MukaDepan

PEGAWAI SPRM Putrajaya bersama pegawai operasinya, Wan Abdul Rahman Wan Mohd Salleh (kanan) keluar membawa dokumen dan komputer selepas menyiasat di pejabat National Feedlot Coperation (NFC) di Solaris, Mont Kiara. - Foto Sairien Nafis

PEGAWAI SPRM Putrajaya bersama pegawai operasinya, Wan Abdul Rahman Wan Mohd Salleh (kanan) keluar membawa dokumen dan komputer selepas menyiasat di pejabat National Feedlot Coperation (NFC) di Solaris, Mont Kiara. - Foto Sairien Nafis

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerbu pejabat National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) semalam, dipercayai bagi membantu siasatan kes berkaitan syarikat terbabit.

Dalam serbuan kira-kira jam 3 petang itu, Bahagian Operasi dan Siasatan SPRM diketuai Pegawai Operasi SPRM Putrajaya, Wan Abdul Rahman Wan Mohd Salleh merampas seunit pemprosesan data (CPU) dan empat sampul surat besar berwarna putih dipercayai berisi dokumen dari pejabat di tingkat 3A, Solaris Mont Kiara dekat sini.

Serbuan itu bermula dengan kehadiran seorang pegawai SPRM dari Putrajaya kira-kira jam 2.50 petang, sebelum disertai tujuh lagi anggotanya yang tiba di pejabat berkenaan kira-kira jam 3.05 petang. Sebelum itu, Pengerusi NFC, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail yang berada di Restoran Meatworks yang terletak di tingkat bawah berdepan pejabat NFC dilihat menaiki sebuah kereta Nissan Murano putih selepas melihat kehadiran wartawan serta jurukamera yang mula berkumpul di bahagian bawah pejabatnya kira-kira jam 2.20 petang.

Wan Abdul Rahman ketika ditemui pemberita memberitahu pihak NFC memberi kerjasama penuh kepada pegawai-pegawai SPRM yang menjalankan tugas tetapi enggan mengulas lanjut.

"Kami hanya berjumpa pekerja NFC yang agak ramai di dalam pejabat NFC dan mereka memberi kerjasama penuh kepada lapan pegawai yang hadir hari ini (semalam)," katanya.

Pengarah Siasatan SPRM Datuk Mustafar Ali, ketika dihubungi mengesahkan kehadiran pegawainya di pejabat NFC semalam bagi mencari bahan bukti berkaitan dan membantu siasatan kes NFC.
"SPRM pergi ke pejabat NFC itu untuk mengambil dokumen yang berkaitan dengan kes itu bagi membantu siasatan kes yang sedang berjalan. Kami juga akan mengambil keterangan daripada pekerja dan individu yang berkaitan pada masa terdekat," katanya.

Kelmarin, SPRM menubuhkan satu pasukan khas diketuai Mustafar, bagi memberi tumpuan khusus dalam siasatan keseluruhan kes berkaitan NFC.

Isu NFC yang mengaitkan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berikutan syarikat berkenaan yang dimiliki keluarganya, tercetus berikutan Laporan Ketua Audit Negara 2010 pada Oktober lalu.

Projek penternakan lembu bernilai RM250 juta dibiayai dana awam di Gemas itu terus mencetuskan kontroversi terutama yang dibangkitkan pembangkang.

NFC dalam satu kenyataan semalam menyangkal dakwaan bahawa SPRM menyerbu pejabat mereka, sebaliknya menjelaskan ia sebahagian daripada siasatan yang dijalankan suruhanjaya itu.

Ia menyatakan pihak pengurusan dan seluruh kakitangan NFC menyambut baik kedatangan SPRM bagi menjalankan siasatan serta memberi sepenuh kerjasama bagi memastikan ia berjalan lancar.

NFC kesal dengan tindakan segelintir media melaporkan syarikat itu diserbu SPRM dan pihaknya tidak akan mengeluarkan sebarang komen berhubung isu itu memandangkan siasatan sedang dijalankan.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

Yangretibase

"Hidup dan mati seorang Islam hanya kerana Allah semata-mata".

Abdullah Muhamad

Semoga SPRM dapat menyelesaikan isu yang menjadi barah dalam proses transfomasi negara menuju negara cemerlang.


Full content generated by Get Full RSS.

Berita Harian: MukaDepan

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: MukaDepan


Pasukan khas SPRM siasat NFC

Posted: 22 Dec 2011 02:33 PM PST

MukaDepan

Polis tahan ahli perniagaan cuba sogok pegawai Bukit Aman kendali kes

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menubuhkan satu pasukan khas diketuai Pengarah Siasatannya, Datuk Mustafar Ali, bagi memberi tumpuan khusus dalam siasatan keseluruhan kes berkaitan National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC).

SPRM dalam satu kenyataan semalam, berkata pengumpulan bukti dan keterangan dimulakan sejak isu terbabit dilaporkan dalam Laporan Audit Negara 2010 Oktober lalu. Suruhanjaya itu turut mengesahkan sudah menerima aduan terbaru berhubung kes berkenaan dan sebahagian besar daripada isu yang dibangkitkan dalam aduan terbabit sudah diambil tindakan sewajarnya.

"Pihak kami memandang serius semua aduan rasuah yang dibuat dan mengambil tindakan tegas tanpa rasa takut atau memihak kepada sesiapa.

"Semua pihak diminta memberi kerjasama sepenuhnya dan tidak mempolitikkan isu itu sehingga menimbulkan pelbagai spekulasi yang boleh menjejaskan tindakan SPRM," katanya.

SPRM juga menegaskan pihaknya tidak boleh mendedahkan butiran siasatan yang sedang dijalankan selaras peruntukan mengikut Seksyen 29 (4) Akta SPRM 2009.
Isu NFC yang mengaitkan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berikutan syarikat berkenaan yang dimiliki keluarganya, tercetus berikutan Laporan Ketua Audit Negara 2010 pada Oktober lalu.

Projek penternakan lembu bernilai RM250 juta dibiayai dana awam di Gemas itu terus mencetuskan kontroversi terutama yang dibangkitkan pembangkang.

Sementara itu, di KUALA LUMPUR, seorang ahli perniagaan bergelar Datuk ditahan reman selama dua hari mulai semalam selepas didapati cuba menyogok empat pegawai penyiasat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, yang menjalankan siasatan berkaitan kes NFC dan kes penipuan lain.

Suspek berusia 45 tahun itu dilaporkan melakukan kesalahan berkenaan kelmarin di Ibu Pejabat JSJK di Bukit Perdana di sini, ketika diminta memberikan keterangan berhubung siasatan yang dijalankan termasuk kes penipuan terbaru yang dilaporkan di Cheras, tiga minggu lalu.

Lelaki yang menjalankan perniagaan agensi pekerja asing dan mempunyai syarikat pengangkutan itu turut disiasat atas kesalahan melakukan penipuan di Bercham, Ipoh dan dikehendaki oleh JSJK Perak bagi membantu siasatan.

Pengarah JSJK Datuk Syed Ismail Syed Azizan pada sidang medianya petang semalam berkata, suspek berkenaan sudah diserahkan kepada pegawai penyiasat SPRM untuk siasatan lanjut.

"Saya tidak boleh komen banyak berhubung kes ini, bagaimanapun apa yang dapat saya nyatakan pihak kami sudah memanggil 27 individu termasuk suami dan anak Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Jalil berhubung siasatan kes NFC dan akan memanggil beberapa lagi saksi lain, namun sehingga kini belum ada sebarang tangkapan dilakukan berhubung kes berkenaan," katanya.

Sehingga kini, JSJK sudah merakam percakapan beberapa pegawai dan kakitangan Kementerian Kewangan, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani serta individu yang terbabit dalam memberikan perkhidmatan kepada NFC.

"Kami terpaksa mengambil masa agak lama menyiasat kes NFC berikutan dokumen dan maklumat yang terlalu banyak untuk dilihat dan dikaji dan sehingga kini siasatan lanjut masih dijalankan beberapa pegawai yang kita tugaskan khusus menyiasat kes itu," katanya.

Syed Ismail juga berkata, suspek disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan atas melakukan penipuan dan Seksyen 409 atas kesalahan melakukan pecah amanah selain disiasat oleh SPRM berhubung cubaan memberi sogokan.

Terdahulu suspek yang ditahan kelmarin, dilihat tiba di Lokap Tahanan Polis Kuala Lumpur Bukit Jalil, kira-kira jam 11 pagi semalam bagi mendapatkan perintah tahanan reman berhubung siasatan yang dijalankan ke atasnya.

Suspek dilihat keluar dari lokap kira-kira sejam setengah kemudian dan terus dibawa kembali ke Bukit Perdana selepas Majistret Tengku Eliana Tuan Kamarulzaman memberikan kebenaran reman selama dua hari.

Mustafar yang dihubungi mengesahkan penahanan suspek yang didakwa cuba merasuah pegawai JSJK.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

kamal

semoga cerita-cerita seperti ini menjadi iktibar kepada kita. takutlah kepada bala ALLAH SWT.

jamal

bertindak dengan penuh keadilan..semuanya demi agama,bangsa dan tanah air..yang bersalah harus dipenjara sebagai pengajaran gar ianya tidak berulang.

Yangretibase

Siasatlah setelus-telus dan seadil-adilnya kerana Allah semata-mata.

Jalankanlah tugas yang diberikan yang diamanahkan sebaiknya, kerana ia akan ditanya DISANA......

abd.sani b lahadi

syabas! SPRM kerana membuat siasatan. mereka ini adalah manusia yang tidak bermoral, jual beli lembu pun nak pakai rasuah.

azmel

semoga yang bersalah akan didakwa supaya dapat meyakinkan rakyat kepada kerajaan. sekiranya golongan seperti ini masih dipertahankan, mereka akan menjadi punca kepada kejatuhan sesebuah kerajaan.


Full content generated by Get Full RSS.

Berita Harian: MukaDepan

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: MukaDepan


69 syor kukuh kewangan

Posted: 21 Dec 2011 01:57 PM PST

MukaDepan

DATUK Seri Najib Razak bersama Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz melancarkan matawang Malaysia terbaru di Kuala Lumpur, semalam. - Foto  Aizuddin Saad

DATUK Seri Najib Razak bersama Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz melancarkan matawang Malaysia terbaru di Kuala Lumpur, semalam. - Foto Aizuddin Saad

Pelan Sektor Kewangan 2011-2020 pastikan negara kekal berdaya saing, dinamik, inklusif

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak semalam melancarkan Pelan Sektor Kewangan 2011-2020 mengandungi 69 cadangan yang akan memastikan sektor kewangan negara kekal berdaya saing, dinamik, inklusif dan bersepadu. Pelan 10 tahun akan datang itu juga akan berupaya menawarkan perkhidmatan kewangan bermutu serta bertaraf dunia.

Perdana Menteri berkata, pelan itu adalah lanjutan kepada Pelan Induk Sektor Kewangan (PISK) diperkenalkan pada 2001 yang berjaya mengukuhkan sektor kewangan negara dan meletakkannya pada landasan kukuh untuk memanfaatkan peluang dalam persekitaran global yang berdaya saing serta bersepadu. Di bawah pelan baru itu, sektor kewangan di Malaysia diunjurkan berkembang 11 peratus setahun antara 2011 hingga 2020 serta menambah 56,000 lagi peluang kerja baru kepada 144,000 tenaga kerja sedia ada.

Pada masa sama, sektor kewangan tempatan disasar menyumbang antara 10 hingga 12 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang 2020, berbanding hanya 8.6 peratus kini.

Sementara itu, separuh daripada pembiayaan keseluruhan pada 2020 akan dijana menerusi pasaran kewangan, manakala sektor kewangan Islam akan terus kukuh apabila disasar berkembang lebih pantas bagi mewakili 40 peratus daripada jumlah pembiayaan keseluruhan berbanding hanya 29 peratus tahun lalu.

Pelan yang bertema 'Mengukuhkan Masa Depan Kita' itu mengandungi 69 cadangan yang ditumpukan bagi mencapai sasaran dalam sembilan bidang utama.

Bidang utama itu ialah membangunkan perantara berkesan untuk membentuk ekonomi berpendapatan tinggi serta mempunyai nilai tambah yang tinggi dan membangunkan pasaran yang dinamik serta mantap.

Bidang lain termasuk:

  • Perkongsian kemakmuran lebih meluas melalui rangkuman kewangan
  • Mengukuhkan integrasi kewangan serantau dan antarabangsa
  • Mengantarabangsakan kewangan Islam
  • Memelihara kestabilan sistem kewangan
  • Pembayaran secara elektronik untuk meningkatkan kecekapan ekonomi
  • Memperkasakan pengguna dan;
  • Pembangunan tenaga mahir untuk menyokong sektor kewangan lebih dinamik

Perdana Menteri berkata, pelan baru itu akan mampu memacu sektor kewangan Malaysia ke arah status negara maju.

Najib berkata, pendekatan yang digunakan di bawah pelan itu menggabungkan sistem kewangan serantau dan antarabangsa, sekali gus mewujudkan sektor kewangan lebih dinamik untuk masa depan.

"Ia juga merapatkan jurang ekonomi Malaysia dan negara lain di dunia dan kita perlu meneroka peluang baru dalam pasaran antarabangsa dengan menempatkan Malaysia di barisan depan, khususnya dalam sektor kewangan Islam.

"Saya yakin pelan sektor kewangan itu akan mencapai semua perkara itu dan saya juga gembira melihatnya kerana ia dihasilkan secara kukuh dari segi kewangan, integriti di samping menyediakan kepentingan terbaik untuk negara," katanya berucap pada majlis pelancaran Pelan Sektor Kewangan dan Mata Wang Malaysia Siri Baru di sini, semalam.

Najib berkata, seperti Model Baru Ekonomi (MEB) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP), pelan itu juga memberi penekanan terhadap pertumbuhan yang seimbang selain menyokong usaha kerajaan ke arah ekonomi berpendapatan tinggi.

Katanya, Malaysia juga perlu terus mengukuhkan institusi kewangan domestik bagi memenuhi keperluan pembiayaan perdagangan yang pelbagai, pelaburan langsung, pembiayaan infrastruktur dan pelbagai aktiviti ekonomi dengan risiko mudah tunai yang berbeza dan keutamaan kematangan.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

M Ridzman

Cantik duit baru yg dilancarkan semalam. Harap2 musim perayaan nanti tak habis cepat.


Full content generated by Get Full RSS.

Berita Harian: MukaDepan

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: MukaDepan


Pakatan punca PAS berubah

Posted: 20 Dec 2011 02:18 PM PST

MukaDepan

DATUK Dr Hassan Ali ketika mengadakan sidang media di rumahnya, di sini, semalam.

DATUK Dr Hassan Ali ketika mengadakan sidang media di rumahnya, di sini, semalam.

Hassan Ali dedah sokongan merosot akibat parti singkir perjuangan negara Islam

KUALA LUMPUR: EXCO Kerajaan Selangor, Datuk Dr Hassan Ali mendedahkan, pakatan PAS dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP antara punca perubahan prinsip perjuangan PAS yang tidak lagi menegakkan negara Islam hingga menyebabkan kemerosotan sokongan ahli.

Beliau berkata, penyokong mula mempersoal dan mahu menarik diri daripada menyokong PAS berikutan perubahan dasar daripada negara Islam kepada kerajaan perpaduan yang kemudian diganti negara berkebajikan. "Saya minta PAS kembali ke perjuangan asal, ini bukan saya saja yang minta, orang lain pun minta... cuba kita buat undian, tetapi undian terbaik adalah Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti," katanya.

Hassan menyifatkan pemimpin tertinggi DAP, terutama pengerusinya, Karpal Singh sebagai 'stumbling block' (penghalang) untuk PAS mempertahankan prinsip perjuangan.

"Pengerusi DAP kata langkah mayat dia dulu, ini jelas menandakan pintu rundingan mengenainya tertutup dan terkunci buat selama-lamanya selagi dia hidup," katanya.

Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor itu tidak yakin parti itu mampu mengekalkan dasar perjuangan asal jika pembangkang berjaya menawan Putrajaya disebabkan kegagalannya mempertahankan prinsip itu ketika ini.

Beliau mengadakan sidang media di rumahnya, di sini, semalam, sebagai reaksi kepada kenyataan Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dan Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali baru-baru ini selain menggesa pucuk pimpinan mengambil tindakan disiplin terhadap Ketua Penerangan PAS Selangor, Saari Sungip yang didakwa menyemai bibit perpecahan di kalangan ahli dan penyokong parti.

Pengerusi Jawatankuasa Hal-Ehwal Agama Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor itu turut mempersoalkan konsep negara berkebajikan yang diperincikan Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menerusi 10 agenda baru-baru ini yang katanya tidak wajar dilaksanakan PAS.

Katanya, matlamat memartabatkan Islam, bangsa Melayu dan institusi Raja-Raja Melayu perlu dimasukkan kembali dalam konteks perjuangan parti.

Sementara itu, Hassan menyerahkan kepada pucuk pimpinan sama ada wajar Mahfuz dan Mustafa dihadapkan ke Jawatankuasa Disiplin kerana kenyataan negatif dan berniat jahat, berbeza dengan kenyataan beberapa pemimpin tinggi parti termasuk Mursyidul Am, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Abdul Hadi.

Dalam kenyataan tiga muka surat, beliau menyifatkan Mustafa sebagai pemimpin yang bongkak dan sombong kerana menggunakan jawatan untuk membidas beliau hingga sanggup memfitnahnya.

Beliau turut menempelak Mahfuz yang disifatkan bankrap pemikiran dan tidak mengikuti perkembangan semasa kerana mengalu-alukannya untuk keluar parti dan menyertai UMNO.

Ditanya mengenai dakwaan Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Rani Osman pada sidang media semalam bahawa tindakan beliau memberi kenyataan kepada media merosakkan imej parti itu, Hassan mempersoalkan kenyataan itu dengan membandingkan tindakan Saari yang membuat pengumuman pra-matang mengenai pencalonannya.

"Mana yang merosakkan imej parti, tindakan Saari atau tindakan saya? Bahkan apa yang timbul sekarang adalah hasil daripada tindakannya dan sehingga hari ini, saya tidak nampak sebarang tindakan PAS Pusat... Saari menikus jatuh di labu mana pun saya tidak tahu.

"Jadi pada saya, Rani kena tengok sekeliling, kena bijak dan 'multi linear'," katanya yang turut menegaskan tiada masalah untuk berbincang dengan PAS Selangor.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

mohd zamri zamri

drpd naib psresiden sampai ke presiden PAS datuk lebih konsisten dalam perjuangan islam, yg lain hanya menjadi penghujah kpd rakan pakatan shj...

ct sakinah

Inilah keberanian...demi matlamat memartabatkan Islam, Bangsa Melayu dan institusi Raja-Raja Melayu..... bangsa asing memang tunggu nak berkuasa untuk memusnahkan segalanya itu.. dengan mempergunakan orang melayu....

brosan

alhamdulillah terbuka juga hati dato' hassan ali menerangkan yg puak2 pas nih dah terlebih lajak dan terlebih sudu dari kuah, pejuangkanlah islam cara nabi muhammad.

MSNZAM

saya bersetuju dan sependapat dgn Datuk. Saya sokong dan berdiri tgh di belakang datuk...

Anak jati Johor

Syabas Dato' Dr Hassan Ali. Saya sangat sokong tindakan berani Dato'. Agama Islam, Bangsa dan Raja sangat penting kerana ini menjamin memmayungi bangsa-bangsa lain di Malaaysia. Sedarlah mereka yang telah lupa daratan untuk kepentingan diri sendiri. Saya percaya akhirnay mereka akan makan diri mereka sendiri. Saya doakan Dato' terus berjuang atas prinsip yang ada.

Anak jati Johor

Syabas Dato' Dr Hassan Ali. Saya sangat sokong tindakan berani Dato'. Agama Islam, Bangsa dan Raja sangat penting kerana ini menjamin memmayungi bangsa-bangsa lain di Malaaysia. Sedarlah mereka yang telah lupa daratan untuk kepentingan diri sendiri. Saya percaya akhirnay mereka akan makan diri mereka sendiri. Saya doakan Dato' terus berjuang atas prinsip yang ada. Hairan saya bagaimana PAS bersikap demikian. Semoga Allah beri petunjuk kepada mereka ke jalan yang betul.

zack

Dalam Islam kalau kita tak boleh buat semua tuntutan Islam tak perlulah kita tinggal semua, so kalau skrg pas tak perjuang negara Islam tetapi berusaha untuk melaksanakan sesuatu yang membawa rahmat kepada seluruh malaysia. Kenapa perlu berpisah......jika kita ikhlas berjuang demi agama.....so ada jawatan ke tak de jawatan asalkan awak muslim buatlah kerja yang Islam suruh......Jangan semasa kita jadi ketua suruh orang lain taat dengan ketua selagi ketua tak langgar hukum Allah, so bila kita dah tak berkuasa dan orang lain berkuasa maka kita ikut sahajalah. Mmg senang cakap tetapi susah nak buat jika batang hidung kita sendiri yang kena. Buat apa yang kita boleh buat, Allah akan buat apa yang kita tak boleh buat. Sebab tulah ada rukun Iman yang ke-6: Percaya Khodo dan Khadar. Dan itulah khado dan khadar yang Allah letakkan kepada pejuang........Terima dan bersyukur Insya' Allah akan beri yang lebih baik....Wassalam. Pengikut Setia Parti bukan pemimpin.

suda

politik memporak-perandakan umat.. aiyuhai muslimun.. ayuh bangkitkan institusi masjid... lahirkan generasi yg bertakwa.. bukan generasi yg berpolitik.. ingat matimu..

Abdul Hamid Maon

Syabas YB Dr Hassan. PAS keluar lah dari PR.

mikail

kp 'anak' anda lebey mengutamakan parti politik dr kepentingan islam..anda sggup menganggap perjuangan hassan ali sbg satu kesilpan kerana bercanggah pndngn dr nik aziz..nik aziz pn hamba Allah..dia pn mgkin melakukn kesilpn dlm berpolitik...mgkin dia xsanggup kehilangn kuasa klu mahu menegakkn islam tp alhamdulillah kte maseh ada pemimpin sprt hassan ali yg gigih memperjuangkn islam..

syabas Dato! ini lah yg dikatakan berjuang utk agama bangsa dan negara, jgn jadi pak turut, kesucian islam perlu dipelihara Dato!saya percaya Dato bukan org yg mudah kecewa dan gila kuasa sebaliknya adalah mereka. sokong ketegasan Dato

jade

Sebenarnya ramai yg kecewa dalam PAS terutama golongan agama..cuma mereka masih menganggap PAS tetap relevan berbanding dengan UMNO kerana UMNO sah-sah sekular. Kekecewaan ini selepas pemilihan PAS baru2 ini bila mana golongan bukan agama diangkat menjadi pemimpin tertinggi sedangkan masih ramai Ulama yg muktabar dalam PAS. Byk golongan agama yg tawar hati dengan perjuangan PAS sekarang mereka cuma sekadar menyokong dalam bentuk undi kerana mereka masih tak percaya pada UMNO.

m.zaiha

krisis dalaman yg agak serius di saat pru makin dekat. perlu ditangani secara bijak. pas tidak mampu lagi utk berpecah.

Pak_Jul

keluar saja lah Datuk jangan buang masa dlm PAS, saya dari bujang sampai tua ni dah puas, PAS tak pernah berjaya pun, yg berjaya pecah belah dan membuang masa org Melayu Islam. mungkin sebab Parti tak diberkati Allah

orang lama

memang PAS sudah mula banyak perubahan setelah bersama Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh Anwar Ibrahim. Ketika di dalam BA yang dipimpin oleh Al Marhum Ust Fadhil Nor....PAS tetap berada di landasan yang asal walau apa strategi/pendekatan yang telah diambil.
kembalilah kepada agenda perjuangan asal PAS....walau tidak disenangi oleh DAP atau PKR Anwar, sebelum ahli2 di bawah ini mula memberontak atau mula keluar meninggalkan parti.....atau mula meminggirkan diri daripada aktif menggerakkan parti

ayah long pakcik

setuju dengan Azra,
"Musibah yang datang menimpa, banyak disebabkan oleh ucapan."(HR.Ibnu Abi Syaibah)

abg b

lebih baik bincang secara dlmn dlu.maklumlah byk pihak yg melaga2 kn dn hasan ali kena ikutlah ape kehendak parti bukan ikut penilaian sdiri.

Khairul

Tahniah Datuk, teruskan usaha anda. Marilah kita memperbetul kan ape yang tidak betul. PAS skrg sudah tidak mcm dulu. Kita memerlukan orang mcm Datuk Hassan tuk menegur Ahli2 yang lain. Insyaallah.

Khairuddin A.Rahim

dato perlu turun padang.jumpa ahli bawahan.apa mereka kata.dato tak boleh cakap dari dalam bilik hawa dingin.dato duduk di bilik itu di atas pengorbanan ahli.

Salahuddin Ayubi

Hadis Nabi ada terangkan akhir zaman nanti akan ada orang yang menjual agama untuk kepentingan duniawi.

pasrah

Setuju dgn Hasan Ali, saya sendiri dah tarik diri dari mengundi PAS, dan juga parti-parti lain. Lebih tenang tanpa politik. Kecewa dalam parti Islam pun - berebut2 pangkat, ulama di pandang rendah... tunggu je bila jatuh balik PAS... mungkin baru bole bersatu balik

azizi

PAS banyak tersasar dari perjuangan asal....terlalu hendak menjaga hati rakan-rakan parti lain, mungkin?..terlalu berlembut dalam konflik yang melibatkan agama lain...kenapa?..

amranomar

Dato'adalah pemimpin masa depan.kalau dpt tawan ng wajar jadiMB.kalau dpt tawan PJ wajar jadi PM.

anak

Seorang pejuang yang mudah kecewa dan buat keputusan utk kepentingan diri.Pas berjuang atas dasar jamaah dan pakatan.Jika parti dah arah buat macam tu ikut sajala...jika tak setuju guna saluran betul...Ini dah masuk perangkap guna TV1,3 utusan malaysia utk hentam dasar parti utk menunjuk aku ni bijak dan pejuang sebenar.Kamu baru dlm politik .Banyak lagi kena belajar.Belajarlah dgn TGNik Aziz yg lebih tinggi Ilmunya.Insaflah...balikla kepangkal jaln belum terlambat

jadilah orang islam yang menegakkan islam, bukan islam yang memecah belahkan umat islam.

Ba Dar

makin ramai pmimpin yg tegas ngan prinsip islam disingkirkan..apa salah Hassan Ali? cegah murtad, cegah arak tak islam ke? lps ni ustaz nasarudin pulak yg menyusul. siap sedialah

hairi34

Allhamdulillah... terbuka juga hatinya

salampb

Allah Maha Besar....Inilah ciri-ciri pejuang islam yang selari dengan tuntutan ajaran suci itu. Beliau sanggup meninggalkan kepentingan dunia semata-mata untuk meletakkan perjuangan dan kedudukan islam diperingkat yang paling tinggi. Alhamdulillah...Dato' Dr. Hassan tau tak....ramai yang menitiskan air mata kesyukuran dengan perkembangan ini....Saya mohon keikhlasan dato' dr hassan supaya berusahalah sepenuh hati dengan penuh kesabaran DENGAN MENYATUKAN SEMUA UMAT ISLAM (TAK KIRA APA BANGSA DAN PAHAM POLITIK) DI DALAM NEGARA INI...YAKINLAH ALLAH AKAN BERSAMA-SAMA ORANG YANG MENGANJURKAN KE ARAH KEBAIKAN..BERPEGANGLAH DENGAN TALI ALLAH DAN JANGAN KAMU BERPECAH BELAH....AMINNN.

Ismail Sani

Biasalah yang kita nampak dan dengar masalah semua dari org atas-atas yg dibawah ni...tak tahu apa pun...main ikut je lagi pulak tu orang lain buat semua tak islam...yang ikut islam aku aje...itulah perangai orang-orang yang disanjung sekarang.

mohar syeikh

kita sokong penuh kenyataan tok hassan ali. kita dah matang dalam politik.

Harimau Jadian

Saya Mengundi Datuk di Parit Buntar dulu. Saya tak pernah menyesal. Undi saya untuk Islam, bukan parti.

mat rahim

syabas datuk hassan ali ini lah perjuangan sebenar..sokong sokong

k.united

Alhamdulillah... Tuhan telah bukakan hati kepada ahli-ahli PAS untuk berubah dan kembali kepada perjuangan terdahulu untuk memperjuangkan agama Islam dan orang melayu serta institusi raja-raja melayu.. Syabas Datuk Hassan Ali.. Hidup orang melayu..

Otai

Wahai semua penyokong PAS bukalah minda anda semua. Ambil lah konflik sekarang sebagai satu iktibar. Janganlah kerana gila kuasa agama, bangsa dan negara di gadaikan.

SHAWALUDDIN SAIDON

syukur kepada allah.....kebenaran terbukti jua....pihak mana yang benar dan pihak mana yang gila kuasa.....hingga sanggup melupuskan pejuang islam yang sejati..

Famie Shafie

Sebenarnya dah ramai ahli-ahli PAS dan barisan pemimpin mereka menarik diri dalam senyap.

kandar selamat

Syabas Datuk Hassan Ali. Kalau Datuk bertanding sebagai calon bebas sekali pun saya tetap mengundi Datuk. Kami mengalu-alukan Datuk bertanding di kemPAS, johor bahru.

azra

"Musibah yang datang menimpa, banyak disebabkan oleh ucapan."(HR.Ibnu Abi Syaibah)


Full content generated by Get Full RSS.

Enam pelancong Brunei maut bas terbalik

Posted: 20 Dec 2011 02:14 PM PST

MukaDepan

ANGGOTA Bomba dan Penyelamat serta orang ramai membantu mangsa yang cedera apabila sebuah bas pelancong dari Brunei hilang kawalan lalu terbalik sebelum merempuh pokok di Kilometer 8.9 Jalan Ranau-Tamparuli, berhampiran Kampung Kaporingan, Tamparuli, semalam.

ANGGOTA Bomba dan Penyelamat serta orang ramai membantu mangsa yang cedera apabila sebuah bas pelancong dari Brunei hilang kawalan lalu terbalik sebelum merempuh pokok di Kilometer 8.9 Jalan Ranau-Tamparuli, berhampiran Kampung Kaporingan, Tamparuli, semalam.

TUARAN: Enam terbunuh manakala 20 penumpang parah apabila bas sewa khas dari Brunei yang dinaiki terbalik sebelum merempuh pokok di Kilometer 8.9 Jalan Ranau-Tamparuli, berhampiran Kampung Kaporingan dekat sini, petang semalam.

Bas yang membawa rombongan 31 pelancong kumpulan muslimah Kampong Mulaut itu dalam perjalanan dari Semporna ke Kota Kinabalu sebelum dijadual pulang ke Brunei, Jumaat ini.

Dalam kejadian jam 3.05 petang itu, mangsa yang meninggal dikenal pasti sebagai Abd Manan Ishak, 50; Pengiran Zahamah Pengiran Zainal, 61; Dayang Norhayati Abd Hadi, 61; Faridah, 60; dan Sapawi, 60. Identiti seorang lagi mangsa wanita yang maut belum dapat dipastikan setakat jam 9 malam tadi.

Dua mangsa meninggal di tempat kejadian, seorang dalam perjalanan ke Hospital Tuaran manakala tiga lagi di hospital.

Mereka yang cedera parah termasuk pemandu bas dihantar ke Hospital Queen Elizabeth (QEH) dan Hospital Tuaran untuk rawatan lanjut.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Tan Kok Liang, berkata siasatan awal mendapati kemalangan berpunca daripada masalah brek yang menyebabkan pemandu gagal mengawal kenderaan.
"Setakat jam 9 malam ini (tadi), kita mengesahkan enam penumpang terbunuh, 18 cedera parah dan sembilan yang lain cedera ringan berikutan kemalangan itu.

"Rombongan 31 pelancong yang turut disertai beberapa kanak-kanak itu merangkumi sembilan lelaki dan 22 wanita serta dua pemandu, semuanya warga Brunei," katanya kepada pemberita selepas melawat mangsa di QEH di sini, malam tadi.

Hadir sama Konsul Jeneral Brunei di Sabah, Daud Tahir.

Tan berkata, Polis Sabah akan membantu urusan penghantaran pulang jenazah ke Brunei selepas selesai bedah siasat.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Tuaran, Deputi Superintendan Zaharudin Rasip, ketika mengesahkan kejadian berkata, pemandu bas dipercayai gagal mengawal kenderaan ketika menuruni bukit, menyebabkan ia jatuh mengiring lalu terseret sejauh kira-kira 30 meter sebelum merempuh pokok.

"Rempuhan kuat menyebabkan sebahagian bumbung bas itu tercabut," katanya ketika dihubungi Berita Harian, semalam.

Tinjauan Berita Harian di lokasi antara lain menyaksikan penumpang bergelimpangan terbaring sambil meraung kesakitan di atas jalan dan dibantu orang ramai yang melalui jalan berkenaan.

Selain anggota polis, seramai 20 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Tuaran, Lintas serta Kota Kinabalu menjalankan operasi mengeluarkan mangsa yang tersepit, di samping memberi bantuan kecemasan.

Artikel lain:

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

Yed

Takziah kepada keluarga yang terlibat, banyak bersabar semoga roh mereka yang telah kembali ke rahmatullah dicucuri rahmat dan terima kasih kepada warga Sabah yang membantu terutama PDRM, Bomba dan Penyelamat.

DANISHDANIALDAFI

Takziah & Al-Fatihah......

Fauziah

Takziah ..kepada kelurga mangsa semuanya kehendaknya jua.amin .

lyna lina bel

takziah kpada semua mangsa yg terlibat, smoga roh mereka di cucuri rahmat,amin..... terima kasih juga kpda keatas pdrm sabah, dan angota bomba dan penyelamat keatas bantuan itu.al-fatihah.....

Mabaloh Im.Tokoh

Terima PDRM,Bomba,JPAM serta org awam yg lalu atas bantuan kepada mangsa kemalangan.Biasanya kecuaian pemandu dikatakan menjadi penyebabnya berlaku kemalangan jlnraya.Tetapi sedarkah kita bahawa keadaan jalanraya di Bawah Bayu sebenarnya masih memerlukan perhatian yg serius dari pihak berwajib.

aliaa

ucapan terima kasih jg kpda ATM sabah y sama2 menghulurkan bantuan...takziah jg kpda slruh keluarga mangsa..

sharifah mazina

salam takziah buat keluarga mangsa yang terlibat, al-fatihah

Cyank Dayang Nina

Takziah kepada semua keluarga mangsa...semoga mereka d tempatkan d kalangan org2 beriman. (amin)....

sk

Ucapan takziah kepada semua keluarga mangsa.
memang rasa teramat sedih bila kebanyakan mangsa yang terlibat adalah di kalangan warga tua, pesanan kepada semua pemandu pelancong tu berhati-hatila ketika memandu sebab nyawa penumpang tu berada ditangan anda

azman salamun

sedekahkn al-Fatihah kpd mereka, smoga roh mereka dicucuri rahmat dan di trgolong dgn orang2 yang beriman.... amin.

masrabella

takziah buat keluarga yang terlibat. semoga allah memberi rahmat diatas segala galanya.

zulzira

al fatihah....semoga semua dalm lindungan allah....takziah buat kluarga mangsa....

Bruneian

Ucapan ribuan terima kasih khas kepada PDRM,Angota Bomba dan Penyelamat serta Orang Awam Rakyat Malaysia (Sabah)memberi bantuan keatas rakyat Brunei yg mendapat kemalangan......Ucapan Takziah juga kepada ahli keluarga yg terkorban dan Semoga Roh dicucuri rahmat Amin....

Ucapan ribuan terima kasih khas kepada PDRM,Angota Bomba dan Penyelamat serta Orang Awam Rakyat Malaysia(Sabah)memberi bantuan keatas rakyat Brunei yg mendapat kemalangan......Ucapan Takziah juga kepada ahli keluarga yg terkorban dan Semoga Roh dicucuri rahmat Amin....

clarra clare

Takziah buat semua keluaraga mangsa yang terlibat dalam kemalangan....semoga Roh mereka di cucuri rahmat...amin.....

feenady

takziah di ucapkan pada keluarga mangsa..semoga roh mereka di tempatkan dalam golongan yang beriman...

RUKIAH BINTI AHMAD

salam takziah kepada semua keluarga mangsa yang terlibat, amin....amin....

zee Fauziah

Takziah ..kepada kelurga mangsa semuanya kehendaknya jua.amin .

Ucapan takziah kepada pihak keluarga yang terlibat.

EDINCHU S

UCAPAN TAKZIAH KEPADA SEMUA KELUARGA YANG TERLIBAT,SEMOGA SEMUA ROH DICUCURI RAHMAT DAN DITEMPATKAN DI TEMPAT ORANG2 YG. BERIMAN.AMIN...AL-FATIHAH....

Hjh Rabehah Alias serta keluarga

Takziah semoga roh mereka dicucuri rahmat, amin3x. Selain nama2 yang disenarai didalam berita telah meninggal dunia, kami ingin tahu penumpang yang bernama Hj Abdul Ghani dan isterinya, adakah mereka berdua terselamat?

Nurrawiee

Salam takziah kepada semua mangsa. al-fatihah. :'( & terima kasih diucapkan kepada mereka yang terlibat atas bantuannya. kita sebagai manusia hanya tahu merancang tetapi Allah yang menentukanNya.

yatie

takziah untk mereka

amanbru

KITA HANYA MERANCANG TAPI ALLAH YG MENENTUKAN.SUBHANALLAH. UCAPAN TAKZIAH SEMOGA ROH2 MEREKA DIRAHMATI ALLAH DAN DIAMPUNI SGALA DOSA.ALFETAHAH...

dee abadi

assalam, malang tidak berbau, secermat manapun pemandu kalu dah nak jadi akan terjadi, yg pergi dah temui ajal qada dan qadar Allah, TAKZIAH BUAT WARGA BRUNEI

juba omar

takziah buat keluarga yg telah kembali kerahmatullah... الفاتحة... to Polis DiRaja Malaysia Sabah Syukhran Jazilan atas bantuannya...

BRUNEI

UCAPAN TERIMA KASIH KEATAS PDRM SABAH, DAN ANGOTA BOMBA DAN PENYELAMAT ATAS BANTUAN RAKYAT BRUNEI YG MENDAPAT KEMALANGAN DI SABAH

dinie

Takziah semga roh mereka di cucuri rahmat Amin, amin, amin..........

Effa A.

Tapi kalau pemandu sentiasa berhati-hati dan ingat nyawa penumpang ianya tidak akan berlaku seperti ini..

Jueza

Salam takziah kepada semua keluarga mangsa yang terlibat.

rasidah sulaiman

Ya Allah, kesian melihat. Warga Emas lagi yang meninggal. Subahanallah.

andykhairul

Takziah buat keluarga yg terlibat dan Al-Fatihah...

Nuhaneyka Azza

Takziah kepada keluarga mangsa.

MyJunior

Salam Takziah buat keluarga mangsa yg terlibat dlm kemalangan..

Sherry_junior@yahoo.com

Sungguh ngeri ..

NIK HANIS SYAERAH

KEHENDAK TUHAN, TIADA SIAPA BOLEH ELAK


Full content generated by Get Full RSS.

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat