{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: MukaDepan

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: MukaDepan


PRU-13 guna dakwat

Posted: 06 Dec 2011 03:41 PM PST

KUALA LUMPUR: Buat pertama kali dakwat kekal akan digunakan sepenuhnya dalam proses pengundian pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang dijangka diadakan tidak lama lagi, selaras dengan keputusan Parlimen meluluskan 10 cadangan Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya, baru-baru ini.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar, berkata pihaknya sedang mengambil langkah melaksanakan keputusan itu dengan kerjasama Jabatan Peguam Negara bagi mengelak sebarang pertikaian undang-undang pada masa depan.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

ikut jelah

ni semua utk memuaskan hati pihak2 tertentu... rasanya dakwat kekal tak perlu dipakai di negeri2 yg dimenangi pihak tersebut...

salampb

Takpe la Din....demi untuk memuaskan nafsu golongan yang tak pernah puas dengan apa yang ada. Kalau tak dipenuhi nanti dituduh pulak sebelah sini penakut, pengecut dan penipu pulak...maaf sekiranya keras sikit...mohon maaf....

sang Belang

banyak laa cekadak korang.. hari tu time BERSIH 2.0 menyalak bising nak dakwat.. pastu ckp x sesuai.. ckap cam orang bodoh..

Ibrahim Al-Firasah

Alhamdullillah, keberhasilan permuafakatan wakil parlimen yg mewakili rakyat telah bersatu hati! Inilah cara yang diajukan oleh Rasullullah s.a.w.

kasran

bukan kah di pusat mengundi ada wakil masing-masing dok tengok proses pengundian berlaku? apa masalahnya? daftar pemilih tu saja yang kena tengok betui ka dak!

asri

Merdeka dah 52 tahun..mengundi guna dakwat undur ke belakang 100 tahun..pasti ada lagi yang tak kena selepas ni.

Din

Sebenarnya penggunaan dakwat kekal ader baik dan buruknya.. tp sy kurang setuju ngan pengunaan dakwat kekal nie sbb pihak yg x bertanggungjawab bleh melakukan penipuan dengan menanda penyokong parti lawan.. ader juga laporan menyebut dakwat kekal bleh dicuci dgn peluntur.. bg sy membazir saje buat benda nie.. cara nie biasanya diamalkan oleh negara membangun seperti India, Filipina dan sbgnya.. skrg negara cam India pn dah mula gunakan cara elektronik tuk buang undi.. kt plak nk gunakan dakwat kekal..

kayu api

PRU 12 ari tu pun sama gak.. dah beli dakwat pun.. seminggu nak pilihanraya umum x sesuai pulak.

wantanamera

Memang baik. Tapi jangan lak diubah disaat saat akhir.

Mohamad Arifin

Saya xsetuju dakwat kekal diguna utk PRU13. Takkan dah lupa apa jadi menjelang PRU 2008? Kes seludup dakwat kekal utk sabotaj undi...sy lebih percaya sistem biometrik.

rossey

guna dakwat kekal x bererti mundur...guna teknologi moden x bererti maju....pk pk....

maskman

mcm ner dgn pndedahan bloger bhwa dkwat itu buknnye kekal sgt pon.dlm 5 mnit boleh hilang.jd xmustahil bda ni leh dimanipulasi gak..aku lbh suka klu gne sistem biometrik..lbh slmt..

Ustaz keliru

Berapa lama dakwat tu akan kekal? Takut tak sah wuduk

adyizwanddy

ini kali pertama ..jangan mengharap sangat pelaksananyaa akan memuaskan 100%....mungkin ada kesilapan sedikit..tapi apa yang kita harapkn SPR akan buat yang terbaik..supaya tidak di perkecil2kn..salam....

adyizwanddy

kita harapkan yg terbaik...

salampb

Alhamdulillah. Saya bersyukur ke hadrat Allah s.w.t. Saya yakin kerajaan tidak rugi apa-apa dengan menggunakan dakwat kekal tersebut. Itulah hasil permaufakatan ahli-ahli Parlimen yang sedia duduk semeja dan berunding dan mencari jalan penyelesaian dengan menggunakan akal yang waras (walaupun ada segelintir ahli Parlimen yang akalnya sakit). Cuma apa yang penting selepas ini kita sama-sama tengok dan tunggu reaksi puak-puak tertentu sekiranya mereka tetap tewas dan pertandingan itu nanti. Apa pula helah atau alasan yang akan diberi setelah semua tuntutan dipenuhi walaupun kekadang ada tuntutan tu mcm kelakar jugak......tahniah untuk golongan yang bersederhana dalam segala urusan keduniaan...

Ubi kayu

Bukan Ustaz tu, ikutilah pandangan majlis fatwa tentang perkara ini, Rasanya lama dah mereka beri pandangan.

Osman bin Abdullah

menggunakan dakawat kekal negara kita mundur kebelakang

Hadi

Jadi jangan dah dekat piliharaya pula tak jadi pulak..

i-sya

nampaknya lepas ni pakatan dah tak boleh nak kata apa dah..

Mohd Samsul

Jika betul menggunakan dakwat kekal baguslah...

Bukan ustaz

Adakah sah air wuduk apabila jari telah dicalit dengan dakwat kekal tersebut?

Irmiz

dengan cara ini, saya percaya tiada lagi pengundi yang akan mengundi lebih dari sekali.

Full content generated by Get Full RSS.

Leave a Reply

Raja Alias

G. Musang

J. Bahru

Terengganu

A. Setar