{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: MukaDepan

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: MukaDepan


Usah cuit perasaan Melayu

Posted: 05 Dec 2011 03:09 PM PST

MukaDepan

NAJIB bersalaman dengan ahli PEKIDA ketika hadir merasmikan Perhimpunan Perdana Pekida Malaysia di Shah Alam, semalam.

NAJIB bersalaman dengan ahli PEKIDA ketika hadir merasmikan Perhimpunan Perdana Pekida Malaysia di Shah Alam, semalam.

Perkara asas dalam perlembagaan tak perlu dirungkai, pertikai: PM

SHAH ALAM: Datuk Seri Najib Razak menegaskan perkara asas yang sudah termaktub dalam Perlembagaan ketika membina negara tidak perlu dirungkai, dipertikai atau dirundingkan semula. Perdana Menteri percaya dalam kerangka Perlembagaan sama ada yang tersurat dan tersirat, kerajaan boleh membina sebuah negara yang adil dan saksama untuk semua kaum.

Sambil membidas pakatan pembangkang kerana belum lagi berkuasa sudah mempersoalkan dasar untuk membantu orang Melayu dan Bumiputera, Najib ketika berucap pada majlis Sepetang Bersama PM sempena Perhimpunan Perdana Persatuan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (PEKIDA), semalam, berkata: "Orang Melayu tidak pernah bersikap pelampau di bumi ini. Orang Melayu tidak pernah menjadi bangsa yang rasis. Orang Melayu sejak merdeka sanggup berkongsi kuasa dan memberi apa yang adil kepada mereka. "Kita mengamalkan wasatiyyah sebagai pendekatan kita sejak dulu. Kita menolak kefahaman keterlaluan, kefahaman ekstrem tidak menjadi dasar pegangan. Orang Melayu menghulur tangan kepada orang bukan Melayu untuk membina negara yang aman, bersatu dan lebih makmur.

"Jangan sesekali mereka mencuit perasaan orang Melayu dengan nak ubah apa termaktub dalam perlembagaan kita. Apa yang kita rundingkan waktu merdeka dulu, perkara ini akan dipertahankan, PEKIDA akan pertahankan," katanya.

Pada majlis yang dihadiri lebih 10,000 ahli PEKIDA, Najib menjelaskan tentu sekali bagi orang Melayu yang menjadi majoriti dalam negara yang pernah menjadi mangsa ketika zaman penjajah, memerlukan sedikit masa untuk membetulkan segala kepincangan.

Beliau bertanya apakah padang sama rata kalau anak yang lahir dan membesar di kawasan pedalaman seperti ulu Tembeling, Ulu Kinta, Pangkor, Yan, Kodiang dan Baling sama gelanggangnya seperti mereka yang membesar di Pantai Hill, Damansara dan Lembah Klang.
"Tentu sekali ini bukan gelanggang sama rata. Jadi, sudah tentu keberhasilan berbeza dan pencapaian tidak sama. Bagi persekitaran yang serba lengkap, sudah tentu mereka akan mencapai kejayaan jauh lebih tinggi daripada mereka yang tinggal di pedalaman," katanya.

Perdana Menteri seterusnya mengajak ahli PEKIDA bertanya pada diri mereka apa akan terjadi kepada orang Melayu dan umat Islam jika pemerintahan dalam negara tersungkur dan rebah atau sudah kehilangan taring dan kekuatan.

Katanya, apa akan terjadi kepada raja-raja Melayu dan anak cucu mereka kalau kerajaan tidak ada lagi untuk memuliakan dan tidak dapat menyokong dasar yang boleh mendokong nasib mereka.

"Sebab itu perjuangan kita mulia dan suci kerana kita pada asasnya berjuang mempertahankan kelangsungan kuasa yang ada pada tangan kita. Jika kuasa terlepas, Nauzubillah, cita-cita kita akan terkubur.

"Masa depan kita akan bertukar menjadi masa depan yang penuh gerhana kerana asas kita menjadi bangsa mulia dan bermaruah dan menjanjikan masa depan lebih cerah kerana pemerintahan hari ini.

"Pemerintahan bererti kita ada kuasa. Kalau hendak melakukan sesuatu tentu sekali sesuatu itu mungkin menjadi kenyataan kalau kita ada kuasa," katanya sambil menambah dalam pemerintahan negara yang tidak mengamalkan sistem demokrasi, kuasa itu mungkin terbit dari laras senapang dan berdiri di atas rejim kuku besi.

Katanya, negara seperti Malaysia yang mengamalkan sistem demokrasi secara terbuka, kuasa politik tetap datang dari rakyat dan selagi kerajaan berjuang untuk rakyat dan kerana rakyat, insya-Allah rakyat akan tetap mempertahankan kedudukan sekarang.

Bagaimanapun, katanya, dalam sistem demokrasi yang membenarkan pelbagai pihak berjalan 'ke hulu ke hilir' membawa pelbagai cerita yang kadang-kala nista dan fitnah, ia boleh menyebabkan rakyat terkeliru atau sangsi sehingga dapat memesong sokongan rakyat dan akhirnya berlaku apa yang tidak diingini.

Justeru, katanya, rakyat tidak ada pilihan melainkan menegakkan pemerintahan sedia ada.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

annacomel

Marilah kita lihat negara lain di dunia ini.. sanggup mati kerana berjuang untuk menjaga bangsa sendiri tanpa menghiraukan bangsa lain. Di negara kita kita mesti menjaga bangsa sendiri dan juga menjaga bangsa lain untuk kita memakmurkan negara bersama sama.Usah cuba di ubah atau di goncang2 untuk menguji atau mencuba. Jikalau retak amat buruk padahnya.orang ramai diminta menolak pembangkang yang mempunyai agenda jahat yang mementingkan politik peribadi mereka.KIta mesti sama-sama terus menjaga keamanan dan memkamuran sehingga boleh dinikmati generasi anak cucu kita.

salampb

Salam bahagia....walaupun kerajaan sekarang difitnahkan dengan bermacam-macam perkara yang tak masuk akal tetapi di hati kecil saya tetap mengatakan bahawa kerajaan sedia ada adalah lebih baik dan lebih sistematik serta berpijak di bumi nyata. Sekiranya ada kesilapan dan keterlanjuran dalam pentadbiran diharap pihak kerajaan dapat mengakui dan membetulkannya dengan penuh keinsafan kerana Allah akan sentiasa bersama dengan pemerintah yang jujur dan ikhlas dalam pemerintahannya.


Full content generated by Get Full RSS.

Isu peribadi jejas produktiviti

Posted: 05 Dec 2011 03:02 PM PST

MukaDepan

PUTRAJAYA: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mendedahkanada penjawat awam cuba membunuh diri kerana tidak dapat menerimahakikat ditinggalkan kekasih atau tunang sehingga turut menjejaskan produktiviti dan perkhidmatan kepada pelanggan.

Dalam satu kes, seorang penjawat awam lelaki cuba membunuh diri dengan meminum racun tikus akibat putus tunang beberapa hari sebelum tarikh perkahwinannya, tetapi terselamat apabila cepat dibawa ke Hospital Putrajaya untuk rawatan awal.

Kes seumpama itu adalah antara masalah psikologi dihadapi kakitangan kerajaan yang dirujuk kepada Bahagian Psikologi JPA, sebelum diserahkan kepada Majlis Rakan Pembimbing Kebangsaan (AKRAB) untuk diberi bimbingan dan kaunseling sewajarnya. "Masalah berkaitan hubungan kekeluargaan yang dihadapi segelintir penjawat awam tidak sepatutnya dipandang remeh kerana jika tidak ditangani secara proaktif, ia memberi kesan negatif kepada mereka. Masalah berkaitan hubungan keluarga lazimnya membabitkan suami dan isteri, ibu bapa dan anak remaja atau kesempitan hidup yang perlu ditangani secara bijak supaya tidak dilihat sebagai mencampuri urusan peribadi.

"Selain itu, ada kakitangan awam mengalami tekanan termasuk isu sensitif seperti hubungan dengan rakan sepejabat," katanya pada majlis perasmian Konvensyen AKRAB Kebangsaan yang di hadiri lebih 1,200 peserta mewakili pelbagai agensi kerajaan termasuk JPA, di sini semalam.

Dalam pada itu, Ab Latif berkata, kajian Huffman pada 2003 mendapati 70 peratus daripada pekerja di seluruh dunia tidak berpuas hati dengan keseimbangan kerja dan keluarga, manakala separuh daripadanya pernah menghadapi masalah peribadi dan kerja.

"Memang mudah untuk kita katakan usah campur urusan keluarga dan kerjaya, tetapi sebenarnya ia sukar dilakukan. Justeru, kemahiran kaunseling dan ilmu psikologi di kalangan rakan pembimbing AKRAB dapat membantu penjawat awam mengimbangi antara kerjaya dan keluarga," katanya.
Beliau berkata, sokongan moral rakan sekerja juga penting kerana dapat meningkatkan prestasi serta mengurangkan konflik yang dihadapi individu terbabit.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen


Full content generated by Get Full RSS.

Leave a Reply

Raja Alias

G. Musang

J. Bahru

Terengganu

A. Setar