{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: MukaDepan

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: MukaDepan


Bahaya wayar murah

Posted: 08 Dec 2011 02:24 PM PST

SHAH ALAM: Pakar elektrik mendedahkan kebanyakan projek perumahan baru menggunakan kabel substandard yang tidak bermutu dan boleh mengancam keselamatan penghuni jika berlaku kebakaran akibat litar pintas.

Ini kerana kos kabel substandard 100 peratus lebih murah, berbanding yang mematuhi standard sehingga menyebabkan banyak pemaju perumahan mengambil jalan mudah untuk mengaut keuntungan dengan menggunakan bahan itu bagi mengurangkan kos.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

mohd

inilah lumrah kehidupan, yang kaya bertambah kaya, yang besar bertambah besar,yang miskin bertambah miskin, lumrah kehidupan dunia (akhirat ingat2 la yr semua)penghuni BUMI

zikri

baru tahu,ataupun selama ini pura-pura tak tahu,rumah kos rendah,pprt masaalah bukan saje wayar yang tak bermutu,banyak pekara lagi yang tak bermutu,kita harap kerajaan akan tukar sub contraktor yang nak kaya saje tapi kerja tak bermutu langsung,subcon yang sebegini bukan saje blacke list tapi tukar saje kerakyatan mereka kerana bahaya yang mereka lakukan mukin akan menbunuh orang ramai seperti mana yang belaku kepada higlantower, satu lagi masaalah paking hari-hari menangis nak cari paking kiri kanan laluan teramatlah sempit kalau berterusan begini penghuni rumah kos rendah dan pprt tahun 2020 kemukinnan akan mendapat gangguan tekanan perasaan kejiwaan ataupun penyakit mental.

zikri

baru tahu,ataupun selama ini pura-pura tak tahu,rumah kos rendah,pprt masaalah bukan saje wayar yang tak bermutu,banyak pekara lagi yang tak bermutu,kita harap kerajaan akan tukar sub contraktor yang nak kaya saje tapi kerja tak bermutu langsung,subcon yang sebegini bukan saje blacke list tapi tukar saje kerakyatan mereka kerana bahaya yang mereka lakukan mukin akan menbunuh orang ramai seperti mana yang belaku kepada higlantower, satu lagi masaalah paking hari-hari menangis nak cari paking kiri kanan laluan teramatlah sempit kalau berterusan begini penghuni rumah kos rendah dan pprt tahun 2020 kemukinnan akan mendapat gangguan tekanan perasaan kejiwaan ataupun penyakit mental.

iskandar

Sudahlah harga rumah makin meningkat dan kualiti rumah kos rendah amat tidak memuaskan. Ini ditambah dengan lari dan projek perumahan terbengkalai. Sekarang isu wayar dan penyambungan kabel elektrik tak menepati standard oleh pemaju. Saya yakin, banyak yang menipu ini adalah pemaju bukan bumiputera. Namun pemaju bumiputera juga bukan semuanya jajur juga. Terima kasih kepada Berita Harian kerana bawa isu ini pada mata masyarakat.

Zaifuddin

Harga rumah meningkat, cable murah pakai nya. Macam mana CF boleh approve yea?... Walaupun saya tahu jawapan nyer. Maybe SPRM patut involve kot, tengok2 macam mana CF boleh lepas dengan mutu cable yang murah mcm nie.

hanafi

Isu penggunaan wayar substandard perlu dilihat dalam konteks yang lebih luas. Perunding Mekanikal / Elektrikal perlu mainkan peranan yang lebih besar. Pemaju hanya sediakan rumah untuk dijual. Spesifikasi teknikal ditentukan oleh perunding. Kontraktor hanya pasang apa yang diluluskan untuk dipasang berdasarkan kontrak yang ada. Kalau substandard, maka perunding perlu 'reject' dan jangan beri sokongan untuk CF.

adiy putra

itu lah masalah pada pemaju,,nak untung bnyak tp tdk menghiraukn akn keselamatn penghuni...bagus juga ada yg beri tahu ttg perkara ini agar kita blh beringat d lain hari dan bukan jg untuk tidak melaris kn penjualan wayar merah,,wayar merah bukan tidak bagus just tidak sesuai untuk wayering rumah...kita blh guna wayar merah untuk perkara yg lain...tq

annacomel

Mengapa tidak diharamkan terus wayar yang tidak bermutu itu?

mohamad bin mohd yusoff

bagus la tue, apa lagi harap pihak berwajib ambil tindakan, bukan setakat mendedahkan ajer, pastu senyap...

Shukri Abd. Rahman

Mesti ada yang mengawas kerja tersebut dari pihak berwajib, kalau didapati pasang wire yang substandard yang tak bermutu, jangan dilulus project atau rumah berkenaan.Penyelia tapak mesti bertanggonjawab.

wak

memang inilah kebanyakan attitude pemaju, tidak kisah mahupun faktor keselamatan, yang penting bagi mereka mengaut keuntungan berlipat ganda tanpa memikirkan keselamatan pemilik rumah tersebut

eja sandakan sabah

kenapa la mcm tu.kalau ada mslh nt bru nk gelabah.bhayakan nyawa tu..teruk banar...sblm dduk kn kna cek.jgn stuktur rumah ja.kna cek wiring system jgk la..culas la kontraktor tu.

Full content generated by Get Full RSS.

Pelan tindakan pelancongan lonjak status Pulau Langkawi

Posted: 08 Dec 2011 02:18 PM PST

MukaDepan

LANGKAWI: Pelan Tindakan Pelancongan Langkawi dilancarkan semalam untuk melonjakkan nama pulau lagenda itu sebaris dengan pulau percutian terkemuka dunia termasuk Seychelles, Mauritius, Bali, Hawaii dan Maldives dengan sasaran penjanaan pendapatan RM3.8 bilion dan kunjungan tiga juta pelancong menjelang 2015.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, ketika melancarkannya berkata kerajaan mahu mengangkat kedudukan serta potensi Langkawi dan memberi nafas baru kepada pulau yang mengandungi gugusan 99 pulau itu.

"Sumbangannya kepada Keluaran Negara Kasar juga akan meningkat dua kali ganda daripada RM800 juta kepada RM1.9 bilion dengan 4,200 peluang pekerjaan baru diwujudkan," katanya. Hadir sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yacob; Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen; Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah; Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan Pengurus Besar Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Tan Sri Khalid Ramli yang mula memegang jawatan itu berkuat kuasa bulan ini.

Najib berkata, pelan tindakan 2011-2015 itu menetapkan tiga fokus dengan 14 inisiatif sebagai tumpuan, termasuk memapar dan memperkasakan kekayaan produk ikonik yang menjadi warisan budaya pulau itu, menambah baik infrastruktur pelancongan dan mewujudkan pemboleh daya bagi menyokong pertumbuhan sektor pelancongannya.

"Kita akan menambah baik kekayaan warisan ikon geopark seperti Kilim, Pulau Dayang Bunting dan Gunung Machincang.

Sebagai langkah awal untuk memulihara sumber alam, pasukan renjer taman akan ditubuhkan untuk menguat kuasa peraturan dan melaksanakan langkah konservasi.
"Bagi menghidupkan semula imej Langkawi yang kaya dengan tradisi dan cerita rakyat, Makam Mahsuri akan dijadikan muzium hidup untuk mempamerkan kebudayaan Melayu dan kehidupan kampung seperti 100 tahun lalu, manakala Pantai Cenang diberi wajah baru dengan pembangunan holistik," katanya.

Lima hotel lima bintang akan dibina bagi memenuhi permintaan pelancong mewah, manakala Telaga Harbour dan Teluk Datai akan mempunyai restoran mewah serta penjualan barangan berjenama.

Bagi memberikan imej positif kepada Langkawi, kemudahan di lapangan terbang dan terminal feri akan dipertingkatkan, selain mutu pengangkutan darat dinaik taraf dengan menetapkan piawaian kualiti serta menyediakan lebih banyak pilihan pengangkutan.

Perdana Menteri berkata, pelaburan sebanyak RM5 bilion diperlukan dalam tempoh pelaksanaan pelan itu dengan 92 peratus dijana sektor swasta dengan kerajaan memperuntukkan RM420 juta bagi menjayakan pembangunannya seperti diumumkan dalam Bajet 2012.

Pada majlis itu, Perdana Menteri dan Azizan menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) penubuhan Akademi Pelancongan membabitkan Kementerian Pengajian Tinggi dan Taylor's University. Kementerian Pengajian Tinggi diwakili Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), Datuk Omar Abdul Rahman, manakala Taylor's University oleh Naib Canselornya, Prof Datuk Dr Hassan Said.

Full content generated by Get Full RSS.

Leave a Reply

Raja Alias

G. Musang

J. Bahru

Terengganu

A. Setar