{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: MukaDepan

Posted by Awanama

Berita Harian: MukaDepan


RM400j selamat bas henti-henti

Posted: 19 Dec 2011 02:28 PM PST

MukaDepan

Bantuan kepada syarikat pengusaha demi menjaga kepentingan rakyat guna perkhidmatan awam

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak semalam mengumumkan dana RM400 juta bagi menyelamatkan perkhidmatan bas henti-henti yang terjejas berikutan masalah kewangan untuk menjaga kepentingan rakyat yang bergantung kepada perkhidmatan awam berkenaan.

Perdana Menteri berkata, dana yang diluluskan itu akan diuruskan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang akan mengagihkan RM100 juta pada suku pertama 2012, bagi membantu syarikat pengusaha bas meneruskan operasi. "Untuk fasa pertama, dana bantuan ini akan digunakan bagi membantu syarikat bermasalah di Selangor diikuti negeri lain seperti Negeri Sembilan dan Pahang.

"Dana ini adalah langkah sementara yang diharap dapat menyelamatkan perkhidmatan bas henti-henti demi kepentingan rakyat," katanya dalam satu kenyataan, di sini, semalam.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, kerajaan melalui SPAD, akan memulakan rundingan dengan pengusaha terbabit untuk membincangkan kaedah terbaik bagi menyelesaikan masalah.

"Antara kaedah yang akan dibincangkan adalah penggunaan dana yang diluluskan sebagai subsidi mengikut perjalanan setiap kilometer," katanya.
Beliau berkata, langkah itu perlu bagi membantu mencari penyelesaian jangka panjang demi keperluan pengangkutan awam rakyat dan membolehkan pengusaha terbabit terus beroperasi seperti biasa.

"Kerajaan menyedari impak perkhidmatan bas kepada pengguna pengangkutan awam dan sehubungan itu, SPAD akan terus komited untuk mencari penyelesaian komprehensif bagi menangani masalah yang timbul.

"Langkah itu selaras dengan prinsip Rakyat Didahulukan yang sentiasa menjadi pendekatan kerajaan," katanya.

Sebelum ini, beberapa syarikat bas yang menjalankan operasi bas henti-henti terutama di Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang dikatakan menghadapi masalah membiayai perkhidmatan dan meneruskan operasi kerana kekangan kedudukan kewangan masing-masing.

Sementara itu, Persatuan Pengusaha Bas SeMalaysia (PMBOA) yang mewakili lebih 130 syarikat pengusaha bas henti-henti membabitkan operasi lebih 4,000 bas di seluruh negara akan bermesyuarat dengan SPAD hari ini.

Presidennya, Datuk Asfar Ali, berkata perbincangan akan merungkai beberapa perkara termasuk kaedah terbaik dalam mengagihkan peruntukan dengan adil dan telus.

Katanya, beliau yakin dana itu antara kaedah penyelesaian sementara hasil daripada memorandum diserahkan pihaknya kepada Perdana Menteri dan SPAD Februari lalu.

"Menerusi memorandum itu, dua cadangan dikemukakan iaitu sama ada kerajaan membeli bas daripada pengusaha dengan menggunakan formula yang pernah diguna pakai kerajaan ketika membeli Park May Bhd dan Intrakota atau memberi bantuan kepada pengusaha mengikut perjalanan setiap kilometer," katanya.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

Hairudin

Bantulah kami pekerja swasta yang amat sukar dapatkan pinjaman...harap ada dana yang boleh membantu kami keluar dari CCRIS & CTOS...harap2 pihak yang berkaitan perihatin dengan kami pekerja di sektor swasta...bantulah kami...

Ahmad Daud Abdul Manan

Keperhatinan YAB PM terhadap rakyat yang memerlukan amat dihargai. Namun pada pandangan saya, adalah lebih baik jika diperkenalkan penggunaan bas berkuasa gas asli (NGV), dimana ia lebih menjimatkan kos bahan api dan stesyen NGV mudah didapati (namun ia boleh dipertingkatkan di kawasan2 yang memerlukannya).


Full content generated by Get Full RSS.

Dividen ASB 7.65 sen, bonus 1.15 sen seunit

Posted: 19 Dec 2011 02:05 PM PST

MukaDepan

KUALA LUMPUR: Pemegang unit Amanah Saham Bumiputera (ASB) akan menerima dividen sebanyak 7.65 sen seunit dan bonus 1.15 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2011.

Agihan pendapatan itu meningkat 0.15 sen seunit berbanding agihan yang dibayar tahun lalu iaitu 7.50 sen seunit.

Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid, berkata pengagihan pendapatan itu membabitkan pembayaran sebanyak RM7.04 bilion, meningkat 21 peratus berbanding RM5.82 bilion tahun lalu manakala peruntukan bagi pembayaran bonus pula sebanyak RM628.29 juta. Pembayaran pengagihan pendapatan dan bonus ASB akan dikreditkan secara automatik ke dalam buku pelaburan pemegang unit yang boleh dikemaskini, mulai 3 Januari 2012.

Semua urus niaga ASB di ibu pejabat Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), pejabat dan ejen ASNB di seluruh negara akan ditangguhkan mulai 21 Disember sehingga 2 Januari depan.

"Prestasi ASB sepanjang 2011 adalah memuaskan meskipun pada suku terakhir, pasaran saham didagangkan dalam suasana tidak menentu dipengaruhi prestasi pasaran global yang terjejas berikutan ketidaktentuan ekonomi Amerika Syarikat (AS) dan krisis hutang Eropah," katanya pada sidang media mengumumkan agihan pendapatan ASB, di sini, semalam.

Hadir sama Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman.
Ahmad Sarji berkata, sehingga 15 Disember 2011, tabung ASB memperoleh pendapatan kasar RM7.19 bilion, di mana pendapatan dividen daripada pelaburan dalam syarikat menyumbang sebanyak RM4.09 bilion, keuntungan daripada penjualan saham dalam syarikat menyumbang RM2.25 bilion dan RM0.85 bilion disumbangkan pendapatan pelaburan dalam instrumen jangka pendek dan lain pendapatan.

Beliau berkata, pengiraan pengagihan dan pendapatan itu berdasarkan purata baki pegangan minimum bulanan bagi tempoh pelaburan sepanjang tahun kewangan 2011, manakala pengiraan bonus pula berdasarkan purata baki pegangan minimum bulanan 10 tahun bermula dari 2002 hingga 2011.

Katanya, kadar pengagihan pendapatan dan bonus tabung ASB itu adalah kompetitif dibandingkan dengan instrumen pelaburan lain yang sesuai dijadikan perbandingan.

Sementara itu, Hamad Kama Piah, berkata pihaknya menerima sambutan yang menggalakkan daripada pemegang unit ASB untuk meningkatkan jumlah pelaburan masing-masing.

Beliau berkata, tahun ini penambahan dalam skim ASB melebihi RM13 bilion berbanding RM12.1 bilion tahun lalu.

"Peningkatan jumlah penambahan pelaburan dalam ASB ini menunjukkan pelabur percaya dan yakin dengan prestasi yang dicatatkan skim ini," katanya.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

wak

betol tu liah, mmg begitulah bn, dulu kini dan selamanya untuk rakyat malaysia yang yg tau mengenang budi

kecombo

taniah buat pnb yg selama ini mengekalkan prestasi perkhidmatan yang baik dan cemerlang. tp kegemilangan zaman dividen melebihi 10% nampaknya telah terkubur sekian lama ...

iiiii

ASB pon nak dipolitikkan ker...apela..org cam ni pon ade.....

semut merah

syabas PNB..!

pok long

tahniah...kalau boleh cuba wujudkan panel syariah bg asb dan pelaburan lain...saya yakin dgn penubuhan panel tersebut anggaran penambahan modal bg asb akan bertambah sebanyak 45% drp nilaian yang ada sekarang..

Noor fadhila

Terima kasih PNB..

MHceo

Cik Aliah, pesal tetiba masuk politik nih? Otak dah xde space utk benda lain jer? Jammed ngan politik jer? Hahahaha..
Btw, tahniah PNB sbb mengekalkan prestasi baik utk tahun 2011 walaupun iklim pelaburan agak suram.

UMMI

Syukur Alhamdulillah..kena kekalkan negara yang aman dan permai ini...agar ekonomi kita terus kukuh..

Aliah Ali

Syabas PNB!!Sekarang cuba jelaskan siapa pencentus idea ASB, untuk rakyat bumiputra kalau bukan kerajaan Barisan Nasional? Habuan juga menanti untuk pelabur saham-saham lain dalam PNB.


Full content generated by Get Full RSS.

Leave a Reply

Raja Alias

G. Musang

J. Bahru

Terengganu

A. Setar