{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: MukaDepan

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: MukaDepan


Dividen lebih tinggi

Posted: 11 Dec 2011 02:16 PM PST

[unable to retrieve full-text content]KUALA LUMPUR: Pendeposit Tabung Haji dijangka memperoleh dividen lebih tinggi untuk tahun 2011 berikutan prestasi kewangan memberangsangkan yang dicatatkan pengurus dana Islam terbesar dunia itu.

Johor Premium Outlet tarikan baru pelancong

Posted: 11 Dec 2011 02:16 PM PST

MukaDepan

KULAIJAYA: Pusat beli-belah barangan berjenama berkualiti, Johor Premium Outlet (JPO) yang dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam bukan saja akan menarik pelabur domestik dan luar negara, malah meningkatkan kehadiran pelancong ke negara ini.

JPO yang terletak dalam wilayah Iskandar Malaysia, menyediakan 80 butik produk berjenama adalah yang pertama di Asia Tenggara dan cawangan ke-70 portfolio Premium Outlet yang menawarkan koleksi membeli belah terbesar di dunia.

Ia adalah projek usaha sama anak syarikat Genting Berhad, Genting Plantations Berhad dan Premium Outlet, iaitu rangkaian kedai Simon Property Group, Inc. Mula dibuka sejak 2 Disember lalu, ia menawarkan 70 premis barangan berjenama seperti Armani, Burberry, Calvin Klein, Michael Kors, Versace, Coach, DKNY, Polo Ralph Lauren, Salvatore Ferragamo dan Zegna dengan tawaran diskaun 25 hingga 65 peratus setiap hari. Fasa kedua dijangka bermula selepas ini menerusi pembinaan 60 lagi premis barangan berjenama di kawasan seluas 44 hektar.

Ketika merasmikannya, Najib berkata JPO akan memainkan peranan penting untuk menarik pelabur domestik dan luar negara ke rantau ini serta yakin ia bukan saja akan menarik pengunjung tempatan, malah pelancong seluruh Asia Tenggara serta Timur Tengah dan Eropah.

"Saya yakin ramai pelancong Eropah akan mengambil peluang pertukaran mata wang lebih rendah dan lebih ekonomikal untuk membeli barangan di sini.

"Dalam Bajet 2012 yang saya umumkan sebelum ini, impian saya adalah mahu mempromosikan Malaysia sebagai syurga beli-belah di Asia dengan menawarkan barangan pada harga berpatutan dan percaya JPO mampu memenuhi visi itu," katanya.
Hadir sama Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman; Pengerusi Kumpulan Genting, Tan Sri Lim Kok Thay; Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA), Ismail Ibrahim serta Presiden Premium Outlets, John Klein.

Perdana Menteri berkata, JPO adalah antara projek utama pelancongan di bawah Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) berjaya dilaksanakan menerusi Pelan Transformasi Ekonomi (ETP).

Katanya, Iskandar Malaysia adalah inisiatif kerajaan membina kawasan pelaburan unik yang menyediakan kemudahan fiskal dan pembangunan lain untuk melebarkan pembangunan ekonomi negara serta menarik kehadiran pelabur asing.

Beliau berkata, menerusi pelaburan infrastruktur lebih daripada RM6 bilion oleh kerajaan di kawasan seluas 2,200 kilometer persegi, Iskandar Malaysia adalah wilayah pembangunan terbesar di rantau ini.

"Sehingga September tahun ini, Iskandar Malaysia merekodkan pelaburan terkumpul berjumlah RM77.82 bilion dengan 60 peratus daripadanya ialah pelabur domestik, manakala selebihnya luar negara.

"Angka ini menunjukkan keyakinan pelabur terhadap Iskandar Malaysia dan kemudahan ditawarkannya.

"Kita juga menjangkakan lebih banyak pelaburan dari China, Korea Selatan, Jepun, India, negara Timur Tengah dan Amerika Utara dalam tempoh terdekat," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat