{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: MukaDepan

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: MukaDepan


69 syor kukuh kewangan

Posted: 21 Dec 2011 01:57 PM PST

MukaDepan

DATUK Seri Najib Razak bersama Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz melancarkan matawang Malaysia terbaru di Kuala Lumpur, semalam. - Foto  Aizuddin Saad

DATUK Seri Najib Razak bersama Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz melancarkan matawang Malaysia terbaru di Kuala Lumpur, semalam. - Foto Aizuddin Saad

Pelan Sektor Kewangan 2011-2020 pastikan negara kekal berdaya saing, dinamik, inklusif

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak semalam melancarkan Pelan Sektor Kewangan 2011-2020 mengandungi 69 cadangan yang akan memastikan sektor kewangan negara kekal berdaya saing, dinamik, inklusif dan bersepadu. Pelan 10 tahun akan datang itu juga akan berupaya menawarkan perkhidmatan kewangan bermutu serta bertaraf dunia.

Perdana Menteri berkata, pelan itu adalah lanjutan kepada Pelan Induk Sektor Kewangan (PISK) diperkenalkan pada 2001 yang berjaya mengukuhkan sektor kewangan negara dan meletakkannya pada landasan kukuh untuk memanfaatkan peluang dalam persekitaran global yang berdaya saing serta bersepadu. Di bawah pelan baru itu, sektor kewangan di Malaysia diunjurkan berkembang 11 peratus setahun antara 2011 hingga 2020 serta menambah 56,000 lagi peluang kerja baru kepada 144,000 tenaga kerja sedia ada.

Pada masa sama, sektor kewangan tempatan disasar menyumbang antara 10 hingga 12 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang 2020, berbanding hanya 8.6 peratus kini.

Sementara itu, separuh daripada pembiayaan keseluruhan pada 2020 akan dijana menerusi pasaran kewangan, manakala sektor kewangan Islam akan terus kukuh apabila disasar berkembang lebih pantas bagi mewakili 40 peratus daripada jumlah pembiayaan keseluruhan berbanding hanya 29 peratus tahun lalu.

Pelan yang bertema 'Mengukuhkan Masa Depan Kita' itu mengandungi 69 cadangan yang ditumpukan bagi mencapai sasaran dalam sembilan bidang utama.

Bidang utama itu ialah membangunkan perantara berkesan untuk membentuk ekonomi berpendapatan tinggi serta mempunyai nilai tambah yang tinggi dan membangunkan pasaran yang dinamik serta mantap.

Bidang lain termasuk:

  • Perkongsian kemakmuran lebih meluas melalui rangkuman kewangan
  • Mengukuhkan integrasi kewangan serantau dan antarabangsa
  • Mengantarabangsakan kewangan Islam
  • Memelihara kestabilan sistem kewangan
  • Pembayaran secara elektronik untuk meningkatkan kecekapan ekonomi
  • Memperkasakan pengguna dan;
  • Pembangunan tenaga mahir untuk menyokong sektor kewangan lebih dinamik

Perdana Menteri berkata, pelan baru itu akan mampu memacu sektor kewangan Malaysia ke arah status negara maju.

Najib berkata, pendekatan yang digunakan di bawah pelan itu menggabungkan sistem kewangan serantau dan antarabangsa, sekali gus mewujudkan sektor kewangan lebih dinamik untuk masa depan.

"Ia juga merapatkan jurang ekonomi Malaysia dan negara lain di dunia dan kita perlu meneroka peluang baru dalam pasaran antarabangsa dengan menempatkan Malaysia di barisan depan, khususnya dalam sektor kewangan Islam.

"Saya yakin pelan sektor kewangan itu akan mencapai semua perkara itu dan saya juga gembira melihatnya kerana ia dihasilkan secara kukuh dari segi kewangan, integriti di samping menyediakan kepentingan terbaik untuk negara," katanya berucap pada majlis pelancaran Pelan Sektor Kewangan dan Mata Wang Malaysia Siri Baru di sini, semalam.

Najib berkata, seperti Model Baru Ekonomi (MEB) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP), pelan itu juga memberi penekanan terhadap pertumbuhan yang seimbang selain menyokong usaha kerajaan ke arah ekonomi berpendapatan tinggi.

Katanya, Malaysia juga perlu terus mengukuhkan institusi kewangan domestik bagi memenuhi keperluan pembiayaan perdagangan yang pelbagai, pelaburan langsung, pembiayaan infrastruktur dan pelbagai aktiviti ekonomi dengan risiko mudah tunai yang berbeza dan keutamaan kematangan.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

M Ridzman

Cantik duit baru yg dilancarkan semalam. Harap2 musim perayaan nanti tak habis cepat.


Full content generated by Get Full RSS.

Leave a Reply

Raja Alias

G. Musang

J. Bahru

Terengganu

A. Setar