{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Archive for Mei 2013

Utusan Online - Sukan

Posted by Admin

Utusan Online - Sukan


FAM sangkal dakwaan PBNJ

Posted: 31 May 2013 12:05 PM PDT

KUALA LUMPUR - Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menyangkal keras dakwaan bahawa badan itu bersikap berat sebelah berhubung isu pengagihan tiket perlawanan ulangan separuh akhir Piala FA, Pahang menentang Johor Darul Takzim di Stadium Nasional Bukit Jalil, hari ini.

Badan induk tersebut menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan, semalam memberitahu, FAM hanya bertanggungjawab terhadap urusan pengelolaan teknikal sahaja manakala hal berkaitan pengagihan tiket, penetapan harga tiket, dan peruntukan tiket untuk pasukan pelawat adalah dalam bidang kuasa pasukan tuan rumah iaitu Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP).

Dalam kenyataan itu, FAM turut memperjelaskan bahawa keputusan pengagihan tiket telah dilaksanakan selaras dengan Perkara 3.8.1 Peraturan Liga Malaysia 2013-2016 dan Perkara 5 Peraturan Keselamatan FAM.

Tambah FAM, peruntukan 60,000 tiket untuk PBNP dan 20,000 tiket yang boleh dibeli oleh Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) di Stadium Nasional Bukit Jalil adalah dengan persetujuan PBNP selaku tuan rumah.

"Melalui Mesyuarat Khas Jawatankuasa Pertandingan Tempatan pada Rabu lalu telah memutuskan bahawa perlawanan separuh akhir Piala FA 28 Mei di Stadium Darulmakmur Kuantan, Pahang hendaklah dimainkan semula di gelanggang berkecuali iaitu di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 1 Jun 2013.

"FAM akan mengelolakan perlawanan tersebut dengan bantuan PBNP selaku tuan rumah dan sebagai tuan rumah PBNP mempunyai hak ke atas semua aspek pengelolaan perlawanan.

"Malah, semasa keputusan tersebut dibuat wakil PBNJ turut bersama dalam mesyuarat tersebut," kata FAM menerusi kenyataan tersebut.

Kelmarin, PBNJ menerus satu kenyataan mendesak agar FAM bersikap lebih adil dan telus selaku pentadbir tunggal sukan bola sepak negara.

Selain itu, PBNJ turut mendakwa FAM sebagai berat sebelah dalam beberapa aspek bagi menangani kemelut perlawanan separuh akhir kedua Piala FA Pahang menentang Johor Darul Takzim.

Sementara itu, FAM berharap kenyataan tersebut dapat memberikan gambaran sebenar berhubung kemelut yang melanda ketika ini.

Menteri tegur PBNP, pesuruhjaya perlawanan separuh akhir Piala FA

Posted: 31 May 2013 12:05 PM PDT

KUALA LUMPUR - ''Sebagai menteri saya berasa amat kecewa'' itulah luahan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mengenai kekecohan yang berlaku Selasa lalu yang menyebabkan perlawanan separuh akhir kedua Piala FA antara Pahang dan Johor Darul Takzim (DT) ditunda dan dilangsungkan semula hari ini.

Khairy bukan sahaja berasa kecewa, malah tidak teragak-agak mempersalahkan Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) dan pesuruhjaya perlawanan ketika itu yang gagal bertindak dengan baik sehingga menyebabkan perlawanan ditunda.

"Ini bukan soal malu tetapi soal keselamatan, kerana ada penonton yang datang malam itu membawa anak (kanak-kanak) mereka saya tidak mahu tragedi Hillsborough dan Heysel berulang dan berlaku di Malaysia.

''Kedua-dua tragedi tersebut berlaku kerana kawalan penonton yang tidak memuaskan," katanya dalam sidang media selepas mengadakan Lawatan Rasmi Pertama di Majlis Sukan Negara (MSN) di Bukit Jalil, semalam.

Perlawanan separuh akhir kedua Piala FA Pahang menentang Johor DT di Stadium Darul Makmur Selasa lalu terpaksa dibatalkan gara-gara limpahan penonton yang akhirnya mengheret kepada senario kekecohan.

Perlawanan yang sepatutnya bermula pada pukul 8.45 malam itu terpaksa ditangguhkan selama lebih sejam kerana berlaku limpahan penonton memasuki stadium iaitu kira-kira 40,000 orang.

"Perkara ini perlu diambil serius soal hukuman sekarang ini terpulang kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), namun ada pula yang mempersoalkan ia tidak cukup. Ia juga perlu adil kerana Pahang didenda RM100,000 tetapi sekarang mereka akan mengadakan perlawanan ulangan di stadium yang lebih besar.

"Sebagai tuan rumah sudah tentu mereka akan mengutip hasil jualan tiket, saya cadangkan kepada FAM kutipan hasil tiket tuan rumah tidak boleh melebihi kapasiti stadium, saya tidak tahu di mana keadilan di situ," katanya.

Khairy menegaskan, apa yang berlaku adalah kesalahan yang amat besar dilakukan oleh PBNP dan Pesuruhjaya Perlawanan kerana melibatkan penonton dan pemain.

"Ramai yang memberitahu kepada saya mereka ada cita-cita hendak bida Piala Dunia 2034 tetapi gagal mengendalikan perlawanan separuh akhir Piala FA, selepas denda kembali memberi reaksi normal semula.

"Sudah tentu saya salahkan Pesuruhjaya Perlawanan kerana dia perlu menyelaraskan semua perkara termasuk isu keselamatan dan penjualan tiket. Kita tertanya-tanya adakah penjualan tiket melebihi kapasiti stadium kalau betul kena tahu apa puncanya.

felda chini timur - Google Blog Search

Posted by Admin

felda chini timur - Google Blog Search


<b>felda chini timur</b> - Google Blog Search | WARGA FELDA

Posted: 06 Apr 2013 12:00 AM PDT

Alhamdulillah, baru dua jam pulang setelah 5 hari 4 malam berkampung di Felda Chini Timur bersama keluarga angkat Encik Salamat dan Pn. Sesiah. Satu pengalaman yang cukup berharga dikutip bersama warga Felda serta 21 lagi rakan-rakan PPIMI di Pekan, Pahang. Kawasan timbalan Perdana Menteri Malaysia, Dato' Najib juga kampung Rifhan Rasuli, anak peneroka Felda Chini Timur merangkap Pengarah Projek Summer Sunshine.

Sekiranya dulu peneroka Felda melalui saat-saat getir untuk hidup, yang bercahayakan lilin, bertadahkan air hujan, telaga dan mata air, serta berjirankan hutan belantara yang bertanah merah, kini warga Felda mampu tersenyum puas, menarik nafas lega dengan pencapaian Felda. Pelbagai bentuk bantuan dan keistimewaan ditawarkan untuk warga peneroka dan ahli keluarganya oleh Felda yang kini telah mencapai status kemodenan, tempat kedua selepas PETRONAS. Perkampungan di Felda Chini Timur mendekatkan aku kepada masyarakat Felda, mengenal cara hidup mereka melalui ekonomi, sosial dan rohani yang jauh berbeza dengan dua buah perkampungan keluarga angkat yang pernah aku sertai sebelum ini di Kg. Endah, Banting, Selangor (2002) dan Kg. Temenin, Kota Tinggi, Johor (2007).

Apakah perbezaannya?

Dari sudut geografi sudah jauh berbeza. Kedudukan Felda di tengah-tengah kawasan penanaman kelapa sawit yang tidak kurang 20km dari jalan utama memperlihatkan keunikan tersendiri. Perkampungan Felda jauh lebih terancang dengan kemudahan sekolah, balai raya, dewan besar, pusat kominiti sukan, kedai-kedai runcit dan pelbagai bentuk kemudahan (just name it la). Sumber pendapatan utama serta pekerjaan yang sama, dan yang menariknya hampir semua rumah di Felda Chini Timur diubah suai semula oleh setiap peneroka dengan landskap dan design yang sama. Jika dilihat dari sudut sosial, amalan kehidupan berkampung seperti gotong-royong, ziarah-menziarahi, bertegur sapa memang kaya namun, masih banyak yang boleh diperbaiki. Sesetengah surau masih sunyi dengan jemaahnya, kebanyakan belianya masih dihimpit budaya 'tidak rajin', kurang keyakinan diri untuk lebih maju. Inilah tugas utama kami ke Felda kali ini. Untuk memberikan semangat dan motivasi kepada rata-rata warga Islam & Melayu agar menggunakan kekuatan dan kebolehan masing-masing untuk meningkatkan kehidupan mereka dan memimpin masyarakat.

Program Motivasi Sek. Men Felda Chini Timur 2

Kehadapan adik-adik kumpulan 6, sekiranya terbaca entry akak kali ini. Alhamdulillah, surat-surat adik telah dibaca. Terima kasih atas perkongsian pengalaman dan perasaan. Harapan akak, agar adik-adik dapat memanfaatkan masa dan peluang yang masih cerah untuk SPM 2008 untuk lebih cemerlang. Ingatlah, sekiranya adik-adik mampu menjaga solat fardhu di awal waktu dengan baik dan berusaha mengelakkan diri dengan perkara-perkara yang sia-sia, adik telah berjaya memulakan satu langkah untuk berjaya, iaitu dengan berDISIPLIN. Menjaga solat mampu membentuk DISIPLIN diri. Insya'Allah, nantikan kiriman surat dari akak. Work hard and Pray Hard.

Mungkin ini saja untuk kali ini. Penat memandu selama 4jam masih tidak hilang. Kaki dan tangan masih sakit penangan futsal. Pertama kali main futsal dan menjadi goalkeeper. ho ho. Yang pasti memang Felda Chini Timur menaikkan sinar-sinar cahaya di mata hati tatkala musim panas yang semakin mangaktifkan melanin di wajah hitam manis tak bersusu ini. Ergh..

Mungkin ada lagi yang akan dikongsi. Minggu ini, minggu berkahwin untuk sahabat-sahabat saya. Bakal makan nasi minyak free untuk tiga hari berturut-turut. Alahai, naikla minyak.

Berita Harian: Nasional

Posted by Admin

Berita Harian: Nasional


UMNO kaji BN parti tunggal

Posted: 31 May 2013 04:06 PM PDT

Kuala Lumpur: UMNO akan mewujudkan makmal khusus bagi memperincikan cadangan menjadikan Barisan Nasional (BN) sebagai parti tunggal, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri berkata, mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO semalam bersetuju untuk mengadakan tinjauan bagi mendapatkan maklum balas dan pandangan ahli di seluruh negara.

Sebarang perubahan perlu berasaskan penerimaan ahli, bukan saja cadangan ini, tetapi juga cadangan lain untuk menentukan hala tuju parti, kita akan serah kepada peringkat makmal dan ahli untuk menentukannya.

Sehubungan itu, UMNO akan menguruskan proses untuk mewujudkan makmal selain menetapkan individu yang akan dipertanggungjawabkan untuk mengendalikannya, katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, semalam.

Cadangan BN menjadi parti tunggal dikemukakan pemangku Presiden GERAKAN, Datuk Chang Ko Youn, baru-baru ini, untuk meraih semula sokongan rakyat terutama generasi muda selepas prestasi hambar pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Perlu diperhalusi

Presiden UMNO berkata, sebagai parti yang dekat di hati ahlinya, MT berpendapat ia perlu diperhalusi supaya tidak timbul sebarang ketidakpenerimaan dalam kalangan ahli.
Kita faham UMNO sebagai sebuah parti begitu disayangi ahlinya, sebab itu kita perlu memperincikan perkara ini dan pendapat ia boleh mengakibatkan UMNO hilang juga diambil kira, katanya.

Sementara itu, Najib berkata, keputusan PRU-13 membuktikan UMNO kekal sebagai parti pilihan rakyat.

Katanya, ini terbukti dengan kejayaan UMNO menambah bilangan kerusi Parlimen daripada 79 pada PRU-12 kepada 88 pada PRU-13, berbanding gabungan parti pembangkang 89 kerusi, selain mengambil kira kejayaan merampas Kedah dan mengekalkan Perak.

Ini bererti UMNO sebagai parti tunggal boleh menyaingi pembangkang yang mewakili tiga parti politik, malah kajian juga mendapati UMNO memperoleh lebih 30 peratus peningkatan undi pada PRU-13, katanya.

Justeru, Najib berkata, UMNO akan terus berjuang dengan memantapkan gerak kerjanya melalui penambahbaikan pentadbiran di peringkat ibu pejabat seperti dicadangkan Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan.

Penambahbaikan

Antara penambahbaikan itu ialah mewujudkan bidang pengkhususan sepenuh masa seperti penyelidikan dan latihan, media sosial dan penerangan.

Beliau berkata, penyusunan semula itu bagi memastikan usaha, mesej dan segala keputusan MT dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.

Untuk itu, khidmat tenaga profesional sepenuh masa dan berdedikasi akan digunakan, katanya.

Dalam pada itu, Najib turut memaklumkan 192 ahli UMNO dipecat kerana bertanding sebagai calon Bebas dan pembangkang pada PRU-13, manakala 99 kes sabotaj masih disiasat Jawatankuasa Khas Lembaga Disiplin.

BN fail 50 petisyen

Posted: 31 May 2013 04:06 PM PDT

Kuala Lumpur: Barisan Nasional (BN) akan memfailkan lebih 50 petisyen membabitkan sekurangkurangnya 37 kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Petisyen itu bagi mencabar keputusan Pilihan Raya Umum Ke13 (PRU13) yang memihak kepada pembangkang.

Petisyen sebelum 11 Jun

Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak, berkata semua petisyen itu akan difailkan di Mahkamah Tinggi sebelum tarikh akhir 11 Jun ini, iaitu 21 hari selepas keputusan PRU13 diwartakan.

Najib berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat pertama Majlis Tertinggi (MT) UMNO selepas PRU13 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, semalam.

Berita lanjut dapatkan akhbar BH hari ini

Utusan Online - Politik

Posted by Admin

Utusan Online - Politik


Polis kenal pasti

Posted: 31 May 2013 12:05 PM PDT

Oleh NORAZRIN MARZUKI
pengarang@utusan.com.my

Pengasas sebuah syarikat elektronik Taiwan yang merupakan rakyat Malaysia (kanan) dilihat bersama Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng ketika berkempen dalam PRU-13 lalu. Gambar ini pernah disiarkan dalam portal propembangkang Malaysiakini.

KUALA LUMPUR 31 Mei - Polis telah mengenal pasti identiti beberapa individu yang bertanggungjawab merancang menggulingkan kerajaan menerusi pergerakan pasukan tentera siber Red Bean Army.

Menurut sumber, sebanyak 30 individu telah dikesan menjadi orang upahan pihak pembangkang untuk melancarkan serangan ke atas kerajaan Barisan Nasional (BN) menerusi blog, laman sosial dan YouTube.

"Identiti lima atau enam daripada jumlah itu telah dikenal pasti sejak lebih seminggu lalu dan pasukan keselamatan percaya akan menangkap mereka dalam tempoh terdekat untuk menghapuskan kegiatan kumpulan ini yang diwujudkan bertujuan memburuk-burukkan kerajaan," katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Sumber berkata, walaupun pada awalnya beratus-ratus akaun Facebook dikesan menjalankan kegiatan itu sehingga menimbulkan kebimbangan rakyat Malaysia, tetapi siasatan polis mendapati itu hanya akaun palsu yang dimiliki oleh 30 individu yang terlibat.

Red Bean Army difahamkan bergerak secara siber yang mempunyai misi menggulingkan kerajaan dengan dibantu oleh pihak tertentu dalam memberi dana dan bantuan kepada mereka.

Untuk rekod, sebelum ini akhbar melaporkan berita mengenai Red Bean Army adalah tentera siber yang dipercayai ditaja oleh DAP yang ditugaskan menyerang mana-mana tokoh politik, perniagaan, ikon hiburan serta sesiapa sahaja yang dilihat mesra BN melalui media alternatif seperti blog, Facebook, Twitter dan YouTube bagi membangkitkan kebencian pengundi Cina.

Selain itu, Red Bean Army didakwa ditubuhkan untuk mencipta penipuan dan memanipulasi fakta dan menyuntik kebencian terhadap kerajaan oleh ahli yang diberi latihan oleh DAP serta dibayar gaji tetap sebanyak RM3,000 sebulan sejak enam tahun lalu.

Demonstrasi jalanan hanya muslihat Anwar

Posted: 31 May 2013 12:05 PM PDT

KUALA LUMPUR 31 Mei - Tindakan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang terus melakukan provokasi mengajak rakyat turun berdemonstrasi di jalanan dilihat seperti mempunyai muslihat dan agenda tersirat.

Presiden Pertubuhan Penyokong Barisan Nasional (PPBN), Datuk Seri Dr. Saharuddin Awang Yahya berkata, ini kerana demonstrasi jalanan bagi menggulingkan kerajaan itu juga tidak dipersetujui oleh Pas dan DAP, jadi jelas politik jalanan tersebut hanya agenda peribadi Anwar.

"Demonstrasi jalanan itu bukanlah suara pakatan pembangkang secara keseluruhan tetapi lebih kepada perjuangan peribadi Anwar.

''Cara Anwar yang terus melakukan provokasi itu merupakan muslihat berkepentingan peribadi serta strategi bagi mengelak berdepan daripada sesuatu," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim yang mendesak Anwar menghentikan segera tindakan yang menimbulkan kacau-bilau di negara ini.

Menurut Tunku Abdul Aziz, tindakan Anwar itu seperti bermain dengan api yang boleh membawa suasana huru-hara yang sukar dikawal serta boleh memberi kesan negatif kepada kehidupan jutaan rakyat Malaysia.

Tambah Saharuddin, amat menghairankan sekiranya demonstrasi jalanan yang dianjurkan Anwar itu sebagai bantahan terhadap keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang didakwa tidak adil ketika pakatan pembangkang juga telah membentuk kerajaan di tiga buah negeri.

"Demonstrasi jalanan serta perhimpunan haram sepatutnya tidak perlu lagi berlaku kerana selepas menjalani pilihan raya umum yang lalu sudah sampai masanya kini untuk semua pihak bekerja membangunkan negara.

"Saya yakin rakyat sudah letih dengan isu politik yang tidak berkesudahan dan kini tumpuan penuh perlu diberikan untuk mentadbir negara dan menguruskan kehidupan rakyat," katanya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Sosial Harmoni Malaysia, Nordin Ahmad berkata, matlamat politik Anwar hanyalah ingin menjadi Perdana Menteri dan beliau tidak peduli sekiranya negara dalam huru-hara atas perbuatannya.

"Ketika DAP dan Pas boleh menerima keputusan PRU-13 lalu, Anwar pula sebaliknya dan jelas demonstrasi jalanan yang dianjurkannya itu bertujuan memenuhi nafsu politiknya yang ingin menjadi Perdana Menteri," katanya.

Kosmo Online - Rencana Utama

Posted by Admin

Kosmo Online - Rencana Utama


Tradisi istimewa jamuan teh dan kek diraja

Posted:

Tradisi istimewa jamuan teh dan kek diraja

Tradisi istimewa jamuan teh dan kek diraja

SUASANA di Istana Negara, Jalan Duta, Kuala Lumpur sepanjang minggu ini meriah dengan ketibaan Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah yang disambut secara rasmi pada hari ini.

Pelbagai acara diatur bagi meraikan hari penuh bersejarah kepada Seri Paduka Baginda dan seluruh rakyat Malaysia. Hari ini, berlangsungnya istiadat penganugerahan darjah kebesaran kepada beberapa penerima terpilih.

Ironinya, Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong disambut secara rasmi pada setiap hari Sabtu pertama bulan Jun tanpa mengambil kira tarikh hari keputeraan sebenar mana-mana Sultan atau Raja-Raja Melayu yang sedang memegang jawatan Yang di-Pertuan Agong.

Begitupun, pengisian acara kebesaran melibatkan protokol masih dilaksanakan dan mengikut panduan yang sama pada setiap tahun. Majlis persembahan kek dan Jamuan Teh Diraja antara acara tradisi yang masih diteruskan dari tahun ke tahun setiap kali menjelangnya Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong.

Semalam, Kosmo! berpeluang mengikuti raptai penuh bagi Jamuan Teh Diraja yang bakal berlangsung esok (Ahad) pada pukul 3 petang hingga 5 petang. Meskipun majlis tersebut berkonsep santai, namun protokol dan pergerakan acara masih mengikut istiadat dan berjalan secara teratur.

Dewan Santapan Istana Negara baharu itu bakal dipenuhi jemputan dalam kalangan orang kenamaan termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor. Dianggarkan kira-kira 3,000 tetamu bakal menghadiri jamuan tersebut.

Di sebalik kesibukan persiapan Jamuan Teh Diraja itu, barangkali ramai yang tertanya-tanya, siapakah yang bertanggungjawab di sebalik juadah yang dihidangkan kepada para jemputan?

Antara pihak yang terlibat menyediakan juadah bagi Jamuan Teh Diraja itu ialah Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur. Selama lebih 20 tahun hotel tersebut terlibat secara langsung dalam penyediaan hidangan jamuan tersebut.

"Selama kami menjayakan Jamuan Teh Diraja ini, konsep yang ditetapkan selalunya ditentukan menerusi kombinasi cadangan pihak hotel dan permintaan daripada pengurusan Istana Negara.


KEK berbentuk kereta api antik hasil kreatif Hotel The Zone Regency, Johor Bahru antara kek kreatif yang disaksikan Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong.


"Menyediakan hidangan sempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong sering menjadi kebanggaan kami. Setiap persediaan yang kami lakukan untuk majlis ini dijalankan dengan teliti," ujar Pengarah Komunikasi Kawasan, Hotel Shangri-La, Datuk Rosemarie Wee.

Difahamkan, Shangri-La bakal menyajikan hidangan berupa sate ayam dan daging, pelbagai jenis dim sum, daging wagyu teriyaki, spageti olio makanan laut, creme brulee mini dan kek keju vanila Perancis mini.

Sambil barisan tentera segak berbaris di luar pintu utama Dewan Santapan, raptai Jamuan Teh Diraja kemudiannya diisi dengan dendangan lagu Negaraku yang berkumandang megah di segenap dewan.

Pada hari esok, seperti yang dimaklumkan, para jemputan akan turut dihiburkan dengan persembahan penyanyi senior, Nassier Wahab.

Persembahan 25 kek

Sementara itu, pada 29 Mei lepas, telah berlangsung majlis persembahan kek sempena hari keputeraan rasmi Seri Paduka Baginda. Sebanyak 25 kek mengisi ruang legar Dewan Santapan, Istana Negara yang datangnya daripada hotel dan beberapa syarikat gergasi tanah air.

Pelbagai bentuk dan dekorasi kek disajikan buat tatapan Seri Paduka Baginda yang turut ditemani Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah pada acara tahunan tersebut.

Antara yang mencuri tumpuan ialah kek bertema kampung hasil kerja keras pasukan pastri daripada Hotel Maya, Kuala Lumpur. Kek yang mencecah berat hampir 50 kilogram (kg) itu memakan masa selama dua minggu untuk dihasilkan.

Enam buah rumah kampung kayu dibentuk menggunakan coklat dan diukir halus pada bahagian atapnya bagi menambah sentimen desa pada pemanis mulut itu.

"Pokok-pokok kelapa sawit, air terjun dan lori yang membawa muatan kayu balak juga kami tambah ke dalam hiasan kek ini agar nilai kampung itu lebih dirasai," ujar chef pastri Hotel Maya, Sydney de Alwis kepada Kosmo!.

Sydney menerangkan, pada awal proses penghasilan kek itu, dia bersama lima ahli pasukannya menyediakan tapak kek terlebih dulu. Menjadikan kek mentega sebagai asas perisa, bahagian itu kemudiannya itu disalut bersama gula bagi mengekalkan ketahanan rasa dan teksturnya.

"Menyediakan hiasan-hiasan yang kecil itu paling memakan masa. Kami perlu menghasilkan hiasan ekstra sebagai simpanan sekiranya hiasan asal rosak dan patah sebelum sempat dipersembahkan," tambah Sydney.

Difahamkan, sebanyak 6kg mentega, 6kg tepung, 6kg gula, 15kg fondant dan 120 biji telur ayam digunakan bagi menghasilkan kek yang memakan kos hampir RM3,000 itu.


PASUKAN pastri Hotel Maya (kiri) dan pasukan pastri Hotel Impiana KLCC (kanan) antara 25 hotel dan syarikat yang mengambil bahagian dalam acara persembahan kek sempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong tahun ini.


Tuanku tertarik

Idea unik Hotel Impiana KLCC pula memberi kenangan manis bagi pasukan pastri mereka apabila persembahan kek tersebut menerima reaksi positif daripada Tuanku dan Raja Permaisuri Agong.

Tema Memori pilihan hotel tersebut menyaksikan kek mentega itu sarat dengan perhiasan foto-foto Tuanku bersama Raja Permaisuri Agong yang menggamit kenangan indah pasangan diraja itu.

"Tuanku meluangkan masa yang lebih sedikit ketika mengunjungi meja kami. Seri Paduka Baginda tertarik dengan pemilihan lapan keping foto yang kami gunakan dan paling menggembirakan apabila Raja Permaisuri Agong sendiri mengingatkan baginda tentang momen daripada foto-foto tersebut.

"Meskipun kek kami tampak pelik daripada jauh, namun kelainan yang kami tonjolkan itulah menjadikan kek kami unik dan menarik perhatian Tuanku. Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa selain golf, Seri Paduka Baginda juga seorang yang suka melancong dan mengambil gambar.

"Jadi tema ini cuba mengetengahkan hobi Seri Paduka Baginda yang kurang diberi perhatian masyarakat," kongsi wakil chef Hotel Impiana, Suhaimi Md. Salleh.

Kek hasil ciptaan pasukan pastri yang terdiri daripada Chef Bustami Osman, Harithah Hassanmudin, Looi Li Ping, Mohd. Fairuz Izdhihar dan Mohd. Fadzil Khalid itu adalah seberat 25kg.

Tambah Suhaimi, tapak asas bagi kek tersebut turut ditukar sehari sebelum persembahan kek dijalankan ekoran penggunaan warna yang kurang menonjolkan.

Protes berendam dalam lumpur

Posted:

Protes berendam dalam lumpur

Protes berendam dalam lumpur


LELAKI ini berharap penderitaan mereka mendapat pembelaan dunia.


PULUHAN penduduk Sidoarjo, Jawa Timur, Indonesia berkumpul di daerah itu hujung Mei lalu sebagai memperingati tahun ketujuh perkampungan mereka dilanda bencana lumpur panas. Mereka memacakkan pelbagai papan tanda serta patung orang-orang sebagai protes di atas penderitaan dan kemusnahan kediaman di situ.

Beberapa orang penduduk yang lebih ekstrem melompat masuk ke dalam kelopak-kelopak lumpur sambil berendam, berbaring dan menangis.

"Ia adalah lambang penderitaan tujuh tahun kami apabila perkampungan kami hilang begitu sahaja dalam sekelip mata," ujar seorang penduduk yang enggan dikenali.

Semuanya bermula kira-kira tujuh tahun lalu apabila sebuah syarikat gas tempatan, PT Lapindo Brantas memulakan projek cari gali gas di Sidoarjo yang terletak di selatan Surabaya.

Fasa pertama projek itu berjalan lancar, bagaimanapun ketika ia memasuki fasa kedua melibatkan pengerudian sejauh 2,834 meter di bawah tanah, berlaku letusan kecil yang mengandungi campuran air, wap dan gas tidak jauh daripada lokasi berkenaan.

Letusan itu berterusan selama beberapa hari disusuli limpahan lumpur panas dipercayai berpunca daripada lingkaran gunung berapi bawah tanah. Ia terus merebak sehingga memusnahkan harta benda dan kediaman penduduk.

Seramai 14 orang terbunuh manakala 30,000 penduduk di beberapa perkampungan terpaksa dipindahkan ke tempat selamat.


SEORANG lelaki mengangkat barang di sebuah perkampungan Sidoarjo yang kini bertukar seperti padang jarak padang tekukur.


Berpuluh-puluh kampung dengan lebih 10,000 kediaman musnah manakala sekolah, kilang dan pejabat turut tidak terkecuali menerima impak limpahan yang berlaku.

Pelbagai usaha dilakukan untuk mengurangkan impak limpahan itu seperti membina tembok, menimbus bebola konkrit ke dalam kawah dan sebagainya.

Namun begitu, kawasan yang berdekatan dengan lokasi limpahan lumpur terpaksa dikosongkan kerana ia tidak lagi selamat.

Penduduk menyalahkan aktiviti cari gali gas yang dilakukan sebelum ini sebagai punca kepada permasalahan itu, namun dinafikan oleh PT Lapindo Brantas.

Lebih-lebih lagi keputusan Mahkamah Agung pada 2 April 2009 yang lalu menyatakan punca limpahan itu disebabkan bencana alam sekali gus membebaskan syarikat itu daripada tanggungjawab membayar ganti rugi kepada penduduk.

felda lepar utara - Google Blog Search

Posted by Admin

felda lepar utara - Google Blog Search


Blog Felda: <b>felda lepar utara</b> - Google Blog Search

Posted: 07 May 2013 11:34 PM PDT

Oleh HARIS FADILAH AHMADutusanktn@gmail.com

JERANTUT 8 Feb. Seramai 15,000 penduduk di Gugusan Felda Lepar Utara dekat sini mengalami kesukaran untuk memasak berikutan bekalan gas untuk tujuan itu terputus sejak tiga bulan lalu.

Masalah itu meliputi penduduk di penempatan Felda Lepar Utara 1, 2, 4, 8, 9, 11 dan 14 serta kakitangan kilang sawit Lepar Utara 4 dan 6.

Ia berpunca daripada kekurangan bekalan gas dari depot di Lembah Klang manakala pembekal di bandar lain enggan menghantar gas ke kawasan itu dengan jumlah kecil kerana terletak di luar operasi bekalan masing-masing.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati kedai Felda DMart yang terletak di Felda Lepar Utara 3, 9, 11, 1, 2 dan 4 turut menerima tempias apabila masing-masing cuma menerima penghantaran 60 tong gas dalam tempoh seminggu.

Ketua Kampung Felda Lepar Utara 3, Osman Shaari, 46, berkata, senario yang dialami penduduk di situ bermula sejak tiga bulan lalu dan keadaan semakin kritikal pada Disember tahun lepas.

Bekalan gas dari pembekal di Bandar Tun Razak, Jengka yang terakhir ke kawasan ini adalah pada awal tahun ini dan sehingga kini kami terputus bekalan.

Kami memohon pembekal di bandar Jerantut menghantar bekalan gas memasak, tetapi mereka enggan kerana di luar kawasan operasi mereka, katanya kepada pemberita di sini semalam.

Seorang peneroka Felda Lepar Utara 8, Sulaiman Nayan, 62, berkata, keadaan semakin kritikal sejak awal Januari lalu dan ia menjejaskan pendapatan peniaga kedai makan di kawasan itu.

Peniaga terpaksa memberhentikan jualan berikutan ketiadaan gas memasak di pasaran, katanya.

Dia meminta kerajaan negeri memulihkan kemelut berkenaan dengan membenarkan ramai pembekal menghantar gas memasak ke kawasan berkenaan.

Seorang peniaga kedai makan, Fatimah Jaafar, 48, berkata, bekalan tiga tong gas masih tidak mencukupi dan terpaksa berbelanja lebih untuk memperoleh gas memasak di bandar Jerantut sejauh 80 kilometer dari Gugusan Felda Lepar Utara.

Harga setong gas seberat 12 kilogram adalah RM23.50 dan akan meningkat sebanyak RM24.70 apabila dijual di kawasan ini akibat ketidakcukupan bekalan dan ia menyusahkan penduduk, katanya.

Dia menambah, penduduk terpaksa memunggah menggunakan kereta dengan dikenakan caj sehingga RM80 untuk dua tong gas termasuk membayar sewa kereta untuk ke Bandar Tun Razak, Jengka dan Jerantut bagi mendapatkan bekalan.

Dipetik dari Utusan Malaysia

felda gedangsa - Google Blog Search

Posted by Admin

felda gedangsa - Google Blog Search


<b>felda gedangsa</b> - Google Blog Search | WARGA FELDA

Posted: 18 Mar 2013 12:00 AM PDT

<b>felda gedangsa</b> - Google Blog Search | WARGA FELDA

Posted: 18 Mar 2013 11:37 PM PDT

100000 ahli GWGF sedia gempur pembangkang di <b>Felda</b> - yang benar

Posted: 18 Mar 2013 08:00 AM PDT

  • BERA, PAHANG: Gabungan Wawasan Generasi Felda (GWGF) akan menggerakkan lebih 100,000 ahlinya ke 317 tanah rancangan FELDA di seluruh negara tidak lama lagi bagi membantu Barisan Nasional (BN) mempertahankan kerajaannya.
  • Pengerusinya Tan Sri Rozali Ismail berkata, beliau sudah mengadakan perbincangan dengan 14 pemimpin gabungannya dan bersedia pada bila-bila masa untuk `menggempur' pembangkang menjelang pilihan raya umum tidak lama lagi.
  • GWGF memilih Felda sebagai medan tempurnya buat kali pertama, sesuai dengan ikrar ketika diterima secara rasmi menjadi sekutu BN beberapa tahun lalu dan berjanji untuk memastikan semua warga Felda di 317 tanah rancangan akan menyokong calon BN serta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
  • "Darah yang mengalir ini adalah darah ibu bapa kami yang dipilih menjadi peneroka tanah pertanian Felda sejak Allahyarham Tun Razak membuka ladang secara besar-besaran pada tahun 70an.
  • "Sebagai tanya syukur kepada jasa Allahyarham dan anaknya yang kini menerajui kepimpinan negara, GWGF bersedia untuk memberi sokongan padu kepada semua wakil BN dicalonkan pada PRU13 nanti.
  • "Kita akan gerakkan lebih 100,000 ahli untuk berkempen di seluruh tanah rancangan Felda bagi memastikan kemenangan BN yang diterajui oleh UMNO," tegas Tan Sri Rozali ketika berucap di majlis pelancaran projek menaik taraf bekalan air Pahang di Felda Purun baru-baru ini.
  • Perasmiannya disempurnakan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Pengguna, Dato Sri Ismail Sabri Yaakob. Turut hadir Timbalan Pengerusi GWGF Dato Abdullah Abu Bakar dan Setiausahanya Kamarulzaman Mohamed.
  • Tan Sri Rozali yang juga anak Felda Gedangsa di Selangor berkata, sesuai dengan tema projek gerak gempur GWGF "Bersatu Kita Untukmu FELDA", pihaknya sedang menyusun strategi kempen membantu BN dan akan menggempur pembangkang tidak lama lagi.
  • GWGF disertai Persatuan Peneroka Felda, Persatuan Penerokawati Felda, Dewan Perniagaan Generasi Felda, Pertubuhan Kebudayaan dan Kesenian Felda, Persatuan Anak Peneroka Luar Negara, Persatuan Sukan Bermotor GWGF, Yayasan Pembangunan Generasi Felda, Pertubuhan Kontraktor Generasi Felda, Pertubuhan Generasi Felda Universiti, Pertubuhan Silat Generasi Felda, Pertubuhan Imam Muda Felda, Kelab Storm Riders dan  Persatuan Peguam Generasi Felda.
  • Menurutnya, GWGF tidak akan mengizinkan pembangkang meracuni minda peneroka dan generasi baru Felda semata-mata kerana agensi itu mengalami masalah dalaman yang kecil.
  • "Jika ada sedikit masalah dalaman Felda, mengapa sampai nak ubah kerajaan sedia ada?. Apakah janji pembangkang untuk masyarakat Felda boleh diyakini? Ini soal anak cucu bangsa Melayu yang mewarisi pertanian di negara ini," katanya.
  • Tan Sri Rozali membawa kemelut di Felda Selangor sebagai contoh untuk perhatian rakyat Malaysia: "Sebelum ini GWGF pernah mencadangkan satu projek perumahan untuk generasi baru Felda di Selangor. Projek itu dilancarkan sendiri oleh Perdana Menteri beberapa tahun lalu.
  • "Malangnya kerajaan pembangkang Selangor di bawah Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak mahu meluluskan tanah untuk projek perumahan itu sehingga sekarang ini, mengakibatkan ramai generasi baru Felda di Selangor tidak menikmati kemudahan itu," katanya.
  • Katanya, projek di Selangor itu adalah sebahagian daripada usaha kerajaan persekutuan untuk membangunkan perumahan bagi anak-anak peneroka Felda di seluruh negara dengan belanja yang dianggarkan bernilai kira-kira RM2 billion.
  • Tan Sri Rozali berkata, situasi pembangunan di Selangor jauh lebih buruk berbanding Pahang kerana pemimpin Pakatan Rakyat tidak serius melaksanakan pembangunan, sebaliknya cukup sibuk mewujudkan perbalahan dan perselisihan di kalangan rakyat.
  • Untuk itu, beliau menyeru seluruh warga peneroka, kakitangan dan generasi baru Felda di seluruh negara agar bersatu padu menyokong BN dan Perdana Menteri pada PRU13 dan pilihan raya seterusnya.
  • Dalam perkembangan yang sama, Dato Sri Ismail Sabri Yaakob yang juga Ahli Parlimen Bera memberitahu pemberita bahawa Pakatan Rakyat semakin goyah di seluruh negara menjelang PRU 13 kerana mereka tidak mempunyai prinsip perjuangan yang sama.
  • Menurutnya, media sudah melaporkan pertelagahan serius di antara pemimpin PAS, DAP dan PKR di beberapa negeri termasuk Johor, Selangor, Perak dan Kedah sebagai tanda kemusnahan persepakatan itu tidak lama lagi.
  • Katanya, sejak pembangkang bersepakat dalam pilihan raya umum, mereka tidak pernah mahu menggunakan satu lambang, malahan gabungan itu juga tidak pernah didaftarkan. Ini kerana mereka mempunyai matlamat berbeza dan berniat mahu menang pilihan raya saja.

Blog Felda: <b>felda gedangsa</b> - Google Blog Search

Posted: 18 Feb 2013 12:00 AM PST


Blog Felda: <b>felda gedangsa</b> - Google Blog Search

Posted: 18 Feb 2013 12:00 AM PST


Persandingan Norazlina & Mohd Farash di <b>Felda Gedangsa</b>, KKB.

Posted: 18 Feb 2013 11:42 PM PST

Ahad, 10hb Februari 2013, Kami dijemput untuk bekalkan Pengacara Majlis, peralatan pa system dan karaoke set di Persandingan Norazlina & Mohd Farash di Felda Gedangsa, Kuala Kubu Baharu.

Utusan Online - Jenayah

Posted by Admin

Utusan Online - Jenayah


Aimi sesak nafas sebelum ajal

Posted: 31 May 2013 12:05 PM PDT

Oleh NORLIZA MOHAMAD ZAKARIA
utusanmelaka@utusan.com

Mohamad Sahak (dua dari kiri) dan isterinya, Maimunah Ismail (dua kanan) tidak dapat menahan sedih sambil ditenteramkan ahli keluarga dan anaknya, Abu Suffian Mohammad (tengah) sebaik sahaja keluar dari bilik mayat untuk menuntut jenazah anak perempuannya, Aimi Hamizah Mohamad (gambar kecil) di Hospital Melaka, semalam.

MELAKA 31 Mei - Remaja perempuan berusia 14 tahun yang ditemui mati dalam semak berhampiran tempat pembuangan sampah di Kampung Solok Gaung, Ayer Molek di sini kelmarin dipercayai mengalami sesak nafas sebelum meninggal dunia.

Aimi Hamizah Mohamad ditemui mati oleh sekumpulan remaja kampung yang bermain bola sepak di kawasan lapang berhampiran lokasi kejadian pada pukul 7 malam.

Timbalan Ketua Siasatan Jenayah negeri, Supritendan R. Gunarajan berkata, remaja itu dikatakan tidak pulang ke rumah selepas tamat kelas mengaji al-Quran pada pukul 7.40 malam Isnin lalu ditinggalkan oleh seorang remaja lelaki berusia 17 tahun dipercayai kekasihnya di kawasan itu selepas gagal memberi bantuan kecemasan.

Susulan penemuan mayat Aimi Hamizah kelmarin, remaja lelaki yang ditahan pada pukul 3.30 petang semalam telah diambil keterangan dan direman selama tujuh hari mulai hari ini bagi membantu siasatan.

"Menurut keterangan remaja lelaki itu, dia dan Aimi Hamizah pergi ke kawasan itu menaiki sebuah motosikal milik keluarganya kira-kira pukul 9 malam.

"Remaja lelaki itu mendakwa, rakannya itu mengalami sesak nafas dan dia cuba memberi bantuan pernafasan (CPR) tetapi gagal menyelamatkannya.

"Akibat panik, dia kemudian meninggalkan rakannya bersendirian di kawasan kejadian," katanya.

Akhbar hari ini melaporkan, remaja perempuan itu ditemui terlentang atas sekeping papan lapis dan masih lengkap berpakaian baju kurung warna merah jambu ketika keluar rumah pada hari kehilangannya.

Menurut Gunarajan, siasatan awal mendapati, tiada sebarang kesan kecederaan malah barang kemas yang dipakai masih ada di tubuh remaja itu.

Katanya, berikutan tiada sebarang kecederaan pada tubuh mangsa termasuk kesan rogol, polis percaya bahawa remaja perempuan itu pergi ke kawasan itu secara sukarela.

Polis turut menemui sebuah beg mengandungi dua buku dan sebuah telefon bimbit dipercayai milik remaja perempuan itu yang ditinggalkan di sebuah surau berhampiran.

Bagaimanapun, Gunarajan berkata, bedah siasat yang dijalankan pagi ini gagal mengesan punca sebenar kematian Aimi Hamizah berikutan keadaan mayat yang membusuk dan mula mereput.

Katanya, polis akan menyiapkan kertas siasatan dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Serang pembantu khas diraja: Dua warga Malaysia ditahan

Posted: 31 May 2013 12:05 PM PDT

ALOR SETAR 31 Mei - Polis Thailand menahan dua lelaki Malaysia bagi membantu siasatan kes samun dan mencederakan pembantu khas Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah dalam kejadian di sebuah resort lima bintang di Phuket pada Rabu lalu.

Lelaki berusia lingkungan 40-an terbabit ditahan bersama tiga lagi individu yang mana dua daripadanya merupakan isteri mereka dan seorang lagi lelaki warga tempatan kira-kira pukul 3 petang di pekan sempadan Danok berhampiran Bukit Kayu Hitam semalam.

Pegawai Penyiasat Kanan Polis Daerah Sadao, Mejar Phaiphana Phetyen berkata, bertindak atas maklumat rakan sejawat mereka di Phuket, sepasukan polis menyerbu sebuah hotel dan menahan salah seorang lelaki warga tempatan di Pekan Danok.

"Susulan tangkapan itu, polis kemudian melancarkan gerakan dan menahan empat lagi individu terdiri daripada dua lelaki warga Malaysia dan masing-masing dua wanita warga Thailand dipercayai isteri kepada suspek terbabit.

"Polis turut menemukan wang tunai 14,000 Baht (RM1,432) dan wang Malaysia berjumlah RM500 serta sebuah kereta Honda Civic yang dipercayai digunakan suspek untuk melarikan diri selepas menyerang mangsa di Phuket pada 28 Mei lalu," katanya ketika dihubungi hari ini.

Rabu lalu, pembantu khas terbabit, Mohd. Sobri Said cedera dipukul empat lelaki ketika memasuki bilik kediaman di resort berkenaan kira-kira pukul 10 malam.

Difahamkan, bilik hotel tersebut sepatutnya didiami oleh Tunku Annuar tetapi Mohd. Sobri menyarankan agar menukar bilik dengannya bagi mengelak kejadian tidak diingini.

Tunku Annuar yang merupakan adinda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berada di Phuket sejak 27 Mei lalu bagi menghadiri persembahan sebuah taman tema. Rombongan berkenaan menempah 10 bilik hotel di Patong Millennium Resort.

Phainapha berkata, berdasarkan siasatan awal, seramai tiga lagi warga Malaysia yang dipercayai terlibat dalam kes tersebut meloloskan diri melalui Bukit Kayu Hitam awal pagi semalam.

"Motif serangan masih dalam siasatan tetapi polis tidak menolak kemungkinan ada kaitan dengan dendam peribadi antara suspek dengan mangsa," katanya.

Sementara itu, Pengelola Bijaya Diraja dan Ketua Setiausaha Sulit Sultan Kedah, Datuk Syed Unan Mashri Syed Abdullah ketika dihubungi berkata, Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah dan rombongan berangkat pulang dengan pesawat Malaysia Airlines dari Phuket ke KLIA kira-kira pukul 4.30 petang semalam.

"Baginda juga pulang ke Alor Setar petang ini dan dijadualkan menghadiri majlis jamuan teh sempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong di Kediaman Menteri Besar Kedah di Seri Mentaloon, Anak Bukit esok.

"Selain itu, semua ahli rombongan termasuk Mohd. Sobri juga telah pulang dengan selamat ke Alor Setar semalam," katanya.

felda chini - Google Blog Search

Posted by Admin

felda chini - Google Blog Search


PAS DUN CHINI: ANWAR DI <b>FELDA CHINI</b> 1

Posted: 25 Apr 2013 10:33 AM PDT

 Ribuan yang hadir dalam ceramah Anwar di Felda Chini 1 malam ini... Sepatutnya malam ini Debat antara Anwar dengan Najib tetapi Najib gagal untuk hadir  menyebabkan Anwar menukar tajuk kepada ceramah sahaja...sedia maklum Felda gugusan Chini kebelakangan ini di cop sebagai kubu kuat najib tetapi dengan hadiran yang malam  ini BN kena berfikir dua kali untuk mengatakan ini kubu umno...
 Kehadiran malam ini bukan hanya dihadiri oleh penyokong PR sahaja sebaliknya ramah orang-orang umno hadir sama ..Semoga kebenaran akan membuka hati mereka kepada jalan yang Allah sukai...
 Tidak ada provokasi berlaku pada malam ini yang pada mulanya kita jangka ada sekatan atau kekecohan dari pehak lawan....Segalanya berjalan dengan lancar sekali.

felda lok heng - Google Blog Search

Posted by Admin

felda lok heng - Google Blog Search


<b>felda lok heng</b> - Google Blog Search | WARGA FELDA

Posted: 14 Mar 2013 09:11 PM PDT

Dari kiri: Ketua Peneroka Felda Bukit Waha, Ab Aziz Abu Bakar, Ketua Peneroka Felda Aping Barat, Husin Japar dan Ketua Peneroka Felda Lok Heng Selatan, Mohammad Bakar.

Dari kiri: Ketua Peneroka Felda Bukit Waha, Ab Aziz Abu Bakar, Ketua Peneroka Felda Aping Barat, Husin Japar dan Ketua Peneroka Felda Lok Heng Selatan, Mohammad Bakar.

KOTA TINGGI – Ketua peneroka dari lapan tanah rancangan Felda di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Sedili di sini menghantar memorandum untuk menghalang ceramah politik pembangkang diadakan di kawasan mereka.

Lapan kawasan terbabit ialah Felda Lok Heng Selatan, Felda Lok Heng Barat, Felda Lok Heng Timur, Felda Aping Barat, Felda Aping Timur, Felda Simpang Waha, Felda Bukit Waha dan Felda Easter.

Memorandum diserahkan kepada Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Che Mahazan Che Aik di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi pada satu perjumpaan semalam.

Ketua Peneroka Felda Lok Heng Selatan, Mohammad Bakar berkata, memorandum itu mewakili suara semua penduduk termasu persatuan belia, Gerakan Persatuan Wanita (GPW) serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang ada dalam kampung berkenaan.

Menurutnya, penduduk kampung berkenaan sudah sebulat suara bersetuju dalam mesyuarat kampung untuk menolak sekerasnya kehadiran pembangkang di kampung mereka.

"Selama ini kita telah memberi peluang kepada mereka mengadakan ceramah dalam kawasan gugusan ini. Kini, tempoh mereka telah tamat, malah kita tidak mahu mereka datang ke kawasan kampung kami lagi.

"Tambahan pula kita takut jika kehadiran mereka nanti akan mencetuskan provokasi dan seterusnya mencetuskan suasana yang tidak aman," katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Ketua Peneroka Felda Aping Barat, Husin Japar berkata, kehadiran pembangkang tidak memberikan manfaat kepada penduduk, sebaliknya sekadar menyebar perkara yang tidak benar.

Menurutnya, setiap kali ceramah pembangkang diadakan, hanya beberapa orang penduduk tempatan yang hadir di mana selebihnya adalah orang luar.

"Kita takut berlaku pergaduhan. Tambahan pula, yang hadir ke ceramah mereka adalah penduduk luar. Oleh itu, penduduk kampung di sini telah bersepakat dan bersetuju untuk menyerahkan memorandum ini kepada pihak berkuasa," katanya.

Sementara itu, Ketua Peneroka Felda Bukit Waha, Ab Aziz Abu Bakar berkata, penduduk Felda kini telah menerima pelbagai manfaat dan kesenangan hasil daripada pemerintahan kerajaan sedia ada pada hari ini.

Beliau berkata, peneroka juga sudah tidak perlu berhempas pulas tenaga mencari rezeki, sebaliknya hanya duduk di rumah menikmati hasil yang selama ini diusahakan.

"Penduduk di sini semua bersyukur dengan kemudahan yang mereka peroleh sekarang. Malah jika boleh, kita mahu mencegah anasir luar yang cuba membawa fitnah kepada penduduk.

"Kita tidak mahu kehadiran mereka dalam kawasan kampung kami akan meninggalkan pengaruh negatif kepada penduduk," katanya.- Sinar Harian

felda trolak - Google Blog Search

Posted by Admin

felda trolak - Google Blog Search


Kolej Yayasan <b>Felda Trolak</b> Campus | hikaru2000

Posted: 27 Apr 2013 04:06 AM PDT

SUNGKAI 13 Mac - Kolej Integrasi Ilmu (Kini) Trolak, di sini yang dibuka sejak 2006 telah dijenamakan semula dan dikenali sebagai Kolej Yayasan Felda Kampus Trolak.

Kolej tersebut yang menawarkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) di bawah Kementerian Sumber Manusia.

Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad berkata, kolej yang dinaungi dan diuruskan oleh Yayasan Felda dengan kerjasama Felda Prodata Systems Sdn. Bhd. itu telah berjaya melatih lebih 1,000 warga generasi baru Felda dan bukan Felda.

"Tujuan kita menjenamakan semula Kolej Yayasan Felda ini adalah untuk menimbulkan keyakinan kepada anak- anak kita untuk belajar di sini.

"Di samping itu, kita ada juga kerjasama dengan City and Guilds, sebuah institusi pendidikan yang berusia lebih 100 tahun di London, United Kingdom (UK)," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyempurnakan majlis graduasi sesi 2/2012 dan penjenamaan Kolej Yayasan Felda Kampus Trolak di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Felda Kampus Tun Abdul Razak di sini hari ini.

Yang turut hadir ialah Pengarah Urusan merangkap Ketua Eksekutif Yayasan Felda, Datuk Dr. Emel Faizal Mohd Mokhtar.

Dalam pada itu, Mohd Isa berkata, bermula tahun ini, logo Kolej Yayasan Felda turut akan dipamerkan bersama pada sijil kursus yang diiktiraf oleh City and Guilds.

Beliau berkata, pengiktirafan tersebut akan meliputi kesemua kursus kemahiran ditawarkan di Kolej Yayasan Felda yang lulus penilaian badan latihan vokasional bertaraf dunia.

"Dari segi masa panjang, kita merancang memperkenalkan kursus baharu serta peningkatan piawaian silibus pengajian. Di kampus Trolak misalnya, kita lebih banyak memfokuskan bidang komputer sementara di kampus Raja Alias pula lebih kepada dandanan rambut dan jahitan," katanya.

Felda sungai lui - Google Blog Search

Posted by Admin

Felda sungai lui - Google Blog Search


<b>Felda sungai lui</b> - Google Blog Search | WARGA FELDA

Posted: 17 May 2013 12:00 AM PDT

Kawasan petempatan Felda merupakan blok sokongan terkuat Umno-BN selepas kawasan kampung-kampung tradisi Melayu luar bandar. Ini perkara hakikat yang wajib dan wajar diterima oleh Pakatan Rakyat khususnya di Negeri Sembilan. 

Berbeza dengan Seremban, Rasah dan Telok Kemang yang diliputi oleh 55-70 peratus kawasan perbandaran, sub-bandar dan perindustrian. Ia menjadi 'kubu kuat' kepada Pakatan Rakyat sejak PRU 2008 lalu dan ia juga hakikat yang wajib dipertahankan oleh Pakatan Rakyat agar tidak terlepas dikuasai kembali oleh Umno-BN.

Terbukti melalui keputusan PRU 2008 di beberapa dun yang mempunyai kawasan Felda seperti Chennah, Pertang, Sungai Lui, Serting, Palong, Jeram Padang, Gemas, Gemencheh dan Senaling membantu meningkatkan undi Umno-BN. Sebagaimana yang dinyatakan di atas, undi pemilih kawasan Felda adalah 'fix-deposit' kepada Umno-BN. 

Secara umum di Negeri Sembilan, Keadilan dan Pas bertanding di kawasan-kawasan Felda ini (kecuali Chennah). Pas telah berpengalaman bertanding di kawasan-kawasan ini sejak PRU 1964 lagi. Kebanyakan kawasan Felda dalam Negeri Sembilan dibuka seawal tahun 1963.

Sebelum PRU 1964, ada beberapa dun Negeri Sembilan seperti Gemas, Labu dan Pertang tidak wujud kawasan petempatan Felda. Malah pada PRU 1959, dun-dun ini telah dimenangi oleh calon-calon dari Front Sosialis dan Bebas. Secara strategi jangka panjang, kewujudan petempatan Felda di dun-dun tersebut selepas tahun 1963 telah 'membunuh' blok sokongan Front Sosialis melalui peningkatan undi-undi dari para peneroka Felda yang majoritinya adalah kaum Melayu. 

Secara purata, undi popular yang diperolehi oleh PR di kawasan-kawasan Felda ini adalah sekitar
23-36 peratus. Namun begitu, jika dipecahkan peratus sokongan mengikut parti bertanding angkanya agak berbeza.

Pada PRU 2008 lalu, Keadilan bertanding di Labu, Palong, Jeram Padang dan Pertang. Kesemua dun ini mempunyai daerah mengundi kawasan Felda. Palong satu-satunya dun yang terdiri daripada 100 peratus daerah mengundi kawasan Felda. Ia adalah satu ukuran sebenar dan agak tepat untuk dijadikan penilaian tahap sokongan dan penerimaan masyarakat Felda kepada PR.

Dun Palong khususnya mempunyai sembilan daerah mengundi. Kawasan ini juga tidak mempunyai undi pos. Ia merupakan antara blok sokongan terkuat Umno di Jempol dan Negeri Sembilan. Walaubagaimanapun, ada beberapa analisa yang wajar diambil perhatian oleh PR Negeri Sembilan. 

Antaranya adalah walaupun kawasan ini adalah 100 peratus kawasan petempatan Felda, namun Keadilan memperolehi undi popular serendah 22 peratus dan setinggi 42 peratus! Ia membuktikan akar sokongan kepada PR sememangnya wujud di Palong walaupun di tengah-tengah kubu kuat Umno. Malahan perolehan undi popular Keadilan tidak jatuh di bawah paras 20 peratus. Itu asas kuat bahawa bukan semua kawasan Felda menolak pengaruh PR.

Ada beberapa kawasan Felda yang boleh dianggap kritikal (kawasan hitam) kepada PR jika dinilai melalui perolehan undi popularnya di bawah 20 peratus. Antara kawasan tersebut adalah Bukit Rokan Barat (dun Jeram Padang) dengan undi popular diperolehi oleh Keadilan hanya 4.75 peratus sahaja atau 27 undi daripada 569 undi. Ada pengecualian di kawasan ini kerana calon Keadilan yang diletakkan di Jeram Padang adalah dari kaum India. Namun itu tidak menjadi isu besar kerana BN meletakkan calon MIC di sini!

Kawasan lain adalah; (nama kawasan)/dun+ parti/undi popular;

1. Felda Kepis (dun Senaling/ PAS)-Undi Popular: 11.81%
2. Felda Jelai 1 & 3 (dun Gemas/PAS)-Undi Popular: 14.43%

3. Felda Jelai 2 & 4 (dun Gemas/PAS)-Undi Popular: 12.58%
4. Palong 1 (dun Jeram Padang/Keadilan)-Undi Popular: 18.08%


Lima kawasan Felda ini boleh dikataegorikan sebagai sukar kepada PR untuk ditembusi. Ada beberapa faktor yang menjadi kesukaran tersebut iaitu;

1. calon yang tidak berkredibiliti tinggi dan tidak diyakini oleh masyarakat Felda.
2. kurang gerak kerja seperti sentuhan pengundi, edaran risalah, program-program masyarakat
3. ketiadaan jentera di peringkat akar umbi di kawasan tersebut.
5. tiada gerak kempen semasa tempoh berkempen samada dari calon atau jentera pilihanraya.


Peluang

Pakatan Rakyat sebenarnya mempunyai peluang untuk meningkatkan sokongan daripada para pengundi kawasan Felda. Sekali lagi fakta ini diulang-sebut, pada PRU 2004 lalu di Dun Pertang calon Keadilan telah menang di Pasoh 4 dan ia merupakan satu-satunya kawasan felda yang dimenangi oleh pembangkang di Negeri Sembilan. Keadilan memperolehi undi popular 52.58 peratus!

Calon Keadilan ketika itu, saudara Shahril Zakaria (kini Naib Ketua 1 Cabang Jelebu) telah memperolehi sebanyak 387 undi berbanding calon Umno-BN yang mendapat 336 undi dengan kelebihan kemenangan sebanyak 51 undi! Undi rosak adalah sebanyak 13 undi. 

Ketika itu, Pasoh 4 mempunyai 959 pemilih berdaftar. Jumlah keluar mengundi adalah 736 orang. 

Maklumat penggundian di Daerah Mengundi Pasoh 4 ketika itu adalah seperti berikut;

Jumlah Pemilih Berdaftar: 959
Jumlah Keluar Undi: 736 (76.75%)

Pecahan Undi: KEADILAN-387  BN-336

Saluran 1: KEADILAN-76     BN-217
Saluran 2: KEADILAN-311  BN-119

Majoriti: 51
Undi Rosak: 13

Sejarah tersebut dilihat mampu diulangi semula di kebanyakan kawasan felda khususnya di Dun Palong, Serting, Jeram Padang dan Pertang kerana berlaku gerakan pembelaan hak peneroka yang konsisten dijalankan sejak pertengahan 2009 lalu. 

Mengambil contoh di Palong, gerakan pembelaan peneroka khususnya berkaitan tanam semula pokok getah yang diketuai oleh mantan calon Keadilan, Rebin Birham di Palong 6 sejak tahun 2007 telah memberi impak kepada perolehan undi. Pada PRU 2008 lalu, beliau memperolehi undi popular 42 peratus di daerah mengundi Palong 6 dan ia merupakan perolehan tertinggi oleh calon PR yang bertanding dalam dun yang mempunyai kawasan Felda dalam Negeri Sembilan! Calon Pas di Dun Gemencheh turut mencatat perolehan undi popular kedua tertinggi iaitu 41.25 peratus di daerah mengundi Bukit Rokan.

Seandainya gerakan itu menjadi asas, maka tidak mustahil gerakan saman yang dilakukan oleh para peneroka di Felda Raja Alias, Serting Hilir, Pasoh dan Palong sekitar tahun 2010 hingga 2012 mampu diterjemahkan ke dalam bentuk undi. Sekiranya berlaku peningkatan 5 hingga 10 peratus undi, besar kemungkinan ada dun-dun terbabit bakal dimenangi oleh PR.

Jika dilihat data atas kertas dan sejarah pilihanraya, ada dun-dun tertentu dikira 'tiada harapan menang' kerana perolehan maksima undi peneroka felda kepada Umno-BN. Namun begitu ia bukan menjadi halangan kepada PR menghasilkan sesuatu yang luarbiasa. Dun Sungai Lui umpamanya dilihat dari segi sejarah pilihanrayanya merupakan kubu ampuh Umno yang sukar ditewaskan kerana perolehan majoriti yang selesa hatta semasa tempoh kritikal Umno (PRU 1990, 1999 & 2008). Ia ibarat jika BN letak 'kambing' pun boleh menang!

Akan tetapi agak menarik sebenarnya bahawa dun Sungai Lui mampu dimenangi PR kerana undi popular Pas di daerah-daerah mengundi kawasan Felda tidak kurang daripada 21 peratus. Ada beberapa daerah mengundi yang mencatat perolehan undi popular Pas mencecah 30 peratus ke atas iaitu;

1. Sungai Lui (31.52%)
2. Lui Selatan (30.46%)

Persoalannya, apakah PR mampu meningkatkan peratus sokongan sekurang-kurangnya mampu memberi tentangan sengit kepada Umno-BN? 

Pengundi muda (21-39 tahun) menjadi pemangkin utama dalam menentukan kemenangan di kawasan Felda. Peratusan kelompok ini sekitar 15-23 peratus dalam jumlah keseluruhan pemilih akan menjadi rebutan antara Umno-BN dan PR. Jika di kawasan bandar, sub-bandar dan perindustrian kelompok ini dilihat condong kepada PR kebanyakannya, namun di kawasan Felda kelompok ini agak sukar dipastikan kecenderungan pilihan politik mereka. Sudah pastinya, Umno-BN masih mencengkam dan 'memiliki' undi-undi orang muda ini.

Raja Alias

G. Musang

J. Bahru

Terengganu

A. Setar