Utusan Online - Politik
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Politik |
Posted: 29 May 2013 11:15 AM PDT Oleh MOHD. AZRAIE MD. YUSOF Paul Low Seng Kwan, Mary Yap, Mohamed Mustafa Ishak KUALA LUMPUR 29 Mei - Persekutuan Persatuan-persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) perlu menerima pelantikan dua menteri Kabinet daripada kaum Cina, Senator Datuk Paul Low Seng Kwan dan Datuk Mary Yap Kain Ching secara terbuka kerana pelantikan itu dibuat atas dasar kredibiliti. Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa, Majlis Profesor Negara, Prof. Datuk Dr. Mohamed Mustafa Ishak berkata, pelantikan tersebut juga adalah bayaran kepada persatuan ekstremis Cina itu kerana menolak calon-calon MCA dan Gerakan pada Pilihan Raya Umum Ke-13. Kebanyakan kaum Cina menyokong DAP pada pilihan raya umum lalu dan menolak hampir sebahagian besar calon MCA dan Gerakan yang kebanyakannya berkaliber untuk diangkat sebagai menteri. Jadi, kedua-dua calon itu adalah pilihan terbaik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selepas wakil MCA dan Gerakan menolak untuk berada dalam Kabinet, katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. Beliau mengulas laporan akhbar Cina, Nanyang Siang Pau semalam berhubung kebimbangan Dong Zong dengan pelantikan dua menteri berketurunan Cina itu dalam Kabinet kerana mereka tidak fasih berbahasa Mandarin. Menurut Dong Zong, kedua-dua pemimpin yang hanya menamatkan sekolah Cina separuh jalan tersebut, tidak mungkin dapat mewakili mereka secara efektif sekali gus tidak layak digelar wakil kaum itu. Paul yang juga Presiden Transparency International Malaysia dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri manakala Mary (Ahli Parlimen Tawau daripada Parti Bersatu Sabah) diangkat sebagai Timbalan Menteri Pendidikan I. Mengulas lanjut mengenai kebimbangan Dong Zong itu, Mohamed Mustafa berkata, fasih berbahasa Mandarin bukan syarat untuk melayakkan seseorang itu menjadi menteri. Katanya, satu-satunya bahasa yang semua warga negara ini wajib fasih adalah bahasa Melayu yang merupakan bahasa kebangsaan. Dong Zong tidak sepatutnya mempertikaikan keputusan Perdana Menteri itu. Mereka mendapat apa yang layak mereka dapat, jadi mereka harus terima. Kerajaan pula tidak perlu lagi melayan kerenah mereka ini. Banyak bantuan telah disalurkan kepada sekolah Cina tetapi berapa banyak daripada mereka ini yang menyokong kerajaan, soal beliau. |
'Buang masa saya layan kritikan' Posted: 29 May 2013 11:15 AM PDT PUTRAJAYA 29 Mei - Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Mary Yap Kain Ching tidak akan melayan kritikan dua buah pertubuhan Cina yang mempersoalkan kekurangannya yang tidak fasih bertutur dalam bahasa Mandarin. Katanya, pertubuhan terbabit berhak menyuarakan apa sahaja, namun tindakan tersebut tidak akan mengganggu tumpuan kerja dan tanggungjawab yang diamanahkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kepadanya. Biarlah mereka nak kata apa pun kerana itu adalah hak mereka dan saya fikir tidak perlulah lagi saya layan kerana sudah banyak kali saya menjawab isu tersebut. Lagipun, mereka juga tidak adil kepada saya kerana tidak memberi peluang kepada saya untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diberikan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Bagaimanapun, Mary Yap berkata, beliau tetap bersikap terbuka sekiranya mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Cina, termasuk yang mempertikaikan pelantikannya itu ingin mengadakan perbincangan tentang sekolah dan pendidikan Cina. Saya bukan Timbalan Menteri Pendidikan untuk sekolah Cina sahaja tetapi semua aliran sekolah yang ada di negara ini," katanya. Baru-baru ini, pertubuhan Cina yang ekstrem, Hua Zhong dan Dong Zong mendakwa kekurangan Mary Yap yang tidak memahami bahasa Mandarin dengan baik memungkinkan pendidikan Cina di negara ini tidak dipedulikan. Mary Yap menegaskan, meskipun beliau tidak fasih berbahasa Mandarin, kekurangan itu bukan penghalang untuknya memahami sistem pendidikan Cina. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Politik To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |