Utusan Online - Luar Negara
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Luar Negara |
Pejabat Palang Merah Antarabangsa diserang, seorang pengawal terbunuh Posted: 29 May 2013 10:09 AM PDT JALALABAD, Afghanistan 30 Mei - Seorang pengawal keselamatan terbunuh selepas sekumpulan militan melancarkan serangan ke atas sebuah pejabat Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) di sini semalam. Jurucakap kerajaan wilayah Jalalabad, Ahmad Zia Abdulzai berkata, serangan itu bermula apabila seorang pengebom berani mati meletupkan diri di pagar bangunan tersebut sebelum beberapa militan menceroboh masuk pejabat ICRC. Katanya, pertempuran turut meletus antara pasukan keselamatan Afghanistan dengan militan terbabit selama sejam. Dalam pada itu, Timbalan Polis Jalalabad, Masoum Khan Hashimi berkata, tujuh pekerja asing ICRC berjaya dikeluarkan dari bangunan itu dan dua militan telah dibunuh. Pasukan keselamatan masih mengepung bangunan itu dan melakukan pemeriksaan untuk memastikan tiada lagi militan yang bersembunyi di dalamnya," katanya. - AFP |
Taiwan lancar unit perang siber kekang ancaman penggodam Posted: 29 May 2013 10:08 AM PDT TAIPEI 30 Mei - Tentera Taiwan akan melancarkan unit perang siber yang keempat untuk menangani ancaman keselamatan daripada penggodam China. Akhbar tempatan United Evening News semalam melaporkan, unit baharu itu dijadualkan dibuka pada 1 Julai depan dan akan dikerah mengekang serangan siber terhadap laman web kerajaan. Penubuhan unit tersebut merupakan yang keempat dilaksanakan oleh tentera Taiwan bagi menjalankan misi perang siber dan berkaitan maklumat. Laman-laman web kerajaan Taiwan sebelum ini sering menjadi sasaran penggodam dari China, terutamanya apabila kedua-dua negara terlibat dalam konflik. - AFP |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Luar Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |