Harian Metro: BeritaUtama
Posted by Tanpa Nama
Harian Metro: BeritaUtama |
Enam lagi mangsa bot karam selamat Posted: 30 May 2013 11:00 AM PDT BELAGA: Lima lagi mangsa bot ekspres Kawan Mas yang karam di Tanjung Giam Bungan, Sungai Rajang di sini, Selasa lalu, yang disenaraikan hilang sebelum ini ditemui selamat dan sudah balik ke rumah panjang masing-masing. Mereka dikenali sebagai Anuar Margaret, Mejerin Bantan, Ricky Sunus, Welson Lat dan Wesly Belaja Nelson. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Belaga, Liwan Lagang, berkata semua yang terselamat itu sudah membuat laporan di Balai Polis Kapit, semalam. Dua lagi iaitu Akong Empam dan Hendry Linggi juga sudah disahkan selamat dan sudah berada di kediaman masing masing. PASUKAN mencari dan menyelamat di Sungai Belaga, semalam.
Mayat mangsa, Tujok Lah, 44, yang berasal dari Nanga Merit, Kapit, ditemui terapung berhampiran rumah panjang Uma Tevok oleh penduduk kampung dan pasukan mencari serta menyelamat pada jam 7 pagi. Pegawai Medan Operasi yang juga Ketua Polis Daerah Belaga Deputi Superintendan Bakar Sebau berkata, mayat berkenaan kini dihantar ke Klinik Kesihatan Belaga untuk bedah siasat. "Itu mayat pertama yang kita jumpa setakat ini dan ahli keluarga mangsa sudah pun dimaklumkan mengenai penemuan itu," katanya kepada pemberita di sini, semalam. Katanya, setakat ini operasi mencari mangsa lain yang dilaporkan hilang diteruskan pasukan penyelamat, sementara menunggu tongkang yang mempunyai kemudahan kren tiba di lokasi kejadian. "Apa yang boleh saya katakan setakat ini, 191 mangsa bot karam itu selamat dan lima belum ditemui. Ini maklumat rasmi yang kita terima setakat ini sehingga jam 10.20 pagi ini," katanya. Bakar mengingatkan penduduk di sepanjang pinggir Sungai Rajang supaya mengambil langkah berjaga-jaga memandangkan air dari empangan hidroelektrik Bakun dilepaskan untuk menaikkan paras sungai. Langkah itu, katanya, perlu untuk memudahkan kerja mengangkat bot ekspres karam itu selain memudahkan pemeriksaan sama ada terdapat mayat yang terperangkap di dalamnya. Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/31 |
Posted: 30 May 2013 11:00 AM PDT Melaka: "Arwah sempat mengajak saya berbuka puasa bersama, malah sebelum keluar mengaji, dia salam saya dan mencium ibunya berulang kali tidak seperti kebiasaan." Begitu kata Mohamad Sahak, 58, bapa Aimi Hamizah, 14, yang ditemui mati dalam semak di kawasan pembuangan sampah berhampiran tanah lapang di Kampung Solok Gaung, Ayer Molek, di sini, malam kelmarin. Mayat pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ayer Molek yang dilaporkan hilang sejak Isnin lalu itu dipercayai menjadi mangsa bunuh sebelum ditemui sekumpulan remaja yang bermain bola di kawasan berhampiran. Mohamad berkata, sebelum kejadian, anak bongsu daripada tiga beradik itu berjalan untuk mengaji di sebuah rumah kira-kira 200 meter dari rumah mereka pada jam 7.40 malam. ANGGOTA polis memeriksa tempat mayat arwah ditemui. JENAZAH arwah dibawa ke Hospital Melaka untuk bedah siasat.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/31 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |