{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Johor

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Johor


Kebun getah dilanda ribut

Posted: 31 May 2013 12:05 PM PDT

Oleh Mohamed Saari
utusanjohor@utusan.com.my

Norshida Ibrahim (dua dari kanan) melihat pokok getah di kebun Felcra Kampung Pauh Jabi yang tumbang dilanda ribut sambil diperhatikan oleh Salleh Mohamad (dua dari kiri), di Segamat, baru-baru ini.

SEGAMAT 31 Mei - Sebanyak 39 peserta Felcra Kampung Pauh Jabi mengalami kerugian selepas kebanyakan pokok getah yang menjadi sumber pendapatan mereka musnah dalam kejadian ribut kelmarin dengan kerugian dianggar mencecah sebanyak RM1.6 juta.

Menurut Ketua Kampung Sermin 2, Salleh Mohamad, dianggarkan kira-kira 4,000 pokok getah berusia lima hingga tujuh tahun musnah dalam kejadian itu berdasarkan nilai semasa pokok getah kira-kira RM400 hingga RM450 sebatang.

"Saya tidak menyangka berlaku kemusnahan teruk di kebun peserta kerana kampung yang terletak tidak jauh dari kawasan itu hanya berlaku hujan dan angin pun tidak kencang.

"Tetapi rupanya ribut di kawasan kebun memusnahkan sebahagian besar pokok getah yang menjadi punca pendapatan mereka selama ini. Ini merupakan kali pertama kejadian ini berlaku di tanah rancangan ini sejak dibuka pada 1972," katanya ketika ditemui di sini kelmarin.

Sementara itu, Pembantu Pertanian RISDA Segamat, Mohd. Zulfaka Mahzan menasihatkan peserta yang terlibat membuat laporan di Pejabat RISDA Daerah Segamat bagi tujuan dokumentasi dan memudahkan tindakan selanjutnya dilakukan.

"Saya menasihatkan peserta menjual kayu getah yang tumbang kepada pihak yang berminat bagi menampung kerugian sebelum sebarang bentuk bantuan dapat disalurkan pihak berwajib. RISDA secara dasarnya sedia menghulurkan bantuan terutama dalam penanaman semula pokok baharu," katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Buloh Kasap, Norshida Ibrahim yang melawat tempat kejadian turut menasihatkan peserta terlibat berhati-hati semasa berurusan dengan pihak luar yang mahu membeli kayu getah kepunyaan mereka bagi mengelakkan ditipu.

"Peserta sebaiknya mendapat nasihat RISDA atau mendapat maklumat berhubung harga sebenar kayu getah di pasaran sebelum menjual kayu tersebut.

"Saya akan meneliti bentuk bantuan yang boleh disalurkan kepada mangsa dalam masa terdekat bagi meringankan beban mereka," katanya.

Kerja fizikal Sungai Segget bermula suku ketiga 2013

Posted: 31 May 2013 12:05 PM PDT

JOHOR BAHRU 31 Mei - Kerja-kerja fizikal bagi projek pembangunan semula Sungai Segget yang terletak di tengah-tengah bandar raya ini akan dimulakan dengan pembinaan loji rawatan kumbahan (STP) pada suku ketiga tahun ini disusuli kerja pembersihan sungai dan tebatan banjir.

Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA), Datuk Ismail Ibrahim berkata, STP memainkan peranan membersih air yang memasuki Sungai Segget sebelum dialirkan semula manakala usaha pembersihan dan tebatan banjir adalah langkah memperindah sungai itu.

"Menjelang suku ketiga atau keempat tahun ini, kita akan memulakan kerja membuka sungai tersebut dan akan melakukan pembersihan sungai dan tebatan banjir. Apabila kesemua kerja ini lengkap dalam masa 24 bulan seperti ditetapkan, kita akan meletakkan landskap sesuai untuk Sungai Segget.

"Ini akan mengubahnya kepada destinasi pelancong serta mereka yang datang untuk menikmati pemandangan bukan sahaja kepada pelawat tetapi membangunkan suasana landskap baharu kepada pusat bandar," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Forum Metropolis Iskandar Malaysia 2013 di sini hari ini.

Yang turut hadir Pesuruhjaya Persekutuan IRDA, Datuk Benjamin Hasbie dan Ketua Penyelidikan Ekonomi IRDA, Engku Ahmad Kamel Engku Taib.

Forum itu bertujuan memberi maklumat perkembangan terbaru Iskandar Malaysia kepada pemilik perniagaan, pelabur, pegawai kanan syarikat swasta dan agensi kerajaan serta kesempatan mengenali lebih dekat pelan strategik Transformasi.

Transformasi itu merupakan projek besar melibatkan kawasan seluas 1,200 kilometer persegi dengan tumpuan kepada daerah perniagaan di pusat bandar terutama Sungai Segget.

IRDA dipertanggungjawab melakukan kerja pembersihan terutama masalah kumbahan melalui peruntukan sebanyak RM200 juta yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Mei 2010.

Menurut Ismail, usaha itu merupakan pelopor kepada Transformasi Johor Bahru sendiri kerana pembangunan yang berjalan kemudiannya akan memperlihat reka bentuk, aturan, aliran bandar dan warganya serta lalu lintas yang berpaksikan kepada pengindahan Sungai Segget.

Enam kios pembayaran TNB dibuka di Johor

Posted: 31 May 2013 12:05 PM PDT

JOHOR BAHRU 31 Mei - Tenaga Nasional Berhad (TNB) memperuntukkan sebanyak enam unit kios pembayaran di Johor melalui fasa kedua program itu sekali gus menjadikan Johor negeri terbanyak memiliki kemudahan tersebut.

Enam kios pembayaran itu ditempatkan di Pusat Khidmat Pelanggan TNB di Wisma TNB, Johor Bahru; Johor Jaya, Kulaijaya, Kluang, Batu Pahat dan Muar.

Pengurus Besar TNB negeri, Datuk Mohd. Aminuddin Mohd. Amin berkata, sebanyak 18 unit kios diperuntukkan di seluruh negara dan Johor menerima peruntukan terbesar dalam program yang masuk fasa kedua itu.

Beliau berkata, fasa pertama program itu dimulakan pada 2010 dengan peruntukan sebanyak lapan kios yang hanya ditempatkan di sekitar Lembah Kelang termasuk di Kuala Lumpur, Petaling Jaya dan Subang Jaya.

"Pembukaan kios ini bertujuan memudahkan pelanggan dalam urusan pembayaran bil selain membantu mengurangkan tempoh menunggu di kaunter-kaunter Pusat Khidmat Pelanggan TNB.

"Kios yang mesra pengguna ini beroperasi mengikut waktu pejabat dan sekiranya sambutan yang diterima menggalakkan, kita akan melanjutkan sehingga tujuh hari seminggu termasuk cuti umum dengan waktu operasi bermula 8.30 pagi hingga 10 malam," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis Pelancaran Kios Pembayaran TNB peringkat negeri di Pusat Khidmat Pelanggan TNB Kulaijaya, di sini semalam yang dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan Domestik dan Kepenggunaan, Datuk Tee Siew Kiong.

Menurut Mohd. Aminuddin, pihaknya juga sedang merancang untuk memperluaskan penggunaan kios tersebut ke seluruh cawangan TNB negeri ini termasuk di Segamat, Pontian, Kota Tinggi, Mersing dan Ledang pada masa akan datang.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat