Berita Harian: Nasional
Posted by Tanpa Nama
Berita Harian: Nasional |
Posted: 31 May 2013 04:06 PM PDT Kuala Lumpur: UMNO akan mewujudkan makmal khusus bagi memperincikan cadangan menjadikan Barisan Nasional (BN) sebagai parti tunggal, kata Datuk Seri Najib Razak. Perdana Menteri berkata, mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO semalam bersetuju untuk mengadakan tinjauan bagi mendapatkan maklum balas dan pandangan ahli di seluruh negara. Sehubungan itu, UMNO akan menguruskan proses untuk mewujudkan makmal selain menetapkan individu yang akan dipertanggungjawabkan untuk mengendalikannya, katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, semalam. Cadangan BN menjadi parti tunggal dikemukakan pemangku Presiden GERAKAN, Datuk Chang Ko Youn, baru-baru ini, untuk meraih semula sokongan rakyat terutama generasi muda selepas prestasi hambar pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13). Perlu diperhalusi Presiden UMNO berkata, sebagai parti yang dekat di hati ahlinya, MT berpendapat ia perlu diperhalusi supaya tidak timbul sebarang ketidakpenerimaan dalam kalangan ahli. Sementara itu, Najib berkata, keputusan PRU-13 membuktikan UMNO kekal sebagai parti pilihan rakyat. Katanya, ini terbukti dengan kejayaan UMNO menambah bilangan kerusi Parlimen daripada 79 pada PRU-12 kepada 88 pada PRU-13, berbanding gabungan parti pembangkang 89 kerusi, selain mengambil kira kejayaan merampas Kedah dan mengekalkan Perak. Ini bererti UMNO sebagai parti tunggal boleh menyaingi pembangkang yang mewakili tiga parti politik, malah kajian juga mendapati UMNO memperoleh lebih 30 peratus peningkatan undi pada PRU-13, katanya. Justeru, Najib berkata, UMNO akan terus berjuang dengan memantapkan gerak kerjanya melalui penambahbaikan pentadbiran di peringkat ibu pejabat seperti dicadangkan Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan. Penambahbaikan Antara penambahbaikan itu ialah mewujudkan bidang pengkhususan sepenuh masa seperti penyelidikan dan latihan, media sosial dan penerangan. Beliau berkata, penyusunan semula itu bagi memastikan usaha, mesej dan segala keputusan MT dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan. Untuk itu, khidmat tenaga profesional sepenuh masa dan berdedikasi akan digunakan, katanya. Dalam pada itu, Najib turut memaklumkan 192 ahli UMNO dipecat kerana bertanding sebagai calon Bebas dan pembangkang pada PRU-13, manakala 99 kes sabotaj masih disiasat Jawatankuasa Khas Lembaga Disiplin. |
Posted: 31 May 2013 04:06 PM PDT Kuala Lumpur: Barisan Nasional (BN) akan memfailkan lebih 50 petisyen membabitkan sekurangkurangnya 37 kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN). Petisyen itu bagi mencabar keputusan Pilihan Raya Umum Ke13 (PRU13) yang memihak kepada pembangkang.
Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak, berkata semua petisyen itu akan difailkan di Mahkamah Tinggi sebelum tarikh akhir 11 Jun ini, iaitu 21 hari selepas keputusan PRU13 diwartakan. Najib berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat pertama Majlis Tertinggi (MT) UMNO selepas PRU13 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, semalam. Berita lanjut dapatkan akhbar BH hari ini |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Nasional To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |