Berita Harian: Nasional
Posted by Tanpa Nama
Berita Harian: Nasional |
Hukuman penjara Khir Toyo kekal Posted: 30 May 2013 03:48 PM PDT Putrajaya: Mahkamah Rayuan semalam mengekalkan hukuman penjara 12 bulan terhadap bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo atas tuduhan mendapatkan untuk dirinya dan isteri dua lot tanah dan sebuah banglo di Seksyen 7, Shah Alam, empat tahun lalu. Mahkamah juga mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 23 Disember 2011 yang memerintahkan agar tertuduh dilucutkan hak ke atas hartanah yang dimiliki itu dan diserahkan kepada kerajaan.
|
Posted: 30 May 2013 03:03 PM PDT Kuala Lumpur: Datuk Seri Najib Razak berkata, projek aliran transit massa (MRT) telah memartabatkan kebolehan syarikat tempatan dan rakyat Malaysia. Beliau berkata, projek itu juga mencipta beribu-ribu peluang pekerjaan peringkat profesional selain menarik ramai warga Malaysia yang bekerja di luar negara untuk kembali ke tanah air. Sebelum ini, saya memilih mengutamakan pencapaian sebagai penanda aras kerajaan saya. Kita melancarkan Pelan Transformasi Negara (GTP) dan ETP untuk meningkatkan prestasi kerajaan dan menjadikan Malaysia negara moden serta maju menjelang 2020. Inisiatif diteruskan Sekarang, dengan mandat baru diberikan rakyat (pada Pilihan Raya Umum Ke-13), saya akan memastikan semua inisiatif yang dilancarkan akan diteruskan bagi mencapai sasaran ditetapkan, katanya. Perdana Menteri berkata, projek MRT adalah contoh Malaysia mampu menjadi pelopor dalam bidang pembinaan terowong. Lebih penting lagi, ia meningkatkan kedudukan ekonomi Malaysia dalam rangkaian nilai, katanya berucap pada majlis pelancaran Mesin Pengorek Terowong (TBM) Variable Density yang pertama di dunia bagi membina laluan bawah tanah MRT di Stesen MRT Bawah Tanah Cochrane di sini, semalam. Yang turut hadir, Ketua Setiausaha Negara (KSN), Datuk Seri Dr Ali Hamsa; Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar dan Pegawai Eksekutif MRT Corporation Sdn Bhd (MRT Corp), Datuk Azhar Abdul Hamid. Perdana Menteri juga menyifatkan projek MRT sebagai permata dalam usaha kerajaan meningkatkan kualiti hidup warga kota untuk menjadikan Kuala Lumpur bandar raya bertaraf dunia menjelang 2016. Malah, katanya, projek itu juga bukti kerajaan Barisan Nasional (BN) mendahulukan rakyat melalui ETP iaitu Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang. MRT menyediakan sistem perhubungan moden dari Sungai Buloh ke Kajang. Fasa I dan Fasa II membabitkan jarak 51 kilometer dengan 31 stesen perhentian dan apabila siapa akan menyediakan kemudahan pengangkutan bertaraf dunia untuk kira-kira 1.2 juta warga kota. Projek itu dimiliki MRT Corp, syarikat milik Kementerian Kewangan Diperbadankan, manakala MMC Corporation Bhd dan Kumpulan Gamuda Bhd dilantik sebagai kontraktor projek pembinaan terowong bawah tanah sepanjang 9.5 km bagi laluan Sungai Buloh-Kajang melalui syarikat milik bersama, MMC Gamuda KVMRT (Tunneling) Sdn Bhd. Gerudi terowong Pelancaran TBM semalam menandakan bermulanya projek menggerudi terowong sedalam 30 hingga 40 meter bagi laluan sepanjang 1.2 km dari Stesen MRT Bawah Tanah Cochrane ke Pasar Rakyat berhampiran Bulatan Kampung Pandan. Najib berkata, beliau berbangga dengan kejayaan MMC Gamuda KVMRT (Tuneling) Sdn Bhd dengan kerjasama syarikat pembuat TBM terulung di dunia, Herrenknecht AG berpangkalan di Jerman bagi membina mesin berkenaan. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Nasional To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |