{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Dalam Negeri

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Dalam Negeri


Kementerian Kerja Raya usahakan pembiayaan untuk bangunkan prasarana Sarawak

Posted: 31 May 2013 03:06 AM PDT

KUALA LUMPUR 31 Mei - Kementerian Kerja Raya akan berusaha mendapatkan pembiayaan daripada kerajaan pusat untuk membangunkan prasarana Sarawak terutamanya hubungan pengangkutan darat di kawasan muka bumi berbukit di Belaga dan Kapit.

Menterinya, Datuk Fadillah Yusof berkata bajet itu, yang mungkin daripada Rancangan Malaysia ke-11, akan digunakan untuk menyambungkan bahagian ini kepada pusat utama seperti Bintulu dan mengurangkan kebergantungan masyarakat di sana terhadap pengangkutan air.

Fadillah berkata kos pembangunan jalan raya untuk bahagian ini akan mencecah sehingga RM300 juta atau lebih.

Pada masa ini, kedua-dua kawasan itu dihubungkan oleh jalan yang tidak disenggarakan dan digunakan oleh lori balak. - BERNAMA

Jabatan Penjara sasar capai 100 peratus pemulihan ke atas banduan

Posted: 31 May 2013 01:46 AM PDT

KUALA LUMPUR 31 Mei - Jabatan Penjara Malaysia menyasarkan untuk mencapai 100 peratus tahap pemulihan ke atas banduan sekali gus mengelakkan banduan dikenakan hukuman berulang.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, ketika ini, tahap pemulihan ke atas banduan adalah sekitar 94 peratus dan bagi tujuan tersebut, Jabatan Penjara akan menilai semula modul pemulihan sedia ada.

Selain itu, kata beliau, strategi lautan biru antara Jabatan Penjara dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan dipertingkatkan lagi kerana kerjasama sebelum ini ternyata berkesan dalam membantu pemulihan ke atas banduan.

Kita tidak mahu penjara hanya bertindak sebagai pelaksana hukuman tetapi aspek kemanusiaan dari segi pemulihan itu juga mesti diberi perhatian agar tidak berlaku jenayah berulang melibatkan banduan selepas habis tempoh hukuman.

Hasrat kita, apabila banduan ini berada dalam masyarakat, mereka diterima oleh masyarakat dan tidak berasa kekok menjadi orang baru selepas keluar penjara," katanya selepas melawat Kompleks Penjara Kajang, di sini hari ini. - UTUSAN

Pasukan keselamatan sentiasa pantau kawasan terlibat pencerobohan

Posted: 31 May 2013 01:40 AM PDT

PORT DICKSON 31 Mei - Pasukan keselamatan sentiasa memantau kawasan persisir pantai timur Sabah yang terlibat dalam kejadian pencerobohan pengganas dari selatan Filipina Febuari lepas bagi memastikan ia bebas daripada sebarang ancaman.

Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkefli Mohd Zin berkata Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa bersiap sedia dalam menghadapi sebarang kemungkinan di kawasan itu.

"Pihak perisikan kita sentiasa memantau keseluruhan kawasan berkenaan dan pasukan keselamatan akan memaklumkan kepada penduduk setempat jika berlaku sebarang ancaman," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai khabar angin bahawa terdapat kumpulan pengganas Kiram akan memasuki Sabah melalui Sandakan dan beberapa kawasan lain bulan depan.

Zulkefli ditemui pada majlis penutup "Summer Camp 2 - Program Remaja Berwawasan Peringkat Nasional" di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda) di sini. Turut hadir Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar. - BERNAMA

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat