Utusan Online - Jenayah
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Jenayah |
Posted: 29 May 2013 11:15 AM PDT Oleh ZULHISHAM ISAHAK TEO Liang Chuan yang ditimpa setandan kelapa sawit dibawa ke bilik kecemasan HPSF di Muar, Johor, semalam. LEDANG 29 Mei - Seorang pekebun lelaki cedera parah di muka dan kepala selepas ditimpa setandan kelapa sawit seberat 20 kilogram yang dipetiknya di sebuah kebun di Parit Bunga dekat sini semalam. Kejadian berlaku pukul 11 pagi mengakibatkan Teo Liang Chuan, 43, patah tulang hidung manakala tempurung kepalanya retak sehingga terpaksa dirawat di wad kecemasan Hospital Pakar Sultanah Fatimah di Muar. Ketika kejadian, isterinya yang berusia lingkungan 40-an berada selang tiga pokok dari tempat Liang Chuan memetik buah kelapa sawit berkenaan. Difahamkan, mangsa mengambil alih tugas memetik buah itu di kebun milik rakannya selepas salah seorang daripada pekerjanya berhenti beberapa bulan lalu. Bapa mangsa yang mahu dikenali sebagai Teo, 60-an, berkata, anaknya datang ke kebun itu ditemani isteri dan seorang pekerja warga Indonesia. "Tandan kelapa sawit itu jatuh dari ketinggian 15 kaki (4.5 meter), menimpa muka anak saya menyebabkan dia terus rebah dan pengsan. Menantu saya kemudian segera membawa suaminya ke hospital dalam keadaan muka berlumuran darah," katanya ketika ditemui di hospital. Menurut Teo, ini merupakan pengalaman mengerikan menimpa anaknya itu yang sudah 10 tahun berpengalaman memetik tandan kelapa sawit. Meskipun kecederaan yang dihadapi Lian Chuan agak teruk, dia berharap anaknya dapat diselamatkan dan pulih seperti sedia kala. |
Lelaki diburu bantu siasatan kes rompakan bersenjata api Posted: 29 May 2013 11:15 AM PDT JERANTUT 29 Mei - Polis sedang memburu seorang lelaki bagi membantu siasatan kes rompakan bersenjata api di sebuah kedai makan di Kilometer 2, Jalan Jerantut-Benta di sini tengah malam tadi. Dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah malam itu, seorang pemilik kedai makan berusia 50-an cedera ditembak di lengan kiri oleh suspek berusia 30-an. Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Zakaria Kassim berkata, mangsa bersama isteri sedang berkemas menutup perniagaan manakala seorang pembantunya berada di belakang kedai. "Ketika mangsa duduk di kerusi luar kedai, seorang lelaki menunggang motosikal jenis Yamaha Nouvo dan bertopi keledar penutup penuh muncul dan meminta wang. "Mangsa enggan memberikan wang dan suspek bertindak menyelak tudung yang dipakai oleh isteri mangsa untuk meragut barang kemas namun gagal kerana tiada rantai di leher wanita itu," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), di sini hari ini. Menurutnya, berang dengan keengganan pasangan suami isteri itu, suspek melepaskan satu das tembakan mengenai lengan kiri mangsa dan tembus sehingga ke rusuk kiri. Beliau berkata, suspek kemudian melarikan ke arah bandar dan orang awam berada di kawasan berhampiran tempat kejadian menghubungi polis. "Kita percaya kejadian ini bermotifkan rompakan dan dilakukan oleh suspek rakyat tempatan. Suspek bagaimanapun menyamar warga Indonesia melalui loghat percakapan ketika meminta wang, namun bertukar kepada loghat tempatan apabila gagal mendapatkan wang tersebut," katanya. Katanya, usaha kini dijalankan untuk mengesan suspek manakala mangsa kini dirawat di Hospital Temerloh. Orang ramai mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta membantu siasatan dengan menghubungi IPD Jerantut di talian 09-2662222. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Jenayah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |