{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

felda jenderak - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

felda jenderak - Google Blog Search


<b>felda jenderak</b> - Google Blog Search | WARGA FELDA

Posted: 01 Mar 2013 01:22 AM PST

SENARAI  GURU BESAR  YANG  PERNAH  BERKHIDMAT  DI SEKOLAH  KEBANGSAAN (LKTP) JENDERAK UTARA   

Pertama

En. Omar Hashim  Bin  Awang Kecik
07/01/1974  sehingga   02/01/1979

Kedua

En. Saamri  Bin  Yusof
10/01/1979  sehingga   31/12/1979

Ketiga

En. Yeo Keang Wang
01/01/1980  sehingga   15/08/1980  

Keempat

Tn. Haji Mahyuddin  Bin  Akil
16/08/1980  sehingga   31/12/1982  

Kelima

En.  Samjis  Bin  Abdul  Manaf  (pemangku)
01/01/1983  sehingga   30/04/1983  

Keenam

En.  Ibrahim  Bin  Abdullah
01/05/1983   sehingga   31/08/1985

Ketujuh

En.  Jamlus  Bin  Mohamed
01/09/1985   sehingga   30/09/1987

Kelapan

En.  Abdul Rahman  Bin  Wi
01/10/1987   sehingga   31/01/1989  

Kesembilan

Tn. Haji  Abdullah  Bin  Abdul Rahman
01/02/1989   sehingga   31/08/1993

Kesepuluh

En. Mat Saman Bin  Abdul Rahman
01/09/1993   sehingga   15/02/1995

Kesebelas

Pn.  Zamiah  Binti  Salleh
16/02/1995  sehingga  31/10/1996

Keduabelas

En.  Mussana  Bin  Abdul Mubin
01/11/1996   sehingga  06/08/1998

Ketigabelas

En. Kamalruzaman  Bin  Mohd Radzi
07/08/1998  sehingga  31/03/2000

Keempatbelas

En. Rahmad Bin  Mohd Rais
01/04/2000  sehingga   15/02/2006

Kelimabelas

En.  Abdul Khalid  Bin  Bujang
16/02/2006  sehingga  22/08/2010

Keenambelas (16) (XVI)

Pn.  Hajah Ruziah  Binti  Haji  Ghazali
23/08/2010  sehingga   SEKARANG

SEJARAH  SEKOLAH       

Sekolah Kebangsaan (LKTP) Jenderak Utara, 28050 Kuala Krau, Pahang ini telah  dibuka dengan rasminya pada  07/01/1974.  Guru Besar  pertama  yang  mengasaskan  pembukaannya  ialah En. Omar Hashim Bin Awang Kecik.  Hanya tiga orang Guru Penolong dan tiada  seorang pun murid yang melaporkan diri sesi persekolahan pada hari tersebut.  Pada  09/01/1974  hanya lima orang murid sahaja yang mendaftarkan diri.  Bangunan sekolah waktu itu hanya satu bangunan dua tingkat yang mengandungi enam bilik darjah, satu bilik guru besar, satu bilik guru, 1 bilik pejabat sekolah, 2 tandas murid, 2 tandas guru dan hanya terdapat dua stor untuk simpanan peralatan sekolah.  Pada waktu tersebut juga, sememangnya sekolah masih belum mendapat bekalan air mahupun elektrik. Bekalan air untuk sekolah mula diterima pada 13/01/1974. Keadaan sekolah pada waktu tersebut juga serba-serbi kekurangan dan tiada seorang pun pekerja pekebun swasta pada waktu tersebut. Perhubungan sekolah dengan kawasan luar pada waktu tersebut juga  cuma melalui jalan tanah merah yang sangat teruk. Jalan yang dilalui tersebut berdebu pada waktu panas dan berselut serta berlumpur pada musim hujan.

Pada 29/10/1974, Lembaga Pengurusan Sekolah telah ditubuhkan bertujuan untuk membantu perjalanan pentadbiran sekolah dan Lawatan Pertama Pegawai PPSK Daerah Temerloh iaitu En. Abdul Wahab Bin Sidek pada 02/05/1974 sebagai fungsi memerhatikan perjalanan bagi setiap peranan dan pentadbiran sekolah.  Murid ketika itu seramai 31 orang dan guru 4 orang termasuk guru besar. Pada 08/05.1974 sekolah telah menerima guru untuk subjek agama Islam dan menjadikan jumlah guru seramai lima orang
termasuk Guru Besar.

Selain itu, sukan tahunan sekolah ini turut diadakan temasyanya buat kali pertama pada 25/08/1975 yang dirasmikan oleh En. Abdul Wahab Bin Sidek  yang merupakan pegawai  PPSK Daerah Temerloh.

Diawal persekolahan pada tahun 1976 iaitu pada 05/01/1976 jumlah murid meningkat kepada 179 orang dan jumlah guru masih lima orang termasuk Guru Besar. Pada tarikh 02/09/1976, pihak kerajaan telah membina 5 unit rumah kerajaan termasuk 1 unit rumah Guru Besar dan dengan itu, jumlah guru telah bertambah menjadi sembilan orang termasuk guru besar.

Oleh sebab meningkatnya pertambahan murid pada tahun 1977 sekolah terpaksa dibuka dua sidang iaitu pagi dan petang kerana kekurangan bilik darjah. Dari segi pentadbiran ia telah menambahkan lagi kesulitan.
Pada 03/1/1978 iaitu awal persekolahan adalah seramai 57 orang murid dari Felda Jenderak Selatan telah menumpang menjadi sebahagian pelajar di sekolah ini.  Jumlah guru turut bertambah menjadi tiga belas orang termasuk Guru Besar.

Pada tarikh 19/09/1978, En. Omar Hashim iaitu Guru Besar telah mengasaskan pembukaan sekolah ini telah  diarahkan oleh ketua Setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran malaysia menyerahkan jawatannya kepada En. Ramli Bin Othman, guru penolongnya. Pada 03/1/1979, En. Ramli Bin Othman  telah  bertukar dan jawatan Guru Besar digantikan kepada En. Abu Hanifah Bin Haji Abdullah. Tugas beliau tamat pada 09/1/1979.

Pada 10/1/1979, En. Saamri Bin Yusof pula dilantik menjadi pemangku jawatan Guru Besar sekolah ini dan sehingga berakhir pada 31/12/1979.

Pada tarikh 1/1/1980, En Yeoh Keang Wang, telah dilantik menjadi Guru Besar dan berakhir pada 15/08/1980.  Pada 16/08/1980, Tn. Haji Mahyuddin Bin Akil mengambil alih tugas sebagai guru besar sekolah ini sehingga penghujung tahun 1982.  Pada 1/1/1983, En. Samjis Bin Abdul Manaf telah bertugas sebagai pemangku jawatan Guru Besar di sekolah ini sehingga la pada tarikh 30/04/1983 dan sewaktu di bawah pentadbiran beliau terdapat dua buah bilik darjah telah dibina dalam tahun semasa beliau menjadi pemangku Guru Besar.

Pada tarikh 1/05/1983, giliran En. Ibrahim Bin Abdullah yang dilantik menjadi Guru Besar. Dalam masa perkhidmatannya pihak kerajaan telah membina tiga lagi bilik darjah dan ia adalah sebuah projek kilat bagi sekolah ini. Tidak lama kemudian, terdapat lapan lagi bilik darjah ditambah bagi menampung keperluan bagi sekolah yang sedang dalam perancangan untuk peningkatan taraf bilik darjah dalam tahun tersebut. Setelah empat bulan berikutnya, iaitu pada 1/09/1985 sekolah ini dinaikkan ke gred A setelah gred B yang pernah di nobatkan pada 01/01/1980 dan pada sebelum tahun 1980 sekolah ini hanya mendapat kedudukan gred C sahaja. Pada tarikh tersebut juga, En. Jamlus Bin Mohamed telah dilantik menjadi Guru Besar dan pada tarikh 1/1/1986, sekolah ini telah menerima seorang Guru penolong Kanan kat C2, tingkatan khas iaitu En. Othman Bin Chik.

Pada 1/01/1989, En. Abd Rahman Bin Wi dilantik menjadi guru besar yang hanya bertahan selama sebulan sehingga beliau digantikan oleh Tn. Haji Abdullah Bin Abdul Rahman pada 1/02/1989  selama tempoh empat tahun sebelum beliau bertukar ke SK Bandar Mentakab pada 1/07/1993. Dalam minggu pertukaran tersebut juga beliau digantikan oleh En. Mat Saman Bin Abdul Rahman sebagai Guru Besar sekolah ini sehingga tarikh 15/02/1995 dan seterusnya digantikan oleh Pn. Zamiah Binti Salleh yang merupakan Guru Besar wanita pertama yang berkhidmat di sekolah ini sehingga beliau bertukar ke SK (FELDA) Jengka 23 pada 31/10/1996 dan beliau digantikan oleh En. Mussana Bin Abd Mubin dari tarikh  1/11/1996 sehingga tarikh 6/08/1998 yang mana beliau ditukarkan ke SK Abu Bakar Mentakab pada tahun tersebut.  Pada tarikh 7/08/1998 En. Kamalruzaman Bin Mohd Radzi telah dihantar ke sekolah ini sebagai guru besar yang seterusnya menggantikan guru besar yang telah bertukar dan tempoh perkhidmatan beliau adalah dari tahun 1998 sehingga tahun 2000 iaitu pada akhir bulan Mac tahun tersebut.

Seterusnya guru besar yang baru adalah dari tarikh 1/04/2000 iaitu En. Rahmad Bin Mohd Rais yang mana tempoh perkhidmatan beliau adalah yang paling lama di sekolah iaitu selama enam tahun  sehingga beliau bersara pada 15/02/2006 dan seterusnya beliau digantikan oleh En. Abdul Khalid Bin Bujang yang mula berkhidmat pada 16/02/2006 dan dalam tempoh perkhidmatan beliau, banyak prasarana dan infrastruktur serta kemudahan sekolah telah ditambah dan dinaik taraf menjadi sekolah yang memperolehi pengikhtirafan unggul dan setanding dengan sekolah lain dari segi kokurikulum, pendidikan, akademik, sahsiah dan sebagainya. Sewaktu perkhidmatan beliau terdapat bangunan baru empat tingkat yang bakal dirancang untuk dibangunkan di sekolah ini sebagai bilik darjah tambahan selain sebagai bilik tayangan, kelas pafa, kelas fardu ain, surau dan bilik seni yang bakal didirikan di bangunan yang dirancang tersebut. Tempoh perhidmatan beliau tamat pada 22/08/2010 yang mana tempoh pentadbiran beliau adalah selama empat tahun enam bulan dan digantikan oleh Pn. Hjh Ruziah Binti Hj Ghazali iaitu Guru Besar sekolah ini yang ke enambelas dan mula berkhidmat dari tarikh 23.08/2010 sehingga sekarang.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat