Harian Metro: BeritaUtama
Posted by Tanpa Nama
Harian Metro: BeritaUtama |
Posted: 29 May 2013 12:14 PM PDT Kuantan: "Kami dihujani balingan botol dan batu dari luar stadium menyebabkan keadaan kelam-kabut apabila penyokong Johor Darul Takzim (JDT) mula bersesak untuk mengelak terkena balingan berkenaan. "Saya terkena botol dibaling sebanyak empat kali dan keadaan yang sesak itu membuatkan saya sukar bernafas dan hampir pengsan," kata penyokong JDT Nor Syafiqa Maskam, 17, yang cedera dalam insiden kekecohan di Stadium Darul Makmur, kelmarin. Kekecohan itu menyebabkan perlawanan separuh akhir kedua Piala FA membabitkan pasukan Pahang dan JDT dibatalkan atas faktor keselamatan. Nor Syafiqa yang duduk di bahagian tengah tempat duduk dikhaskan untuk penyokong JDT mendakwa diarahkan memasuki kawasan trek oleh Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim sebelum diarahkan kembali ke tempat duduk masing-masing oleh polis. PENYOKONG JDT menunjukkan batu yang dibaling ketika kekecohan.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/30 |
Posted: 29 May 2013 12:13 PM PDT Shah Alam: "Saat-saat akhir sebelum pemergiannya, Allahyarham dilaporkan meracau-racau akibat terlalu panas diserang virus penyakit kencing tikus. Memang saya amat sedih melihatnya dan sebagai cucu sulung, pemergian arwah amat dirasakan," kata Hasnah Abu Kassim, 72, nenek pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM), Megat Hariqh Hakimi, 21. Pelajar peringkat ijazah jurusan reka bentuk industri di UiTM kampus Shah Alam itu, meninggal dunia jam 10 pagi semalam di Hospital Putrajaya dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Kota Kemuning, di Seksyen 31, berdekatan kediaman keluarganya, dekat sini, kira-kira jam 2 petang. Hasnah dalam keadaan sebak berkata, cucunya yang juga anak Penerbit Rancangan BERNAMA TV, Hakimi Mohd Zain, seorang yang pintar dan berbakat luar biasa dalam bidang lukisan serta amat rapat dengannya dan dua adiknya yang masing-masing berusia 14 dan 10 tahun. "Dia dimasukkan ke hospital Khamis lalu selepas mengalami gejala pelik, dua hari selepas dimasukkan, arwah tidak sedarkan diri dan kemudian meracau-racau termasuk menjerit-jerit dipercayai menahan virus penyakit yang menyerangnya. IBU Allahyarham, Raja Harumi di sisi pusara anaknya.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/30 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |