{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Timur

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Timur


Taktik sindiket PATI terbongkar

Posted: 30 May 2013 11:40 AM PDT

Oleh YATIMIN ABDULLAH
utusankelantan@utusan.com.my

ABDUL Basek Abu Bakar (kiri) bertanyakan sesuatu kepada 21 pendatang asing yang ditahan dalam operasi di bawah Program Penyelesaian Menyeluruh Pendatang Asing Tanpa Izin (6P) di lima kawasan di Jeli semalam. - BERNAMA

KOTA BHARU 30 Mei - Jabatan Imigresen Kelantan mengesan kewujudan sindiket yang menjadikan kawasan selatan Thailand sebagai transit untuk membawa masuk pendatang asing tanpa izin (PATI) ke negeri ini.

Ketua Bahagian Penguat Kuasanya, Abdul Basek Abu Bakar berkata, pihaknya percaya kesemua PATI ini dibawa masuk ke negeri ini melalui 'laluan tikus' yang terdapat di sepanjang sempadan Malaysia-Thailand berhampiran Sungai Golok.

Beliau berkata, pihaknya tidak dapat mengambil sebarang tindakan ke atas sindiket berkenaan memandangkan ia dijalankan di negara tersebut dan luar bidang kuasa mereka.

"Berdasarkan maklumat yang kami terima, sindiket ini mengenakan sejumlah bayaran kepada PATI untuk dibawa masuk ke negeri ini.

"Difahamkan sindiket berkenaan kemudian mengarahkan PATI itu menaiki perkhidmatan awam seperti bas mengikut destinasi yang ingin ditujui oleh golongan tersebut," katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya hari ini.

Abdul Basek berkata, kesemua PATI berkenaan akan dibekalkan dengan tiket bas bagi memudahkan pergerakan mereka.

Dalam perkembangan lain, beliau memberitahu, pihaknya menahan sebanyak 21 PATI termasuk seorang wanita dalam operasi di lima lokasi sekitar kawasan Kuala Balah dan Jeli malam kelmarin.

Katanya, dari jumlah tersebut sebanyak 15 PATI warga Indonesia telah ditahan manakala selebihnya warga Myanmar dan Bangladesh yang berusia antara 20 hingga 53 tahun.

"Kesemua PATI itu ditahan atas kesalahan tinggal melebihi had masa ditetapkan dan permit tamat tempoh. Kesemua mereka dibawa ke Depot Tahanan Tanah Merah.

"Kejayaan operasi ini adalah hasil maklumat awam dan intipan yang dilakukan oleh pihak kami sebelum ini. Pihak kami akan terus berusaha untuk mencegah perkara ini dari terus berlaku," ujarnya.

Tambahnya, sepanjang Januari sehingga Mei tahun ini sebanyak 510 PATI telah ditahan oleh pihaknya.

Tourism Malaysia jadikan beca produk warisan Kelantan

Posted: 30 May 2013 11:40 AM PDT

KAMAL Azam Kamaruddin (kiri) membunyikan hon tanda pelepasan peserta kayuhan beca sempena Cabaran Warisan dan Makanan Kelantan 2013 di Hotel Grand Riverview, Kota Bharu semalam.

KOTA BHARU 30 Mei - Pejabat Tourism Malaysia Kelantan mengambil langkah memperkasa perkhidmatan beca sebagai salah satu produk warisan yang cukup unik di negeri ini.

Pegawai Pelancongan Kanan, Kamal Azam Kamaruddin berkata, perkhidmatan beca di negeri ini perlu ditingkatkan memandangkan ia pernah menjadi pengangkutan utama suatu ketika dulu dan masih diteruskan sehingga kini.

Menurut beliau, pihaknya berhasrat memberi nafas baharu kepada perkhidmatan berkenaan dengan membantu mereka menyediakan peralatan bagi memastikannya mampu menarik minat pelancong menggunakan khidmat beca untuk bersiar-siar di sekitar bandar.

"Kami akan cuba hidupkan industri beca di negeri ini setanding dengan negeri-negeri lain seperti Melaka, Pulau Pinang serta Terengganu kerana setakat ini, kita hanya mempunyai sebanyak 40 pengayuh beca yang masih lagi aktif.

"Peruntukan untuk pengubahsuaian serta bumbungnya akan dicat dengan logo 'Tahun Melawat Malaysia 2014' berwarna kuning juga akan diusahakan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pelepasan Kayuhan Beca Kota Bharu sempena Jejak Warisan dan Makanan Kelantan 2013 di sini hari ini.

Dalam program itu, sebanyak 40 peserta akan dibawa menaiki beca melawat sekitar zon pelancongan di sekitar bandar ini.

Kamal Azam berkata, selain mengetengahkan keunikan beca, program itu juga bertujuan mempromosi negeri Cik Siti Wan Kembang sebagai syurga makanan memandangkan negeri ini mempunyai kepelbagaian makanan yang tersendiri.

"Kebanyakan makanan yang terdapat di sini sukar dicari di tempat lain, antaranya nasi tumpang, puteri mandi, tahi itik dan akok.

"Selain itu, 'maggie ketam' juga merupakan makanan yang boleh diketengahkan ke pasaran antarabangsa kerana hanya terdapat di sini sahaja," katanya.

Tambah beliau, makanan yang terdapat di negeri ini mampu menjadi pilihan utama pelancong kerana kelainan yang ditonjolkan.

"Saya yakin Kelantan akan menjadi salah satu tarikan utama pelancong kerana keunikan budaya dan makanannya sekiranya pelbagai usaha dilakukan dengan kerjasama semua pihak," katanya.

Sedia bekerjasama majukan pelabuhan Tok Bali

Posted: 30 May 2013 11:40 AM PDT

PASIR PUTEH 30 Mei — Kerajaan Kelantan memberi jaminan akan bekerjasama dengan agensi kerajaan Pusat untuk membangunkan bandar baharu perikanan Tok Bali, terutama berkaitan urusan pembangunan dan pembesaran pelabuhan sedia ada.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, dalam tempoh terdekat, negeri itu memerlukan sebuah pelabuhan yang mampu mengeksport hasil pertanian seperti getah dan kelapa sawit ke negara terdekat seperti Thailand dan Vietnam.

"Kita akan beri kerjasama terutama kepada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri serta Kementerian Kewangan untuk merealisasikan hasrat itu," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan Persijilan ISO 9001:2008 kepada syarikat Eastcoast Terminal Sdn. Bhd. yang beroperasi di Tok Bali di sini hari ini.

Yang turut hadir Pengerusi Eksekutif syarikat itu, Wan Ahmad Zahid Wan Mohamad.

Ahmad berkata, pembesaran pelabuhan itu penting untuk menjana ekonomi negeri yang selama ini banyak bergantung kepada Pelabuhan Klang untuk mengeksport barangan ke luar negara.

Selain menjimatkan kos pengangkutan, tambah Ahmad, ia juga dapat menarik minat pelabur asing untuk melabur di negeri itu.

Sementara itu, Wan Ahmad Zahid berkata, pihaknya bercadang memperluas skop operasi bertujuan menjadikan pelabuhan itu sebagai pusat pembekalan penghantaran barang-barang keperluan asas untuk pelantar minyak yang beroperasi di Laut China Selatan, tahun ini.

Bagaimanapun, beliau berkata, usaha menjadikan pelabuhan itu antara yang terbesar di rantau ini akan tercapai jika hubungan antara kerajaan negeri dan persekutuan dapat ditingkatkan. — BERNAMA

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat