{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Harian Metro: Rap

Posted by Tanpa Nama

Harian Metro: Rap


Rasa lebih feminin

Posted: 29 May 2013 08:06 AM PDT

Hamil buat pertama kali bagai satu perjalanan cukup istimewa buat pelakon Izreen Azminda Aznam. Mana tidaknya, bak kata Izreen, pengalaman baru ini membuka perspektif luar biasa yang tidak pernah dijangka selama ini.

Katanya, keadaannya yang mengandung tujuh bulan itu tidak hanya mematangkan diri malah turut mengubah sikap dan tindak-tanduknya menjadi wanita yang lebih baik.

"Pengalaman ini (hamil) memang banyak mengubah diri saya. Saya melalui perjalanan yang luar biasa dan istimewa yang mengubah sikap dan pemikiran.

"Jika pada empat bulan pertama kandungan emosi saya memang tidak stabil. Saya mudah melenting dan naik darah tanpa sebab kukuh.


"Namun, keadaan berubah sepenuhnya selepas itu. Kini saya semakin relaks dan menikmati kandungan ini sebaik mungkin," katanya yang dijangka bersalin pada awal Julai depan.


Jelas pelakon berusia 28 tahun ini, keprihatinan yang tinggi pada kandungan sulung ini juga membuatkan dia sanggup meletakkan kerjaya ke tepi seketika asalkan semuanya lancar dan selamat.

Sambungnya, dia tekad melepaskan tawaran lakonan sejak awal April lalu demi memberikan tumpuan pada kandungan ini.

"Saya bercuti dan berehat panjang sebab hendak jaga kandungan. Ia adalah keputusan yang saya ambil dengan rela hati demi keselamatan kandungan pertama ini.

"Kalau diikutkan sejak awal lagi saya tidak mengalami sebarang alahan tetapi saya tetap mahu berehat bagi menumpukan perhatian kepada kandungan ini.

"Walaupun pada awalnya saya agak kekok juga duduk di rumah, lama-kelamaan saya menjadi semakin teruja pula," katanya.

Malah, Izreen berkata, tempoh yang panjang terperap di rumah mengubah dirinya daripada seorang yang lasak dan kasar kepada lebih feminin.

"Mungkin inilah keistimewaan mengandung, saya menjadi lebih feminin dan rajin memasak. Bayangkan selama ini, saya tidaklah rajin sangat memasak dan kemahiran juga tidak seberapa.

"Sejak duduk di rumah, saya membeli buku masakan dan rajin pula menerokai pelbagai resipi yang tidak pernah saya cuba sebelum ini.

"Kalau dulu, paling hebat pun saya hanya pandai memasak mee segera dan lauk sardin tetapi sekarang sudah macam-macam masakan saya boleh sediakan," katanya.

Takkan berhenti berlakon

Melanjutkan perbualan, pelakon yang bakal muncul dengan filem Pecah pada 13 Jun ini berkata, dia tidak pernah berhasrat untuk berhenti berlakon.

Kata isteri kepada jurukamera Muhd Riza Baharudin ini, tempoh berehat panjang yang dijalani sekarang hanya bersifat sementara demi kandungannya.

Tuturnya, dia akan aktif kembali selepas tamat proses berpantang pada September atau Oktober depan.

"Suami tidak pernah halang saya untuk berlakon selepas ini. Malah, saya sendiri tidak melihat status ibu menghalang kerjaya lakonan. Cuma suami ada berpesan saya perlu lebih sensitif dalam pemilihan watak. Katanya, kalau boleh kurangkan ambil watak antagonis.

"Sebenarnya, saya sendiri pun mahu beralih dan mencuba karakter berbeza kerana sudah sinonim dengan watak begitu selama ini," katanya.

Ditanya mengenai perancangan selepas bergelar ibu kelak, Izreen berkata, dia mahu menjaga anaknya dengan tangan sendiri selagi terdaya.

"Saya hendak jaga anak sendiri sebab mahu menyusukannya. Kalau boleh, saya mahu bawa dia ke mana saja saya bekerja. Cuma kalau keadaan tidak mengizinkan saya terpaksa jugalah menggunakan pembantu rumah.

"Namun, saya tidak berani ambil risiko sebenarnya. Kalau boleh biarlah anak dijaga saya sendiri," katanya yang masih berahsia mengenai jantina anak.

Sebelum menamatkan perbualan, Izreen sempat ditanya mengenai filem Pecah yang mencatatkan profil pertamanya sebagai heroin.

Mengulas hal itu, pelakon dari Alor Setar, Kedah itu berkata, pembabitan dalam filem arahan Asrulhisyam Ahmad atau Black itu menuntut permainan emosi yang mendalam dan berbeza daripada lakonan terdahulu.

"Saya seronok dan taksub dengan peluang membintangi filem ini. Ia adalah filem kedua selepas Otai tetapi pertama kali diberikan watak utama.

"Saya adalah satu-satunya pelakon wanita utama kerana selebihnya semua lelaki. Peluang berkongsi set dengan nama-nama besar dan berbakat seperti Tony Eusoff, Sofi Jikan dan ramai lagi memberikan banyak ilmu," katanya yang menggalas watak jururawat bernama Lydia.

Filem aksi ngeri yang diadaptasi daripada novel dengan judul serupa itu turut membariskan Fizz Fairuz, Buzen Hashim, Along Ezendy, Ako Mustapha, Watie Sadali, Miera Leyana dan Zain Hamid.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/29

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat