{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: Nasional

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: Nasional


Tragedi bot karam: 11 masih hilang, operasi mencari diperluas

Posted: 29 May 2013 04:14 PM PDT

Kuching: Selepas 33 jam bot ekspres Kawan Mas karam di Tanjong Giam Bungan, operasi mencari dan menyelamat gagal menemui mangsa yang dipercayai masih terperangkap dalam bot berkenaan atau lemas ketika menyelamatkan diri.

Malah usaha untuk menarik bangkai bot ekspres malang itu pada jam 1 petang semalam juga gagal apabila tali yang digunakan oleh sebuah tongkang untuk menariknya, terputus.

Operasi membabitkan lebih 100 petugas pelbagai agensi termasuk 18 penyelam profesional itu dihentikan sementara pada jam 6 petang semalam, berikutan keadaan arus agak merbahaya, selain keadaan sudah mula gelap dan hanya akan disambung untuk hari ketiga, hari ini.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani, yang mengesahkan perkara itu, turut mengeluarkan senarai nama 179 penumpang termasuk 52 perempuan, dan 11 yang masih hilang kepada pihak media di Ibu pejabat Polis Kontijen Sarawak di sini, lewat petang semalam.

Beliau berkata, 11 yang masih hilang termasuklah dua perempuan iaitu Mejerin anak Bantan dan Roslin Jati, manakla 9 lagi lelaki iaitu Anuar anak Margaret; Akong anak Empam; Hendry anak Linggi; Ricky anak Sunus; Robet Angih; Simon Patrick; Tommy anak Ubing; Welson anak Lat dan Wesly Belaja anak Nelson.

"Kita bagaimanapun tidak menolak kemungkinan ada lagi yang mungkin hilang dengan anggota keluarga mereka belum tampil. Jika sesiapa ada anggota keluarga yang menaiki bot itu dan belum pulang ke rumah, tolong hubungi polis," katanya.

Mengenai usaha menarik bangkai bot terbabit, Acryl berkata sebuah tongkang lebih besar dilengkapi kren akan dibawa ke lokasi hari ini untuk menarik bot berkenaan ke tebing sungai.
Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi semalam, bot malang itu mengalami kerosakan enjin sebelum terlanggar batang kayu sepanjang kira-kira 10 meter sehingga menyebabkan 'propeller' enjin rosak, sebelum terlanggar batu dan karam.

Kemungkinan mangsa hanyut

Sementara itu di Belaga, Ketua Polis Daerah Belaga, Deputi Superintendan Bakar Sebau, berkata operasi mencari dan menyelamat kini diperluaskan hingga jarak tiga kilometer ke hilir sungai berkenaan bagi mengesan kemungkinan ada mangsa yang hanyut.

Selain Polis, turut terbabit dalam operasi berkenaan ialah Jabatan Bomba dan Penyelamat, Angkatan Relawan Rakyat (RELA), Jabatan Kesihatan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta penduduk kampung.

Senarai mangsa masih hilang

  • Mejerin anak Bantan
  • Roslin Jati
  • Anuar anak Margaret
  • Akong anak Empam
  • Hendry anak Linggi
  • Ricky anak Sunus
  • Robet Angih
  • Simon Patrick
  • Tommy anak Ubing
  • Welson anak Lat
  • Wesly Belaja anak Nelson

Sarawak terima dana luar bandar RM1.4b

Posted: 29 May 2013 04:11 PM PDT

GTP 2.0 fokus tambah capaian prasarana

Kuching: Sarawak menerima peruntukan berjumlah RM1.4 bilion tahun ini bagi meningkatkan liputan kemudahan asas luar bandar, termasuk projek jalan, bekalan air dan bekalan elektrik dan program bantuan rumah kepada rakyat negeri itu di bawah Program Transformasi Kerajaan (GTP 2.0).

Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Alfred Jabu, berkata peruntukan berkenaan turut merangkumi inisiatif untuk mewujudkan Program Desa Lestari di bawah program Perkampungan Abad Ke-21 di Sarawak.

"Di Sarawak ada tiga kampung iaitu Kampung Tellian Ulu di Mukah, Kampung Stass di Bau, dekat sini dan Kampung Tanjung Parang di Kota Samarahan yang dipilih untuk menyertai program Desa Lestari, yang juga program transformasi kampung," katanya ketika menggulung perbahasan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini, semalam.

Fokus tambah prasarana

Jabu, yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar Sarawak berkata, GTP 2.0, yang bermula dari tahun ini hingga 2015, akan memberi fokus kepada menambah capaian prasarana luar bandar, terutama di kawasan pedalaman dan jauh terpencil di Sarawak secara lebih holistik.

Di bawah GTP 1.0 yang merangkumi tempoh 2010 hingga 2012, Jabu berkata, projek jalan luar bandar membabitkan jarak 911.87 kilometer (km) dengan kos RM1.70 bilion sudah siap dibina atau dinaiktaraf, melebihi sasaran awal sebanyak 900km.

Selain itu, katanya, sejumlah 22,936 unit rumah di bawah program bantuan rumah (PBR) sudah siap dibina atau dibaik pulih dengan kos RM426.7 juta dalam tempoh sama.
"Pencapaian itu menunjukkan prestasi yang amat cemerlang kerana sasaran awal PBR negeri Sarawak untuk tiga tahun berkenaan ialah sebanyak 16,671 unit," katanya. - BERNAMA

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat