{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Kosmo Online - Pesona

Posted by Tanpa Nama

Kosmo Online - Pesona


Debu hama punca masalah respiratori

Posted:

Debu hama punca masalah respiratori

Debu hama punca masalah respiratori

Oleh NIZHA PERIASWAMY
nizha.periaswamy@kosmo.com.my

BAGI seorang suri rumah yang juga ibu kepada dua orang anak lelaki, Puspavali Mahalinggam, 33, dari Taman Andalas, Klang, Selangor, kebersihan adalah keutamaan dalam hidupnya. Oleh kerana itu, dia mempunyai aturan jadual yang ketat berkaitan dengan kebersihan.

Ujar wanita itu, dia terpaksa berbuat demikian kerana mengakui rumahnya sama seperti semua rumah di negara khatulistiwa yang tidak terkecuali daripada masalah habuk, debu dan bau hapak.

Masalah tersebut boleh membawa kepada gangguan kesihatan secara serius jika tidak ditangani dengan betul.

"Saya sangat peka terhadap kebersihan keluarga seperti mana-mana ibu-ibu lain," katanya.

Tambah Puspavali, dia dengan bantuan amah, akan menukar cadar katil setiap minggu, manakala selimut dan sarung bantal pula akan dicuci setiap dua hari sekali.

Ini katanya, bagi memastikan anak-anaknya, Kubendran Anbumani, 7, dan Danendran Anbumani, 5, berada dalam persekitaran yang bersih.

"Saya tidak boleh bertoleransi dengan habuk, debu dan apa jua kekotoran. Saya juga akan mengemop rumah setiap hari, mencuci langsir setiap dua minggu sekali, mengelap kipas dan menjaga kebersihan hampir setiap masa," katanya lagi.

Ditanya tentang cara dia membersihkan cadar, selimut dan sarung bantal secara lanjut, Puspavali menjawab, dia tidak mengambil mudah dengan hanya membasuh di dalam mesin basuh.

"Lazimnya, saya akan merendam kain-kain itu dalam air Dettol bercampur pencuci kain semalaman. Keesokan, baru saya akan basuh tangan," katanya.

Menurut Pakar Telinga, Hidung dan Tekak Hospital Sungai Buloh, Dr. Loo Chun Pin, negara seperti Malaysia yang mempunyai ukuran kadar kekeringan dan kepanasan yang tinggi menyebabkan habuk mudah terkumpul, manakala debu hama mudah membiak.

Chun Pin juga menerangkan, debu hama terdiri daripada najis dan bangkai hama yang biasanya dijumpai dalam debu rumah.

Enzim dan protein yang terdapat dalam debu hama adalah antigen kuat yang mencetuskan sehingga 80 peratus alahan di dalam rumah.

Ini menjadikan debu hama alergen paling utama dalam kediaman di Malaysia sehinggakan 85 peratus penghidap penyakit lelah, demam alergi pernafasan dan rinitis adalah disebabkan debu hama terutamanya kanak-kanak.

Oleh yang demikian, ujar beliau, keluarga di Malaysia perlu menjaga kebersihan, mengelakkan daripada habuk dan debu hama yang boleh mengakibatkan gangguan kesihatan respiratori.


DEBU hama membiak dengan pantas dan boleh hidup selama satu hingga dua bulan.


Memberi statistik tentang pembiakan debu hama, Chun Pin memberitahu, seekor debu hama dewasa mempunyai jangka masa hidup selama satu hingga dua bulan dan sebanyak 500 debu hama per gram direkod sebagai pemboleh bawa penyakit lelah.

"Di Malaysia pula, bilangan debu hama yang paling banyak direkod adalah sebanyak 15,000 debu hama per gram. Malah, kajian di Malaysia juga mendedahkan terdapat sekitar 10,000 debu hama di atas sarung bantal secara purata. Ini satu keadaan yang membimbangkan dan perlu diberi perhatian," katanya.

Berikutan dengan keadaan itu, doktor tersebut juga menasihati agar semua orang memastikan kebersihan cadar, sarung dan langsir diutamakan dengan mencucinya sekurang-kurangnya seminggu atau dua minggu sekali.

Malah, beliau turut menegaskan perkara yang sama terhadap permainan anak-anak, bantal, tuala dan lain-lain.

"Mungkin penggunaan pendingin hawa membantu dari segi mengurangkan debu hama.

Ini kerana hama kurang membiak di persekitaran sejuk tetapi ternyata ia agak mahal dan bukan semua orang yang mampu memilikinya.

Oleh yang demikian, penjagaan kebersihan adalah penyelesaian yang paling baik," ujar Chun Pin.

Dalam satu kajian yang pernah dijalankan oleh para penyelidik dari Universiti Malaya pada tahun 2010 ke atas 136 responden di sebuah kompleks beli-belah di Kuala Lumpur mendapati 79 peratus responden mencatatkan episod alergi rinitis, tetapi hanya 28 peratus daripada mereka mendapatkan rawatan.

Rinitis merupakan satu keadaan di mana seseorang berasa sesak nafas atau hidung berhingus, gatal-gatal dan bersin menyebabkan ketidakselesaan selain hidung tersumbat.

Keputusan saringan itu juga menunjukkan bahawa pencetus utamanya adalah debu selain cuaca dan makanan.

Kualiti kehidupan pesakit yang terbabit juga terjejas teruk. Hampir 53 peratus daripada mereka mengalami gangguan tidur, 41 peratus pula terjejas produktiviti dan 31 peratus mendapati gaya hidup sosial mereka terganggu.

Hari istimewa ibu dan keluarga

Posted:

Hari istimewa ibu dan keluarga

Hari istimewa ibu dan keluarga

Oleh: NIZHA PERIASWAMY


AKTIVITI yang membabitkan ibu bapa dan anak-anak merupakan salah satu cara mengeratkan hubungan kekeluargaan.


WALAUPUN seorang anak sepatutnya mencintai dan menyayangi ibu setiap hari, namun menetapkan satu hari tertentu untuk meraikannya pasti ia lebih istimewa.

Sambutan itu bertujuan meraikan para ibu yang membesarkan anak kita bagai menatang minyak yang penuh.

Seorang ibu, Nur Mariani Hashim, 32, dari Shah Alam, Selangor, melapangkan masa dengan anak-anak dan melakukan aktiviti bersama merupakan satu hadiah yang paling istimewa.

Dia yang mempunyai dua orang anak iaitu Nur Umaisarah Nasir, 3, dan Nur Umairah Nasir, 4, itu memberitahu, dia gemar melakukan pelbagai aktiviti bersama anak-anak dan suami sebagai salah satu cara mengeratkan hubungan kekeluargaan.

"Menyambut Hari Ibu bukan sekadar memotong kek atau makan di luar. Saya akan memastikan ikatan kekeluargaan terus dijaga sepanjang masa," ujar Nur Mariani yang gemar melukis, mewarna dan membaca buku bersama anak-anaknya.

Nur Mariani ditemui di Pusat Beli-belah 1 Utama di Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor dalam satu acara yang dianjurkan oleh SCA Hygiene Marketing Malaysia Sdn. Bhd. (Drypers Malaysia).

Acara itu yang menekankan kepentingan ibu bapa dan anak-anak meluangkan masa bersama melalui kempen Loving Your Baby's Moment.


NATHANPHON kelihatan mengikut arahan yang diberikan oleh kios interaktif.


Meluangkan masa bersama

Di satu kawasan, sebuah keluarga kelihatan sibuk mewarna kolaj menggunakan warna air. Mereka terdiri daripada Ashaz Azwar, 6, adiknya, Ariana Azwar, 3, ibunya, Siti Hidayah Zainuddin, 33, dan bapanya, Azrul Azwar W. Azizan, 35.

Sibuk dan teruja dengan sesi mewarna, Siti Hidayah memberitahu, kanak-kanak zaman sekarang lebih peka dengan sambutan Hari Ibu kerana mereka sudahpun didedahkan di tadika masing-masing.

Hidayah memberitahu, suaminya telah mengambil inisiatif untuk meluangkan masa bersama di pusat beli-belah itu selain makan malam menjelang sambutan Hari Ibu.

"Anak lelaki saya juga mendendangkan lagu You Raise Me Up sepertimana yang dipelajari di tadikanya. Kami juga selalu meluangkan masa bersama ketika melakukan aktiviti seni, menonton filem dan bermain," katanya.

Dalam pada itu, Pengurus Pemasaran Kanan Drypers Malaysia, Evelyn Chan berharap ibu bapa dapat menimba pengalaman manis dengan menggunakan produk Drypers yang bukan sahaja mengenai kain lampin tetapi produk bayi seperti bedak, losen dan mandian.

Menurutnya, Drypers Malaysia sentiasa berusaha bagi menggalakkan ibu bapa melakukan aktiviti bersama anak-anak.

"Kami telah menyediakan kios interaktif iaitu Drypers Moments Maker selama dua hari iaitu pada 11 dan 12 Mei lalu di tingkat bawah sayap baharu Pusat Beli-belah 1 Utama. Kiosk interaktif ini menyediakan pelbagai peraduan dan permainan yang menyeronokkan untuk ibu bapa dan anak-anak selain berpeluang memenangi hadiah-hadiah menarik.

"Kios interaktif ini juga menampilkan teknologi dan aplikasi deria yang termaju. Ia juga mempunyai pelbagai program dan kesan visual lisan yang membolehkan pengendali berinteraksi secara proaktif dengan pengguna. Lebih menarik, kios interaktif ini dapat membalas jawapan, soalan serta respons persekitarannya," katanya.


SETIAP ibu mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka.


Evelyn berkata, reka bentuk kios yang menarik dan mesra kanak-kanak membuatkan ramai ibu bapa berminat untuk turut serta.

Nathaphon Chian, 7, dari Desapark City, Kepong berjaya membawa pulang hadiah berupa alat tulis selepas berinteraksi dan menjawab soalan seperti yang diarahkan oleh mesin kios tersebut.

Pasangan adik-beradik, Kusymairfan Kusymairsham, 12, dan Kusymanoraiwarfa Kusymairsham, 4, turut membawa pulang hadiah.

Pelancaran kios interaktif tersebut adalah sempena Hari Ibu dan Hari Keluarga Antarabangsa anjuran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang diraikan pada 15 Mei setiap tahun.

Tema tahun 2013 iaitu 'Meningkatkan Integrasi Sosial dan Penyatuan Antara Generasi', memberi tumpuan kepada imej tradisional keluarga, saling menyatakan kasih sayang melalui pelbagai cara.

"Kami turut meraikan Hari Keluarga Antarabangsa kerana mengukuhkan pertalian keluarga merupakan tanggungjawab semua pihak," ujar Evelyn.

Kios interaktif tersebut juga turut ditempatkan di beberapa lokasi terpilih seluruh Malaysia iaitu Kuala lumpur, Pulau Pinang, Johor Bahru dan Kuala Terengganu.

Tip sihat makan di luar

Posted:

Tip sihat makan di luar

Tip sihat makan di luar


ULAM-ULAMAN antara makanan yang paling baik untuk kesihatan.


PENGAMBILAN makanan sihat sangat penting dalam kalangan masyarakat yang mementingkan gaya hidup sihat.

Sungguhpun begitu, ia hanya dapat direalisasi apabila anda menyediakan makanan sendiri di rumah. Ini kerana apabila menjamu selera di luar sama ada di restoran atau gerai, makanan yang disediakan tidak mengikut 'definisi' sihat yang anda inginkan.

Berikut disediakan beberapa tip untuk anda apabila makan di luar:

- Apabila memesan minuman, pilih air kosong, minuman tanpa lemak atau susu rendah lemak, teh tanpa gula atau minuman lain tanpa gula.

- Minta roti gandum untuk sandwic.

- Apabila berada di restoran, mulakan dengan sepinggan salad sayuran. Ini dapat membantu anda mengawal rasa lapar dan kenyang lebih awal.

- Minta sos salad dihidangkan berasingan di bahagian tepi pinggan dan ambil kuantiti yang perlu sahaja.

- Pilih hidangan utama yang mempunyai gabungan sayuran seperti kebab atau pasta dengan sos tomato.

- Pesan makanan yang dikukus, dipanggang atau direbus, bukannya digoreng atau ditumis.

- Pilih hidangan kecil atau sederhana sama ada anda memesan hidangan utama atau sampingan mahupun minuman.

- Pesan pilihan makanan daripada menu dan bukannya menuju ke arah pelbagai pilihan makanan di bufet yang disediakan.

- Jika hidangan utama yang disediakan terlalu banyak, cuba salah satu daripada strategi di bawah bagi mengelakkan anda makan berlebihan:

- Makan buah-buahan terlebih dulu sebelum makan makanan berat

- Pesan sebahagian hidangan pembuka selera atau hidangan sampingan dan bukannya keseluruhan hidangan utama.

- Kongsi hidangan utama bersama rakan.


SEBAIKNYA kongsikan hidangan yang dimakan bersama teman-teman.


- Bungkus lebihan makanan yang tidak dihabiskan dan simpan di rumah dan makan jika anda perlu.

- Apabila makanan yang dipesan sampai, ketepikan sebahagiannya bungkus segera.

- Elakkan diri anda daripada menghabiskan semua makanan sehingga pinggan licin apabila anda sudah kenyang. Biarkan baki makanan jika anda sudah kenyang.

- Bagi menjaga kesederhanaan dalam pengambilan kalori, lemak dan gula, ikut cara di bawah:

- Pesan sos salad supaya dihidangkan di tepi supaya anda boleh mengagakpenggunaan sos yang anda mahu.

- Pesan makanan yang tidak mempunyai kuah atau sos berkrim.

- Tambahkan sedikit mentega atau tidak perlu langsung di dalam makanan.

- Jika anda menempuh perjalanan yang panjang, pek buah-buahan segar, sayuran, atau kekacang untuk membantu anda hindarkan diri daripada mengambil makanan manis dan berlemak.

Sumber: http://www.choosemyplate.gov.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat