{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Harian Metro: Mutakhir

Posted by Tanpa Nama

Harian Metro: Mutakhir


Kanak-kanak dilapor hilang, ditemui lemas

Posted: 31 May 2013 04:22 AM PDT

KOTA KINABALU: Seorang kanak-kanak lelaki yang dilaporkan hilang selepas tergelincir ketika melintasi Sungai Babagon, Penampang dekat sini, empat hari lepas ditemui lemas hari ini.

Mayat Jerome Jeremy Maratin, 9, ditemui pasukan mencari dan menyelamat anggota Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) di jeti Cyber City di Sungai Sodomon, Kepayan pada 1.05 tengah hari, iaitu kira-kira 18 kilometer dari tempat mangsa dilaporkan terjatuh.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah Mohd Affendi K Ramin berkata mayat dihantar ke Hospital Queen Elizabeth untuk bedah siasat.

"Mangsa dilaporkan dihanyutkan air sungai deras dan operasi mencari dijalankan sejak Rabu lalu," katanya di sini.


Laporan kehilangan mangsa dibuat di balai Bomba dan Penyelamat Penampang sebelum gerakan mencari dan menyelamat segera dilancarkan dengan kerjasama JPAM dan anggota polis.


Pada Selasa lepas, mangsa dilaporkan tergelincir ketika melintasi Sungai Babagon bersama dua rakannya pada kira-kira 4.30 petang. Rakan mangsa bagaimanapun sempat menyelamatkan diri. - Bernama

Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/31

Polis teliti rekod kesihatan

Posted: 31 May 2013 04:20 AM PDT

MELAKA: Polis akan meneliti rekod kesihatan remaja perempuan yang mayatnya ditemui di tempat pembuangan sampah di Kampung Solok Gaung, Ayer Molek kelmarin.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Operasi dan Risikan) Melaka Supt PR Gunarajan berkata ini kerana siasatan awal mendapati mangsa mengalami sesak nafas sebelum meninggal dunia.

"Soal siasat ke atas suspek lelaki berusia 17 tahun yang ditahan susulan penemuan mayat mangsa, mendapati mereka ke lokasi kejadian dengan menaiki motosikal kira-kira 9 malam sebelum mangsa mengalami sesak nafas.

"Suspek cuba melakukan bantuan pernafasan namun gagal, dan dia yang panik dengan keadaan itu bertindak meninggalkan mangsa di situ," katanya pada sidang media, di sini hari ini.


Menurutnya hasil bedah siasat ke atas mayat remaja itu juga gagal mengenal pasti punca kematian kerana keadaan mayat yang mula mereput.


Dalam kejadian 7 malam kelmarin, mayat Aimi Hamizah Mohamad, 14, ditemui sekumpulan remaja kampung itu yang dalam perjalanan pulang selepas bermain bola sepak di padang berhampiran lokasi kejadian. - Bernama

Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/31

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat