Kosmo Online - Negara
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Negara |
- Pelakon gagal batalkan saman bapa
- Mohamad Khir fail notis rayuan di Mahkamah Persekutuan
- Operasi mencari dihenti sementara
Pelakon gagal batalkan saman bapa Posted: Pelakon gagal batalkan saman bapaOleh WAZIHA WAHID
KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini semalam menolak permohonan pelakon drama, Wan Nor Azlin untuk membatalkan saman bapanya, Wan Mohd. Husain Wan Ibrahim yang memohon perintah supaya mengosongkan rumah harta sepencarian bersama arwah ibunya di Sri Keramat di sini. Hakim Rosilah Yop menolak permohonan Wan Nor Azlin dengan kos sebanyak RM2,000 dalam kamar beliau di sini semalam. Peguam Nuraini Atiqah Abdul Aziz yang mewakili Wan Nor Azlin, 45, dan Razila Rashid bagi pihak Wan Mohd. Husain, 76, hadir mendengar keputusan itu. Sementara itu Nuraini ketika ditemui berkata, mahkamah membuat keputusannya selepas memutuskan bahawa Mahkamah Sivil mempunyai bidang kuasa untuk mendengar kes saman itu. Dalam permohonannya untuk membatalkan saman difailkan Wan Mohd. Husain pada 20 Mac lalu, Wan Nor Azlin berkata, mahkamah tiada bidang kuasa ke atasnya kerana terdapat perintah injunksi ex-parte (sebelah pihak) daripada Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam berhubung tuntutan bapanya. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Mohamad Khir fail notis rayuan di Mahkamah Persekutuan Posted: Mohamad Khir fail notis rayuan di Mahkamah PersekutuanPUTRAJAYA - Bekas Menteri Besar Selangor, Dr. Mohamad Khir Toyo memfailkan notis rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara setahun atas kesalahan mendapatkan untuk beliau dan isteri dua lot tanah dan sebuah banglo bernilai jutaan ringgit semalam. Notis tersebut difailkan menerusi peguam M.M. Athimulan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Persekutuan di sini. Semalam, panel tiga hakim diketuai Datuk Seri Abu Samah Nordin yang bersidang bersama Datuk Azahar Mohamed dan Datuk Aziah Ali menolak rayuan Mohamad Khir kerana melakukan kesalahan itu pada 2007. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Operasi mencari dihenti sementara Posted: Operasi mencari dihenti sementara Oleh FIRDAUS HASSAN KERJA-KERJA mengapungkan bot yang karam menggunakan tongkang gagal di Sungai Rajang, Belaga semalam. BELAGA – Operasi mencari dan menyelamat hari keempat mangsa tragedi bot ekspres karam di Giam Bungan, Sungai Rajang dekat sini dihentikan sementara waktu berikutan beberapa masalah teknikal. Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Bakar Sebau berkata, pihaknya terpaksa mendapatkan kren selepas usaha untuk menarik dan mengapungkan bot yang karam ditamatkan selepas tiga kali percubaan dibuat menggunakan tongkang berkuasa tinggi masih gagal. "Namun usaha untuk mendapatkan kren bagi membantu operasi itu akan mengambil masa kerana cuti sambutan Hari Gawai yang bermula esok (hari ini). "Kita tangguhkan operasi itu ke satu tempoh yang akan diberitahu semula kerana masih gagal untuk mengapungkan bot berkenaan sehingga ke paras yang sesuai iaitu hingga ternampak pintu bot sebelum operasi diteruskan," katanya ketika ditemui di tempat kejadian semalam. Menurutnya, lebih malang apabila salah satu enjin tongkang juga mengalami masalah terlebih panas selepas satu lagi enjin tongkang tersebut mengalami rosak "Antara faktor lain yang mengganggu operasi adalah disebabkan arus sungai deras serta masalah 'zero visibility' yang dihadapi pasukan penyelam," ujarnya. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |