{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Mahkamah

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Mahkamah


Hasut rakyat ubah kerajaan cara tidak sah

Posted: 29 May 2013 11:15 AM PDT

Oleh MARZITA ABDULLAH
pengarang@utusan.com,my

Chua Tian Chiang bersama Haris Fathillah Mohamed Ibrahim (kiri) dan Mohd. Tamrin Abdul Ghafar ketika hadir ke Mahkamah Sesyen berhubung dakwaan mengikut Akta Hasutan di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur, semalam. - Bernama

KUALA LUMPUR 29 Mei - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua dan empat aktivis propembangkang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan memberi ucapan berbaur hasutan dalam ceramah yang diadakan dua minggu lalu.

Selain Tian Chua atau Chua Tian Chiang, 50, turut didakwa ialah Hishamuddin Md. Rais, 62; ahli Pas, Mohd. Tamrin Abdul Ghafar, 63; peguam, Haris Fathillah Mohamed Ibrahim, 54, dan Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia, Muhammad Safwan Awang @ Talib, 24.

Kelima-lima tertuduh mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan kepada mereka di hadapan Hakim Norsharidah Awang.

Ini bermakna enam tertuduh setakat ini telah didakwa atas tuduhan serupa dengan tertuduh pertama iaitu aktivis mahasiswa propembangkang, Adam Adli Abd. Halim, 24, dihadapkan ke mahkamah pada 23 Mei lalu.

Pada prosiding hari ini, kelima-lima tertuduh didakwa memberi ucapan dalam ceramah dengan menyebut kata-kata menghasut yang mempunyai kecenderungan bagi membangkitkan rakyat negara ini supaya diubah kerajaan yang tertubuh menurut undang-undang, dengan sebarang cara yang tidak sah.

Mengikut kertas pertuduhan, dakwaan kata-kata hasutan dalam ucapan setiap tertuduh dinyatakan dalam Lampiran A bagi pertuduhan masing-masing.

Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor, No. 1, Jalan Maharaja Lela, Dang Wangi di sini antara pukul 8.55 malam dan 11.15 malam, 13 Mei lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya.

Ketika pertuduhan selesai dibacakan terhadap Tian Chua, lelaki itu dilihat tersenyum malah berkata, pertuduhan tersebut berunsur politik menyebabkan Norsharidah mengarahkannya hanya menyatakan pengakuan sama ada bersalah atau tidak.

Perkara yang sama juga berlaku apabila Muhammad Safwan menyifatkan tuduhan tersebut berniat jahat dan sekali lagi Norsharidah mengeluarkan arahan yang sama.

Kesemua tertuduh ditahan oleh pihak polis semalam kecuali Hishamuddin yang menyerah diri kepada pihak polis di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini, pagi ini.

Hishamuddin yang memakai kemeja dan kot hitam serta seluar pendek paras betis didakwa di mahkamah sama kira-kira sejam selepas selesai prosiding pertuduhan terhadap keempat-empat tertuduh yang lain.

Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Abazafree Mohd. Abas yang mengetuai pasukan pendakwaan, menawarkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin terhadap setiap tertuduh.

Peguam Gobind Singh Deo yang mewakili Haris dan menyebut bagi pihak peguam tertuduh-tertuduh lain bersetuju dengan jumlah jaminan yang ditawarkan tanpa sebarang rayuan bagi mengurangkan jumlah jaminan.

Norsharidah kemudian menetapkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin terhadap setiap tertuduh sementara menunggu sebutan kes pada 2 Julai ini.

Sementara itu, peguam N. Surendran yang mewakili Tian Chua memaklumkan bahawa kesemua tertuduh akan memfailkan permohonan untuk membatalkan pertuduhan berkenaan atas alasan ia tidak berasas dan salah guna kuasa mahkamah.

Beliau turut memohon supaya pihak pendakwaan mengembalikan telefon bimbit anak guamnya serta tertuduh-tertuduh lain yang dirampas semasa ditahan pada 23 Mei lalu sebelum dibebaskan sehari kemudian.

Bagaimanapun Mohamad Abazafree berkata, telefon berkenaan telah dihantar kepada CyberSecurity Malaysia untuk pemeriksaan dan akan dikembalikan kepada pemilik masing-masing selewat-lewatnya esok.

Mahkamah kemudian mengarahkan pihak pendakwaan mengembalikan telefon berkenaan seperti yang dimohon oleh pihak peguam.

Sementara itu, kesemua tertuduh kecuali Muhammad Safwan, dibebaskan selepas membayar wang jaminan masing-masing.

Muhammad Safwan dan Mohd. Tamrin, masing-masing diwakili empat peguam diketuai Ariff Azami Hussein sementara Gobind mengetuai barisan sembilan peguam mewakili Haris dan Tian Chua diwakili dua peguam termasuk Surendran.

Peguam, Murnie Hidayah Anuar mewakili Hishamuddin.

Pathmanabhan, 3 lagi fail rayuan

Posted: 29 May 2013 11:15 AM PDT

Oleh SITI NOORALINA AHMAD
pengarang@utusan.com.my

SHAH ALAM 29 Mei - Bekas peguam, N. Pathmanabhan dan tiga pekerja ladangnya memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi di sini yang menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap mereka atas kesalahan membunuh jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain.

Peguam bela, Pushpa Ratnam ketika dihubungi berkata, notis rayuan bagi tiga tertuduh iaitu Pathmanabhan, 43, T. Thilaiyalagan, 21, dan R. Matan, 22, difailkan oleh pihaknya di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini semalam.

Pushpa dan peguam Manjeet Singh Dhillon mewakili Pathmanabhan manakala Thilaiyalagan diwakili oleh Gurbachan Singh dan Matan oleh Amer Hamzah Arshad.

Sementara itu, peguam Hasshahari Johari Mawi yang mewakili tertuduh keempat, R. Kathavarayan, 33, memfailkan notis tersebut hari ini.

Rayuan tersebut difailkan setelah keempat-empat lelaki itu tidak berpuas hati dengan keputusan Hakim Datuk Akhtar Tahir pada 23 Mei lalu yang menjatuhkan hukuman gantung setelah mensabitkan kesalahan itu terhadap kesemua mereka.

Mereka didapati bersalah membunuh Sosilawati, 47, pemandunya, Kamaruddin Shamsudin, 44; peguam, Ahmad Kamil Abd. Karim, 32; dan pegawai Bank CIMB cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38.

Keempat-empat mangsa itu didakwa dibunuh di antara pukul 8.30 malam dan 9.45 malam, 30 Ogos 2010 di Lot No. 2001, Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting dekat sini.

Hakim Akhtar memutuskan demikian selepas berpuas hati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan yang dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Pihak pendakwaan diwakili oleh Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya, Idham Abd. Ghani, Ishak Mohd. Yusoff dan Saiful Edris Zainuddin.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat