Berita Harian: Ratu
Posted by Tanpa Nama
Berita Harian: Ratu |
Perkukuh agenda kanak-kanak, wanita Posted: 29 May 2013 04:51 PM PDT Perkasakan kepentingan pendidikan, kesihatan dan politik demi martabat golongan hawa Malala Yousafzai, 14, rakyat Pakistan yang kini menuntut di sebuah kolej di Birmingham, Britain juga aktivis termuda yang ingin memperjuangkan dan memajukan hak wanita dalam bidang pendidikan, sewajarnya dunia mengaguminya kerana dalam usia semuda itu mampu memperjuangkan hak sepatutnya untuk golongan hawa. Malala melihat bagaimana kumpulan militan paling berbahaya di negaranya, iaitu Taliban melarang kanak-kanak perempuan bersekolah dan mendapat pendidikan yang sepatutnya wajar dinikmati semua kanak-kanak di dunia.
Malala ditembak tahun lalu secara dekat oleh Taliban dan mengalami kecederaan pada kepala. Sungguhpun perjuangan Malala belum sampai ke penghujungnya, beliau membuka mata pihak mengenai berharganya hak wanita. Semangat Malala patut dijadikan ikon dan pemangkin kepada ekonomi negara ialah menerusi pelaburan ke atas gadis dan wanita. Semangat Malala Kisah Malala itu juga menjadi pembuka bicara Pengasas dan Presiden Women Deliver Amerika Syarikat (AS), Jill Sheffield pada Persidangan Global women Deliver yang berlangsung di ibu kota, kelmarin, mampu membakar semangat wanita di seluruh dunia untuk berjuang demi meningkatkan martabat golongan itu.
"Apabila kerajaan melabur apa saja mengenai kepentingan wanita secara langsung ia menjana ekonomi sesebuah negara," katanya dalam ceramahnya bertajuk 'Pelaburan Ke Atas Gadis dan Wanita'. Sidang itu turut disertai Pengarah Pembangunan Gender, Kumpulan Bank Dunia, Jeni Klugman; Ketua Tindakan Wanita Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UN), Lakshmi Puri; Koordinator Projek Sida Antarabangsa, Remmy Shawa; Pekerja Keadilan Afrika Selatan, Sonke Gender dan Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga, Datuk Rohani Abdul Karim. Jill berkata, pelaburan kesihatan kanak-kanak perempuan dan wanita adalah satu penyelesaian untuk setiap masalah pembangunan yang wujud dalam sesebuah negara. Pada masa sama, tumpuan isu juga seharus meliputi terhadap pembasmian kemiskinan, menstabilkan masyarakat, merangsang ekonomi dan memajukan kesejahteraan keluarga dan masyarakat amat penting untuk kehidupan mapan secara keseluruhannya. "Keprihatinan nasib, masa depan kanak-kanak dan wanita wajar dijadikan agenda global. Kami berhutang kepada Malala dan berjuta-juta lagi kanak-kanak perempuan seperti dia yang berhadapan dengan pelbagai kesukaran, berusaha setiap hari untuk menjadikan dunia ini tempat yang lebih baik. Kini adalah masa untuk kita melabur terhadap anak gadis dan wanita," katanya. Sementara itu, Jeni Klugman, berkata laporan Pembangunan Dunia Bank Dunia 2012, mendapati peningkatan dalam bidang pendidikan, kesihatan dan agensi wanita secara langsung dikaitkan dengan pertumbuhan ekonomi negara itu. "Manfaat ini 'diserahkan' kepada generasi akan datang. Kita mahu mereka terbela dari segi pendidikan dan kesihatan termasuk kadar imunisasi yang lebih tinggi, pemakanan yang lebih baik dan penurunan kadar kematian bayi. "Pada tahun 2000, kita menubuhkan Matlamat Pembangunan Milenium (MDGs) untuk meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan rakyat termiskin di dunia. Masyarakat global mengakui keperluan untuk meningkatkan kepentingan golongan wanita yang menjadi penanda aras terhadap pembangunan, hak kesamarataan gender, kesihatan ibu dan lain-lain," katanya. Lakshmi Puri pula berkata, kanak-kanak perempuan dan wanita adalah kunci kepada pembangunan global. "Mempromosi dan melindungi wanita adalah perkara utama. Semua pihak perlu menamatkan keganasan terhadap wanita, menggalakkan penyertaan dan memperkasakan mereka dalam aspek politik, sosial dan ekonomi. "Sekiranya dunia inginkan kemajuan penambahbaikan selepas 2015 patut dirancang dan direalisasikan untuk golongan itu," katanya. Global Women Deliver adalah masa kritikal untuk menjana dan memacu masyarakat global untuk mempertahankan hak asasi manusia khususnya membabitkan wanita. Usaha Malaysia diiktiraf Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga, Datuk Rohani Abdul Karim, berkata kira-kira 99 peratus kanak-kanak yang dilahirkan oleh ibu yang positif HIV di Malaysia bebas daripada penyakit berkenaan. Katanya, kejayaan itu adalah hasil pelaksanaan Program Pencegahan Ibu Kepada Anak (PMTCT) yang diwujudkan sejak 1998 di pusat kesihatan di seluruh negara. "PMTCT adalah satu usaha yang menyeluruh untuk mencegah penyebaran virus dari ibu kepada anak sama ada sebelum, ketika hamil dan waktu kelahiran dan selepas bersalin," katanya. Akses yang lebih besar dari segi penjagaan profesional dan perkhidmatan perancangan keluarga di Malaysia memberi impak terbaik dalam menurunkan nisbah kematian ibu mengandung dan ketika melahirkan. Mengenai program pencegahan kanser dalam kalangan wanita dan kanak-kanak perempuan, Rohani berkata, Malaysia adalah negara Asia pertama memperkenalkan program pencegahan kanser pangkal pangkal menerusi suntikan 'human papillomavirus' (HPV) kepada remaja secara percuma. Beliau berkata, Kementerian Kesihatan memperuntukkan RM10 juta bagi memperkenalkan program vaksinasi remaja perempuan berusia 13 tahun. Hakikatnya, pencapaian kebajikan wanita Malaysia dalam bidang kesihatan dan penyertaan ekonomi berada pada tahap yang membanggakan dan diiktiraf oleh organisasi antarabangsa. "Kestabilan politik penting untuk memastikan usaha memperkasakan wanita berterusan dan berjaya. Persidangan kali ini adalah peluang perkongsian yang bermakna bagi Malaysia ke arah mencapai status negara maju menjelang 2020," katanya. INFO Persidangan 'Women Deliver':
|
Posted: 29 May 2013 04:47 PM PDT Amal langkah pencegahan untuk melegakan, elak tambah serius Selsema penyakit biasa dialami oleh sesiapa saja tanpa mengira usia dan jika ia kemudian disertai dengan demam pula kehadirannya mampu melumpuhkan aktiviti seharian individu. Dengan keadaan cuaca yang tidak menentu, iaitu panas dan sejuk, selain jangkitan virus pada hidung dan tekak menyumbang kepada penyakit itu.
Jangan ambil remeh bagi individu yang memiliki sistem pertahanan tubuh lemah, warga emas kekurangan zat makanan, risiko mengalami demam selsema lebih tinggi. Demam selsema adalah jangkitan virus dalam tekak, sinus dan saluran atas pernafasan. Antibiotik tidak dapat membunuh virus tetapi sistem pertahanan tubuh adalah senjata terbaik untuk melawan serangan virus ini. Gejala demam selsema biasanya bermula satu hingga tiga hari selepas jangkitan dan purata jangka masa selsema adalah tujuh hari. Bagi mereka yang merokok gejala batuk dialami akan lebih berpanjangan. Lazimnya, bila anda selsema atau demam penyelesaian mudah diambil adalah dengan menelan panadol atau ubat dari doktor. Namun bagi mereka yang kurang menggemari perubatan, berikut adalah langkah pencegahan untuk mengatasi dan melegakan demam selsema.
Pengambilan makanan panas dan berkuah dapat membantu melegakan pernafasan lebih lagi ketika anda demam dan selsema. Kulit kayu manis Masukkan sedikit serpihan kulit kayu manis dalam teh sudah disediakan. Selain dapat menyedapkan teh, kulit kayu manis bagus untuk memanaskan badan. Buah-buahan sitrus Makan lebih banyak buah-buahan kaya dengan vitamin C termasuk limau dan lemon untuk menghindari selsema. Air asam jawa Bancuh asam jawa dengan air lalu campurkan gula melaka atau gula pasir sebagai penambah rasa. Amalkan minuman itu untuk menyejukkan badan dan menghilangkan rasa perit tekak. Kembang semangkuk Rendam kembang semangkuk dan minum airnya bagi menyejukkan badan sekali gus mengelak daripada terkena demam. Bawang putih Boleh tambahkan bawang putih dalam masakan kerana ia mempunyai fungsi sebagai antibiotik. Tiram Hidupan laut ini adalah sumber terbaik untuk zink selain nutrien seperti Omega-3, selenium dan zat besi. Zink penting dalam pembentukan sel darah putih dan paras zink yang rendah boleh memberikan implikasi negatif terhadap sistem imun. Selain itu, zink boleh didapati dari daging lembu dan ayam. Halia Air rebusan halia diminum bukan saja bagus untuk melegakan selsema tapi juga menghindarkan angin dalam tubuh. Sumber vitamin C Buah-buahan sitrus, pengambilan tambahan seperti kentang, strawberi dan nanas amat membantu dalam mencegah selsema dan demam. INFO: Gejala lain demam selsema - Mata terasa sedikit panas.
Selsema boleh berkurangan jika anda memberikan langkah berikut: - Rehat yang sempurna
Pencegahan - Selalu tutup tangan ketika bersin atau batuk.
|
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Ratu To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |