{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Harian Metro: Hati

Posted by Tanpa Nama

Harian Metro: Hati


Solekan seiring rona pakaian

Posted: 29 May 2013 10:33 AM PDT

"Cantik atau tidak?" Tanya rakan penulis selepas dia melayangkan pembayang mata berkilat keemasan tatkala menghadiri majlis makan malam bertemakan gaya Timur Tengah.

Melihat sekilas, wajahnya benar-benar berubah walaupun hanya dengan sapuan pembayang mata serta celak hitam di atas garis lingkaran kelopak mata.

Memang benar pemakaian celak dan pembayang mampu merubah penampilan seseorang sama ada menjadi lebih cantik atau biasa-biasa saja. Buktinya ada wanita nampak lebih anggun selepas bersolek namun ramai juga yang tidak menampakkan kesegaran walaupun sudah lengkap memakai semua perkara penting dalam solekan.

Apakah yang menyebabkan berlaku perbezaan sedangkan wanita ini mengenakan jenama alat solek yang sama?

Foto

PEMAKAIAN bedak asas langkah pertama bagi mendapatkan solekan sempurna.

Foto

SAPUAN pembayang mata rona berkilat keemasan sesuai digayakan ke majlis bertemakan gaya Timur Tengah.

Foto

CELAK dan maskara penting untuk mendapatkan mata menawan.

Foto

PEMERAH pipi merah jambu disapu pada pipi untuk kesan menyerlah.

Foto

TAMPIL segar dengan gincu merah jambu dengan sedikit pengilat bibir.

Foto

TAMPIL bergaya dengan padanan kaftan serta tudung ala serban, solekan menyerlahkan penampilan ala Timur Tengah.


Menurut jurusolek profesional, Noor Fazleen Mohd Fazel, terdapat beberapa perkara yang perlu diberi perhatian bagi mendapatkan gaya solekan diinginkan. Ia bukan saja bergantung kepada jenama alat solek, peralatan seperti berus dan span tetapi juga teknik ketika mengadun warna serta sapuan menjadikan seseorang tampil berbeza.


"Untuk mendapatkan penampilan berbeza bukan saja bergantung kepada keberanian ketika bersolek tetapi pemilihan warna serta teknik digunakan. Dalam hal ini, panduan menggabungkan warna asas dengan warna panas atau sejuk menjadikan sapuan lebih menawan. Apatah lagi sekiranya jurusolek itu bijak memadankan dengan warna kulit seseorang," katanya yang sering menerima undangan menyolek pengantin.

Selain pemilihan rona pembayang mata, apa yang perlu diketahui solekan harus menepati tema majlis dan ia sebaiknya mengikut rona pakaian juga sama ada untuk acara siang atau malam. Untuk solekan malam wanita harus bijak menggabungkan antara warna pastel dengan cerah serta menggunakan teknik solekan smokey untuk mata.

Sambil menunjukkan teknik solekan ketika menghadiri majlis berkonsepkan gaya Timur Tengah, kata Fazleen, apa yang perlu ditekankan adalah pemilihan baju bersesuaian konsep. Ini bagi memudahkan wanita memadankan warna pembayang mata serta gincu yang akan dipakai.

"Untuk majlis berkonsepkan gaya Timur Tengah, wanita sebaiknya memilih padanan sedikit glamor sama ada pada rekaan atau potongan busana. Mungkin memakai kaftan dengan perincian manik pada bahagian tertentu serta lilitan tudung ala serban mampu mengikut tema ditetapkan.

"Selepas menetapkan pakaian, ini memudahkan mengadunkan solekan mengikut warna pakaian. Namun ini bukan peraturan yang harus diikuti. Ia terpulang kepada wanita sama ada mahu memakai pembayang mata sewarna atau sebaliknya," katanya.

Untuk solekan mata, Fazleen memilih pembayang mata rona keemasan dengan sedikit sapuan coklat bagi memberikan imej segar tatkala digayakan pada waktu malam. Paling penting, pemakaian celak cecair pada bahagian atas kelopak mata memberikan ilusi berbeza dan membuatkan wajah lebih anggun dan menawan.

"Kini wanita lebih arif apa yang mereka mahukan. Ramai semakin berpengetahuan mengenai jenis celak dan teknik sapuan sama ada tebal, nipis atau mempunyai ekor. Percayalah setiap satu akan mempengaruhi penampilan.

"Untuk gaya Timur Tengah, anda boleh memakai celak sehingga memenuhi garis atas kelopak mata. Kemudian oleskan dengan maskara warna senada. Sebaiknya pastikan anda memakai berulang kali pada bulu mata bagi menjadikan lebih lebat, panjang dan hitam," jelasnya.

Selain mata, warna gincu juga perlu diberi perhatian. Jika inginkan wajah lebih garang mungkin pilihan merah terang yang terbaik tetapi pastikan anda selesa memakainya.

"Pemilihan gincu juga memainkan peranan penting. Apa yang menjadi keutamaan adalah keselesaan dan yakin tatkala menggayakannya ketika menghadiri majlis. Jangan kerana semata-mata memilih warna berdasarkan trend semasa sehingga anda kelihatan janggal dan kurang yakin berhadapan orang ramai. Jadilah diri sendiri dan bergaya mengikut kemampuan sendiri," nasihat Fazleen.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/29

Nikmati gaya hidup sihat

Posted: 29 May 2013 09:21 AM PDT

Menyedari hakikat kecantikan wanita membawa transformasi, motivasi dan inspirasi bukan saja untuk diri tetapi semua insan, Clinelle keluaran EIG melancarkan kempen Kecantikan Memberi Inspirasi sempena pelancaran produk penyental Skin Smoo­thing Scrub with Marine Beads, baru-baru ini.

Kempen dengan kerjasama pencipta dan pengasas seni lukis Liselle, Lisa Lee ini bertujuan memberi kesedaran mengenai kehidupan serta inspirasi kepada wanita menikmati gaya hidup sihat dan ceria.

Lisa yang juga pemenang Anugerah Trevor di United Kingdom bagi kategori Keusahawanan Muda & Hala Tuju Baru Ilustrasi Fesyen mengakui cukup teruja apabila dihubungi Clinelle untuk menghasilkan ilustrasi bertemakan marin pada siri koleksi bekas minuman yang akan diedarkan di seluruh negara.

Bekas minuman eksklusif ini dihasilkan sempena pelancaran produk terbabit yang mana pengguna berpeluang mengumpul bekas minuman edisi terhad apabila membeli produk Clinelle .


"Untuk hasil seni ini saya mendapat inspirasi daripada manik marin dalam Skin Smoothing Scrub yang bertindak sebagai pelulur asli. Saya rasa teruja untuk menghasilkan siri ilustrasi bertemakan marin bagi menonjolkan keindahan alam semula jadi yang boleh meningkatkan kreativiti dan tindakan positif. Saya berharap ilustrasi terbabit akan menyampaikan mesej penting ini kepada wanita dalam semua peringkat umur," katanya.


Ketua Pemasaran Clinelle, Joy Ding berkata, Clinelle bekerjasama dengan Lisa kerana dia mampu menjadi inspirasi kepada wanita lain. Dia bukan saja cantik tetapi penampilannya dapat memberi motivasi kepada semua untuk mengecap nikmat hidup sepenuhnya.

"Sebagai usahawan berjaya, Lisa membuktikan dia mampu menjadi inspirasi serta menikmati kehidupan dengan cara mengutamakan kecantikan dan kegembiraan. Inilah yang kami mahukan supaya wanita tahu mereka boleh melakukan segala-galanya jika percaya kepada diri sendiri dan berjuang untuk mencapai impian seperti yang dilakukan Lisa," katanya.

Ilustrasi Lisa bertajuk Kecantikan Memberi Inspi­rasi, Kecantikan Menyebarkan Kegembiraan dan Kecantikan Mengelilingi Kita berkisar pada Liselle iaitu watak asal yang popular dalam dunia marin bawah laut. Liselle melihat kehidupan dari sudut pandangan ikan duyung dan seperti setiap wanita, dia berharap untuk melihat dunia secara positif walaupun pada masa mencabar.

Clinelle juga akan melancarkan kempen media sosial dengan kerjasama portal bercerita, www.yuberactive.asia dan Lisa. Kempen ini turut membabitkan peraduan me­ngarang cerita pendek yang menerangkan kisah Liselle menemui manik marin dan membongkar rahsia kecantikan berasaskan mana-mana satu daripada tiga ilustrasi.

Sebanyak 11 cerita terbaik dan paling memberi inspirasi akan memenangi hadiah eksklusif bernilai lebih RM3,000.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/29

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat