{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Kosmo Online - Varia

Posted by Tanpa Nama

Kosmo Online - Varia


Populariti batik Indera Kayangan

Posted:

Populariti batik Indera Kayangan

Populariti batik Indera Kayangan

Oleh KHADIJAH MOHAMAD NOR

FAUZI menunjukkan salah satu contoh tempahan baju batik oleh jabatan dan agensi kerajaan.


SENI batik amat sinonim dan terkenal di kawasan Pantai Timur. Kebanyakan jenama batik yang popular di Malaysia juga, biasanya diusahakan oleh anak jati Kelantan dan Terengganu.

Begitu juga, bagi pengusaha batik jenama Sensasi Batik Asfa, Fauzi Mamat yang berasal dari Kelantan namun lebih selesa menjalankan perniagaan tersebut di Perlis.

Ujar Fauzi, 46, alasannya amat mudah iaitu kurangnya persaingan di negeri paling hujung di utara tanah air itu selain isterinya, Yasmoon Hamad Musa, 44, berasal dari sana.

"Saya memulakan perniagaan menghasilkan batik pada tahun 2005 dengan modal sebanyak RM5,000. Itu pun selepas mempunyai pengalaman selama lebih 13 tahun bekerja bersama pengusaha batik di Kelantan.

"Sebelum itu pada tahun 1990 hingga 1991, saya menimba ilmu dalam bidang kraf tangan di Institut Kraf Negara (IKN) cawangan Kelantan. Di sana juga, saya mula mengenali isteri yang kemudian dinikahi pada tahun 1992," ujar Fauzi ketika ditemui Kosmo! dalam program Media Turun Padang ke Perlis dan Kedah anjuran Kraftangan Malaysia baru-baru ini.

Menampilkan rekaan beridentiti kayangan sempena mengambil nama Perlis Indera Kayangan, Sensasi Batik Asfa kini semakin dikenali ramai.

Menurut anak kelahiran Pasir Puteh itu, jenama batik mereka mengambil masa dua hingga tiga tahun sebelum dikenali ramai. Walaupun pada awalnya, sukar untuk meraih kepercayaan pelanggan terhadap produk mereka, tetapi usaha yang gigih akhirnya membuahkan hasil.

"Kini, pelanggan yang datang untuk membuat tempahan semakin ramai terutama daripada jabatan dan agensi kerajaan, pihak sekolah serta politeknik.

"Alhamdulillah, walaupun terdapat juga persaingan dengan produk batik cetak dari Thailand dan Indonesia yang lebih murah harganya, namun rezeki kami sentiasa ada.


TUGAS mencanting kain memerlukan ketelitian dan kesabaran yang tinggi.


"Tambahan pula, bantuan yang diberikan oleh pihak Kraftangan Malaysia seperti menyediakan bengkel, secara tidak langsung membantu melancarkan operasi kami," jelas Fauzi yang kini mempunyai lima orang pekerja.

Sementara itu, Yasmoon memberitahu, antara keistimewaan Sensasi Batik Asfa ialah pelanggan boleh memberi cadangan dan idea berkaitan rekaan atau corak batik yang diinginkan.

"Biasanya, jika rekaan bersifat eksklusif, kami boleh menyiapkan dua helai setiap hari manakala rekaan ringkas seperti baju batik sekolah pula sekitar sembilan hingga 10 helai.

"Kebanyakan rekaan kami berunsur flora dan fauna selain motif padi dan variasi dedaunan. Setiap tahun, pereka kraf tangan juga ada menyediakan tema untuk pengusaha batik. Contohnya tahun ini temanya kubisme manakala tahun 2012 seni pop," kata Yasmoon sambil menunjukkan satu rekaan yang berjaya disiapkan dalam tempoh kurang lima minit.

Sebagai pasangan suami isteri, Fauzi dan Yasmoon bertuah kerana boleh bertukar-tukar pendapat memandangkan mereka berada dalam satu bidang yang sama.

"Boleh dikatakan, kami saling melengkapi antara satu sama lain. Masing-masing boleh memberi idea dan kritikan membina," ungkapnya sambil tersenyum.

Antara produk batik yang dihasilkan ialah blouse, kemeja, lukisan dan kain pasang. Harganya bermula daripada RM250 mengikut rekaan dan corak batik itu sendiri. Harga lukisan pula bermula daripada RM20 sehingga RM500.

Fabrik yang digunakan ialah satin, sutera creep, jacquard dan polyester. Setiap bulan, Fauzi akan menempah kain putih sebanyak dua kali. Setiap pembelian untuk 10 gulung kain putih menelan belanja antara RM5,000 hingga RM6,000.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat