Felda sungai lui - Google Blog Search
Posted by Tanpa Nama
Felda sungai lui - Google Blog Search |
Blog Felda: <b>Felda sungai lui</b> - Google Blog Search Posted: 19 Apr 2013 12:00 AM PDT Kawasan petempatan Felda merupakan blok sokongan terkuat Umno-BN selepas kawasan kampung-kampung tradisi Melayu luar bandar. Ini perkara hakikat yang wajib dan wajar diterima oleh Pakatan Rakyat khususnya di Negeri Sembilan. Berbeza dengan Seremban, Rasah dan Telok Kemang yang diliputi oleh 55-70 peratus kawasan perbandaran, sub-bandar dan perindustrian. Ia menjadi 'kubu kuat' kepada Pakatan Rakyat sejak PRU 2008 lalu dan ia juga hakikat yang wajib dipertahankan oleh Pakatan Rakyat agar tidak terlepas dikuasai kembali oleh Umno-BN. Terbukti melalui keputusan PRU 2008 di beberapa dun yang mempunyai kawasan Felda seperti Chennah, Pertang, Sungai Lui, Serting, Palong, Jeram Padang, Gemas, Gemencheh dan Senaling membantu meningkatkan undi Umno-BN. Sebagaimana yang dinyatakan di atas, undi pemilih kawasan Felda adalah 'fix-deposit' kepada Umno-BN. Secara umum di Negeri Sembilan, Keadilan dan Pas bertanding di kawasan-kawasan Felda ini (kecuali Chennah). Pas telah berpengalaman bertanding di kawasan-kawasan ini sejak PRU 1964 lagi. Kebanyakan kawasan Felda dalam Negeri Sembilan dibuka seawal tahun 1963. Sebelum PRU 1964, ada beberapa dun Negeri Sembilan seperti Gemas, Labu dan Pertang tidak wujud kawasan petempatan Felda. Malah pada PRU 1959, dun-dun ini telah dimenangi oleh calon-calon dari Front Sosialis dan Bebas. Secara strategi jangka panjang, kewujudan petempatan Felda di dun-dun tersebut selepas tahun 1963 telah 'membunuh' blok sokongan Front Sosialis melalui peningkatan undi-undi dari para peneroka Felda yang majoritinya adalah kaum Melayu. Secara purata, undi popular yang diperolehi oleh PR di kawasan-kawasan Felda ini adalah sekitar Pada PRU 2008 lalu, Keadilan bertanding di Labu, Palong, Jeram Padang dan Pertang. Kesemua dun ini mempunyai daerah mengundi kawasan Felda. Palong satu-satunya dun yang terdiri daripada 100 peratus daerah mengundi kawasan Felda. Ia adalah satu ukuran sebenar dan agak tepat untuk dijadikan penilaian tahap sokongan dan penerimaan masyarakat Felda kepada PR. Dun Palong khususnya mempunyai sembilan daerah mengundi. Kawasan ini juga tidak mempunyai undi pos. Ia merupakan antara blok sokongan terkuat Umno di Jempol dan Negeri Sembilan. Walaubagaimanapun, ada beberapa analisa yang wajar diambil perhatian oleh PR Negeri Sembilan. Antaranya adalah walaupun kawasan ini adalah 100 peratus kawasan petempatan Felda, namun Keadilan memperolehi undi popular serendah 22 peratus dan setinggi 42 peratus! Ia membuktikan akar sokongan kepada PR sememangnya wujud di Palong walaupun di tengah-tengah kubu kuat Umno. Malahan perolehan undi popular Keadilan tidak jatuh di bawah paras 20 peratus. Itu asas kuat bahawa bukan semua kawasan Felda menolak pengaruh PR. Ada beberapa kawasan Felda yang boleh dianggap kritikal (kawasan hitam) kepada PR jika dinilai melalui perolehan undi popularnya di bawah 20 peratus. Antara kawasan tersebut adalah Bukit Rokan Barat (dun Jeram Padang) dengan undi popular diperolehi oleh Keadilan hanya 4.75 peratus sahaja atau 27 undi daripada 569 undi. Ada pengecualian di kawasan ini kerana calon Keadilan yang diletakkan di Jeram Padang adalah dari kaum India. Namun itu tidak menjadi isu besar kerana BN meletakkan calon MIC di sini! Kawasan lain adalah; (nama kawasan)/dun+ parti/undi popular; 1. Felda Kepis (dun Senaling/ PAS)-Undi Popular: 11.81% 3. Felda Jelai 2 & 4 (dun Gemas/PAS)-Undi Popular: 12.58% Lima kawasan Felda ini boleh dikataegorikan sebagai sukar kepada PR untuk ditembusi. Ada beberapa faktor yang menjadi kesukaran tersebut iaitu; 1. calon yang tidak berkredibiliti tinggi dan tidak diyakini oleh masyarakat Felda. Peluang Pakatan Rakyat sebenarnya mempunyai peluang untuk meningkatkan sokongan daripada para pengundi kawasan Felda. Sekali lagi fakta ini diulang-sebut, pada PRU 2004 lalu di Dun Pertang calon Keadilan telah menang di Pasoh 4 dan ia merupakan satu-satunya kawasan felda yang dimenangi oleh pembangkang di Negeri Sembilan. Keadilan memperolehi undi popular 52.58 peratus! Calon Keadilan ketika itu, saudara Shahril Zakaria (kini Naib Ketua 1 Cabang Jelebu) telah memperolehi sebanyak 387 undi berbanding calon Umno-BN yang mendapat 336 undi dengan kelebihan kemenangan sebanyak 51 undi! Undi rosak adalah sebanyak 13 undi. Ketika itu, Pasoh 4 mempunyai 959 pemilih berdaftar. Jumlah keluar mengundi adalah 736 orang. Maklumat penggundian di Daerah Mengundi Pasoh 4 ketika itu adalah seperti berikut; Jumlah Pemilih Berdaftar: 959 Pecahan Undi: KEADILAN-387 BN-336 Saluran 1: KEADILAN-76 BN-217 Majoriti: 51 Sejarah tersebut dilihat mampu diulangi semula di kebanyakan kawasan felda khususnya di Dun Palong, Serting, Jeram Padang dan Pertang kerana berlaku gerakan pembelaan hak peneroka yang konsisten dijalankan sejak pertengahan 2009 lalu. Mengambil contoh di Palong, gerakan pembelaan peneroka khususnya berkaitan tanam semula pokok getah yang diketuai oleh mantan calon Keadilan, Rebin Birham di Palong 6 sejak tahun 2007 telah memberi impak kepada perolehan undi. Pada PRU 2008 lalu, beliau memperolehi undi popular 42 peratus di daerah mengundi Palong 6 dan ia merupakan perolehan tertinggi oleh calon PR yang bertanding dalam dun yang mempunyai kawasan Felda dalam Negeri Sembilan! Calon Pas di Dun Gemencheh turut mencatat perolehan undi popular kedua tertinggi iaitu 41.25 peratus di daerah mengundi Bukit Rokan. Seandainya gerakan itu menjadi asas, maka tidak mustahil gerakan saman yang dilakukan oleh para peneroka di Felda Raja Alias, Serting Hilir, Pasoh dan Palong sekitar tahun 2010 hingga 2012 mampu diterjemahkan ke dalam bentuk undi. Sekiranya berlaku peningkatan 5 hingga 10 peratus undi, besar kemungkinan ada dun-dun terbabit bakal dimenangi oleh PR. Jika dilihat data atas kertas dan sejarah pilihanraya, ada dun-dun tertentu dikira 'tiada harapan menang' kerana perolehan maksima undi peneroka felda kepada Umno-BN. Namun begitu ia bukan menjadi halangan kepada PR menghasilkan sesuatu yang luarbiasa. Dun Sungai Lui umpamanya dilihat dari segi sejarah pilihanrayanya merupakan kubu ampuh Umno yang sukar ditewaskan kerana perolehan majoriti yang selesa hatta semasa tempoh kritikal Umno (PRU 1990, 1999 & 2008). Ia ibarat jika BN letak 'kambing' pun boleh menang! Akan tetapi agak menarik sebenarnya bahawa dun Sungai Lui mampu dimenangi PR kerana undi popular Pas di daerah-daerah mengundi kawasan Felda tidak kurang daripada 21 peratus. Ada beberapa daerah mengundi yang mencatat perolehan undi popular Pas mencecah 30 peratus ke atas iaitu; 1. Sungai Lui (31.52%) Persoalannya, apakah PR mampu meningkatkan peratus sokongan sekurang-kurangnya mampu memberi tentangan sengit kepada Umno-BN? Pengundi muda (21-39 tahun) menjadi pemangkin utama dalam menentukan kemenangan di kawasan Felda. Peratusan kelompok ini sekitar 15-23 peratus dalam jumlah keseluruhan pemilih akan menjadi rebutan antara Umno-BN dan PR. Jika di kawasan bandar, sub-bandar dan perindustrian kelompok ini dilihat condong kepada PR kebanyakannya, namun di kawasan Felda kelompok ini agak sukar dipastikan kecenderungan pilihan politik mereka. Sudah pastinya, Umno-BN masih mencengkam dan 'memiliki' undi-undi orang muda ini. |
Warga emas ditemui mati dalam <b>sungai</b> bersama motosikalnya di <b>...</b> Posted: 17 May 2013 05:43 PM PDT Mayat mangsa ditemui bersama motosikal Modenas Kriss oleh orang awam jam 5.15 petang sebelum memaklumkan penemuan itu kepada polis. Ketua Polis Daerah Superintendan Hamzah Alias berkata, hasil siasatan awal pihaknya mengesyaki mangsa dari FELDA Lui Muda itu dipercayai terbabas dalam sungai berkenaan dan mayatnya berada di situ lapan jam sebelum ditemui. "Laporan bedah siasat menunjukkan mangsa mati akibat lemas namun polis masih menyiasat kes ini jika terdapat perkara yang meragukan," katanya. Hamzah berkata orang ramai yang melihat kejadian diminta tampil bagi membantu siasatan atau menghubungi Ibu Pejabat Polis daerah di talian 06-4541222.-hmetro |
You are subscribed to email updates from Felda sungai lui - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |