{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: MukaDepan

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: MukaDepan


60 usia bersara swasta

Posted: 14 Dec 2011 10:40 AM PST

KUALA LUMPUR: Umur persaraan pekerja sektor swasta akan dilanjutkan daripada 55 tahun kepada 60 tahun mulai tahun depan selepas mendapat sokongan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dan Persekutuan Majikan Malaysia (MEF).

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

yanzz

tak yah la sampai 60 tahun.tk produktif lagi dah nk wat keje..bagi laluan kpd graduan muda yg byk menganggur tuh.fikir2 le

osman bin zaini

pengaangguran bukan berpunca dari pesara awal atau lewat ini berpunca daripada individu itu sendiri kerana terlalu memilih perkerjaan sebab itu lah dalam sektor swasta tidak kira jawatan tinggi atau rendah ada di jawat oleh warga asing.

Preety

Saya setuju sangat, sebabnya tak risau pasal hutang. Boleh selesaikan semuanya sebelum bersara dalam umur 60.

noraini binti hassan

Tak kisah nak lanjutkan hingga umur 60 tahun, tapi pencarum kwsp mesti mempunyai pilihan untuk keluarkan duit kwsp mereka pada usia 55 tahun

Nor

Kalu lelaki buleh la kot keje spi 60, itupun jika anak2 masih bersekolah.bagi kaum wanita, saya sendiri pun dh tak larat, nak tunggu 58. bagi le peluang golongan yg muda menggantikan kite pulak..kesian ramai yg menganggur.

sarah

Bagi saya 58 tahun tu dah cukup lama. Nak rasa bebas di dunia luar pulak. Tapi kalau orang lain nak pencen 60 tahun ikut sukalah. Jangan nanti produktiviti menurun sudah..

sue watkins

Tolong la bah. Klu dah pencen tu, buat la cara pencen. Duduk la di rumah, atau lepak2 ngan kawan di kedai kopi atau lebihkan amalan. Ada setengahnya tu yg tengah main 'share', akan ada lebih bnyk masa lagi. Kasi peluang la ngan org muda2. Yg herannya ada yg masih kerja lebih 60 thn!! Mak aii..Dah la dpt gaji, dpt lagi pencen!! Really unfair la guyzz..Lps tu crita pulak pasal pengeluaran EPF. Tak bole ke pengeluaran pertama tu di bagi pada umur 45thn? Bukan apa, masa ni la kita ada peluang nak makan angin ke (anak pun dah besar2), umrah/haji ke, pergi medical check-up ke, especially for women. Ni tak, nak juga lagi menunggu smpi 50thn, baru dpt di benarkan buat pengeluaran pertama. Silap haribulan, tak sampai 50thn.

hashim osman

udah2 lah tu , nok tongkat langit kita ni, ingatkan mati juga,anak muda kita ramai lagi nak kerja

den

alaa..apa susah2,buat pilihan laa..sape nak keje sampai umur 56,57,58,59,atau 60th.habis cerita

singa

pada pndangan saya,,tempoh lanjutan bagi pekerja swasta n kerajaan daripada 55 kepada60 tahun adalah tidak sesuai sekiranya dilanjutkan...ini kerana faktor usia juga memainkan peranan penting di dalam sektor masing2..sekiranya dilanjutkan maka peluang untuk anak2 muda dan lepasan graduan yang sedia ada akan terlepas peluang untuk mengisi kekosongan jawatan yang belum tentu kosong....faktor usia yang semakin meningkat akan menjejaskan tahap kecergesan bagi golongan yang akan mencecah umur 50 tahun keatas berbanding golongan mudi-mudi yang sedia ada....

MAZLAN BIN MOHAMED

Saya setuju besara 60 tahun tapi kena pilih yang sihat sahaja dan peratus kerajinan.jangan pilih yang makan gaji buta sahaja.Lagi pun sekarang cos hidup terlalu tinggi.

Badrul

Salam, ianya telah dipersetujui oleh MTUC and MEF. Akan ada baik & buruk nya. Bagi saya dgn mengambil kita faktor ekonomi sekarang ianya memang baik. Tambahan lagi, ada majikan lebih suka mengambil orang bangla & indon untuk sesetengah pekerjaan, menyebabkan persaingan kerjaya diusia emas sangat sengit.

budak kechik

penganguran takan berlaku kalu graduan tak memilih kerja..peluang sudah ade tp asyik nak kerja dlm opis beraircond..ramai je graduan luarnegara sanggup jadi buruh di malaysia sebab pikir kan peluang yg ade n utk mencari duit..tp kalu di tgk kan anakmuda2 melayu byk yg lepak dr mencari partime kerja...pengalaman tak di cari pada usia muda...hanya tahu melepak..lepas dah de sijik tp tade pengalaman..cuem tahu salah kan org yg dah lame kerja...

JOANNISE

perlu ada pelaburan jangka panjang.....yg pastinya....goverment......tatap bagi bonus...

zan

kalau dah pencen umur 60, KWSP tu mcmana lak, boleh keluarkan masa umur 55 tak? kalau boleh keluarkan masa umur 55, sy setuju, tapi kalau tak boleh, sy TAK SETUJU.

roslay hanafi

terpulang la pada sesaorang itu sekira manpu apa salah nya .tepok dada tanya selera.ini tak menjejaskan mana pehak pun.biar generasi muda pun kita selalu nya pikiq yang bukan2

jasmi Bin Jumpong

Duit KWSP Mesti Keluar habis pada Umur 55 Tahun. Lepas bolehlah bersara umur 60 tahun.

lily

saya setuju kalau sampai 60 sebab kalau pencen awal lagi cepat nyayok duduk rumah tak buat apa-apa, kalau kerja kita boleh berfikir , otak kita tak beku

izat

saya tak setuju, sebabnya ianya akan menambahkan lagi kadar pengaggguran kerana kita lihat banyak graduan yg sekarang ni tak berkerja, sedangkan dalam masa yg sama pluang utk mereka telah tersekat....fikir-fikirkanlah

Datuk Ya

Boleh, bergantung kepada kesihatan dan produktif pekerja. Kalau yang tidak boleh memberi komitmen tu tak yah disambungkan lah...mengabehkan boeh ajo

ZULKIFLI AHMAD

MACAM MANA PULA DENGAN KEBENARAN MENGELUARKAN WANG KWSP? KENA TUNGGU UMUR 60 JUGA KE? MACAM MANA PULA KALAU JALAN DULU? TAK MERASA LE NAK GI HAJI GUNA WANG KWSP TU?
BANYAK PERTANYAAN YANG BELUM TERJAWAB, KITA TUNGGU DAN LIHAT PELAN PERLAKSANAAN NYA DULU.

Anak Melayu

Udah-udah ler tu.. bagi lah peluang kerja kat anak-anak muda pulak. kami ni ramai yg menganggur

maria

Salam saya Mariah dari Cimb,Majoriti Rakyat Malaysia Tak Bersedia Utk Bersara...Setujukah Anda Mesti Membuat persediaan awal utk bersara??Pm Mariah utk membina kekuatan kewangan anda

Hasniza

Setuju sangat.Kerana jika mereka yang berkerja dgn kerajaan akan menerima pencen setalah bersara jadi untuk sektor swasta wajar umur persaraan 60 tahun..faktor ekonomi dan kos sara hidup untuk masa akan datang pun di jangka meningkat,jadi untuk pekerja sektor swasta ini adalah adil.SAYA SETUJU SANGAT

Red Wave Kelate

Patut bersara umur 60 sebagai pilihan.Kalau keluarga sakit telepon ambulan pesan terus nak driver muda.KWSP punya alasan tak logik,berapa kerat pesara yang diabaikan anak-anak.

nazaex

ini salah satu cara utk mengekalkan caruman ke dalam KWSP. staf2 senior lagi banyak peratusan caruman dia berbanding staf2 baru/junior...jadi byk la duit utk kepentingan org2 tertentu...faham2 je la...

liza rafar

x kisah umur persaraan nk selaras dengan sektor awam..tp gaji pon kene la naik jugak @ selaraskan untuk pekerja swasta..ni asik2 sektor awam ader kenaikan lebih2 sedangkan yg memberi keuntungan syarikat2 swasta..yg makan hasil sektor awam..

Md Salleh Md Ali

Saya bersetuju had umor persaraan sehingga 60 tahun tapi kemampuan pekerja tak sama, jadi beri pilihan samada mahu bersara awal atau sambung kerja hingga umor 60 jika masih mampu/sihat.

hanafi

Satu langkah prihatin oleh kerajaan sejajar dengan peningkatan taraf kesihatan di Malaysia. Namun, kerajaan perlu memulakan langkah awal terlebih dahulu melalui semua anak syarikat kerajaan (GLC/GOC)

YEOP

Graduan yang masih mengganggur pun masih banyak, kalau macam ni makin bertambah ramai la graduan yang akan mengganggur. Secara statistiknya, bila umur meningkat, sikap proaktif dan agresif dalam menghadapi permasalahan berkaitan kerja akan turut menurun, dan ramai pekerja apabila umur dah mencecah lebih dari 50, kerja pun dah jadi slow. Sendiri mau ingat la...

farhan

nampak nye penganguran di negara malaysia akan bertambah... kerajaan harus mencari alternatif untuk mengelakkan masalah tersebut

mohd zamri mohd shaher

beri peluang kepada penjawat-penjawat baru... luaskan lagi peluang pekerjaan kepada generasi baru.. cukup2lah tu

zakiah

Gi kerja sambil bertongkat ler jawabnya...

salampb

Amat-amat setuju. Kalau kesihatan mengizinkan teruskan perkhidmatan anda. Jika tidak mampu atau kesihatan kurang memuaskan boleh mohon untuk buat pilihan untuk berehat awal.

Ismail

sampai 60 boleh juga tapi jangan sampai nyayok,nanti nak tengok PC pun tak nampak.

mahani mohd ali

Jauh sangat 60 setakat 58 tu amat baik dan
cukup bagus kerana pekerja sempat mencapai had 57 dan umur ke 58 boleh bersara terus.

MOHD RAMLY YUSOFF

Kementerian Sumbr Manusia telah bersikap proaktif dalam menjaga kepentingan pekerja swasta. Adalah dialu-alukan penyeragaman umur persaraan pekerja sehingga 60 tahun. Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu persaraan 60 tahun adalah wajar bagi mengatasi permasalahan ekonomi keluarga.

komeng

fikirkan masalah gaji juga...
Pekerja perhotelan di Port Dickson kebanyakan menerima gaji pokok RM400 ke bawah. Gaji dibawah paras kemiskinan.

Hairil anuar mat yatim

Ok juga bagi mereka yg masih menanggung hutang yg banyak boleh selesaikan. Dan kwsp pun bertambah.

wan murni hidayu

kalau jururawat keje sampai 60..
patient collapse jururawat pun collapse..
mana ada tenaga haha

Full content generated by Get Full RSS.

Politik PAS makin pelik: Nasharudin

Posted: 14 Dec 2011 10:38 AM PST

MukaDepan

Nasharudin Mat Isa

Nasharudin Mat Isa

KUALA LUMPUR: Selepas membisu selama kira-kira enam bulan apabila gagal mempertahankan jawatan Timbalan Presiden PAS pada muktamar parti itu awal tahun ini, Nasharudin Mat Isa, semalam membidas golongan tertentu dalam parti yang disifatkannya mendahului Presiden dalam menentukan calon Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang.

Dapatkan naskhah Berita Harian hari ini untuk berita lanjut

Masalah dalam PAS sekarang ialah terlalu ramai orang yang nak bercakap mengenai segala isu sedangkan bagi saya mereka tidak layak memberi kenyataan atau menyatakan pendirian parti. Akibatnya, perkara remeh menjadi besar apabila didedahkan dan ini menimbulkan pelbagai tanggapan serta spekulasi di kalangan umum. Senario beberapa hari kebelakangan ini mewujudkan persepsi baru terhadap PAS. - Nasharudin Mat Isa, Ahli Parlimen Bachok


Full content generated by Get Full RSS.

Leave a Reply

Raja Alias

G. Musang

J. Bahru

Terengganu

A. Setar